Anda di halaman 1dari 11

VISI

Sekolah unggul penjana generasi terbilang.

MISI

Membangun potensi individu melalui


pendidikan berkualiti.

1
KERTAS KERJA :
KE ARAH PENGKOMPUTERAN (PENGAUTOMASIAN)
PUSAT SUMBER SEKOLAH

SK PENDIDIKAN KHAS KUANTAN

oleh;

PN. AZURA BT KASSIM


Guru Perpustakaan dan Media

Pendahuluan

Pusat Sumber Sekolah (PSS) SK Pendidikan Khas telah diwujudkan sejak sekolah ini mempunyai
bangunannya sendiri. Kini PSS memainkan beberapa peranan penting dalam proses pengajaran dan
pembelajaran dengan menyediakan pelbagai jenis perkhidmatan kepada semua penggunanya iaitu
para pelajar, guru-guru dan staf sokongan sekolah.

Matlamat

Matlamat utama pengautomasian PSS adalah untuk menaikkan taraf PSS sekolah tradisional kepada
Pusat Sumber Berelektronik supaya dapat memainkan peranan yang lebih berkesan dalam
mempertingkatkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran demi mencapai kecemerlangan di
sekolah.

Objektif

2
Objektif pengautomasian PSS adalah untuk:

1. Meningkatkan kecekapan sistem pengurusan organisasi bahan PSS dari segi perolehan
bahan, pengkatalogan, sirkulasi dan perkhidmatan pengguna.
2. Meningkatkan kecekapan sistem pentadbiran dan pengurusan PSS dari aspek pengurusan
sumber manusia, pembangunan prasarana, perkakasan dan peralatan.

3. Menggalakkan perkembangan literasi komputer dan teknologi maklumat di kalangan


kakitangan sekolah dan warga sekolah.

4. Memudahkan urusan mengakses maklumat atau data koleksi PSS.

5. Memudahkan pengurusan analisis data dan penilaian PSS.

Rasional

Masalah utama sistem manual semasa ialah pengkatalogan. Sebelum proses pengkatalogan, PSS
perlu menghadapi masalah pengemaskinian buku rekod perolehan buku dan bahan bukan buku.
Banyak borang dan butir-butir terpaksa dicatat dalam buku-buku tersebut. Selain itu, terdapat
masalah hinggakan dalam pengkatalogan buku-buku dan bahan bantu mengajar. Ini kerana proses
pengkatalogan buku dan bahan bantu mengajar mengambil masa dan tenaga kerja yang banyak.
Misalnya, nombor panggilan untuk setiap buku terpaksa ditentukan dengan menggunakan sistem
pengelasan Perpuluhan Dewey. Selain itu, butir-butir bibliografi termasuk trasing perlu dicatat dalam
satu slip kerja. Seterusnya, kad-kad katalog akan ditaip. Selain itu, satu kad senarai rak juga perlu
disediakan untuk setiap judul. Semua kad katalog yang telah disediakan akan disusun mengikut abjad
dalam satu kabinet secara terpisah. Tambahan pula, guru-guru PSS terpaksa mengajar di kelas dan
tidak dapat menyelesaikan tunggakan buku-buku pada masa yang ditetapkan. Ekoran daripada
tunggakan itu, pengguna-pengguna PSS tidak mendapat mengesan dengan cepat dan tepat koleksi
PSS.

Selain itu, wujud masalah sirkulasi dimana peminjam yang lambat memulangkan buku tidak
diingatkan dengan cepat kerana kerja mengenalpasti mereka mengambil masa dan proses peringatan
agak rumit dilakukan sama ada secara bertulis atau lisan.

3
Tambahan pula, ada peminjam yang memberi alasan bahawa buku pinjaman mereka telah
dipulangkan tetapi tidak tercatat. Memandangkan wujudnya pelbagai masalah dalam pengurusan
PSS adalah wajar diautomasikan PSS demi kebaikan semua pihak supaya PSS dapat memainkan
peranan yang lebih berkesan sebagai pusat maklumat untuk menjayakan proses pengajaran dan
pembelajaran.

Jawatankuasa

Penasihat Guru Besar

Penolong Kanan Kurikulum


Pengerusi

Penolong Kanan HEM

Penolong Kanan Kokurikulum

Pengurus Program/ Guru Media Sekolah


(Penyelaras Pusat Sumber Sekolah)

Setiausaha Guru perpustakaan.

Ahli Jawatankuasa Semua Ketua Panitia

Kumpulan Sasaran
Semua pengguna perpustakaan sekolah, iaitu staf dan pelajar-pelajar.

4
Strategi

Beberapa persediaan adalah perlu dalam perancangan pengkomputeran perpustakaan. Persediaan


ini merangkumi peruntukan kewangan, perlantikan penyelaras projek, persediaan kakitangan,
penyediaan tempat dan perhatian dan tindakan terhadap rekod-rekod perpustakaan.

i.Kewangan

Persediaan utama dan terpenting dalam projek pengkomputeraan perpustakaan ialah kewangan.
Selain daripada peruntukan kewangan untuk memperolehi sistem komputer asas, peruntukan
kewangan lain juga perlu disediakan untuk membiayai kos-kos lain seperti: kos permulaan
retrospektif, kos penyenggaraan, pemasangan kabel eletrik, peralatan sampingan dan perabot, pita
magnetik, kabel kod palang, alat pembaca label kod palang dan sebagainya. Pemerolehan sistem
komputer bukanlah merupakan pembelian satu kali, bahkan melibatkan perbelanjaan dari masa ke
semasa.

ii. Penyelaras Projek

Perkara kedua yang dianggap penting ialah menyediakan kakitangan. Sama ada sesuatu
perpustakaan itu merancang untuk melaksanakan sistem yang kecil atau yang besar adalah
mustahak untuk melantik seorang penyelaras projek sepenuh masa. Beliau perlu memberi sepenuh
perhatian kepada beberapa fasa projek dan beliaulah yang mengambil perhatian terhadap perkara-
perkara bersangkutan dengan pentadbiran dan teknikal, memastikan aktiviti-aktiviti mengikut jadual
dan seterusnya bertanggungjawab untuk melatih kakitangan kelak.

iii. Persediaan Guru

Sistem perpustakaan berkomputer melibatkan pembelian dalam proses-proses dan perjalanan kerja
dan sudah semestinya memberi kesan kepada kakitangan. Dari itu persediaan terhadap kakitangan

5
harus diambilkira. Semua kakitangan hendaklah dimaklumkan tentang rancangan pengkomputeran
dan memberi kesedaran mengenai apa yang akan berlaku. Mereka juga harus diberitahu bagaimana
sistem baru ini akan memberi kesan kepada perjalanan kerja di perpustakaan dan bagaimana
hubungannya dengan kerja masing-masing. Di samping itu, pendedahan awal terhadap komputer dan
pengetahuan asas mengenainya bukan lagi masalah bagi mereka. Menghadiri kursus-kursus
pengenalan komputer menjadi satu langkah penting ke arah ini, kerana penghargaan terhadap
komputer dan pembiasaan diri dengannya akan membantu kakitangan untuk lebih bersedia dalam
menghadapi sistem baru kelak terutamanya Pengawas Pusat Sumber.

iv. Penyediaan Tempat

Satu aspek yang harus diselesaikan sebelum sistem perpustakaan dipasang dan dilaksanakan ialah
penyediaan tempat. Aspek ini meliputi:-

Kemudahan hubungan dalam talian dan


Ruang kerja

v. Rekod-Rekod Perpustakaan

Beberapa persedian boleh dibuat terhadap rekod-rekod perpustakaan yang terlibat secara langsung
dalam projek komputer. Rekod-rekod yang dimaksudkan meliputi rekod pembekalan, peruntukan,
kewangan, terbitan bersiri, katalog, butiran nashkah dan pengguna.

Keterangan Projek

Perkhidmatan yang ditawarkan oleh perpustakaan telah bertambah dengan pantas seiring dengan
perkembangan teknologi. Perkembangan ini menyebabkan pertambahan dari segi saiz dan kerumitan
operasi perpustakaan. Lantaran itu kebanyakan pengurus perpustakaan memerlukan sistem yang
efektif untuk mendapatkan maklumat tambahan. Pengurusan yang berkesan adalah dari maklumat
yang baik, dalam ertikata pengurusan sebagai fungsi interpretasi maklumat untuk membuat
keputusan.

Oleh itu sistem automasi (menggunakan komputer) bukan sahaja berkeupayaan menguruskan data
harian tetapi juga berkeupayaan mengurus dan memberikan maklumat kepada pihak pengurusan.

6
Pengautomasian PSS ialah penggunaan komputer untuk melaksanakan operasi-operasi asas
pemprosesan bahan-bahan koleksi seperti perolehan dan pengkatalogan serta fungsi sirkulasi bahan-
bahan yang sebelum ini dikendalikan secara manual oleh kakitangan PSS. Dengan itu,
pengautomasian PSS berlaku apabila wujud proses mengintegrasikan teknologi maklumat dan
komputer dengan sumber pengurusan dan pentadbiran PSS. Proses ini kemudiannya akan
melibatkan pengintegrasian teknologi maklumat dengan sumber pengajaran dan pembelajaran di
dalam dan di luar sekolah ke arah pusat sumber berelektronik yang semestinya dapat meningkatkan
kecemerlangan dan mutu pendidikan di sekolah.

Jadual Pelaksanaan
Awal Januari 2014

Pengautomasian PSS dijangka mengambil tempoh 1 tahun , berikutan jumlah koleksi buku yang
terdapat pada masa kini lebih 5000 buah buku fiksyen dan bukan fiksyen. Manakala jumlah ABM juga
banyak dalam simpanan yang kurang sistematik.

Bahan / Sumber Yang Diperlukan

Sebuah Desktop PC Intel Core i5-4670-3.4GHz, Windows 8:


Pencetak

Perisian Sistem My Library.

Perbelanjaan.

1. 2 set komputer (RM 2100.00x 2) = RM 4200.00


2. Pencetak Canon = RM 600.00
7
3. Sistem Automasi My Library = RM 3900.00
JUMLAH = RM 8700.00

Pengenalan sistem Automasi yang dipilih.

Nama sistem : My Library (Automasi Pusat Sumber)


Nama syarikat : Iman Twintec Technology
No 12, Jalan IM 15/ 7, Astana View Fasa 2,
Bandar Indera Mahkota,
25200 Kuantan, Pahang
.

Kelebihan Sistem My Library Advance ( Automasi Pusat Sumber ):


Antara kelebihan melanggan system automasi Sistem My Library Advance adalah:-
1. Data selamat dan dijaga dengan rapi oleh teknologi My Cloud. .
2. Tidak memerlukan peralatan yang mahal. PC/Notebook, printer sediada di sekolah sudah
memadai dan TIDAK memerlukan capaian internet.

3. Khidmat sokongan 24x7 (online). Termasuk hari cuti, siang dan malam. Jika ada pertukaran
GPM hanya perlu inform kami dan kami akan hubungi GPM yang baru untuk sesi latihan
semula secara online

4. Menjimatkan kos. Kad ahli boleh cetak sendiri. Pilih format-format yang telah landscape atau
portrait. Boleh memasukkan gambar pelajar dengan menggunakan kamera, smartphone dan
samsung tab. Cetak kad ahli ke mana-mana printer yang ada di sekolah anda. Kos cetak kad
sendiri kurang daripada RM0.20 per ahli. Boleh caj kad keahlian kepada pelajar. Kebanyakan
sekolah mengenakan caj RM2.50-RM3.00 kepada pelajar. Jualan kad pss boleh menambah
tabung pss.

5. Label barcode dan tulang hanya perlu dicetak menggunakan printer yang ada di sekolah di
atas kertas A4 sticker dan ditampal pada bahan/buku. Proses teknik melabel bahan menjadi
mudah, jimat dan seragam.

6. Perkongsian bahan dengan pss lain di seluruh Malaysa yang menggunakkan sistem My Library
Pengkatalogan jadi mudah dan cepat. Hanya perlu key in tajuk@ scan ISBN salin dan simpan.
8
Semudah ABC.

7. Tidak perlu isi rekod perolehan manual dan isi slip kerja manual. Hanya cetak rekod perolehan
dan slip kerja daripada system.

8. Analisis bahan, pinjaman, denda dan lain disediakan dan boleh convert data mentah ke excel.

9. Peminjaman/pemulangan buku oleh pelajar akan kemaskini rekod bacaan i-NILAM secara
automatik.

10. Denda lewat pulang dikira secara automatik. Boleh rekod bayaran denda atau
hapuskira/kurangkan bayaran dan cetak resit bayaran.

11. Jumlah koleksi boleh direkodkan tidak terhad. Jumlah pengguna sistem juga tidak terhad. Boleh
dicapai dari Pusat Sumber pada bila-bila masa dengan menggunakan WIFI.

12. Free upgrade, lebih banyak fungsi akan diperkenalkan.

13. Mempunyai Fungsi backup data yang mudah dan cepat.

14. TIDAK perlu proses Install. Hanya plag and play.

15. Sistem My Library dibangunkan secara Userfreandly (mudah digunakan) bagi pengguna baru.

16. PERCUMA WIFI + Router

17. PERCUMA cable LAN (2 unit)

18. PERCUMA Barcode Scanner.

Penutup
Dengan wujudnya sistem automasi di perpustakaan maka segala urusan pentadbiran dan juga urusan
perkhidmatan kepada pengguna diharap dapat berjalan dengan baik dan berkesan. Beban kerja yang
ditanggung oleh kakitangan perpustakaan di dalam sistem manual dapat dikurangkan dan kerja-kerja
pengendalian bahan-bahan perpustakaan dapat berjalan dengan sistematik.

9
Diharap juga sistem ini mendapat persetujuan dan sokongan daripada semua pihak pentadbiran dan
juga warga sekolah. Semoga sistem ini juga dapat menarik minat semua murid untuk membina
budaya membaca seterusnya mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih sistematik dan kondusif.

10
Disediakan oleh:

.
(PN AZURA BT KASSIM)
Guru Penyelaras Media.

Disahkan oleh ;

..............................................................
( PN KAMARIAH BT YUSOF)
Guru Besar
SK PENDIDIKAN KHAS KUANTAN.

11

Anda mungkin juga menyukai