Anda di halaman 1dari 19

Friday, 8 July 2011

berbudi bahasa budaya kita

Selamat pagi dan selamat sejahtera. Yang Berusaha Tuan Guru Besar, Encik Lim Hai Lam, guru-guru,
dan murid-murid yang saya hormati. Sempena pelancaran kempen berbudi bahasa baru-baru ini, tajuk
syarahan saya juga berkisar tentang budi bahasa iaitu "Berbudi Bahasa Budaya Kita".

Hadirin sekalian,
Sebagai manusia, kita sentiasa terikat oleh budi dan bahasa. Berbudi bahasa akan mengeratkan
perhubungan sesama manusia. Pepatah Melayu ada mengatakan, "Orang berbudi kita berbahasa, orang
memberi kita merasa". Hal ini, menunjukkan betapa pentingnya amalan berbudi bahasa dan perlu
dipraktikkan dalam kehidupan.

Setiap agama menyeru supaya penganutnya berbudi bahasa. Masyarakat akan menyanjung orang
yang memiliki budi bahasa yang luhur.

Hadirin yang dihormati sekalian,


Kita hendaklah berbudi bahasa kepada semua orang tanpa mengira pangkat, bangsa, agama, dan
usia. Amalan berbudi bahasa ini akan membentuk individu yang bersahsiah tinggi dan bermoral. Oleh
itu, amalan ini hendaklah disemat di dalam jiwa setiap insan.

Budi bahasa juga tidak dapat dijual beli. Hal ini demikian kerana budi bahasa mempunyai hubungan
yang rapat dengan perasaan, kelakuan, dan tutur kata seseorang.

Oleh itu, saya ingin menyeru kepada anda semua agar terus memupuk amalan berbudi bahasa
dalam kehidupan kita sehari-hari agar keharmonian dalam masyarakat terjamin. Sebagai mengakhiri
syarahan saya pada pagi yang mulia ini, izinkan saya menyampaikan serangkap pantun yang berbunyi:

Yang kurik itu kendi,


Yang merah itu saga;
Yang molek itu budi,
Yang indah itu bahasa.

Sekian, terima kasih


Berbicara mengenai Budi Bahasa Budaya Kita, kita sedia maklum bahawa sebagai
masyarakat timur, amalan budi bahasa merupakan satu amalan yang menjadi budaya
masyarakat kita sejak dahulu lagi. Malah kita telah diasuh sejak dari kecil lagi
supaya sentiasa bersopan santun dan berbudi bahasa dalam menjalani kehidupan
seharian. Hormat orang tua, memberi salam sebagai pembuka kata, membantu orang
yang memerlukan pertolongan, ucapan terima kasih atau maaf di mana perlu,
merendah diri dan berbagai-bagai lagi, merupakan nasihat yang tidak asing bagi kita.

Amalan berbudi bahasa merupakan warisan bangsa dan setiap institusi termasuk
keluarga, guru dan para pelajar sendiri bertanggungjawab untuk mendidik diri dan
setiap ahli keluarga mengenai perkara-perkara asas budi bahasa seperti cara
bertutur yang sopan, saling bertegur sapa, jujur, amanah, berdisiplin, bersyukur dan
sebagainya, agar menjadi manusia yang berperibadi mulia.

Walau bagaimanapun, dalam zaman serba baru dengan kecanggihan teknologi dan era
globalisasi, kita tidak boleh menafikan bahawa tempias budaya asing yang kian
menular terutamanya melalui media elektronik sedikit sebanyak menjejaskan
kemurnian budaya budi bahasa dalam masyarakat kita. Kehidupan cara moden
disertai dengan cabaran dalam dunia tanpa sempadan, telah sedikit sebanyak
menghakis budaya tradisi yang bersopan santun, bertata susila dan hormat
menghormati yang telah diamalkan turun temurun. Buktikan kepada semua bahawa
kita hebat dan dikenali kerana budi bahasa yang tinggi. Tuntutan untuk memikul
tanggungjawab bersama-sama merupakan agenda penting untuk menyemarakkan
amalan berbudi bahasa dalam jiwa anak-anak kita di setiap peringkat persekolahan
demi memperkukuh peribadi dan jati diri. Hakikatnya, kita amat perlu menyedari
betapa pentingnya pemupukan budi bahasa menerusi prinsip kelima rukun negara
iaitu kesopanan dan kesusilaan. Demikian juga dalam konteks pendidikan, perkara ini
telah dimaktubkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kita perlu melihat
perkembangan seseorang itu dari segenap aspek termasuklah budi bahasanya yang
menjadi lambang peradaban bangsa.

Alangkah malangnya jika sesebuah masyarakat itu mencapai tahap kemajuan yang
tinggi tetapi kelakuan dan moral pendukungnya amat rendah sehingga mencemarkan
kualiti kehidupan. Tetapi saya amat yakin dan percaya bahawa anak-anak Malaysia
adalah dalam kalangan anak bangsa yang mendukung murni cita-cita negara dalam
melahirkan masyarakat yang berbudi tinggi bak kata ungkapan Orang Berbudi Kita
Berbahasa, dan Yang Baik Itu Budi, Yang Indah Itu Bahasa. Ungkapan yang telah
sinonim dengan kita ini perlu juga dihayati makna yang tersirat.

Mungkin ramai yang tidak sedar bahawa pelbagai gejala negatif boleh timbul akibat
daripada kepupusan budi bahasa. Orang timur pada kebiasaannya memang lemah
lembut dan sensitif jiwanya terhadap budi bicara. Hubungan dan keharmonian boleh
porak peranda hanya kerana kekurangan budi bahasa. Bak kata pepatah "Kerana
pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa".

Kita mahu meraih kejayaan tanpa mengabaikan nilai berbudi bahasa. Kita juga mahu
melahirkan individu yang berhemah tinggi dan berketrampilan yang boleh menjadi
contoh kepada generasi akan datang. Semua orang perlu terus memainkan peranan
dalam usaha untuk menyemarakkan semula pengamalan budi bahasa dalam kehidupan
seharian tidak kiralah di sekolah, di rumah atau di mana-mana sahaja. Usaha
sebegini penting, agar kita dapat melahirkan modal insan yang seimbang bukan
sahaja cemerlang dari aspek intelektual malah turut cemerlang dalam aspek
kerohanian dan memiliki nilai-nilai peradaban yang disanjungi oleh semua warga. Kita
tidak harus berpuas hati dengan aspek pembangunan luaran atau fizikal saja. Kita
perlu memperbaiki aspek dalaman atau aspek peribadi untuk menjadikan masyarakat
kita sebuah masyarakat yang benar-benar bertamadun. Pembangunan modal insan
menjadi sangat penting kepada negara pada masa depan dan mereka ini mestilah
berkualiti, kualiti bukan sahaja dari segi pendidikan, kepakaran, tetapi juga dari segi
moral yang tinggi, bertanggungjawab dan mengutamakan nilai-nilai murni dalam
kehidupan.

Pemupukan budaya berbudi bahasa, berbudi mulia, beradab dan bersopan santun
adalah tanggungjawab semua. Usaha untuk menerapkan amalan berbudi bahasa
sebagai satu budaya akan mudah tercapai dan akhirnya menjadi sebati dengan
peribadi serta perilaku semua dalam kehidupan seharian dan di persekitaran
seandainya setiap indiividu menyedari dan dapat menghayati kepentingan budi
bahasa. Generasi kita semakin hari semakin bijak. Namun kebijaksanaan itu perlu
dipelihara berlandaskan kepada budi bahasa yang menjadi budaya kita kerana

Yang kurik itu kendi,


Yang merah itu saga;
Yang baik itu budi,
Yang indah itu bahasa.
SKRIP PIDATO

Mantan Perdana Menteri Malaysia , Tun Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pernah
berkata,Bangsa yang mulia dan terhormat bukan sahaja bangsa yang kaya dengan intelek
tetapi kaya dengan sikap berbudi bahasa.Kata-kata ini membuat saya terpanggil untuk
merungkaikan melalui sebuah pidato yang berpaksikan tajuk Budi Bahasa Amalan Mulia.

Terima kasih sejambak mawar seharum kasturi buat pimpinan majlis, barisan kehakiman
intelektual berkarisma, penjaga masa yang setia dengan masanya, guru-guru dan rakan-rakan
yang dikasihi.

Assalamualikum salam sejahtera dan salam satu Malaysia ,

Sidang saksi yang saya hormati,

Izinkan saya puteri Toh Sajak merungkaikan maksud pidato saya pada hari ini.
Budi bahasa merujuk kepada tutur kata ,kelakuan , sopan santun dan tatatertib . Dengan kata
lain setiap gerak laku , tutur kata , tata cara hidup, pemikiran dan perasaan baik terhadap orang
lain, mahupun pergaulan masyarakat terangkum dalam konsep budi bahasa.

Sidang saksi yang saya muliakan


Sesunnguhnya berakhlak mulia amat dituntut dari sudut budaya ,peradaban dan agama kita.
Amalan nilai-nilai murni dapat membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi,
rohani dan intelek. Ingatlah falsafah hdup yang bertunjangkan nilai-nilai murni akan
mencerminkan suasana kehidupan yang harmoni di Malaysia

Meninjau dari skop yang lebih luas , amalan berbudi bahasa dapat melahirkan masyarakat yang
lebih bertamadun dan memiliki tahap tatasusila yang tinggi. Bagi merealisasikannya subjek
pendidikan moral dan pendididkan Islam memainkan peranan penting dalam menerapkan nilai-
nilai murni kepada murid-murid seawal mereka di bangku persekolahan.Bak kata perpatah
melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Banyak implikasi akan timbul jika masalah budi bahasa tidak dihiraukan . Gejala tidak
menghormati orang tua akan membawa kepada kesan buruk seperti wujud perasaan
dendam,kasar,tidak segan silu melakukan perkara-perkara buruk,tutur bahasa yang kasar dan
tidak sopan.Ini semua berlaku akibat terpengaruh dengan pelbagai budaya yang tidak
sihat,terikut-ikut dengan budaya barat sehingga lupa kepada nilai-nilai murni dan adat resam
timur yang akhirnya mempengaruhi imej,watak dan penampilan diri seseorang. Mengamalkan
budaya bahasa yang baik dan nilai-nilai murni mencerminkan seseorang itu memiliki budi
pekerti tinggi.
Amalan berbudaya bahasa menzahirkan rasa hormat antara satu sama lain,contohnya orang
muda menghormati orang tua,anak menghormati ibu bapa,murid menghormati guru.Dengan
jelasnya kita dituntut menghormati orang tua dan menyayangi orang muda.Firman Allah s.w.t:
dalam surah Al-Hajh ayat 24 bermaksud,
Dan mereka diberi petunjuk (didunia) dengan mengucapkan kata-kata yang baik serta diberi
petunjuk ke jalan Allah yang maha terpuji.
Dewasa ini amalan budi bahasa dikalangan masyarakat kita semakin luntur nilai-nilai budaya
bahasanya.Ini disebabkan oleh tuntutan mengejar kebendaan,pangkat hingga menafikan nilai-
nilai murni.Dengan terhakisnya nilai-nilai murni menyebabkan masyarakat luntur akhlaknya.Kita
mestilah berusaha untuk menaikkan kembali budaya Melayu dipersada dunia dengan budi
pekerti yang mulia. Budi bahasa perlu diterapkan dalam apa jua keadaan agar budaya dan
agama kita dinilai sebagai yang terbaik.
Sidang penonton penuh santun,
Bahasa melambangkan bangsa.Justeru ia perlu diterapkan dalam apa jua keadaan dan masa
agar bangsa dan agama kita dapat dinilai sebagai yang terbaik.Kita hendaklah membudayakan
budi bahasa samada ditempat kerja,jalan raya,rumah dan masjid.Kita juga perlu sentiasa
mempamerkan imej diri yang positif dalam segala tindakan samada cara berfikir,melahirkan
perasaan,pertuturan dan perlakuan.Hanya dengan cara itulah kita dapat membentuk satu
budaya kerja yang mantap dan berkesan.

Jika suasana ini dapat diwujudkan,maka kemesraan akan wujud,saling hormat-menghormati


antara satu sama lain,tanpa memperkecilkan dan meremehkan pandangan orang lain.

Tegak rumah kerana sendi,


Rosak sendi rumah binasa,
Tegak bangsa kerana budi,
Rosak budi runtuhlah bangsa.
Sidang saksi yang dihormati,
Kesimpulannya,untuk memastikan amalan berbudi bahasa ini subur dalam setiap masyarakat
pada setiap masa, maka semua pihak perlulah memainkan peranan masing-masing.Setiap ibu
bapa adalah model dan sewajarnya menunjulkan sikap yang terbaik ketika berkomunikasi
dengan anak-anak.Ibu bapa perlu menyemai sikap berbudi bahasa yang cemerlang samada
percakapan atau perbuatan.
Media massa diharapkan dapat memainkan peranan penting ke arah melahirkan generasi
berbudi bahasa melalui penyebaran maklumat kepada pengguna.Pemantauan hendaklah
dilakukan dengan lebih berkesan dari semasa ke semasa untuk memastikan budaya berbudi
bahasa dapat dihayati oleh masyarakat.
Marilah sama-sama kita menerapkan amalan budi bahasa dalam
komunikasi,ucapan,pertuturan,panggilan,pergaulan dan perlakuan samada dalam
keluarga,masyarakat,mahu pun di tempat kerja.
Apa tanda Melayu jati
Adat dan syariat dipegang mati
Apa tanda Melayu beradat
Budi bahasa dipegang erat
.
Sekian terima kasih.
Akibat dan Dampak Yang Akan Timbul Jika Anda
Malas Membaca
Annisa Wally
on 02.27
No Comment

Salah satu penyakit kronis orang Indonesia adalah malas membaca atau enggan meluangkan waktu
buat membaca. Apalagi setelah dunia medsos berkembang pesat beberapa tahun belakangan ini.
Orang lebih suka baca status Facebook temannya yang galau ketimbang buku berisi pengetahuan
baru. Kondisi ini tentu sangat mengkhawatirkan. Mungkin bukan hanya saya, Anda pun khawatir.

Malas membaca bisa membuat kita merugi. Sebab, ketika membaca suatu bacaan, itu artinya kita
sedang memperluas wawasan, menambah pengetahuan. Kalau tak membaca, kita akan kekurangan
informasi.

Sering kita bertanya dalam hati, mengapa negara kita susah bersaing dengan negara-negara lain, apa
ada yang salah dalam system perikehidupan rakyat kita. Seberapakah strata pendidikan, kemampuan
dan penguasaan ilmu pengetahuan yang dimiliki, inovasi dan rekayasa teknologi yang sudah kita
buat, apa yang telah dihasilkan karya-karya monumental putra-putri Bangsa Indonesia saat ini,
semua itu menggelitik di sanubari para kaum cerdik pandai yang merumuskan dari titik mana kita
mau mulai membenahi bangsa kita. Ternyata para penggiat pendidikan sepakat bahwa pintu gerbang
penguasaan ilmu pengetahuan adalah dengan banyak MEMBACA. Sebab dengan membaca dapat
membuka jendela dunia. Ketika jendela dunia sudah terbuka, masyarakat Indonesia akan dapat
melihat keluar, sisi-sisi apa yang ada dibalik jendela tersebut. Sehingga cara berpikir masyarakat kita
akan maju dan keluar dari zona kemiskinan menuju kehidupan yang sejahtera.

Rendahnya minat baca masyarakat kita sangat mempengaruhi kualitas bangsa Indonesia, sebab
dengan rendahnya minat baca, tidak bisa mengetahui dan mengikuti perkembangan ilmu
pengetahuan dan informasi di dunia, di mana pada akhirnya akan berdampak pada ketertinggalan
bangsa Indonesia. Oleh karena itu, untuk dapat mengejar kemajuan yang telah dicapai oleh negara-
negara tetangga, perlu kita kaji apa yang menjadikan mereka lebih maju. Ternyata meraka lebih
unggul di sumber daya manusianya. Budaya membaca mereka telah mendarah daging dan sudah
menjadi kebutuhan mutlak dalam kehidupan sehari harinya. Untuk mengikuti jejak mereka dalam
menumbuhkan minat baca sejak dini perlu kita tiru dan kita terapakan pada masyarakat kita,
terutama pada tunas-tunas bangsa yang kelak akan mewarisi negeri ini.

Adapun beberapa akibat jika Anda tidak rajin membaca ;

1. Orang yang tidak suka membaca cenderung pengetahuannya tidak bertambah

Apakah Anda pernah mendengar kalimat kiasan ini '' Buku adalah gudang ilmu '' atau '' Buku adalah
Jendela Dunia''. ya kalimat-kalimat kiasan ini memiliki makna bahwa, seseorang yang rajin membaca
akan mengetahui isi dunia, dalam hal ini seseorang yang rajin membaca mempunyai pengetahuan
yang lebih dibanding mereka yang malas membaca.

2. Ketinggalan Informasi

Orang yang malas membaca tidak akan berkembang, hal ini diakibatkan karena ia malas mencari atau
membaca informasi-informasi yang sayang untuk dilewatkan.

3. Memicu Faktor Kebodohan

salah satu dampak yang fatal adalah bodoh, mereka yang tak sering membaca dan tak mengetahui
apa-apa tentang berbagai informasi atau pengetahuan akan dicap sebagai orang bodoh, sebenarnya
tak ada satupun manusia yang bodoh didunia ini, yang ada adalah orang-orang yang malas.

4. Tidak memiliki kwalitas diri

orang-orang yang malas membaca tidak akan berkembang dan tidak akan memiliki kwalitas diri yang
baik, mengapa? karena mereka lebih cenderung malas melakukan segala hal, terutama malas
membaca akan menimbulkan kepribadian yang monoton atau tidak berkembang dalam bidang
apapun.

5.Tidak Bisa Memajukan Peradaban Bangsa

Perdaban suatu bangsa ditentukan oleh kecerdasan dan pengetahuannya, sedangkan kecerdasan dan
pengetahuan di hasilkan oleh seberapa ilmu pengetahuan yang di dapat, sedangkan ilmu pengetahuan
di dapat dari informasi yang diperoleh dari lisan maupun tulisan. Semakin banyak penduduk suatu
wilayah yang haus akan ilmu pengetahuan semakin tinggi peradabannya .

Rendahnya minat baca masyarakat kita sangat mempengaruhi kualitas bangsa Indonesia, sebab
dengan rendahnya minat baca, tidak bisa mengetahui dan mengikuti perkembangan ilmu
pengetahuan dan informasi di dunia, di mana pada akhirnya akan berdampak pada ketertinggalan
bangsa Indonesia. Oleh karena itu, untuk dapat mengejar kemajuan yang telah dicapai oleh negara-
negara tetangga, perlu menumbuh kan minat baca sejak dini.
Televisyen merupakan sebuah media massa yang ditonton di
seluruh dunia.Bagi setiap orang,tidak sempurna hidupnya
tanpa televisyen.Namun menonton televisyen mempunyai beberapa
keburukan.
Antara keburukannya,menonton televisyen boleh
merosakkan mata.Ini kerana apabila kita menonton televisyen terlalu dekat
.Oleh itu,menonton televisyen terlalu dekat mendatangkan kesan yang
amat buruk kepada diri kita .

Televisyen juga boleh mempengaruhi otak kanak-kanak yang


menonton aksi-aksi ganas . Oleh itu,kanak-kanak yang terpengaruh
tesebut mungkin akan mencuba aksi yang ganas yang ditontonnya .

Selain itu,orang yang menonton televisyen juga boleh terjebak dalam


jenayah merogol dan sebagainya.Ini kerana,individu tersebut menonton
filem yang mengandungi lucahdan tidak ditapis.
Membazir masa juga merupakan salah satu daripada keburukan menonton
televisyen . Mereka yang asyik atau leka menonton televisyen akan terlupa
dengan urusan penting dunia .Justeru,masa yang boleh dimanfaatkan
dengan aktiviti yang berguna akan dibuang begitu saja.
Oleh itu,janganlah kita terlalu taksub dan lalai ketika menonton televisyen .
Banyakkanlah melakukan aktiviti yang berfaedah lagi bermanfaat.:)
Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi pada masa kini
menyababkan kemudahan internet digunakan secara meluas.Internet
ialan rangkaian komunikasi komputer yang terbesar di dunia.Internet
lebih tertumpu kepada komunikasi antara indivindu dengan dunia sejagat.

Internet juga membawa banyak kebaikan kepada manusia.Pengguna


Internet mendapat pelbagai informasi dalam bidang tertentu dengan
mudah,cepat dan terkini.Contohnya,seorang murid yang ingin mengetahui
fakta tentang hidupan laut yang diancam keputusan serta cara
mengatasinya hanya perlu menaip kata kunci pada carian.

Internet membolehkan pengguna di seluruh pelosok dunia


berhubung dengan mudah.Bagi pelajar Malaysia yang berada di seberang
laut,kemudahan internet memudahkan mereka untuk berhubung dengan
mudah.Bagi pelajar-pelajar Malaysia yang berada di seberang
laut,kemudahan internet memudahkan untuk mereka berhubung dengan
keluarga.
Isi-isi penting :

Isi 1 :Berusaha mencapai kecemerlangan dalam akademik


# sebagai bakal "al!n SPM inilah aktu yang tepat untuk melakukan yang terbaik
untuk sek!lah # imej sek!lah akan terus mel!njakapabila pelajar berjaya dengan
"emerlang dalam sesuatu peperiksaan # berusaha lebih $!kus dan
mengetepikan segala agenda yang bercorak hiburan dan melalaikan

Isi 2 :Bergiat aktif dalam aktiviti kokurikulum


# pen"apaian "emerlang dalam sebarang akti%itik!kurikulum turut menjadi
penanda aras
sesebuah sek!lah diangkat untuk bersaing
sama ada
di peringkat
negeri, nasional mahupun antarabangsa
#
mengasahkan dan memperta am bakat
yangdianugerahi Allah untuk menjadi
pela ar yang kompeten
dalam sesuatu bidang &sama ada sukan,kelab atau badan beruni$!rm'

Isi ! :Berusaha men adi pela ar yang berakhlak mulia dan bersopan santun
# suatu lagi sisidalam aspek ker!hanian yang b!leh membantu sek!lah men"ipta
nama # sentiasa disegani sebagaisek!lah yang ber atak dan turut
men adi pelengkap kepada ke ayaan pela arIsi " :#engambil bahagian
dalam sebarang pertandingan yang dian urkan oleh agensikera aan, $%&
atau s'asta
# berpeluang manaikkan imej sek!lah apabila berjaya dalam sesuatu pertandingan
Assalamualaikum w.w.

Hadirin yang saya hormati dan saya muliakan, pada kesempatan kali
ini perkenankanlah saya berdiri di sini sebagai seorang camat igin menyampaikan
betapa pentingnya kebersihan lingkungan. Sebelum itu marilah kita mengucapkan
puji syukur kehadirat Tuhan Yang Maha Esa, karena karunia-Nya kita dapat
berkumpul di sini.

Kebersihan lingkungan sering kita anggap hal


yang sepele, padahal kebersihan lingkungan adalah hal yang sangat penting bagi
kehidupan kita. Jika lingkungan di sekitar kita kotor, pasti hidup kita tidak akan
merasa nyaman. Bau busuk dari sampah sampah yang menumpuk itu akan
menyebabkan bertambah banyak nya lalat-lalat yang dapat menyebarkan berbagai
penyakit dan jika kita membiarkan air menggenang, itu akan menjadi tempat
berkembangbiaknya nyamuk yang dapat membuat kita terserang penyakit demam
berdarah.

Maka dari itu marilah kita bersama-sama menjaga kebersihan lingkungan


kita ini dengan membuang sampah pada tempat nya dll. Semoga apa yang saya
sampai kan tadi dapat berguna bagi kita semua.

Demikianlah pidato yang dapat saya sampaikan, mohon maaf apabila ada
tutur kata yang salah dan saya mengucap kan terima kasih kepada hadirin yang
telah hadir di sini, saya akhiri.
Wassalamualaikum w.w.
AKIBAT DARI MEMBUANG
SAMPAH SEMBARANGAN
Posted on Sep 14 2013 - 10:33pm by Nay
PREVIOUS
|
NEXT
Kebersihan adalah sebagian dari iman, itu yang selalu di ajarkan agar kita selalu menjaga
kebersihan diri kita maupun bagi lingkungan sekitar.

Berbicara tentang lingkungan, sebagian orang banyak yang secara tidak sadar merusak lingkungan,
contohnya dengan membuang sampah seenaknya. Setiap hari jmlah sampah semakin meningkat,
ton-tonan sampah di angkut hampir setiap harinya, itupun sampah yang sudah terkumpul di TPS
(Tempat Penyimpanan Sampah sementara), sedangkan sampah yang berceceran di mana-mana
terabaikan begitu saja, itu di sebabkan karena ketidak sadarannya masyarakat akan pentingnya
kebersihan. Sehingga yang mereka lakukan adalah membuang sampah seenaknya, contohnya di
sungai atau di tempat umum lainnya. Pemerintah selalu menghimbau agar masyarakat bisa
membuang sampah pada tempatnya, dan untuk itu telah di buat tempat sampah untuk organik dan
non organik, itu di maksudkan agar sampah tersebut bisa di manfaatkan untuk di daur ulang
kembali.
Karena kurang tegasnya peraturan yang berlaku, akibatnya masyarakat tidak menggubris hal
terdebut, sehingga mereka bebas membuang sampah di mana saja. Sedangkan merka tidak tahu
dampak dari membuang sampah sembarangan

Beberapa kerugian yang di akibatkan dari membuang sampah sembarangan

1.Dapat menyebabkan banjir.

Sampah yang setiap harinya kita buang ke sungai walaupun hanya sedikit , tapi lama kelamaan
akan menumpuk dan mengakibatkan penumpukan di gorong-gorong dan bendungan sungai, akibat
tumpukan tersebut sampah tersebut menghambat aliran sungai dan mengakibatkan air sungai
menjadi meluap dan alhasil terjadilah banjir.

2.Ladang penyakit.

Sampa yang terkumpul tanpa ada tindak lanjutnya, akan mengalami pembusukan dan menjadi
sarang penyaklit sehngga yang di rugikan masyarakat itu sendiri, contoh penyakitnya seperti demam
berdarah, gangguan pernapasan, gatal-gatal dll.

3.Mencemari lingkungan.
Sampah yang terdapat di sungai, di jalanan, dan tempat umum lainnya, akan membuat empat itu
menjadi kotor dan banyak penyakit. Contohnya sampah yang berbahan pelastik, sampah yang
seperti ini memang susah untuk di uraikan, meskipun sampah tersebut di bakar.
Cara unutk menangulangi masalah ini bukan hanya peran pemerintah, tetapi juga peran masyarakat
yang harus ikut serta menggalangkan kebersihan dan juga kesadaran akan pentingnya kebersihan,
kalau bukan kita sendiri siapa lagi yang akan me

Langkah-langkah bagi membentuk keluarga bahagia


Hubungan antara ibu bapa dengan anak ibarat isi dan kuku. Sebuah keluarga yang
bahagia dapat terhindar daripada masalah sosial. Oleh itu, keluarga bahagia berkaitan
dengan kesejahteraan masyarakat dan negara.
Bagi membentuk keluarga bahagia, kita patut mengeluarkan masa lapang untuk
beriadah bersama keluarga kita atau berkelah di luar bandar. Inilah bukan sahaja
dapat mencergaskan fikiran kita dan juga dapat mengeratkan kemesraan hubungan
ahli keluarga.
Selain itu, ibu bapa hendaklah mengambil berat terhadap pelajaran anak-anak dan
tidak sibuk bekerja. Ibu bapa harus timbul perasaan cinta, kasih dan sayang yang
mendalam dan berkekalan terhadap anak-anak supaya mereka berasa tidak terabai.
Oleh demikian, anak-anak sewajarnya dilayani dengan baik agar mereka tidak berasa
kekosongan dan berkongsi pemasalahan dengan ibu bapa.
Langkah yang membentuk keluarga bahagia juga boleh mengadakan gotong-royong
untuk membersihkan kediaman sekeliling rumah. Dengan bergotong-royong, ahli
keluarga dapat memupuk sikap tolong-menolong dan bekerjasama. Kerja akan
menjadi lebih mudah dan cepat diberaskan. Letih, penat, kepuasan bekerja dapat
dirasai bersama-sama.
Di samping itu, ibu bapa wajar melayani anak sebagai seorang teman baik. Hal ini
demikian kerana pada usia remaja, jiwa anak-anak suka akan sesuatu yang baru dan
perasaan ingin mencuba. Pada waktu ini, ibu bapa perlu lebih prihatin dan bertindak
rasional dalam menangani masalah anak-anak. Ibu bapa juga dapat mendidik anak-
anak memuliakan setiap anggota keluarga dengan berinteraksi dan memberi layanan
secara bersopan untuk mewujudkan keluarga yang harmoni.
Sebagai kesimpulannya, ibu bapa dan anak-anak dapat memikul tanggungjawab
bersama-sama untuk melahirkan keluarga bahagia.

KESAN-KESAN BURUK YANG TIMBUL MENERUSI KEWUJUDAN IKLAN

Posted on March 29, 2015 by Sean Gee

Source: http://88karangan.com/karangan-8/

Pengiklanan merupakan salah satu cara untuk memperkenalkan sesuatu produk


kepada masyarakat umum dengan meluas. Penggunaan iklan dalam bidang
perniagaan sudah lama diamalkan cuma sejak akhir-akhir ini penggunaan iklan
semakin ketara dan dominan terutama di bandar-bandar besar negara maju. Aksi
model dan teknik pengiklanan yang menarik sudah menjadi sebahagian daripada
kehidupan masyarakat kerana ada kalanya iklan mampu untuk menghuraikan
corak kehidupan masyarakat sesebuah negara itu. Cuma, kita masih tidak
menyedari bahawa iklan turut membawa banyak impak negatif yang berupaya
untuk memusnahkan norma-norma budaya yang dipegang sejak turun temurun
itu.

Salah satu perdebatan yang hebat tentang peri pentingnya iklan berkait dengan
penggunaan model di dalam iklan yang kebanyakannya wanita. Ramai yang sudah
melihat dan mengakui bahawa model-model wanita ini biasanya akan
diperagakan dalam bentuk yang begitu seksi untuk menarik perhatian masyarakat
melihat iklan sesuatu produk tersebut. Persoalan ini menjadi lebih hebat kerana
produk yang menggunakan model wanita itu tidak mempunyai sebarang kaitan
dengan wanita atau produk itu hanya digunakan oleh kaum adam sahaja. Jadi,
timbul persoalan sama ada iklan menjadi tempat untuk menayangkan tubuh-
tubuh seksi wanita sahaja atau produk?

Selain itu, iklan turut dikritik hebat kerana iklan dikatakan memberikan bayangan
kehidupan yang palsu kepada masyarakat terutama golongan muda. Kehidupan
yang tidak benar ini sering dikaitkan dengan kehidupan yang mengutamakan
sesuatu jenama atau kecantikan merupakan perkara yang penting dalam
penilaian diri seseorang manusia itu. Bayangan kehidupan yang palsu ini telah
tertanam dalam benak remaja yang kemudiannya terus mempercayai sehingga
mereka keliru tentang kehidupan yakni mementingkan sesuatu yang berunsur
luaran atau sementara sahaja. Sesungguhnya, iklan memberikan bayangan
kehidupan yang mengelirukan terutama kepada golongan muda sehingga mereka
lupa tanggungjawab yang sebenarnya.

Bukan sahaja pengguna tertipu dengan bayangan kehidupan yang palsu ini tetapi
pengguna juga akan membeli produk yang tidak mereka perlukan kerana
pengaruh iklan begitu kuat sehingga mampu membuatkan pengguna membeli
barangan yang tidak mereka perlukan juga. Iklan yang ditayangkan berterusan
menyebabkan wujudnya satu pandangan bahawa barang yang diiklankan itu
memang penting buat pengguna berdasarkan iklan yang ditayangkan. Pengguna
seolah-olah dipukau oleh kehebatan iklan yang bijak menggunakan aspek
psikologi manusia untuk memanipulasikan mereka. Jelaslah, iklan menyebabkan
pengguna membeli pelbagai produk yang tidak mereka perlukan atau ringkasnya
berlaku pembaziran.

Kos untuk membuat iklan bukanlah murah dan kebanyakan kos ini akan dipikul
oleh pengguna tanpa mereka sedari kerana sudah pasti syarikat iklan dan
pengeluar produk tersebut tidak mahu kerugian atau keuntungan mereka
menurun akibat kos iklan yang tinggi. Harga produk yang mahal atau tidak
setimpal dengan kualiti menjadikan pengguna tiada pilihan kerana semua barang
memang diiklankan. Kos yang ditambah akibat iklan menjadikan pengguna
membayar sesuatu yang tidak ada kaitan dengan mereka kerana kos itu sudah
dimasukkan dalam harga barangan. Maka, iklan menjadikan harga produk begtiu
mahal dan membebankan sumber kewangan pengguna.

Kesimpulannya, semua iklan harus dikawal dengan mengenakan syarat-syarat


yang ketat supaya hak pengguna terpelihara terutama pengguna yang masih
muda. Ibu bapa perlu memberi nasihat kepada anak mereka tentang pengaruh
iklan yang boleh mengelirukan seseorang itu. Dalam masa yang sama persatuan
pengguna harus meningkatkan kempen tentang impak iklan supaya berlakunya
keseimbangan antara iklan produk dan kempen kesedaran. Paling penting setiap
individu dalam negara ini memahami keperluan dirinya yang sebenar dan tidak
terikut-ikut dengan budaya iklan yang terlalu mementingkan kebendaan sahaja.

Iklan sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan masyarakat moden. Kerap


kali kita mendengar komen mengenai pengaruh iklan dalam masyarakat kita.

Pada pandangan anda, apakah pengaruh-pengaruh positif dan negatif yang


dibawa oleh iklan terhadap masyarakat.

Sememangnya iklan sudah menjadi sebahagian lumrah kehidupan manusia


sejagat pada era globalisasi ini. Iklan jelas terpampang di mana-mana seperti
akhbar, poster, papan iklan gergasi, dan radio. Situasi ini seolah-olah
membuktikan betapa kuatnya pengaruh iklan dalam kehidupan kita. Jadi, iklan
memang membawa pengaruh-pengaruh positif dan negatif terhadap kehidupan
insan di dunia ini.

Pengaruh positif iklan ialah iklan menyebabkan pengguna mempunyai pilihan


untuk membuat pembeliannya. Kewujudan iklan menyebabkan pengguna
mengetahui betapa banyaknya produk yang sama tetapi berlainan jenama
dihasilkan pada zaman ini. Pengguna akan menggunakan semua maklumat yang
ada di dalam iklan untuk membuat pilihan terbaik mereka. Iklan memastikan
pengguna membeli produk yang terbaik mengikut keperluan mereka.

Selain itu, iklan menyebabkan wujudnya persaingan yang sihat antara pengeluar
sesuatu produk itu. Kalau kita kaji, pengeluar sesuatu produk itu akan cuba
menghasilkan iklan yang terbaik mengikut kemampuan mereka untuk menarik
minat pembeli. Keadaan ini menyebabkan semua pihak cuba menonjolkan
kelebihan produk mereka berbanding produk pesaing. Jelaslah, iklan
menyebabkan pengeluar memastikan produk mereka menepati mutu seperti
yang tersiar di dalam iklan mereka itu.
Namun begitu, iklan turut memiliki wajah negatifnya. Iklan sering
mempergunakan wanita terutama wanita seksi untuk melariskan jualan produk
mereka. Malah, ada produk yang tidak mempunyai kaitan dengan wanita tetapi
menggunakan wajah wanita seksi untuk iklan tersebut. Penggunaan model lelaki
yang tampan dan sasa turut diekploitasikan oleh iklan. Keadaan ini seolah-olah
memberi makna palsu seperti penggunaan produk ini akan menghasilkan wajah
sebegitu atau penggunaan produk ini menyebabkan wanita sebegini akan tertarik
kepada seseorang. Bayangkan pengaruhnya kepada remaja kita?

Tambahan pula, kewujudan iklan menyebabkan harga barangan akan meningkat.


Kos untuk menghasilkan sesuatu iklan amat tinggi kerana penggunaan model,
teknologi dan krew penerbitan yang berpengalaman. Malah, iklan yang disiarkan
di media massa terpaksa membayar kos masa penyiaran yang terlalu mahal.
Keadaan ini menyebabkan pengeluar akan meninggikan harga produk mereka
untuk memastikan iklan dapat dihasilkan.

Iklan turut menghasilkan satu kumpulan pengguna yang hanya mementingkan


jenama. Pegguna jenis ini sudah taksub dengan iklan jenama tertentu dan hanya
membeli atau menggunakan produk jenama tersebut tanpa memikirkan baik
buruknya kepada diri mereka. Iklan telah menghasilkan satu budaya pengguna
yang mementingkan status diri mereka pada pandangan masyarakat. Pengguna
mahu diri mereka dipandang tinggi dan dihormati apabila menggunakan sesuatu
jenama itu.

Malahan, iklan turut menyebabkan pengguna memberi barangan yang tidak


mereka perlukan. Pembelian mereka semata-mata atas dasar melihat iklan yang
menarik. Penayangan iklan telah menyebabkan mereka tertarik dan membeli
barangan itu walaupun barangan itu tidak mereka perlukan untuk satu tempoh
yang lama. Sikap ini menjurus ke arah pembaziran dan pembelian yang boleh
menyebabkan pengguna berhutang atau mengalami masalah kewangan.

Kesimpulannya, iklan mempunyai dua peranan. Satu untuk memberitahu dan satu
lagi untuk memusnahkan. Mungkin pengguna perlu bersikap bijak dengan
membuat penilaian rasional selepas melihat sesuatu iklan. Pengguna tidak harus
terburu-buru membeli selepas melihat iklan. Atau mungkin iklan harus
diharamkan.

Anda mungkin juga menyukai