Anda di halaman 1dari 1

Tajuk buku: Amalan Pengurusan Sumber Manusia Mengikut Al-Quran Dan Hadis

Prakata
Alhamdulillah, dengan rasa rendah hati, buku ini dihasilkan bertujuan untuk memberi
sumbangan kepada masyarakat untuk menambah ilmu pengetahuan. Amalan pengurusan sumber manusia
(PSM) membincangkan tentang amalan-amalan untuk mengurus sumber manusia yang merupakan asset
penting bagi sesebuah organisasi. Tanpa pengurusan organisasi yang teratur dan sistematik, hal ini akan
menyebabkan sesuatu matlamat sukar untuk dicapai. Islam merupakan satu agama yang mudah untuk
difahami oleh setiap golongan bagi melengkapi segala aspek kehidupan termasuklah amalan pengurusan
sumber manusia.

Tanpa mengasaskan amalan PSM kepada Islam, maka akan berlakunya ketidakseimbangan
ditempat kerja seperti kadar kehadiran yang semakin merosot. Hal ini juga boleh menyebabkan tekanan di
tempat kerja, kerana kerja yang sering tertangguh. Pekerja merupakan tulang belakang dan aset yang
penting terhadap sesebuah organisasi. Oleh itu, pengekalan pekerja adalah suatu yang penting dalam
memastikan organisasi berada dilandasan yang betul.

Buku ini mempunyai inti pati amalan PSM berteraskan al-Quran dan al-Hadis. Ia mengandungi beberapa
bab secara keseluruhan yang menyentuh amalan PSM yang utama iaitu pemilihan dan pengambilan,
latihan dan pembangunan, pengurusan kerjaya, penilaian prestasi, kenaikan pangkat dan gaji. Buku ini
juga sesuai untuk digunakan sebagai rujukan oleh orang awam yang ingin melaksanakan amalan PSM
Islam di tempat kerja mereka.

Pelajar-pelajar juga boleh menggunakan buku ini sebagai buku rujukan sampingan dalam cubaan
untuk memahami tentang amalan PSM daripada perspektif Islam mahupun untuk menyelesaikan tugasan
yang telah diberikan oleh guru-guru di sekolah atau pensyarah di universiti.

ILHAAMIE BINTI ABDUL GHANI AZMI (PhD),


Jabatan Syariah dan Pengurusan,