Anda di halaman 1dari 2

Karangan Fakta: Punca Gejala Sosial dalam Kalangan Remaja

Pendahuluan:-
Pada era globalisasi ini, masalah gejala sosial semakin meningkat dari semasa ke semasa.
Hal ini mendatangkan kebimbangan banyak pihak antaranya ibu bapa khususnya. Masalah
sosial seperti gejala melepak, lumba haram, buli dan sebagainya semakin hangat diperkatakan
dari buah mulut masyarakat malah menjadi isu yang serius dipaparkan dalam akhbar
kebelakangan ini. Oleh itu, kita tidak seharusnya memandang remeh akan masalah tersebut.
Terdapat beberapa masalah sosial ini terjadi kepada golongan remaja khususnya.

Isi: kurang mendapat didikan agama

Antaranya ialah ibu bapa kurang memberi didikan agama dan moral kepada mereka.Hal ini
menyebabkan mereka akan berasa terlalu bebas untuk melakukan pelbagai perkara.Sebagai
contohnya, membenarkan mereka keluar rumah hingga lewat malam tanpa
menghiraukannya. Oleh itu,perkara ini menyebabkan remaja kehilangan pegangan dalam
kehidupan dan bertindak sesuka hati. Jelaslah,ibu bapa seharusnya memberikan didikan
agama dan moral kepada mereka sejak kecil lagi bak kata pepatah melentur buluh ,biarlah
dari rebungnya.

Isi: tidak memberikan kasih sayang sepenuhnya

Selain itu,ibu bapa tidak memberikan kasih sayang yang sepenuhnya kepada anak-anak.Hal
ini kerana,ibu bapa terlalu menyerahkan tanggungjawab mendidik dan mengasuh anak-anak
mereka kepada pembantu rumah atau pengasuh mereka dan sibuk bekerja ibarat kera di
hutan disususkan,anak di rumah mati kelaparan.Sebagai contohnya,ibu bapa bekerja hingga
lewat malam dan bekerja keras sehingga tidak menghiraukan anak-anak mereka di rumah.
Kesimpulannya,sikap ibu bapa yang bagai enau dalam belukar yang melepaskan pucuk masing
masing harus dibuang supaya anak-anak dapat merasakan kasih sayang yang secukupnya
bagai menatang minyak yang penuh.

Isi:pengaruh dengan rakan sebaya

Di samping itu,remaja juga mudah terpengaruh dengan rakan sebaya.Hal ini kerana,boleh
menyebabkan masa depan mereka akan terjejas sekiranya mereka salah memilih
rakan.Sebagai contohnya,mereka mudah terpengaruh dengan rakan seperti
merokok,merempit, vandalisme,dan ponteng sekolah.Tuntasnya,akhlak yang buruk akan
merosakkan diri seseorang remaja seperti cuka merosakkan madu.
Isi: pengaruh media massa

Seterusnya,pelajaran seseorang remaja itu akan turut terjejas.Hal ini demikian,kerana


remaja akan sering ketinggalan dalam pelajaran sekiranya mereka sering memonteng sekolah
dan mereka juga tidak dapat memberikan perhatian sepenuhnya di dalam kelas ketika guru
mengajar.Tegasnya,ibu bapa seharusnya mengambil berat tentang mereka supaya mereka
berubah dan tidak membiarkan mereka melakukan perkara yang tidak berfaedah seperti nasi
sudah menjadi bubur.

Penutup:-

Ringkasnya,kekurangan pengawasan dan sikap tidak prihatin ibu bapa terhadap aktiviti dan
pelakuan anak-anak mereka menjadi penyebab gejala ini kian merebak.Dengan berbuat
demikian,ibu bapa perlu sentiasa mengambil berat dan mengawasi setiap pergerakkan anak-
anak mereka yang mencurigakan.Sekiranya semua ibu bapa mengambil pendekatan
sedemikian,gejala ini akan dapat diatasi dengan mudah.Jelaslah ibu bapa memainkan peranan
yang amat penting dan tidak boleh hanya mengharapkan pihak lain sahaja.

Anda mungkin juga menyukai