Anda di halaman 1dari 10

1 Pernyataan yang berikut berkaitan dengan kehendak manusia

kehendak manusia adalah berbeza

Manakah yang berikut berkaitan dengan pernyataan tersebut?


A Perlu untuk hidup lebih selesa
B Bebas bergerak tanpa gangguan
C Mendapat rawatan kesihatan di klinik
D Aini makan nasi lemak, Amin makan nasi dagang

2 Gambar yang manakah berkaitan dengan keperluan rohani berdasarkan Model Hierarki
Keperluan Maslow?

A C

B D

3 Pernyataan manakah yang menunjukkan kelemahan pengkhususan?


A Menjimatkan kos latihan
B Meningkatkan daya pengeluaran
C Menghasilkan keluaran yang seragam
D Mencapai kemahiran yang tinggi di kalangan pekerja

4
Kepuasan amat sukar dipenuhi
Pelbagai dan tidak terbatas
Semata-mata untuk keselesaan sahaja

Pernyataan di atas merujuk


A Keperluan fisiologi
B Keperluan rohani
C Keperluan keselamatan

1
D Kehendak

5 Apakah faktor utama yang menbezakan usahawan dengan peniaga?


A Usahawan berusaha untuk mengatasi pesaingnya
B Usahawan berusaha untuk menaikkan taraf hidupnya
C Usahawan berusaha untuk memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat
D Usahawan berusaha memaksimumkan keuntungannya

6 Pernyataan yang manakah benar tentang kaitan antara pengeluaran, perdagangan, dan
perniagaan?
I Keperluan dan kehendak mewujudkan pengeluaran
II Pengeluaran langsung mewujudkan pengkhususan dan pengeluaran
III Pengeluaran tidak langsung memerlukan perdagangan untuk mengagihkan
barang
IV Perniagaan dan bantuan perniagaan penting dalam proses pengeluaran
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

7 Mengapakah peruncit kecil-kecilan masih dapat wujud walaupun menghadapi persaingan yang
hebat daripada peruncit besar-besaran ?
A Kadar keuntungan peruncit kecil-kecilan lebih tinggi daripada peruncit besar-besaran
B Tiada hutang lapuk
C Mutu perkhidmatan yang diberikan oleh peruncit kecil kecilan lebih baik daripada
peruncit besar-besaran
D Lebih berhampiran pelanggan

8 Siapakah yang terlibat dalam industri ektraktif?


A Nelayan laut dalam
B Ejen pelancongan
C Operator pengeluaran
D Kontraktor pembinaan

9 Berikut adalah butir-butir pembelian dan pinjaman kereta Encik Rosyam.

Harga kereta : RM50 000


Bayaran pendahuluan :10 % daripada harga kereta
Amaun pinjaman: RM45 000
Tempoh pinjaman: 5 tahun
Kadar faedah setahun : 3 % setahun

Hitungkan amaun ansurans bulanan yang perlu dibayar oleh Encik Rosyam
A RM862.50
B RM882.50
C RM908.50
2
D RM988.50

10 Maklumat berikut berkaitan dengan ciri suatu bentuk perniagaan runcit.

Modal besar
Perkhidmatan layan diri
Beroperasi 24 jam tanpa pengawasan

Apakah bentuk perniagaan runcit tersebut?


A Pesanan mel
B Jualan langsung
C Televisyen Interaktif
D Mesin peruncitan automatik

11 Antara yang berikut,yang manakah benar tentang pemborong bayar dan bawa?
A Pembeli mesti mengangkut barang belian sendiri
B Kredit diberi kepada pelanggan
C Pemborong menyediakan perkhidmatan selepas jualan
D Harga barang dijual lebih mahal berbanding kaedah lain

12 Apakah dokumen yang dihantar kepada pembeli jika barang dijual menggunakan kaedah urus
niaga uji dulu sebelum membeli?
A Nota debit C Borang pesanan
B Penyata akaun D Invois proforma

13 Manakah merupakan eksport tak nyata bagi Malaysia?


A Pelancong Jepun melawat ke Malaysia
B Pengilang mengeksport pakaian ke Arab Saudi
C Peniaga Malaysia membuat pelaburan di Negara China
D Pelajar Malaysia melanjutkan pelajaran ke New Zealand

14 Apakah tatacara yang perlu dipatuhi oleh pengeksport setelah menerima inden
I. Memuatkan barang ke dalam kapal
II. Menyediakan dokumen berkenaan
III. Menuntut bayaran daripada pengimport
IV. Menempah ruang dalam kapal
A II, I,IV,dan III C IV, II, I dan III
B IV, III, I dan II D III, IV, II dan I

15 Antara yang berikut, yang manakah halangan yang dihadapi oleh pengeksport dalam
perniagaan antarabangsa ?
I. Duti eksport
II. Subsidi eksport
III. Embargo
IV. Kuota
A I, II dan III C I, III dan IV
B I, II dan IV D II, III dan IV

16 Apakah maksud Industri Kecil dan Sederhana (IKS)?


A Industri berskala kecil dalam perkhidmatan langsung
3
B Penghasilan bahan-bahan mentah kepada industri tempatan
C Tidak menikmati faedah pengkhususan dan pembahagian kerja
D Syarikat perkilangan yang mempunyai nilai jualan tahunan tidak melebihi RM25 juta
dan pekerja separuh masa tidak melebihi 150 orang

17 Soalan 13 berdasarkan pernyataan di bawah

Menghasilkan kerusi, meja dan almari


Menggunakan bahan mentah tempatan
Memasarkan keluaran melalui pihak ketiga

Pernyataan di atas menggambarkan kegiatan seorang usahawan IKS. Dalam bidang industri
manakah beliau terlibat?
A Industri berasaskan logam
B Industri berasaskan sumber
C Industri berasaskan plastik
D Industri berasaskan komponen automotif

18 Gambar menunjukkan produk keluaran pengusaha Industri Kecil dan Sederhana (IKS)

Bateri kereta

Pengusaha P

Cermin sisi kereta


Pengusaha Q

Tayar kereta

Pengusaha R

Pengusaha P,Q dan R terlibat dalam industri berasaskan


A logam C automotif
B sumber D elektrik dan elektronik

19 Hampir 75% barang keluaran Industri Kecil dan Sederhana dijual kepada firma besar. Konsep
yang dijalankan melalui pemasaran bersepadu ini dikenali sebagai
A Konsep vendor
B Konsep kontrak
C Konsep payung
D Konsep bersepadu

20 Antara yang berikut, manakah benar tentang perkongsian?


I Rakan kongsi menanggung liabiliti yang tidak terhad
4
II Bilangan rakan kongsi sekurang-kurangnya 50 orang
III Modal disumbangkan mengikut kadar yang ditetapkan dalam perjanjian
IV Keuntungan perniagaan dibayar kepada rakan kongsi dalam bentuk dividen
A I dan II C II dan IV
B I dan III D III dan IV

21 Pentadbiran sesebuah syarikat sendirian berhad dikawal dan diuruskan oleh


A pekerja syarikat C pemegang-pemegang syer
B ahli lembaga pengarah D pemiutang-pemiutang syarikat

22 Apakah kelebihan Syarikat Awam Berhad berbanding Syarikat Sendirian Berhad?


A Syarikat Awam Berhad mempunyai perundangan sendiri
B Pemegang syer mempunyai kuasa mutlak melantik Ahli Lembaga Pengarah
C Syer bebas dijual kepada orang ramai untuk menambah modal
D Pemegang syer menanggung liabiliti terhad

23 Apakah yang dimaksudkan dengan pelaburan?


A Menangguhkan penggunaan wang bagi membiayai perbelanjaan pendidikan anak-anak
masa hadapan
B Menangguhkan penggunaan wang pada masa sekarang untuk menukarkan hak milik
barangan kepada wang tunai
C Mendapatkan pulangan pada masa depan atas penangguhan penggunaan wang pada masa
sekarang
D Menyimpan wang dalam buku akaun simpanan untuk menjamin masa depan keluarga

24 En. Zizan Razak telah membeli sebuah rumah bernilai RM150 000. Dia menyewakan rumah
itu dengan kadar RM500 sebulan mulai 1 Ogos 2009. Pada 1 April 2010,dia telah menjual
rumah itu dengan harga RM230 000.
Hitungkan jumlah pulangan yang diperoleh En Zizan Razak atas pelaburan itu.

A RM84 000 C RM84 500


B RM84 400 D RM90 000

25 Antara yang berikut, yang manakah fungsi Bank Negara Malaysia sebagai jurubank kepada
bank perdagangan ?
A Mengedarkan matawang dalam Negara
B Peminjam terakhir kepada bank perdagangan
C Mengawal penciptaan kredit oleh bank perdagangan
D Menerima simpanan dan membuat bayaran bagi pihak kerajaan

26 Antara yang berikut, yang manakah bank badan berkanun?


I Bank koperasi
II Bank Simpanan Nasional
III Bank Pertanian Malaysia
IV Bank Kerjasama Rakyat Malaysia
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

5
27 Gambar di bawah menunjukkan Encik Alif Firdaus sedang memikirkan cara terbaik
menyelesaikan masalahnya

Saya perlu membayar sewa rumah dan


ansuran kereta tepat pada tarikh yang
ditetapkan setiap bulan

Apakah perkhidmatan yang paling sesuai digunakan oleh Encik Alif Firdaus?
A Draf Bank
B Arahan Tetap
C Pindahan kredit
D Pindahan elektronik

28 Mengapakah cek boleh menjadi cek tak laku ?


I Penyuruh bayar bukan rakyat Malaysia
II Butiran pada cek kurang lengkap
III Akaun penyuruh bayar ditutup
IV Cek tidak dipalang
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

29 Pernyataan manakah berkaitan dengan overdraf?


A Pemohon perlu mengemukakan penjamin
B Suatu pendahuluan kepada pemilik kad kredit
C Kaedah pengiraan faedah secara kadar tahunan
D Kemudahan diberi kepada pemegang akaun semasa
30 Gambar menunjukkan sekeping cek

Pernyataan yang manakah benar mengenai cek tersebut?


A Ramli adalah penyuruh bayar
B Amirah adalah pesuruh bayar
C Cek dibankkan di bank Ijarah Berhad Ipoh
D Cek dibankkan di Bank Islam Shah Alam

31 Situasi manakah yang merupakan risiko boleh insurans ?


A Kedai Encik Kamal dirompak
B Rumah Puan Lily ditenggelami banjir
6
C Tanaman Encik Nabil musnah akibat musim kemarau
D Pakaian ciptaan Butik Aza tidak mendapat sambutan pelanggan

32 Apakah persamaan antara insurans konvensional dengan Takaful?


A Mengamalkan prinsip urusniaga tanpa riba
B Melindungi insured sekiranya menghadapi risiko
C Mengelakkan insured daripada mengalami risiko
D Menguntungkan insured apabila ganti rugi dibayar

33 Situasi berikut berkaitan dengan satu tuntutan ganti rugi.

Cik Rosma telah kehilangan sebuah kereta dan syarikat insurans membayar
gantirugi kepadanya. Apabila kereta tersebut dijumpai semula, Cik Rosma
cuba menuntut kereta itu kembali tetapi ditolak oleh syarikat Insurans.

Apakah prinsip yang digunakan oleh syarikat insurans untuk menolak tuntutan Cik Rosma?
A Subrogasi
B Sumbangan
C Penuh percaya mutlak
D Doktrin sebab hampiran

34 Apakah langkah pertama semasa membuat tuntutan ganti rugi kepada pihak insurans?
A Mendapatkan borang tuntutan
B Membuat laporan kepada polis
C Melengkapkan borang tuntutan
D Membuat laporan kepada insurer

35 Bagaimanakah insurans gadaian membantu insured?


A Memberi pinjaman kepada insured
B Membiayai belanja perubatan insured
C Memberi perlindungan kepada kemalangan peribadi insured
D Memberi perlindungan kepada waris insured dengan menjelaskan baki hutang kepada
pihak bank

36 Maklumat berikut berkaitan dengan prinsip insurans.

Seseorang hanya boleh menginsuranskan harta yang dimilikinya sahaja.

Apakah prinsip tersebut ?


A Indemniti
B Sumbangan
C Penuh percaya mutlak
D Kepentingan boleh insurans

37 Antara berikut,siapakah dilindungi di bawah insurans motor pihak ketiga?


I Kenderaan insurer

7
II Kecederaan insured
III Kenderaan pihak ketiga
IV Kecederaan pihak ketiga
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

38
Kereta yang dipandu oleh Encik Habib telah terlibat dalam kemalangan
dengan sebuah lori. Kedua-dua kenderaan yang terlibat telah habis remuk.
Encik Habib dan isterinya telah cedera parah. Pemandu dan kelindan lori
juga mengalami kecederaan yang teruk

Apakah polisi insurans yang dapat membayar segala kerugian yang dialami oleh kedua-dua
pihak dalam kemalangan itu ?
A Polisi insurans pihak ketiga
B Polisi insurans komprehensif
C Polisi insurans kemalangan peribadi
D Polisi insurans liabiliti am

39
Merupakan kontrak antara insured dan insurer
Syarat perlindungan dinyatakan dengan jelas
Hak tuntutan pampasan juga dinyatakan dengan jelas

Dokumen yang menepati ciri ciri di atas ialah


A Borang tuntutan
B Nota lindungan
C Borang siasatan
D Polisi

Cik Aida Jebat En Zul Ariffin

40 Merujuk kepada gambar di atas, apakah faktor yang membezakan kadar premium insurans
hayat antara cik Aida Jebat dengan encik Zul Ariffin
I jantina
II jenis pekerjaan
III tahap kesihatan
IV jenis insurans

A I,II dan III C II,III dan IV


8
B I,II dan IV D I,II,III dan IV

KERTAS SOALAN TAMAT

Disediakan oleh: Disemak oleh : Disahkan oleh:

(PN SABARIAH BT AHMAD) (PN NORHAYATI BT YUSOF) (PN NORBISHAM BT HAD)


Guru Perdagangan Guru ketua Panitia Guru Ketua Bidang T&V

Skema jawapan

Soalan Pertengahan Tahun perdagangan kertas 1 Tingkatan 5 2015

No soalan No soalan No soalan No soalan

1 D 11 A 21 B 31 A

2 D 12 D 22 C 32 B

3 C 13 A 23 C 33 A

4 D 14 C 24 C 34 B

5 C 15 C 25 B 35 D

6 D 16 D 26 C 36 D

7 D 17 B 27 B 37 D

8 A 18 C 28 C 38 B

9 A 19 C 29 D 39 D

10 D 20 B 30 D 40 A

9
10

Anda mungkin juga menyukai