Anda di halaman 1dari 17

CONTOH CATATAN REKOD ANEKDOT

DAN

REKOD BERTERUSAN

Dua Cara Merekod Tingkah Laku Kanak-kanak adalah dengan merekodkan


tingkah laku kanak-kanak daripada aspek Perkembangan Sosial iaitu Rekod
Anekdot dan Rekod Berterusan.

Rekod anekdot

Adalah satu catatan yang ringkas, tepat dan padat mengenai sesuatu peristiwa
atau tingkah laku murid yang dianggap penting, unik dan signifikan untuk
direkodkan. Maklumat yang perlu ada dalam rekod anekdot ialah nama kanak-
kanak, tarikh, masa, tempat, peristiwa yang berlaku, ulasan guru dan cadangan
atau tindakan guru. Catatan ringkas ini akan membantu guru memahami kanak-
kanak berkenaan.

Rekod anekdot hendaklah ditulis secara objektif untuk menerangkan apa yang
berlaku, bila dan di mana berlaku.

Perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan untuk menulis rekod anekdot


ialah:
- Membuat pemerhatian terhadap peristiwa yang berlaku
. - Mengenal pasti peristiwa itu penting dan signifikan kepada aspek
perkembangan kanak-kanak, merangkumi kelebihan dan kekurangan.
- Menulis maklumat selepas peristiwa berlaku
- Menulis apa yang dilihat secara objektif
- Maklumat yang biasanya direkodkan adalah berpandukan peristiwa
menggambarkan tentang perkembangan bahasa dan literasi, pola
interaksi sosial dan kemahiran menyelesaikan masalah.

Panduan Merekod:
- Membuat catatan dalam buku nota bagi memastikan peristiwa yang
direkodkan tidak tercicir.
- Merekod hasil pemerhatian sebaik sahaja selesai pemerhatian dibuat.
Mencatat tingkah laku dan apa yang diperkatakan oleh kanak-kanak.
Masukkan respons orang lain sekiranya ada kaitan dengan tingkah laku
Kanak-kanak yang diperhatikan.
- Pastikan peristiwa dicatat mengikut urutan
- Maklumat yang direkodkan hendaklah berpandukan peristiwa yang
menggambarkan perkembangan kanak-kanak.
REKOD ANEKDOT

Nama Murid : __________________________________ Umur : _____ tahun.

Tarikh : ________________________ Masa : ___________________

Nama Guru : ______________________________________________

Item : Kebolehan Membaca ( Contoh )

Catatan Ulasan

**Cadangan: Penerapan nilai murni semasa pengajaran dan pembelajaran perlu


diberi penekanan
REKOD ANEKDOT

Nama Murid : __________________________________ Umur : _____ tahun.

Tarikh : ________________________ Masa : ___________________

Nama Guru : ______________________________________________

Item : Kebolehan Mengira ( Contoh )

Catatan Ulasan
REKOD ANEKDOT ( CONTOH 1 )

Nama Murid : Sudin bin Sulaiman Umur : _____ tahun.

Tarikh : ________________________ Masa : ___________________

Nama Guru : ______________________________________________

Item : Kebolehan Membaca ( Contoh )

Catatan Ulasan

Selepas mengikuti sesi bacaan


Sudin anak sulung dalam keluarga
bersama gurukelas, Sudin menarik
sangat rapat dengan Zaki, Rosli dan
tangan Zaki, Rosli danZahar ke pusat
Zahar. Mereka ini sentiasa patuh dan
bahasa untuk mencari buku. Sudin
hormat pada Sudin. Sudin sudah mula
memilih buku bergambar sama
berminat pada buku, cuba membaca
dengan buku yangdibaca oleh
walau pun masih belum mengenal semua
gurunya tadi.
huruf.

Dengar saya nak baca buku ini. Sudin


pun membuka buku lalu membaca
dengan gaya seperti Cikgu Rusnani.
Zaki,Rosli dan Zahar mendengar dengan
penuh minat. Sedap tak ceritanya?
Tanya Sudin kepadamereka. Hei,
Sudin kau dah boleh baca?
TanyaZahar kepada Sudin.
Sudin tunduk dan terus diam.
Bagus, Sudin, Cikgu Rusnani memuji
sambil bertepuk tangan.
Sudin tersenyum dan kelihatan riang.

**Cadangan: Penerapan nilai murni semasa pengajaran dan pembelajaran perlu


diberi penekanan
REKOD ANEKDOT ( CONTOH 2 )

Nama Murid : Muhammad Munir Bin Mohtar Umur : _____ tahun.

Tarikh : ____________ Masa : ___________Tempat : Taman Permainan Prasekolah

Nama Guru : ______________________________________________

Item : Main Bebas ( Di Taman Permainan )

Catatan Ulasan

Munir memiliki sifat empati pada


Semasa aktiviti bermain di taman permainan rakan. Selain itu, dia juga
prasekolah. Kelihatan Munir, Hazeem, Faris, mempunyai sifat interpersonal
yang positif serta sudah
dan Iskandar beratur untuk memanjat memahami bahawa dia perlu
mengikut peraturan-peraturan
tangga gelungsur. Tiba-tiba, Haikal
tertentu semasa bermain di
berlari menujuke arah kumpulan taman permainan.

kanak-kanak yang sedang beratur Cadangan:


tadi lalu menolak Faris hingga terjatuh.
Guru harus menonjolkan sifat
Faris kelihatan memarahi Haikal kerana terpuji yang dimiliki Munir dengan
menceritakan semula peristiwa
berebut hendak memanjat gelungsur
yang berlaku di hadapan rakan-
dahulu. Tambahan pula, tangannya rakan yang lain agar menjadi
teladan kepada orang lain.
sakit. Munir dengan segera

membangunkan Faris. Dia berkata

kepada Haikal bahawa tidak baik

berbuat demikian. Katanya, cikgu

sudah beritahu kalau bermain mesti

ikut giliran.Haikal kelihatan mengangguk-

angguk seolah-olah mengiakan

kata-kata Munir. Munir menyuruh

Haikal bersalam dan

meminta maaf pada Faris. Haikal

dan Faris pun bersalam.


REKOD ANEKDOT ( CONTOH 3 )

Nama Murid : SYED SAFWAN B SYED SALIM Umur : _____ tahun.

Tarikh : ____________ Masa : ___________Tempat : Taman Permainan Prasekolah

Nama Guru : ______________________________________________

Item : Main Bebas ( Di Taman Permainan )

Catatan Pemerhatian Ulasan


Guru meminta Safwan melukis tumbuh-
tumbuhan yang dia ketahui secara bebas azam merupakan murid yang
yang biasa dilihat di halaman rumah sederhana pencapaiannya
berpandukan contoh lukisan tumbuhan dan pendiam. Beliau tidak suka
seperti pokok bunga, pokok kelapa, bertanya jika ada kekeliruan.
pokok pisang dan beberapa tumbuhan Arahan yang diberi tidak diikuti
yang telah ditunjukkan oleh guru sepenuhnya dan beliau lebih
sebelumnya. Safwan mula bertanya suka berimaginasi sendiri tanpa
apakah jenis pokok yang perlu dilukis melihat contoh yang diberikan
dan berapakah jumlahnya dan berapa oleh guru dan melihat kawan-
besar saiz pokok yang perlu dilukis. Safwan kawannya yang lain. Beliau
ingin melukis bunga matahari dan mula seolah-olah yakin dengan diri
bertanya berapakah kelopak bunga sendiri walaupun hasilnya agak
matahari yang perlu dilukis. Safwan terus kurang tepat. Teknik mewarna
melukis dengan panduan jawapan guru masih lemah untuk dikuasai.
tanpa mempedulikan rakan-rakan lain Penggunaan pensel semasa
yang terpinga-pinga untuk mula melukis. melukis juga tidak mengikut teknik
Beliau dilihat melukis dengan dengan yang betul. Ditanya kenapa
yakin. Beliau melukis dimulakan dengan mewarna menggunakan 2 warna
kelopak, batang dan daun. Kelopak yang sahaja, kerana 2 warna itu yang
dilukisnya agak besar dan panjang seperti tinggal kerana diambil oleh rakan
daun lalang dan jarang. Selesai melukis atau hilang. Ia berlaku mungkin
setelah bertanyakan pendapat guru kerana ia seorang pendiam dan
tentang lukisannya, beliau terus mewarna mudah dibuli rakan. Beliau juga
lukisan tersebut dan hasilnya adalah seorang yang pembersih dan
seperti yang dijangkakan iaitu kemas, menjaga hasil lukisannya supaya
penggunaan warnanya agak relevan dan kelihatan kemas, sebab itu di
cantik Safwan merupakan pelajar menggunakan pembaris untuk
yang paling pintar dalam kelas 6 melukis batang bunga, katanya
Prasekolah. Beliau mendengar arahan supaya ia kelihatan kemas
guru dengan teliti dan suka bertanya jika
ada sesuatu perkara yang tidak
difahaminya. Beliau merupakan anak
kakitangan kerajaan dan latarbelakang
sosioekonominya agak baik . Beliau suka
berminat melukis pokok bunga matahari
kerana menurutnya pokok tersebut
ditanam oleh ibunya di dalam pasu
dihalaman rumah. Teknik mewarnanya
agak baik kerana mendapat
pendedahan melukis dan mewarna di
dalam kelas kreatif yang dihadirinya setiap
hujung minggu di bandar.
REKOD ANEKDOT ( CONTOH 4 )

Nama Murid : MUHAMMAD AFIQ IRWAN BIN SAFLI


Umur : _____ tahun. Tarikh : ____________ Masa : __________

Tempat :______________________ Nama Guru ___________________________________

Item :

Catatan Pemerhatian Ulasan


Guru meminta Afiq melukis tumbuh- Muhammad Afiq merupakan
tumbuhan yang dia ketahui secara bebas seorang pelajar yang
yang biasa dilihat di halaman rumah sederhana pencapaiannya.
berpandukan contoh lukisan tumbuhan Beliau merupakan murid yang
seperti pokok bunga, pokok kelapa, paling aktif dan berani bertanya
pokok pisang dan beberapa tumbuhan di dalam kelas. Setiap ingin
yang telah ditunjukkan oleh guru sebarang perlakuan atau
sebelumnya. Seperti biasa Afiq seorang menerima arahan, beliau akan
murid yang paling kerap bertanya dari bertanya sama ada perkara yang
kalangan murid yang lain. Dari dibuat betul atau tidak. Beliau
pertanyaan penggunaan media seperti seolah-olah tidak boleh berdikari
pensel, jenis bunga, jumlah kelopak, saiz dan tidak boleh membuat
kecil atau besar hinggalah perkara yang keputusan sendiri. Akibat
kecil yang lain. Setiap garisan dan bentuk daripada tersebut tidak yakin
yang dilukisnya, beliau akan datang atau ragu-ragu jelas kelihatan
bertanya kepada guru sama ada betul padanya. Kemahiran kawalan
atau tidak gambar yang dilukisnya. Jika tangannya boleh ditingkatkan
ada berlaku sedikit kesalahan, beliau akan dengan
terus memadamkannya, menyebabkan pengukuhan- pengukuhan lain.
kertas lukisannya kelihatan comot dan
kotor. Akibatnya beliau mengambil masa
yang agak lama untuk menyiapkan hanya
sekuntum bunga. Gambar bunga yang
dihasilkan agak menjadi tetapi
kreativitinya agak terbatas. Susunan daun
dan kelopak bunga juga relevan. Garisan
yang dilukisnya agak terkawal,
menampakkan kematangan dalam
kawalan tangannya. Dalam mewarna
pula beliau kelihatan tidak mahir
menentukan warna asas bunga dan
kerap bertanya kepada guru dalam
pemilihan warna.
REKOD ANEKDOT ( CONTOH 5 )

Nama Murid : MUHAMMAD ADAM HARRIS BIN YAZID Umur : _____ tahun.

Tarikh : ____________ Masa : __________

Tempat :______________________ Nama Guru ___________________________________

Item :

Catatan Pemerhatian Ulasan


Guru meminta Adam melukis tumbuh- Muhammad Adam merupakan
tumbuhan yang dia ketahui secara bebas pelajar yang sering dilihat banyak
yang biasa dilihat di halaman rumah termenung di dalam kelas dan
berpandukan contoh lukisan tumbuhan banyak mengantuk di dalam
seperti pokok bunga, pokok kelapa, kelas. Bila ditanya kenapa selalu
pokok pisang dan beberapa tumbuhan mengantuk, beliau menjawab
yang telah ditunjukkan oleh guru kerana tidur lewat. Menurut
sebelumnya. Adam dilihat banyak ibunya beliau seorang suka
termenung dan sambil menjeling jeling menghabiskan masanya dengan
perlakuan rakan sebelahnya Afiq. Setelah tidur bila ada masa lapang.
ditegur beberapa kali barulah beliau mula Banyak tumpuan perlu diberikan
melukis. Beliau dilihat mula melukis pasu kepadanya supaya ia tidak terus
bunga dahulu, diikuti batangnya dan leka. Teknik kawalan pensel juga
kemudiannya bunganya tetapi banyak dilihat boleh diperbaiki dan
masa yang diperlukan oleh Adam untuk ditingkatkan di masa depan.
menyiapkan sebatang pokok Pelajar ini juga telah ditunjukkan
yang berbunga, kerana setiap kali siap mewarna dengan betul iaitu
melukis satu bahagian bunga maka ia mewarna dengan arah yang
akan berhenti dan termenung, setelah sama supaya hasil lukisan akan
ditegur oleh guru, maka beliau akan kelihatan kemas dan menarik.
menyambungnya semula. Dari segi
keseimbangan objek yang dilukis adalah
tidak tepat dimana pasu dilukis lebih besar
daripada pokok bunga manakala daun
dilukis lebih besar daripada bunga. Dalam
mewarna pula Adam dilihat dapat
mengunakan warna yang sesuai. Teknik
mewarnanya agak lemah dimana beliau
mewarna dalam pelbagai arah
menyebabkan lukisannya dilihat tidak
menarik
REKOD BERTERUSAN

Panduan Menyediakan Rekod Berterusan

Bagi menyediakan rekod berterusan, beberapa panduan perlu


dititikberatkan bagi semua guru bagi memperoleh rekod berterusan yang tepat
dan padat.

Antaranya ialah :

a. Pastikan item yang akan difokuskan semasa pemerhatian. Adakah tingkah


laku kanak-kanak, ruang atau sudut pembelajaran yang akandiperhatikan
sesuai?

b. Rekodkan apa yang dilakukan oleh murid satu per satu. Rekodkan apa yang
dilakukan oleh murid secara terperinci.

c. Rekod dengan tepat dan padat. Jelaskan bagaimana setiap aksi itu berlaku.

d. Rekod hanya perkara sebenar yang berlaku dan gunakan satu ayat
bagi menerangkan setiap aksi.

e. Guna bahasa yang mudah difahami.

f. Pastikan rekod dicatat mengikut urutan peristiwa.

g. Tentukan masa.

h. Perlu tulus dan ikhlas.

i. Guna singkatan semasa merekodkan.

Rekod Berterusan merupakan catatan dalam bentuk cerita (narative) yang


dibuat ke atas individu atau kumpulan murid semasa berlakunya sesuatu
peristiwa. Setiap perlakuan dan apa yang dikatakan oleh murid akan dicatat
sepanjang tempoh pemerhatian. Pemerhatian yang terperinci ini biasanya
dijalankan dalam tempoh 3 hingga 8 minit.

Prosedur pemerhatian: - Fokus kepada kanak-kanak yang ingin diperhatikan. -


Pastikan item yang akan difokuskan semasa pemerhatian. - Rekodkan apa yang
dilakukan oleh kanak-kanak secara terperinci. - Rekod hendaklah tepat dan
padat. - Catatkan dengan jelas setiap perlakuan mengikut urutan.
Panduan menulis: - Merekodkan perkara-perkara yang sebenarnya berlaku. -
Gunakan bahasa yang boleh difahami. - Gunakan singkatan semasa mencatat.
- Tulis secara terperinci tentang tingkah laku yang ingin diperhatikan. - Tulis
secara objektif, tidak terlalu deskriptif atau Judgemental.

- Pastikan buku nota atau kertas catatan diletak di tempat yang strategik atau
sulit.

Rekod berterusan merupakan satu rekod yang lengkap dan tidak terhad kepada suatu
aspek atau kejadian sahaja. Ini membantu guru bagi mengkaji dan mengesan masalah
perkembangan yang ada pada setiapmurid. Selain itu, rekod jenis ini juga, lebih bersifat
terbuka dan guru boleh mencatatkan apa sahaja yang berlaku sepanjang pemerhatian
yangdibuat. Rekod berterusan juga tidak memerlukan sesorang guru itu mahir dalam
kemahiran pemerhatian yang khusus. Setiap tingkah laku dan perbualan murid dapat
dijadikan data mentah yang berguna dalam penilaian.

CONTOH REKOD BERTERUSAN

Nama Murid : __________________________________ Umur : _____ tahun.

Tarikh : ________________________ Masa : ___________________

Nama Guru : ______________________________________________

Item : KEPIMPINAN ( Contoh )

Catatan Pemerhatian Ulasan


REKOD BERTERUSAN

Nama Murid : __________________________________ Umur : _____ tahun.

Tarikh : ________________________ Masa : ___________________

Nama Guru : ______________________________________________

Item : MAIN SENDIRIAN ( Contoh )

Catatan Pemerhatian Ulasan


REKOD BERTERUSAN ( Contoh 1 )

Nama Murid : Nur Arifah Aqilah Binti Sulaiman Umur : _____ tahun.

Tarikh : ________________________ Masa : ___________________

Nama Guru : ______________________________________________

Item : KEPIMPINAN

Catatan Pemerhatian Ulasan


Aqilah bermain bersama sekumpulan
Aqilah memiliki ciri-ciri seorang
5 orang di pusat main pasir. ketua dan pemimpin. Rakan-rakan
lain akan mendengar kata dan
Mereka bermain dengan beberapa arahan darinya.
peralatan main pasir seperti pengorek,
Ciri-ciri pemimpin dan teleransi
pencedok, cawan, baldi, dan sebagainya.
yang baik dapat dilihat dalam diri
Semasa aktiviti baru bermula, kedengaran Aqilah.

Aqilah memberi cadangan kepada Pujian harus diberikan kepada


Aqilah, supaya dapat dijadikan
kanak-kanak yang lain. dorongan dan inspirasi kepada
murid lain.
Aqilah : Mari kita buat rumah dengan pasir.

Lepas buat rumah, kita buatlah bukit dan

sungai di belakang rumah, buat pagar

di sekeliling rumah. Nanti tentu rumah kita

cantik. Kanak-kanak yang lain bersetuju.

Aqilah membahagikan peralatan

permainan pasir kepada kawan-kawannya. Jadi


Setiap seorang mempunyai alat mainan

tersebut.

Aqilah: Ambil seorang satu benda-benda ni. Jom


kita buat rumah kita cantik-cantik.

Nanti kita kongsi-kongsi guna alat-alat ni.

Akhirnya rumah pasir pun siap dibina tanpa


sebarang konflik hasil daripada peranan yang
dimainkan Aqilah
REKOD BERTERUSAN ( Contoh 2 )

Nama Murid : Nur Dhia Batrisya Binti Jaafar Umur : _____ tahun.

Tarikh : ________________________ Masa : ___________________

Nama Guru : ______________________________________________

Item : SETIAKAWAN

Catatan Pemerhatian Ulasan


Dhia sedang menyiapkankan Dhia seorang murid yang memiliki s
tugasan kolaj bentuk epal untuk setiakawan.
Tunjang Bahasa Inggeris di kelas.
Auni di sisi, masih menangis kerana
gagal membuat tampalan kolaj Rajin membantu dan memberi nasihat.
dengan baik.
Pandai memujuk.
Dhia : Kenapa ni Auni? Buatla..

Auni : Susahla. Melekat je gam ni.


( Sambil menangis lagi ...)

Dhia : Sekejap ya. Nanti saya tolong


kalau saya dah siap.

Dhia membantu Auni selepas siap kolaj


tugasannya.

Dhia : Ha... bukannya susah sangat.


Awak jangan guna gam banyak-banyak.
Memangla melekat.

Auni : Saya punya dah nak siap!


( Auni tersenyum gembira kerana Dhia
membantu )
REKOD BERTERUSAN ( Contoh 3 )

Nama Murid :Ainon binti Amirudin Umur : _____ tahun.

Tarikh : ________________________ Masa : ___________________

Nama Guru : ______________________________________________

Item : MAIN SENDIRIAN ( Contoh )

Pemerhatian Ulasan

Ainon sedang bermain pasir dengan 1. Menunjukkan sifat toleransi dan


beberapa orang rakannya. kerjasama.
Dia bangun dan mengatakan

Penatlah main pasir, jom main


jongkang jongkit. Ainon memanggil
rakan-rakannya.Beberapa orang murid
berebut-rebut menaiki jongkang-jongkit itu.

Ainon : Janganlah berebut-rebut

Liza : Saya pun nak naik juga

Ainon : Gilir-gilirlah. OK.Minah, Rozi


duduk di hujung sana. Noni dan Milah
dihujung sini, ya!
2. Memahami konsep matematik
Milah : Saya tak boleh dengan Noni,
sebab Saya dua-dua kurus, tentu
lebih ringan, nanti tak sama

Ainon : ya betul, nanti tak sama 3. Memahami konsep keseimbangan

Rozi : Ala Tak mau, saya nak duduk


dengan Minah juga

Ainon : OK. Som pun kurus, tolong


duduk depan Noni. Hah, baru sama
berat.
REKOD BERTERUSAN ( Contoh 4 )

Nama Murid : Najwa Amira bte Suhail Umur : _____ tahun.

Tarikh : ________________________ Masa : ___________________

Nama Guru : ______________________________________________

Item : KECENDERUNGAN MEMBERI IDEA

Catatan Pemerhatian Ulasan


Najwa sedang melihat Yana menyusun lego dan
kereta kecil.
Yana sering bersungut susah untuk mencantumkan
Najwa seorang yang prihatin
lega dan laluan kereta kecilnya selalu diganggu
oleh rakan lain yang turut sama bermain di sudut
manipulatif.

Yana : Ish... Janganla lalu sini. Tak nampak


ke saya nak main kereta ni?

Najwa memerhati tingkah laku Yana.


Najwa : Yana... Kenapa awak duduk situ? Boleh memberi cadangan dan idea.
Kan susah nak main kat situ?

Yana : Saya yang sampai dulu.


Ni tempat sayala.

Najwa : Mari sini main kat sini. Kosong ni.

Yana : Tak nak. Saya dah susun banyak ni.


Ni jalan raya. Penat saya susun lego ni.

Najwa : Mari saya buatkan awak Dapat memberi pengaruh positif


jalan raya macam cikgu buat haritu. kepada rakan.

Yana : Cikgu beri ke kita buat?

Najwa : Ala... Pakai selotape je.


Bolehkan cikgu? Cikgu boleh tak
buatkan jalan raya
pakai selotape macam haritu?
Yana ni...nak main kereta dia..
REKOD BERTERUSAN ( Contoh 5 )

Nama Murid : Mohd Razif bin Jalani Umur : _____ tahun.

Tarikh : ________________________ Masa : ___________________

Nama Guru : ______________________________________________

Item : KESEDIAAN MEMBANTU GURU

Catatan Pemerhatian Ulasan


Razif seorang anak yatim. Seorang murid yang
pelat dan masih berusai 5 tahun.
Razif murid aktif
Sangat agresif di kelas.

Semasa aktiviti Main Bebas, guru


dan PPM menggunakan pam untuk
meniup belon.

Razif : Cikgu, susah ke nak pam ni?


Sedia membantu orang di sekeliling.
Cikgu : Susahla Razif. Sebab tangan Mungkin kerana telah diberi pendedahan se
cikgu tak kuat. dari rumah, setelah ketiadaan bapanya, anak
lebih banyak berdikari.
Razif : Cikgu biar saya buat.
Dapat memberi idea kepada guru.
Cikgu : Tak apa Razif. Cikgu boleh buat.

Razif : Biar saya buat. Tangan saya


kuat. Mama saya panggil
saya Abang Sado.

Cikgu senyum dan mengizinkan Razif


Dapat mengawal keadaan.
membantu.

Razif : Jangan berebut ya. Nanti


saya bagi semua orang dapat
belon. Jangan berebut.