Anda di halaman 1dari 18

Aura dan Tenaga

1. APA ITU TENAGA DALAM

Tenaga Dalam adalah suatu tenaga atau aliran kuasa yang terdapat dalam
tubuh kita. Tenaga tersebut tersimpan atau mengeram dalam diri kita serta
belum terbentuk ke sifat yang sepatutnya sama sekali. Tenaga tersebut akan
bangkit dan terbentuk apabila kita menggerakkannya dengan latihan yang kita
buat.

AURA yang sudah mengembang dan menyelubungi tubuh juga di sebut


sebagai Tenaga Dalam. Tenaga ini dapat dimanafaatkan baik untuk diri sendiri
mahupun orang lain contohnya untuk pertahanan diri, pengobatan dan
berbagai bagai keperluan lainnya. Banyak orang yang mempunyai tanggapan
bahawa Tenaga Dalam itu adalah tenaga batin. Fahaman ini adalah salah.
Kenapa? Tenaga Dalam sebenarnya adalah berbeza dengan tenaga batin cuma
ianya mempunyai persamaan dari segi kegunaannya.

APA ITU AURA ?

Aura ialah suatu awan radiasi bercahaya yang mengelilingi tubuh. Awan
ini akan menahan tenaga prana atau mencegah bocornya tenaga prana keluar.
Dengan kata lain aura ini bertindak sebagai lapisan sekat untuk tenaga lemah,
dan aura ini berbeza dari satu orang kepada orang lain dalam warna, ciri–cirinya
yang mencerminkan kesihatan, sifat emosional, dan spiritual seseorang itu.
Gambaran bentuk aura ini adalah lapisan udara yang menyekat prana dari
dalam tubuh, dengan bahagian di luar tubuh, dan mempunyai bentuk seperti
telur terbalik.

PERBEZAAN TENAGA DALAM DENGAN ILMU KEBATINAN

Ramai orang yang keliru akan Tenaga Dalam dan memberi berbagai-bagai
tafsiran kepadanya. Akibatnya Tenaga Dalam disamakan dengan ilmu-ilmu
kebatinan yang memerlukan amalan kerohanian seperti zikir, puasa, mutih dan
pertapaan untuk mendapatkannya. Lebih teruk daripada itu, ada yang
menyatakan pengamal Tenaga Dalam menggunakan jin, iblis, syaitan roh atau
makhluk-makhluk ghaib yang telah dicapkan sebagai syirik. Ada pula yang
mengatakan ianya perbuatan sihir, magik ataupun silap mata.

Sebabnya masyarakat bertanggapan begitu ialah kerana kurangnya


pendedahan dan kefahaman masyarakat kita terutamanya di Malaysia ini akan
istilah dan keujudannya Tenaga Dalam itu. Perguruan ini telah berusaha dan
akan terus berusaha untuk menyedarkan masyarakat semuanya akan apa itu
Tenaga Dalam.

Saya berharap kepada anda dan semua murid saya yang pernah berguru dan
belajar dengan saya supaya meneruskan perjuangan ini bagi kepentingan
agama kita dan kefahaman kita dari di sogok oleh perkara-perkara yang bukan-
bukan.

I lmu Kebatinan adalah suatu kebolehan yang didapati dari pada amalan
kerohanian yang dibina daripada tiada kepada ada.
Seseorang yang mempunyai Tenaga Dalam belum tentu mempunyai
tenaga batin dan begitulah sebaliknya, seseorang yang mempunyai tenaga
batin belum tentu mempunyai tenaga dalam. Cara latihannya juga berbeza
sekali. Akan tetapi, seseorang yang mempunyai Tenaga Dalam, apabila ia
mempelajari dan mengamalkan ilmu kebatinan maka, hasilnya akan menjadi
lebih cepat dan keberhasilan dari amalannya akan menjadi lebih memuaskan.

Ini bermakna, Tenaga Dalam itu menjadi suatu pemangkin atau sebagai suatu
kuasa menolak yang sungguh efektif terhadap keberhasilan sesuatu ilmu yang
dipelajari.

Tenaga dalam pula diperolehi daripada pembukaan dan penjanaan chakra


yang sudah tersedia dalam tubuh seseorang daripada latihan jurus pernafasan
dan meditasi
Seseorang manusia itu lahir tanpa sebrang ilmu, apabila ia meningkat dewasa
dan membesar, segala pengalaman dan pembelajarannya menjadikan ia
seorang yang berilmu. Sementara Tenaga Dalam ialah sesuata tenaga yang
bersumberkan dari dalaman tubuh seseorang, bukannya diperolehi daripada
luar.

Gautama Buddha dikatakan memiliki aura sejauh 1 kilometer dan Nabi


Muhammad S A W pula memiliki aura yang terpancar dari chakra-chakranya
atau Nur-nur Muhammad sehingga ke seluruh alam hinggakan awan dapat
mengesan dan mengikuti kemana sahaja baginda pergi. Pohon kayu dan
binatang yang beratus-ratus batu jaraknya pula mula berMarhaban mengucap
selamat datang kepada baginda apabila mula mengesan kehadiran aura
baginda Rasulullah.

TENAGA DALAM , TENAGA PRANA DAN AURA

Dalam bahasa Yunani Prana disebut Pneuma, dalam bahasa Polinesia


disebut ‘mana’, dan dalam bahasa Yahudi disebut ‘ruah’yang berarti “nafas
kehidupan“.

Pada dasarnya, terdapat tiga sumber utama prana iaitu: Prana


Matahari, Prana Udara dan Prana Bumi.

Prana Matahari berasal dari sinar matahari. Prana ini memperkuat seluruh
tubuh dan membentuk tubuh sihat. Prana matahari dapat diperolehi dengan
menghadap dan berjemur di bawah sinar matahari dan meminum air yang telah
disinari matahari. Akan tetapi penyinaran yang lama atau terlalu banyak prana
matahari akan membahayakan tubuh fizikal maupun tubuh bioplasmik kerana
sifatnya yang sangat kuat.

Prana yang terdapat di dalam udara disebut Prana Udara atau butir
butir tenaga udara. Prana udara diserap paru paru melalui proses
pernafasan dan juga diserap langsung oleh pusat energi tubuh
bioplasmik. Pusat pusat energi ini disebut Chakra. Prana Udara dapat lebih
banyak diserap dengan pernafasan berirama yang lambat dan dalam.
Prana Udara juga dapat diserap melalui pori pori kulit oleh orang yang
telah menjalani latihan tertentu.

Prana yang terdapat di dalam bumi disebut Prana Bumi atau butir butir
tenaga bumi. Prana ini diserap melalui telapak kaki. Ianya dilakukan secara
otomatik, dan secara tidak disedari. Berjalan dengan telapak kaki tidak beralas,
akan meningkatkan jumlah prana bumi yang diserap oleh tubuh. Kita boleh
belajar untuk menyerap lebih banyak prana bumi bagi meningkatkan tenaga
dan kemampuan untuk berfikir secara lebih cergas.

Air menyerap prana dari cahaya matahari, udara, dan bumi yang
berhubungan dengannya. Tanaman dan pokok menyerap prana dari cahaya
matahari, udara, air, dan bumi. Manusia dan haiwan memperoleh prana dari
cahaya matahari, udara, bumi, dan air, juga makanan. Makanan yang segar,
mengandung lebih banyak prana daripada makanan yang diawetkan.

Prana juga dapat dipancarkan kepada orang lain untuk penyembuhan.


Mereka yang mempunyai kelebihan tenaga dalam, cenderung membuat orang
yang di sekitarnya merasa lebih baik dan berghairah. Walaupun demikian
mereka yang kehabisan prana sebenarnya akan menyerap prana dari orang lain
secara tidak sedar. Itulah sebabnya anda mungkin pernah berhadapan dengan
seseorang yang cenderung membuat anda merasa lelah, atau kehabisan
tenaga kerana alasan yang tidak jelas.

Pohon-pokok besar yang sihat dan sudah tua, memancarkan sebahagian


kelebihan prananya. Orang yang lelah, atau sakit mendapat banyak manfaat
dengan berbaring atau beristirahat apatah lagi bermeditasi dan berlatih di
bawah pokok tersebut. Hasil yang lebih baik dapat diperolehi dengan meminta
secara lisan kepada pokok itu, untuk membantu orang yang sakit atau untuk
sembuh daripada penyakit oleh energi yang diserapkan daripada pokok
tersebut.

Siapa sahaja dapat belajar menyerap prana secara sedar dari pada pokok pokok
tersebut, melalui telapak tangan, sehingga tubuh merasa ada getaran dan
menjadi kebas, kerana besarnya prana yang diserap.

Ada daerah atau tempat tempat tertentu mempunyai prana yang lebih
banyak daripada tempat lain. Beberapa daerah yang berenergi tinggi boleh
menjadi tempat untuk penyembuhan.

Dalam keadaan cuaca buruk, banyak orang menderita sakit. Sebabnya


bukan sahaja kerana perubahan suhu, tetapi juga kerana penurunan prana
daripada prana matahari dan prana udara. Kerana itu ada orang merasa
lembab, baik mental maupun fizikal. Keadaan ini dapat dilawan dengan
menyerap prana / energi secara sadar, dari udara dan bumi dan ditukarkan
menjadi tenaga dalam dalam tubuh badan.

Faedah–Faedah Prana.

Bagi seseorang yang telah mampu menghimpun dan menguatkan tenaga


dalamnya / prana secara teratur untuk mengikut apa saja kemahuannya maka
ia akan dapat memanfaatkan prana secara ekstra, yang tiada dimiliki oleh
orang lain diantaranya ialah :
A. Memiliki tubuh yang perkasa dan dijauhi dari penyakit.
B. Memiliki organ pernafasan yang istimewa dan tubuh selalu mendapat
kesegaran yang penuh.
C. Mempertajam pancaindera dan menimbulkan indera ke enam.
D. Memeliki semangat yang tinggi dan sifat optimis dan pantang menyerah.
E. Berkemahuan tinggi dalam berkehidupan, dan penuh percaya diri.
F. Daya ingatan yang tajam, berwibawa, disegani dalam pergaulan, penuh
bijak.
G. Wajah bersinar, dan mempunyai daya tarikan tersendiri.
H. Meninggikan kebolehan beladiri.
I. Kuasa penyembuh diri sendiri dan orang lain, dan payah terkena
perbuatan halus.

ENERGI HIDUP
Kita dikatakan hidup apabila jantung berdenyut, terjadi pusingan darah yang
membawa oksigen dan zat lainnya ke seluruh sel-sel yang membentuk tubuh
kita! Dari penelitian ilmiah dapat diketahui bahawa jantung itu mampu
berdenyut mengepam darah melewati pembuluh darah ke seluruh tubuh oleh
adanya stimulasi saraf (cardiac plexus) yang bekerja berterusan. Kini jika kita
bertanya, apakah yang membuat syaraf otonom (vegetative otonom nerves
system) itu bekerja, maka jawapannya adalah : adanya suatu ENERGI HIDUP
(Life force) yang terbentuk dari berbagai sumber energi alam, di dalam zat
makanan (minuman) serta zat (O2) melalui proses pernafasan!

Sistem Hatha Yoga dari peradahan Hindu purba menamakannya : PRANA!


Sistem China purba menyebutnya CHI (qi), di Jepun dan Korea disebut KI!
Sedangkan di kawasan Nusantara Asia Tenggara kita ini dikenali melalui istilah :
BAYU SEJATI, NAFAS JATI, TENAGA DALAM dan sebagainya. Para pengkaji barat
menterjemahkannya ke bahasa Inggeris sebagai INNER POWER, INTRINSIC
ENERGY, LIFE FORCE dan lain-lain istilah.
Energi Hidup ialah faktor 'penggerak' cardiofasculer, sebagai penunjang
kehidupan fizik yang paling dasar, yang lazimnya disebut Z : kehidupan
vegetatif sebagai bahagian kehidupan biologi kita. Lebih jauh lagi jika kita
merangkumi soal 'ingatan' serta aspek kejiwaan lainnya seperti psikik, psiko,
minda itu juga bergantung kepada adanya Energi Hidup tersebut.

Salah satu unsur yang membantu adanya energi hidup tadi ialah udara yang
kita hirup ini. Oksigen (O2) merupakan zat pembakar yang paling penting, di
samping zat air (hidrogen), nitrogen, dan lain-lain.

Dengan demikian jelaslah kiranya bagi kita sekelian, bahawa pernafasan


(proses mengambil O2 dan melepaskan CO2) dan seluruh proses metabolisme
yang lebih rumit terjadi di dalam sel tubuh kita, merupakan syarat bagi setiap
makhluk hidup, dari haiwan bersel tunggal, tumbuh-tumbuhan, haiwan melata,
berenang di dalam air, terbang di udara, sehingga makhluk tertinggi iaitu
homo-sapien atau umat manusia!

Hakikat Proses Pernafasan


Penyerapan oksigen, sesungguhnya terjadi di dalam sel-sel dalam tubuh,
sedangkan paru-paru merupakan organ tubuh untuk menampung udara melalui
lubang hidung. Jika aktiviti nafas yang terganggu keseimbangan energi dalam
tubuh kita pun akan terganggu pula. Untuk mencapai suatu mutu kesihatan
yang baik, sistem pernafasan (respirasi) yang lancar dan semulajadi sangatlah
penting. Terlebih lagi apabila kita sedang menderita sakit, terlalu lelah fizikal
mahupun mental, sistem pernafasan merupakan bahagian terutama sekali
diberi perhatian. Maka setiap rumah sakit pasti amat memperhatikan
pentingnya pengaliran nafas masuknya udara bersih yang menunjang
pernafasan pesakit.
Terciptanya sistem tradisional latihan pernafasan (Pranayama Yoga,
Qigong, Taijiqan, Tenaga Dalam dan lain-lain) memang sangat beralasan sekali.
Terutama setelah kita semua mengetahui, betapa pentingnya fungsi pernafasan
bagi membentuk Energi Hidup kita tadi. Maka sebahagian besar dari isi buku ini
adalah menghuraikan tentang sistem latihan pernafasan guna mengembangkan
sumber Energi Hidup (Tenaga Dalam,Prana, Qi, Ki) tersebut.
Sistem latihan pernafasan membina kesihatan sesungguhnya mula
dikembangkan untuk menunjang prestasi dalam bidang olahraga; juga
termasuk pula pengembangan tenaga inti atau tenaga-dalam (inner power)
bagi seni dan olahraga beladiri, teristimewa pada Perguruan Seni Beladiri
Tenaga Dalam Malaysia. Walaupun aplikasi olah-nafas untuk beladiri bukan
keperluan hakiki, tetapi ini membuktikan betapa luasnya mutu dan manfaat
praktis sistem pernafasan bagi segala aktiviti kehidupan kita.

Hubungan Energi Hidup Dengan Proses Regenerasi


Untuk mempertahankan hidup ini, maka fizik melaksanakan sejumlah proses
yang salah satu daripadanya ialah proses regenerasi! Regenerasi adalah suatu
proses penggantian sel-sel tubuh yang sudah rosak dengan sel-sel baru secara
terus menerus sepanjang hayat dikandung badan. Tanpa proses regenerasi,
maka sel yang rosak itu tidak akan berfungsi lagi, bahkan merupakan sisa yang
menghalangi fungsi semulajadi tubuh, akhirnya fungsi tubuh juga berhenti atau
mati.
Di sini pernafasan (respirasi) sebagai proses pengambilan oksigen dan
pengeluaran sisa pembakaran atau karbon dioksida (CO2) serta penggunaan
Energi dalam tubuh merupakan proses yang terjadi dalam tiga bentuk.

Pertama Respirasi dalam pengertian 'bernafas' yang nampak diluar, iaitu


menyedut nafas (inspirasi) dan mengeluarkan sisa
pernafasan(expirasi).

Kedua Respirasi dalam erti yang lebih khusus sebagai suatu proses
pertukaran zat (metabolisma), yang tak nampak oleh kita kerana
terjadi di dalam sel-sel.

Ketiga Respirasi bererti juga suatu reaksi enzim-enzim yang menyebabkan


sel-sel tubuh kita mampu mempergunakan oksigen bagi
menghasilkan energi.
Proses Respirasi tersebut menyerap dan menggunakan oksigen dan
menghasilkan Energi Hidup yang dipergunakan dalam proses kehidupan;
menurut ilmu fa'al (fisiologi) dikatakan adanya gejala-gejala hidup: mengadakan
pertukaran zat (metabolisme, tumbuh dan berkembang, bereaksi terhadap
rangsangan, bergerak dan berkembang. Semuanya itu memerlukan energi yang
dihasilkan melalui respirasi di samping melalui proses pencernaan zat makanan.
Sel tubuh sebagai sebuah satuan bentuk sekaligus satuan fungsi bagi tubuh
kita, pada suatu masa mengalami regenerasi!. Sel-sel yang rosak dan tak dapat
berfungsi lagi akan digantikan oleh sel-sel baru.
Di sini keseimbangan hidup berperanan sekali untuk penyelenggaraan
regenerasi secara sempurna, sehingga tubuh akan sentiasa dalam keadaan
yang bersedia untuk berfungsi secara umum lazim kita sebut sebagai sihat
walafiat.

APA ITU CHAKRA ?

Chakra atau Pusat energi yang berputar merupakan bahagian tubuh bioplasmik
yang sangat penting. Sebagaimana tubuh fizikal, tubuh bioplasmik memiliki
Chakra Utama Chakra Kecil dan Chakra Halus. Chakra Utama merupakan pusat
energi berputar yang yang bergaris tengah sekitar tiga hingga empat inci.

Cakra bermaksud pusat tenaga dalam tubuh manusia. Ia adalah


umpama setesyen janakuasa elektrik bagi keseluruhan sistem
peredaran tenaga dalam badan. Ia berfungsi dengan menapis tenaga
kasar dari tenaga magi di persekitaran dan menghasilkan tenaga yang
lebih halus dan tersaring yang kemudiannya dimanfaat bagi
pertumbuhan sel-sel tubuh.

Chakra Utama mengendalikan dan memberikan energi kepada organ-organ


pada tubuh badan. Chakra Utama bekerja seperti Pembangkit Tenaga Elektrik
yang mengawal tenaga kepada organ utama. Bila pembangkit tenaga ini tidak
berfingsi, organ menjadi sakit atau berpenyakit kerana tidak mempunyai cukup
energi untuk bekerja dengan betul.

Chakra Kecil bergaris tengah sekitar satu hingga dua inci.

Chakra Halus bergaris tengah kurang dari satu inci. Chakra Kecil dan Chakra
Halus, mengendalikan dan memberikan energi kepada bahagian tubuh fizikal
yang kurang penting. Chakra tersebut masuk ke dalam tubuh dan meluas ke
luar tubuh

Pembukaan Chakra

Maksud pembukaan chakra ialah mengaktifkan chakra yang berada di dalam


tubuh dengan suatu tenaga istimewa oleh seseorang yang telah mencapai
tahap tenaga dalam yang tinggi..

Kejutan ini dihasilkan sendiri dari kekuatan tenaga dalam tubuhnya. Apabila
kejutan ini diterima maka chakra-chakra dalam tubuh seseorang itu akan tiba-
tiba menjadi tersangat aktif dan memberi kekuatan dan kebolehan yang luar
biasa kepadanya.

Apabila ia terus menjana dan mengembangkan kekuatan chakranya dengan


latihan dan amalan jurus, meditasi dan pernafasan maka, chakra-chakra ini
akan terus aktif dan auranya akan terus berkembang dan membesar tanpa
batas.

Chakra mempunyai beberapa fungsi penting sebagai berikut.

1. Chakra menyerap, mencerna dan mengagihkan Tenaga keberbagai


bahagian tubuh.

2. Chakra mengendalikan, memberikan energi dan bertanggung jawab atas


berfungsinya seluruh tubuh fizikal dan bahagian serta organ secara tepat.
Sebagai contoh kelenjar endrokrin dikendalikan dan diberi energi
,dirangsang,atau dihambat oleh beberapa chakra utama.

3. Chakra merupakan tempat atau pusat kemampuan pemikiran.


Pengaktifan beberapa Chakra ( pusat energi ), dapat menghasilkan
perkembangan beberapa kemampuan psikis tertentu. Misalnya salah satu
Chakra yang termudah dan senang untuk digiatkan adalah Chakra tangan
. Chakra tersebut terletak di bahagian tengah telapak tangan. Dengan
menggiatkan Chakra tangan, seseorang mengembangkan kemampuan
merasa energi halus dan juga kemampuan merasa Aura Luar, Aura
Kesihatan, dan Aura Dalam. Hal ini dapat dicapai hanya dengan secara
teratur memusatkan perhatian pada aktiviti chakra tersebut, dan
merasakan getaran yang ditimbulkan.

CAKRA
Cakra bermaksud pusat tenaga dalam tubuh manusia. Ia adalah
umpama setesyen janakuasa elektrik bagi keseluruhan sistem
peredaran tenaga dalam badan. Ia berfungsi dengan menapis tenaga
kasar dari tenaga magi di persekitaran dan menghasilkan tenaga yang
lebih halus dan tersaring yang kemudiannya dimanfaat bagi
pertumbuhan sel-sel tubuh.

Chakra Pertama (Akar Chakra)


Chakra pertama, iaitu akar chakra, penting bagi keselamatan kita.
"Berbicara secara psikologis, akar chakra berkaitan dengan naluri
menyelamatkan diri yang paling dasar. Ia berkaitan dengan perasaan paling
utama ... dan ia merupakan penggerak utama di balik apa yang disebut
tanggapan perjuangan atau penerbangan," kata gerber dalam "Kedoktoran
Getaran".
Terletak di daerah kelamin, chakra pertama menerima pemrograman
dasar yang pertama dari lingkungan keluarga kita. Melaui pemrograman ini, kita
membuat keputusan berkaitan dengan hak atau kemahuan kita agar selamat.
Pengalam paling pertama kita juga terekam di sini, terwujud dalam
kewaspadaan atau penolakan terhadap perasaan paling pertama kita.

Lokasi
Pinggang bawah, daerah kelamin

Warna
Merah

Jenis Energi
Dihidupi oleh energi api dari dalam dan luar diri kita. Ia adalah chakra penerima
kundalini, energi tanah kasar, yang mengunpani daya hidup kita dan menjamin
keselamatan.

Chakra Kedua
Chakra Kedua terletak dalam rongga perut, adalah pusat dari perasaan
dan kreativitas kita. Melalui chakra ini, kita mulai mengerti tanggapan kita
terhadap dunia dalam dan luar kita, dan memutuskan bagaimana kita akan
mengungkapkan tanggapan ini. Perasaan yang timbul di sini umumnya "lebih
lunak" dari perasaan yang muncul dalam chakra pertama. Cara paling sihat
untuk mengolahnya adalah melalui ungkapan yang kreatif dan emosional. Pusat
ini sangat penting bagi wanita yang saya yakini, menyimpan sebahagian besar
energi kehidupan di dalamnya. Berkaitan dengan proses fisik, ia berhubungan
dengan usus, organ rongga perut dan sistem persalinan wanita.

Lokasi
Rongga perut

Warna
Jingga

Jenis Energi
Energi chi, yang dianggap sebagai energi kehidupan dalam sistem bangsa Cina.

Chakra Ketiga (Chakra Solar Pleksus)


Chakra ketiga sangatlah rumit. Dikenal paling umum sebagai "pusat
kekuatan" berfungsi sebagai tempat penyimpan penilaian, pandangan, dan
keyakinan yang kita kumpulkan tentang diri kita dan dunia. Penilaian ini, pada
gilirannya, mempengaruhi kepercayaan dan harga diri kita. Mungkin inilah
sebabnya mengapa pusat ini dianggap sebagai sumber pemahaman,
"pengetahuan" yang memberitahu kita bagaimana bertindak di kalangan
sekolahan, lingkungan masyarakat dan dunia. Dalam "Kehidupan Psikis Wanita"
, Diane Stein menggambarkannya sebagai "prompa energi psikis" bagi tubuh
fisik dan bukan fisik. Ia mengatakan, "keseimbangan emosional serta psikis
terletak pada pusat ini dan bentuk fikiran dibuat di sini."
Pusat ini khususnya penting bagi pria yang, saya yakin harus lebih
diandalkan dalam membuat keputusan daripada chakra pertama. Chakra ini
juga berkolelasi dengan proses pencernaan kita dan saling berhubungan
dengan organ yang terletak di dalamnya.

Lokasi
Daerah Solar Pleksus / rongga dada

Warna
Kuning

Jenis Energi
Mental, intelektual

Gaya Komunikasi Fisik


Difahami sebagai idea, fikiran atau pemahaman intelektual yang mencatat
selera untuk membantu kita agar berhasil, menjadi perantaraan di dunia,
berhadapan dengan orang-orang dan membuat keputusan yang efektif.

Gaya Komunikasi Psikis


Dikenal sebagai empati mental atau pemurnian penginderaan, cara untuk
mengetahui atau merasakan sesuatu yang jika dapat dijelaskan adalah tidak
rasional / masuk akal. Informasi ini biasanya diterapkan dalam pengolahan
masalah-masalah kekuatan pribadi serta penilaian diri dan orang lain.

Chakra Keempat
Sejak dimulainya waktu, jantung telah dianggap sebagai pusat tubuh
manusia. Wadah peleburan energi Ketuhanan dari ubun-ubun dan dorongan
kehidupan daerah kelamin. Dalam tradisi suku Indian Cherokee, Dhyani Ywahoo
mengatakan daerah kelamin. Dalam tradisi suku Indian Cherokee, Dhyani
Ywahoo mengatakan, "sebahagian besar dari proses perubahan kita, khususnya
yang berkaitan dengan emosi, terjadi dalam paru-paru dan besar dari
keputusan kita akan lebih tepat atau asli jika dibuat oleh jantung, pusat
hubungan, cinta, dan kasih sayang. Beberapa mengatakan, bahawa
keberhasilan manusia bergantung pada perubahan jantung kita.
Perubahan kita energi fisik dari jantung yang berubah dapat menunjukkan
hal ini. Pada saat lahir, jantung bewarna hijau, menunjukkan kemampuan
penyembuhan bayi dan energinya. Dalam masa dewasa, ia bewarna merah
muda, perpaduan antara warna putih (maksud / tujuan) dari ubun-ubun dan
warna merah (ghairah) dari chakra pertama. Akhirnya kita mencapai warna
emas, warna dari cinta kasih umum. Dalam tingkatan yang lebih duniawi,
chakra ini mempengaruhi proses fisik berkaitan dengan jantung dan paru-paru
(fungsi sirkulasi dan pernafasan)

Lokasi
Jantung

Warna
Hijau, unggu, emas

Jenis energi
Astral (berhubungan dengan dunia astral dan dunia impian).

Gaya komunikasi Fisik


Mengkomunikasikan kebutuhan fisik dan emosional melalui penginderaan fisik,
termasuk sakit hati, terkejut dan tabrakan emosional. Sumber dari energi
penyembuhan yang digunakan dalam penyembuhan dengan tangan, pelukan
dan sentuhan fisik. Jantung mengkomunikasikan atau menerima setiap kali kita
melakukan apa yang kita suka lakukan.
Chakra kelima
Chakra Kelima sangat berguna untuk mengungkapkan dan melindungi
diri. Melalui chakra lima, kita mengungkapkan apa yang ada dalam fikiran kita,
yang kira rasakan, kita lihat, kita inginkan, dan yang kita benci. Sisi depan
chakra ini sering dikenal sebagai "kedudukan tanggungjawab" kerana melalui
ini kita mengatakan "ya" atau "tidak" terhadap pendapat seseorang. Juga
berkaitan dengan jiwa, chakra ini terlihat sebagai wahana pengungkapan jiwa
terhadap hasratnya. Kerana kepentingan fisiknya yang besar, chakra ini
memungkinkan kita memberikaninformasi yang kita terima dari diri batin kita.
Keberadaan fisiknya melibatkan kerongkongan dan proses pendengaran.

Lokasi
Kerongkongan

Warna
Biru

Jenis Energi
Bersifat eter, suatu energi emosional yang dimuati dengan kesadaran kejiwaan.

Chakra keenam (Mata ketiga)


Sejak zaman dahulu, chakra ini juga dinamakan "mata ketiga" yang
merupakan pusat penglihatan dalam dan luar kita. Melalui ini, kita
mendapatkan, merekam serta mengirimkan gambar, lambang, warna dan
bayangan yang menyatakan kenyataan. Berhubungan dengan kelenjar pituitari
(yang menghasilkan lendir), pusat ini mengatur banyak fungsi hormon dan
endokrin kita , mendasarkan kesihatan fisiknya pada tujuan dan citra diri kita.
Seperti dikatakan Gerber, "Kelenjar endoktrin merupakan bahagian dari sistem
pengendalian induk yang kuat mempengaruhi ... tubuh mulai dari tingkat
pengaktifan gen dalam sel sampai kepada fungsi sistem syaraf pusat. Jadi
chakra ini mampu mempengaruhi suasana hati. (Mood) dan perilaku kita
melalui pengaruh hormonal pada kegiatan otak."

Lokasi
Dahi (kepala bahagian depan)

Warna
Unggu

Jenis Energi
Cerebal (berkaitan dengan otak); sisi depan mata ketiga menarik energi dari
otak dan chakra ketujuh.

Chakra Ketujuh
Terhubungkan dengan kelenjar pineal (berbentuk runjung), lapisan luar
otak, dan chakra lebih tinggi kita. Chakra ini mengatur banyak fungsi dalam dan
luar tubuh. Gerber mengatakan,"Aliran energi dimasukkan ke dalam tubuh
melalui berkas aliran yang memasuki chakra ubun-ubun"
"Pusat Fisik" dari pengetahuan lebih tinggi, menerima energi kejiwaan dan
bimbingan yang doperlukan untuk mengaktifkan maksud kita. Kerana
terhubungkan dengan bidang yang lebih tinggi, chakra ketujuh dianggap
sebagai pusat ketuhanan kita. Tempat kita mengetahui kesatuan diri kita
dengan Sumber Ketuhanan dan semua makhluk kejiwaan lainnya.

Lokasi
Ubun-ubun (bahagian lunak pada kepala bayi,

Warna
Putih

Jenis Energi
Bersifat keterik, bentuk materialisasi dari energi kejiwaan yang berasal dari luar
lingkungan bumi / ruang angkasa.

Kelima Chakra Luar Tubuh


Untuk mengerti sepenuhnya tentang sistem energi yang berdasarkan
pada fisik manusia, kita harus mempelajari tentang lima chakra atas manusia.
Kelima chakra ini berhubungan dengan tubuh fisik, tetapi tidak terletak atau
berdasar di dalam tubuh. Namun, semuanya berlaku sebagai perantara antara
chakra lebih tinggi yang ghaib dan chakra dalam tubuh.

chakra secara alami terbahagi dalam tiga kelompok ... berturut-turut adalah
psikologi, keperibadian dan kejiwaan".
Pada dasarnya, ketujuh chakra yang paling bawah menyatukan energi
kejiwaan, fisik, mental dan emosional dengan perekat fisik. Perubahan yang
terjadi di dalam ketujuh chakra ini cenderung mengakibatkan hasil yang dapat
terasa.

Kita mendapatkan pekerjaan, menjadi sakit, pulih kembali, mendapatkan atau


kehilangan kenalan. chakra memberikan fungsi pengaturan pada tubuh kita,
ada tubuh dan energi lain yang mempengaruhi kita.Ia mengatakan "Perubahan
pada tubuh fisik hanyalah hasil yang terlihat dari kejadian fisiologi yang
berlangsung secara bersamaan pada berbagai tingkatan energi." Salah satu
tingkatan itu melibatkan kelima chakra atas ini, yang menghubungkan pusat
energi lahir dan batin. Semua ini menggabungkan yang terlihat dan yang ghaib,
bekerja paling sering dengan energi yang bersifat unsur dan celestial.
Energi yang bersifat unsur berhubungan dengan jenis quanta yang
menciptakan bumi : api, air, udara dan tanah. Energi selestial menjalar lebih
cepat, dalam frekuensi lebih tinggi, mungkin melalui tachyon, partikel yang
bergerak lebih cepat daripada kecepatan cahaya. Ini adalah energi yang
menghubungkan konsep, idea, prinsip, nilai secara kejiwaan. Saya yakin
bahawa kelima chakra ini bekerja secara kimiawi di antara mereka sendiri.
Semua ini merupakan chakra tempat terjadinya keajaiban, imajinasi menjadi
kenyataan, kemanusiaan menerima keselamatan. Semua adalah chakra yang
mempertukarkan energi yang bersifat unsur dan celestial.
Chakra Kedelapan
Chakra kedelapan sangat menarik. Saya menemukan chakra ini dari
bawah ke atas, terletak sekitar satu setengah inci di atas kepala. Stein
mengatakan, "Rasakanlah dengan mengangkat telapak tangan kiri di atas pusat
ubun-ubun kepala dan rasakan energinya." Saya merasakannya seperti sesuatu
yang datar, sehingga sukar ditemukan.
Bekerja dengan chakra ini, saya sampai pada keyakinan bahawa ini
gerbang kita memasuki dan keluar dari dunia waktu / ruang kita. Di dalamnya,
pelanggan dan para siswa saya melaporkan, mereka merasakan seperti berada
di luar anfkasa dan sering melihat berbagai bayangan bintang dan planet.
Angin, lingkaran, garis dan jalur dari masa lalu, kini dan masa depan kita sendiri
serta orang lain dapat ditemukan di sini.
Di sini juga ditemukan cacatan Akashi, "buku" tempat tercatatnya semua
apa yang kita lihat, lakukan dan katakan dalam kehidupan atau yang lainnya.
Guru suku bangsa Ywahoo menyebut catatan ini sebagai "Kuil Pengertian" yang
berisikan" ... semua program pengungkapan kita tentang kehidupan ini dan
kehidupan lainnya sama-sama ada." Kerananya, kita dapat menjangkau
segalanya tentang masa lalu kita melalui chakra kedelapan. Jika tepat, kita
dapat juga membaca masa lalu orang lain. Kita dapat menjelajah ke tempat
mana pun yang memang ada di masa sekarang atau dalam dimensi yang
lainnya. Meraba ke masa depan yang dapat dipastikan atau kemungkinan besar
akan datang. Juga mungkin untuk membaca masa lalu, kini dan yang akan
datang lainnya. Jika bekerja bersama pelanggan yang mengalami kesulitan
memisahkan masalah-masalah mereka dari yang lainnya, saya seringkali
membimbing mereka memasuki chakra kedelapan kereka.

Lokasi
Sekitar satu setengah inci di atas kepala.

Warna
Perak atau ultra lembayung.

Jenis Energi
Ruang

Mempengaruhi indera kita tentang keseimbangan, waktu dan perencanaan.


Kunci terhadap pengalaman fisik dan emosional yang terjadi di masa lalu.

Chakra Kesembilan (Chakra Jiwa)


Chakra kesembilan kita adalah yang paling sedikit difahami, walau
kadang anda menyakininya sebagai salah satu chakra paling penting.
Pada dasarnya, chakra ini bekerja persis seperti salah satu dari sel fisik
kita. Ia mengandung gen kejiwaan, program yang mendasari pilihan yang telah
kita tetapkan berkaitan dengan tubuh fisik, keadaan emosi dan keyakinan
mental.
Semua penyembuhan harus dihubungkan dengan chakra kesembilan agar
terpadu sepenuhnya. Hanya dengan menyembuhkan tubuh kejiwaan yang
membawa semua data dari satu inkarnasi ke inkarnasi lainnya, kita dapat
dipastikan tidak hanya mengulangi pelajaran kita secara terus menerus.

Lokasi
Kira-kira satu setengah panjang di atas kepala.

Warna
Emas atau inframerah

Jenis Energi
Radioaktif.

Chakra Kesepuluh (Chakra Pentanahan / grounding)


Aku yakin bahawa satu dari kejahatan terbesar dalam gerakan metafisika
adalah kurangnya atau pengajaran yang tidak menyeluruh dari chakra yang
kesepuluh ini. Kita tidak akan dapat bertindak efektif dalam kehidupan sehari-
hari, melakukan fungsi fisik atau berusaha memenuhi maksud kehidupan jika
kita tidak ditanahkan.
Ditanahkan maksudnya adalah bahawa kita terhubungkan sepenuhnya
dengan bumi, kita berada "dalam" tubuh kita. Orang yang ditanahkan dapat
mengerahkan seluruh kemampuan dirinya, keistimewaan dan pengalamannya
sehingga mampu menangani keadaan apa saja.
Orang yang tidak ditanahkan sangat mudah dikenali. Mereka cenderung
bersikap kacau, boros serta tidak menyatu dengan kebutuhan dan perasaan.
Jika saya tidak ditanahkan, saya biasanya merasa seperti sedang berada di luar
tubuh. Ini biasanya merupakan tanggapan penuh ketakutan. Banyak dari kita
memisahkan keduanya dari suatu pengalaman dan dari diri kita untuk
menghadapi masalah.

Lokasi
Sekitar satu setengah sampai empat kaki di bawah kaki

Warna
Penuh nuansa tanah, termasuk sitrum, coklat, biru kehijauan, kuning-
kecoklatan, kunibg-ketanahan, hijau buah olive dan obsidian.

Jenis Energi
Bersifat eter.
WARNA AURA MANUSIA DAN ERTINYA
.
Bagaimana cara kita menterjemahkan warna, setelah kita menyadari
bahawa warna itu hanya merupakan simbol yang dinyatakannya? Warna aura
tiap perorangan pastilah berbeza-beza, bahkan warna seseorang tidak selalu
sama setiap waktu sesuai dengan keadaan kesihatan, perubahan mental serta
fisiknya. Para clairvoyant atau orang berpandangan terang yang Leadbeater,
bahawa dapat dibezakan warna-warna berikut ini, dan warna itu menyatakan
kondisi fisik, mental serta spiritual yang terdapat pada saat etrtentu.

Erti warna Aura adalah sebagai berikut :

HITAM Bererti kebencian dan maksud jahat; bentuk fikiran benci dan marah adalah mirip
asap hitam.

MERAH Kilatan merah tua atas latar belakang hitam menunjukkan kemarahan; merah
seram menunjukkan hawa nafsu.

COKLAT Coklat kemerahan pudar menunjukkan keserakahan; coklat keabu abuan pudar
menunjukkan sifat mementingkan diri.

COKLAT-KEHIJAUAN Disertai kilatan merah atau merah tua menunjukkan iri hati

ABU ABU Abu abu timah berat menunjukkan kemuraman yang dalam; abu abu pucat
menunjukkan ketakutan.

MERAH TUA Bererti cinta.

OREN Kebanggaan atau ambisi.

KUNING Menunjukkan kecerdasan; bila pudar, menunjukkan bahawa kecerdasan itu


digunakan untuk tujuan mementingkan diri.

HIJAU Biru kehijauan tua menunjukkan sifat baik, simpati yang dalam, sedangkan abu
abu kehijauan menunjukkan ketidakjujuran dan kelicikan.

BIRU Biru tua menunjukkan rasa keagamaan; biru muda menunjukkan ketaatan pada
cita-cita mulia dan kerohanian.

PUTIH ATAU HAMPIR PUTIH Menunjukkan kerohanian tinggi.

COKLAT PUDAR DAN BIRU PUDAR Menunjukkan rasa keagamaan yang mementingkan diri.

KUNING PUDAR Kecerdasan tingkat rendah.

ABERIKOS Menunjukkan kebanggaan.


MERAH BATA Bererti kesayangan yang mementingkan diri dan
keserakahan.

MERAH MUDA DAN CERAH Menunjukkan kesayangan murni

HIJAU KEABU ABUAN Ditambah sedikit ke arah merah menunjukkan penipuan.

FAEDAH-FAEDAH TENAGA DALAM


Bagi seseorang yang mampu menghimpun dan menguatkan tenaga
dalamnya secara teratur untuk mengikut apa saja kemahuannya maka ia akan
mendapat manafaat-manafaat yang ekstra yang tiada dimiliki oleh orang biasa
antaranya:

A. Memiliki tubuh yang perkasa, sihat dan dijauhi penyakit.


B. Memiliki organ pernafasan yang istimewa dan tubuh akan
mendapat kesegaran yang penuh.
C. Mempertajamkan pancaindera dan menimbulkan indera ke enam.
D. Memiliki sifat optimis dan pantang menyerah.
E. Semangat berkobar-kobar.
F. Berkemahuan tinggi dalam kehidupan.
G. Daya ingatan yang tajam dan bijak.
H. Wajah bersinar dan mempunyai daya tarikan tersendiri.
I. Berwibawa dan disegani dalam pergaulan.
J. Meninggikan kebolehan beladiri.
K. Kuasa penyembuh untuk diri dan orang lain.
L. Payah terkena perbuatan halus.
Juga bermacam kegunaan lagi.