Selamat pagi saya ucapkan kepada yang mulia Tuan pengerusi Majlis,
barisan hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan yang dikasihi. Tajuk cerita saya pada pagi ini ialah Kisah Si Tanggang.
Si Talang dan Si Deruma merupakan sepasang suami isteri.
Mereka mempunyai seorang anak lelaki yang bernama Si Tanggang. Mereka hidup sebagai keluarga nelayan di tepi pantai. Kehidupan mereka sangat miskin. Si Tanggang merupakan seorang budak yang bercita-cita tinggi. Dia selalu berkhayal untuk menjadi kaya dan terkenal. Akan tetapi, keadaan hidupnya yang serba kekurangan dan ketiadaan peluang menjadi penghalang kepada cita-citanya.
Pada suatu hari, Si Tanggang terlihat sebuah kapal besar berlabuh
di muara sungai yang berhampiran dengan rumahnya. Si tanggang pun pergi mencuba nasib, dia berjumpa dengan nakhoda kapal itu dan meminta untuk dijadikan anak kapalnya. Nakhoda kapal it uterus bersetuju.
Walaupun Si Tanggang dan Si Druma amat keberatan untuk
melepaskan Si Tanggang belayar mengikut kapal nakhoda itu, mereka terpaksa mengalah. Si Tanggang berjanji akan kembali ke kampung setelah menjadi kaya.
Si Tanggang sangat rajin bekerja. Oleh itu, nakhoda amat suka
dengannya. Si Tanggang diambil sebagai anak angkat. Apabila Nakhoda itu menjadi uzur, maka Si Tanggang dilantik menjadi Nakhoda baru. Dia dipanggil Nakhoda Tanggang.
Si Tanggang memiliki kecekapan dalam berniaga. Dia menjadi kaya
raya dan terkenal. Namanya sampai ke telinga Sultan dan dijemput ke istana. Tidak lama kemudian, Sultan mengahwini puterinya dengan Si Tanggang. Si Tanggang membawa isterinya berlayar ke banyak tempat di merata negeri. Pada suatu hari, kapal Si Tanggang berlabuh di muara sungai kampung asal-usulnya. Orang kampong mengetahui nakhoda kapal itu Si Tanggang. Mereka pun memberitahu kepada orang tuanya.
Gembira dalam hati, Si Talang dan Si Deruma pun pergilah
berkayuh sampan menuju ke kapal Nakhoda Tanggang. Apabila tiba di kapal, seorang anak kapal melarang mereka naik. Seketika kemudian, Si Tanggang muncul dengan isterinya. Si Tanggang malu melihat keadaan ibu dan bapanya yang daif di hadapan isterinya. Kedua-dua orang tuanya memanggil-manggil Si Tanggang, akan tetapi dia berpura-pura tidak kenal mereka.
Si Tanggang menghalau ibunya dengan biadap. Si Talang dan Si
Deruma berdayung ke tepi dengan perasaan sedih dan kecewa. Apabila tiba di daratan, Si Deruma memandang ke langit dan berseru, Oh, Tuhan! Tunjukkanlah kepada Si Tanggang bahawa akulah ibu kandungnya.
Tiba-tiba petir berdentum dan angin bertiup kencang. Kapal Si
Tanggang terumbang-ambing.ketika itulah, Si Tanggang berasa kesal. Dia sedar Tuhan telah memperkenankan doa ibunya. Dia akan menerima balasannya kerana telah menderhaka. Akhirnya, dia berteriak kepada ibunya supaya diampun. Ibu, maafkanku, ibu. Akan tetapi, penyesalannya tidak berguna lagi. Kapalnya pecah akibat dipukul oleh ombak yang kuat. Apabila rebut reda, Si Tanggang, pun bertukar menjadi batu.
Rakan-rakan yang dikasihi, cerita ini memberi pengajaran kepada
kta, supaya janganlah menderhaka kepada ibu bapa kita. Sekian, terima kasih.