Anda di halaman 1dari 5

Tema

Novel ini bertemakan semangat Patriotisme. Datuk Bahaman dan orang-orangnya telah berjuang menentang Inggeris.

Persoalan

1. Kegigihan

Contoh :

Mat Lela dan Datuk Panglima Raja gigih mengajar ilmu silat kepada para perajurit Semantan.

2. Kecekalan

Contoh :

Datuk Bahaman cekal menghadapi cabaran dan dugaan sewaktu ancaman Inggeris.

3. Keberanian

Contoh :

Mat Lela yang berusia 20 an berani menghadapi ancaman musuh yang menapak di bumi Semantan.

. WATAK DAN PERWATAKAN DARAH TITIK DI SEMANTAN:

*Zahid
>watak utama dalam novel ini.

>seorang yang pandai menentang musuh.


Contoh: Dia berjaya membaling buluh runcing tepat pada belakang seorang pihak Inggeris.

>seorang yang patuh kepada ajaran agama.


Contoh: Selepas solat, dia akan berdoa kepada tuhan supaya tuhan memberkati perjuangannya menentang penjajah.

>seorang yang berani.


Contoh:Dia berani menentang dua orang pemuda yang sedang mengganggu Kak Minah.

>seorang yang mementingkan semangat setia kawan.


Contoh: Dia dan kawan-kawan akan melakukan tugas seperti menjaga kawasan dan menjaga kubu bersama-sama.

>seorang yang mempunyai semangat berjuang yang tinggi.


Contoh: Dia mempunyai prinsip dimana anak muda mestilah mengangkat senjata sekiranya diancam oleh pihak Inggeris
manakala ibu bapa tidak boleh menghalang anak-anak mereka daripada berjuang. Anak-anak muda tidak boleh mati di
atas tilam.
*Datuk Bahaman
>orang kaya Semantan
>mempunyai 2 anak iaitu Mat Lela dan Awang Muhammad
>pembesar negeri.

>seorang yang bertanggungjawab melaksankan amanah yang dipikul.


Contoh: Dia sentiasa bertanggungjawab menjaga kerajaan dan bangsa Melayu.

>seorang yang tidak mementingkan pangkat dan gelaran.


Contoh: Datuk Bahaman tiada mengeluarkan air mata apabila gelaran dan pangkat telah di tarik semula oleh Sultan.
Namun, perjuangan menentang pihak Inggeris tetap diteruskan.

>seorang yang berani.


Contoh: Datuk Bahaman telah kembali ke Lubuk Terua seorang diri setelah mendapat tahu pihak Inggeris membakar
kampung-kampung di Semantan. Dia telah berjaya membunuh banyak mata-mata pihak Inggeris walaupun seorang diri.

>seorang yang mementingkan kebajikan rakyat.


Contoh: Semasa di Johor,Datuk Bahaman telah menolak tawaran Gabenur Singapura untuk memberikan 500 sebulan
supaya berhenti menentang pihak Inggeris. Namun, Datuk Bahaman memilih berjuang bersama rakyat.

>seorang yang berpegang pada janji.


Contoh:Datuk Bahaman akan berpegang pada janji walaupun terpaksa hidup menderita dan anaknya mati.

*Samad
>Rakan kepada Zahid,Rahman dan Awang Muhammad.
>Pernah ditangkap oleh Pihak Inggeris kerana membawa rotan.

>seorang yang berani.


Contoh:Samad mengingatkan rakan-rakanyan dimana mereka haruslah berani dalam perjuangan pada setiap masa.

>seorang yang pandai menyimpan rahsia.


Contoh: Samad telah berpura-pura menjadi budak bodoh ketika pihak Inggeris menyuruh menceritakan perkara yang
sebenar.

>seorang yang bijaksana mengatur strategi.


Contoh: Samad telah melarang rakan-rakanya merosok pokok-pokok di tebing supaya mudah untuk mengintip musuh.

>seorang yang mempunyai semangat kerjasama


Contoh: Samad dan rakan-rakannya bekerjasama membina kubu.

*Mat Lela
>Umurnya hendak meningkat ke 30 tahun.
>Anak Datuk Bahaman dan abang Awang Muhammad
>Terkena tembakan di peha namun dapat diselamatkan

>seorang yang berfikiran terbuka


Contoh: Mat Lela bersetuju dengan bapanya dimana perjuangan harus menggunakan strategi dan akal fikiran.

>seorang yang berterus-terang.


Contoh: Mat Lela berterus terang dimana dia tidak mempercayai janji sultan dan berpendapat sebaliknya itu sebagai
muslihat.

*Lajis
>guru silat kepada Rahmad dan rakan-rakannya.
>Baru berkahwin dengan Kak Minah.
>Menjadi pengintip untuk mengetahui rahsia gerakan Inggeris di Kuala Semantan.
>seorang yang mudah bekerjasama apabila dia bermuakat dengan Pak Uda untuk membina bengkel membuat senjata.
>seorang yang taat pada perintah agama.
Pada saban tahun negara kita mengalami fenomena cuaca masalah jerebu. Acap kali fenomena ini

melanda negara kita seolah-olah termaktub dalam takwim ramalan cuaca Malaysia.Sila bincangkan

mengenai punca-punca berlakunya masalah jerebu serta kesan-kesannya.

Sebenarnya, tanpa kita sedar masalah jerebu berpunca daripada perbuatan dan salah laku manusia

sendiri iaitu pertamanya melalui pembakaran hutan secara besar-besaran tanpa menghiraukan dan

mengambil berat kesan terhadap alam sekitar. Contohnya, kepada negara Singapura dan Malaysia seringkali

menjadi masalah tahunan dengan berlakunya asap tebal, selalunya bermula pada pertengahan tahun apabila

peladang Indonesia mengambil jalan mudah dengan melakukan pembersihan ladang secara murah dengan

hanya membakarnya. Lingkaran asap jerebu dari kawasan kebakaran di Sumatera Tengah, Wilayah Riau,

Indonesia hingga ke selatan Pantai Barat Semenanjung telah ditunjukkan dan maklumat diperolehi daripada

ASEAN Specialised Metereological Centre (ASMC). Masalah jerebu ini sangat membimbangkan warganegara

Malaysia dengan keadaan yang berlaku. Saban tahun negara kita seringkali mengalami masalah

jerebu yang sudah menjadi fenomena cuaca pada setiap tahun. Acap kali negara kita dilanda jerebu seolah-

olah fenomena ini seperti sudah termaktub dalam takwim ramalan cuaca negara disebabkan kehadiran

partikel dan habuk-habuk terampai di atmosfera seperti debu, habuk, gas-gas dan zarah di dalam keadaan

udara zarah kering. Tahap kualiti udara di Malaysia akan ditunjukkan oleh Indeks Pencemaran Udara (IPU).

IPU 101-400 adalah tahap kualiti udara yang teruk. Namun, realitinya kesihatan rakyat akan berada di dalam

bahaya jika keadaan udara yang berjerebu penuh dengan partikel asing. Persoalannya, apakah punca-punca

berlaku dan terjadinya masalah jerebu di negara ini?

Selain itu, keadaan jerebu akan semakin menjadi-jadi apabila ada faktor yang memburukkan lagi

keadaan iaitu pembakaran secara terbuka tanpa kawalan yang dilakukan oleh masyarakat Malaysia.

Kebiasaannya pihak yang ingin menghapuskan sesuatu seperti sampah sarap atau bahan buangan sama ada

milik individu ataupun pemilik kilang melakukan pembakaran terbuka ini. Contohnya, pembakaran terbuka

dilakukan di belakang kawasan rumah mereka sendiri oleh sesetengah anggota masyarakat. Sikap terlalu

malas oleh segelintir masyarakat untuk membawa sampah sarap mereka ke tempat pembuangan sampah

atau pusat pengitaran sampah semula telah membawa kepada pembakaran terbuka. Ada juga pemilik kilang

papan, kain dan sebagainya yang bertindak dengan membakar sendiri bahan buangan kilang mereka. Sifat

kurang bertanggungjawab dan tidak mengambil peduli akan asap yang terhasil daripada pembakaran terbuka

sedikit demi sedikit membawa kepada masalah jerebu yang lebih teruk. Asap daripada pembakaran terbuka ini
hanya bukan bersifat setempat sahaja teatpi akan ditiup angin dan dibawa jauh dan meliputi kawasan yang

sangat luas. Natijahnya, asap yang dilepaskan ke udara adalah akibat daripada pembakaran terbuka dan

mengakibatkan berlakunya jerebu.

Tambahan pula, masalah jerebu juga diakibatkan oleh jumlah kenderaan di jalan raya yang

semakin meningkat yang bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Di Malaysia, jumlah kenderaan di jalan

raya adalah sebanyak 9.3 juta dan menyebabkan pengeluaran gas berbahaya iaitu 16.2 tan karbon monoksida

dan dua tan sodium dioksida pada setiap hari. Keadaan jerebu bertambah parah dan serius dengan

kesesakan lalu lintas kerana asap masih tetap dikeluarkan yang akan mencemarkan udara walaupun

kenderaan tidak bergerak. Bertambahnya jumlah kenderaan di jalan raya akan menyebabkan peningkatan

jumlah asap yang dikeluarkan dari paip ekzos kenderaan dan seterusnya berlegar-legar di atmosfera dan

terperangkap di lapisan ozon dan akhir sekali tidak dapat keluar ke angkasa lepas. Kesannya, udara menjadi

tebal dan jerebu berlakulah di negara kita.

Selain itu, punca utama jerebu adalah daripada kawasan perindustrian yang tidak mengawal

pengeluaran asap seperti kawasan perindustrian yang mengunakan arang batu dan minyak. Udara di negara

kita telah dicemarkan yang berpunca daripada asap-asap dari kilang dilepaskan ke udara akibat perbuatan

dan sikap pengusaha kilang yang seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Wang yang

banyak tidak sanggup dibelanjakan oleh mereka untuk mendapatkan alat penapisan asap bagi proses

penapisan asap yang dikeluarkan sedangkan mereka mengetahui terkandungnya nitrogen dan sulfur dioksida

di dalam asap-asap ini yang boleh mengakibatkan jerebu. Situasi menjadi semakin buruk apabila corong asap

yang dipasang terlalu rendah oleh pihak pengusaha kilang yang tidak beretika sehingga asap beracun

disalurkan ke udara. Contoh situasi ini seperti di kawasan Lembah Klang dan Seguntor di Sandakan.

Konklusinya, konsep bagai aur dengan tebing haruslah dipraktikkan dan ditanam dalam diri semua

pihak demi mengatasi masalah jerebu ini. Kesejahteraan dan keharmonian negara dapat dijamin melalui

usaha ini. Bagi mengatasi masalah jerebu dari terus menghantui dan membelenggu negara kita, pihak

kerajaan khususnya perlu mengambil langkah yang lebih drastik dan efektif. Demi memastikan kemajuan

negara, rakyat yang sihat tubuh luar dan dalam merupakan tonggak utama sesuia dengan slogan Rakyat

Sihat Negara Maju.

Anda mungkin juga menyukai