Anda di halaman 1dari 14

SKEMA PEMARKAHAN

BAHAGIAN A : ALAM SEKITAR FIZIKAL

( 40 MARKAH )

1 (a) Maksud luluhawa

-proses pemecahan/penyepaian secara fizikal, pereputan dan penguraian batuan

secara in situ disebabkan oleh faktor atmosfera dan biotik. (3m )

(b) (i) Perubahan suhu ekstrem

-waktu siang , suhu tinggi, batuan mengembang

-waktu malam, suhu rendah, batuan mengecut

-proses pengembangan dan pengecutan berlaku berulang-ulang

-batuan mengalami pemecahan/pengelupasan

(ii) Tindakan ibun/fros

-kawasan pergunungan/hawa sederhana

-pada musim sejuk air membeku dalam rekahan batuan, isipadu bertambah 10 %

-perubahan musim ( musim panas ), ais mencair

-proses pembekuan dan pencairan berlaku berulang-ulang-batuan pecah

(iii) Basah-kering batuan

-batuan yang menerima hujan dan panas yang berulang-ulang

-hujan-batuan basah, panas-batuan kering

-proses berlaku berulang-ulang-batian pecah

dan lain-lain jawapan yang bersesuaian. ( 2M X 2=4m )


(c) Ciri batuan yang mempengaruhi keberkesanan luluhawa ialah

(i) Warna batuan

-gelap ( basalt dan gabro )-cepat menyerap haba-mempercepat proses luluhawa

-cerah ( kuartza, granit, mika )-lambat menyerap haba-memperlahan proses luluhawa

(ii) Komposisi mineral batuan

-jumlah mineral yang terdapat pada batuan

-mineral gelap ( feldsfar, kuartza, mika ) cepat menyerap haba

-daya penyerapan dan pengucupan berulang-batuan mudah terluluhawa

(iii) Rekahan batuan

-batuan yang banyak rekahan-luluhawa lebih cepat berlaku

Dan lain-lain ( 2m X 2 = 4M )

(d) Dua proses luluhawa terhadap kehidupan manusia

(i)Proses Hidrolisis-tanah liat/kaolin -industri seramik.Cth: membuat pasu

(ii) Proses Pengoksidaan-tanah laterit pertanian getah dan kelapa sawit

(iii) Proses Pengkarbonan pandang darat karst- Cth : stalagmite, stalagtit dll- pelancongan

Dan lain-lain ( 2m X 2 = 4m )

2 (a) Maksud putaran bumi ialah pergerakan bumi atas paksi yang condong 23 darjah
dan dari barat ke timur mengambil masa 24 jam menyebabkan kejadian siang dan malam.
(5m)

(b) Kesan-kesan putaan bumi

(i) Kejadian siang dan malam

-permukaan bumi yang menghadap matahari- siang (12 jam )

-permukaan bumi yang membelakangi matahari-malam ( 12 jam )

(ii) Pasang surut air laut

-bahagian permukaan bumi menghadap dan menerima tarikan graviti bulan

-tarikan gravity kuat-air pasang


(iii) Perbezaan waktu tempatan

-putaran bumi dari barat ke timur

-satu putaran lengkap 360 darjah mengambil masa 24 jam

-bahagian timur bumi menerima cahaya matahari dan mengalami waktu siang terlebih

dahulu

(iv) Pembiasan angin lazim

-faktor daya koriolis ( daya pemesongan ) akibat putaran bumi atas paksi

-Hemisfera Utara pembiasan angin berlaku kearah kanan, Hemisfera Selatan terbias

ke kiri

( 3m X 4 = 12m )

(c) Kelebihan kawasan tropika lembab terhadap aktiviti manusia

(i) Pertanian

-sepanjang tahun

- jenis tanaman-getah, kelapa sawit, koko, padi dll

-membantu proses tumbesaran pokok dan fotosintesis

(ii) Pelancongan

-sepanjang tahun

-cuaca panas/cahaya matahari menarik pelancong dari kawasan hawa sederhana.

-pertumbuhan hutan hujan tropika-ekopelancongan

(iii) Penternakan

-dijalankan secara kekal di padang ragut sepanjang masa

-cahaya matahari membantu pertumbuhan rumput di kawasan padang ragut

(iv) Pembalakan

-sepanjang tahun

-bahangan matahari tinggi membantu pertumbuhan pokok. Cth : cengal, meranti,

seraya

(v) Perikanan
-cahaya matahari sepanjang tahun membantu pertumbuhan plankton

-menggalakkan pembiakan ikan

-hasil tangkapan nelayan tinggi

3 (a) (i) BMB jalar dalam dan jalar luar gunung berapi (5m)

Jalar Dalam Jalar Luar

i Daik i Kon Lava Bes


ii Sil ii Kon Lava Asid
iii Batolit iii Kon Komposit
iv Pakolit iv Kon Abu
v Lopolit v Krater
vi Kaldera

(ii) Faktor lava mempengaruhi kepelbagaian bmb gunung berapi

(i) Jenis Lava-lava asid ( pekat/likat ) -membentuk kon lebih curam-Cth : Kon lava asid

-lava bes ( cair ) membentuk kon yang lebih landai- Cth : Kon lava bes

(ii) Jenis bahan-piroklastik, lapili, kelikir,-membentuk kon yang besar dan tinggi

-asap, debu, habuk-membentuk kon yang kecil dan rendah

( 2m X 2 = 4m )

Faktor-faktor lain

(iv) Skala letusan-letusan kuat lohong puncak gunung berapi musnah membentuk lekukan
krater/tasik kawah

(v) Kekerapan letusan-kerap meletus-kon yang besar

-kurang meletus-kon yang kecil

(vi)Proses Pengondolan( Hakisan)- hakisan pada lereng gunung berapi menyebabkan ia

terhakis dan terkelar

-bahagian magma yang keras dalam lohong tahan hakisan

membentuk palam gunung berapi

(vii ) Tempoh masa letusan-lama atau singkat


-lama-kon besar dan tinggi (2mX3=6m)

ATAU

(b) (i) Faktor yang mempengauhi profil pantai

a) Kecerunan luar pantai/kedalaman air

Curam- tenaga ombak kuat-membentuk pantai curam

Landai- tenaga ombak kurang-membentuk pantai landai

b) Bahan/Sedimen

Sedimen banyak-hakisan tinggi-pantai curam

Sedimen sedikt-hakisan kurang-pantai landai .

c) Jenis ombak

Ombak Pembina-pantai landai

Ombak Pembinasa/ribut-Pantai curam

d) Orentasi pantai

Pantai terdedah- Hakisan tinggai-pantai curam

Pantai terlindung-hasan kurang-pantai landai

e) Litupan tumbuhan semula jadi

Banyak tumbuhan-bakau- hakisan kurang-pantai landai

Kurang tumbuhan-hakisan kurang pantai curam

f) Arus

Arus seret-pantai sempit dan curam

Arus Pesisir-pantai terhakis/sempit/membentuk anak tanjung

g) Perbezaan pasang surut air laut

Perbezaan kecil -pantai sempit

Perbezaan besar -pantai lebar

h) Kekuatan angin
Angin kencang-ombakombak ribut/pemusnah -pantai terhakis

Angin perlahan-ombak kecil-pantai landai (6mX2=12m)

(b) (ii) Langkah-langkah mengatasi hakisan pantai

a) Groin-batuan menganjur ke arah laut-menghalang hakisan oleh arus pesisir

b) Gabion- sangkar batu di pinggir pantai-mengurangkan kadar hakisan

c) Benteng pemecah ombak/yang dibina didalam air memecahkan tenaga

ombak

d) Tanam pokok-bakau, mengkuang laut, rhu-mengurangkan hakisan dan

memperlahankan kelajuan angin

e) Kempen kesedaran alam sekitar- peranan kerajaan, NGO

f) Pendidikan Alam Sekitar

g) Kuat kuasa undang-undang/Pemantauan

( 2mX6=12m)

1m=kesimpulan

BAHAGIAN B.
ALAM SEKITAR MANUSIA

4 ( a ) Berikan perbezaan konsep alam sekitar fizikal dengan alam sekitar manusia.
(3M )
Alam sekitar fizikal merujuk alam semulajadi bentuk muka
bumi,atmosfera,hidrosfera dan biosfera. Manakala alam sekitar manusia ialah
persekitaran yang dipengaruhi oleh aktiviti manusia di atas permukaan bumi
seperti petempatan luar bandar dan bandar, jaringan dan rangkaian pengangkutan
dan lain-lain guna tanah perlombongan, pertanian serta pelancongan.

(b) Nyatakan dua komponen alam sekitar fizikal berserta contoh sumber alam
yang terdapat pada setiap komponen tersebut. ( 4M)

Dua komponen alam sekitar fizikal dan contoh sumber alam yang terdapat
pada komponen tersebut:
(i) Komponen biosfera (sistem ekologi) terdiri daripada manusia, haiwan dan
tumbuhan.
(ii) Komponen litosfera (sistem geomorfologi) terdiri daripada tanah dan
mineral
(iii) Komponen hidrosfera (sistem hidrologi) terdiri daripada air dan badan air
seperti sungai,laut, tasik, salji atau ibun.

(iv) Komponen atmosfera (sistem atmosfera) meliputi komponen gas dan


partikel di atmosfera

Permarkahan : 2 isi x 2 = 4

(c) Berdasarkan negara Malaysia, Jelaskan dua cara pengurusan sumber untuk
mengatasi masalah alam sekitar terutama masalah hakisan tanihdan tanah
runtuh. ( 4M )

i) Di sektor pertanian, pembinaan teres di lereng bukit, menanam tanaman


tutup bumi dan membajak mengikut kontur sesuai dijalankan untuk
mengurangkan kadar larian air dan masalah hakisan tanah terutama di
kawasan bercerun.

( ii ) Masalah tanah runtuh ,terdapat pelbagai kaedah yang boleh digunakan


seperti membina benteng konkrit, besi atau kayu. Ia digunakan untuk
memperkukuhkan struktur tebing supaya tidak runtuh.

Permarkahan : 2 isi x 2 = 4

4(d) Jelaskan mengapa sumber alam yang boleh diperbaharui perlu dipelihara dan
dipulihara (4M)

(i) Menjamin pertumbuhan sektor ekonomi yang berterusan. Semua sektor


ekonomi bergantung pada sumber alam, sama ada sebagai bahan mentah atau
sumber tenaga. Contohnya, kegiatan pembalakan dan ekopelancongan
bergantung pada sumber hutan, manakala sektor pertanian, perindustrian dan
pengangkutan bergantung pada sumber air sebagai sumber tenaga. Oleh itu,
sekiranya sumber alam seperti sumber hutan diteroka tanpa kawalan,
pertumbuhan sektor ekonomi yang bergantung pada sumber hutan tersebut
akan terjejas memandangkan proses penggantian sumber hutan mengambil
masa yang lama.
(ii) Menjamin keperluan asas penduduk dapat dipenuhi . Bekalan air bersih
dan udara bersih dapat meningkatkan kualiti hidup penduduk. Sumber
makanan yang berterusan dalam bentuk hasil pertanian dan penternakan
adalah penting untuk membolehkan manusia meneruskan kehidupan.

(iii) Sebagai sumber warisan untuk generasi masa hadapan. Pengekalan


sumber alam seperti hidupan liar, sumber hutan dan sumber laut memastikan
generasi akan datang dapat menikmati manfaat daripadanya, sama ada dari
aspek ekonomi, sosial dan keseimbangan ekositem.

(iv) Menjamin keberterusan habitat untuk hidupan lain.

(v) Mengekalkan keseimbangan ekologi di sesebuah kawasan (seperti sistem


hidrologi, sistem atmosfera dan sistem geomorfologi)

(vi) Mengekalkan peluang pekerjaan untuk penduduk setempat.

(vii) Mengawal perubahan iklim mikro seperti suhu dan kelembapan udara.

(viii) Mengawal kadar hakisan dan pergerakan jisim.

(ix) Menjamin kesihatan manusia.

(x) Menjamin perkembangan kegiatan penyelidikan dan pembangunan


(R&D) yang berterusan.

Permarkahan : 2 isi x 2 = 4

5(a) Apakah yang dimaksudkan dengan kepadatan penduduk ? ( 3M )


Kepadatan penduduk ialah jumlah penduduk yang mendiami sesebuah kawasan
yang diukur bagi setiap satu kilometer persegi.

Formula :Jumlah Penduduk(orang) = orang/km2


Keluasan kawasan (km)

(b) Jelaskan empat usaha yang telah diambil oleh kerajaan untuk menyeimbangkan
taburan penduduk di Malaysia ( 8M )

(i) Memindahkan lokasi industri perkilangan ke kawasan luar bandar.


Contohnya kerajaan membina kilang-kilang di kawasan luar bandar untuk
mengelakkan migrasi penduduk desa ke bandar dan tumpuan penduduk yang
berlebihan di kawasan bandar

(ii) Membina pusat-pusat pengajian tinggi di kawasan luar bandar. Contohnya


membuka dan membina beberapa buah institusi pengajian tinggi awam dan
kampus-kampus cawangan baharu di kawasan luar bandar. Langkah ini bertujuan
untuk mengelakkan penghijrahan penduduk ke kawasan bandar dan dapat
menyeimbangkan taburan penduduk.

(iii)Kerajaan mengadakan rancangan pembangunan wilayah. Rancangan


pembangunan wilayah seperti pembukaan tanah rancangan yang baharu oleh
FELDA untuk penanaman getah dan kelapa sawit berjaya menarik penduduk dari
desa ke kawasan tersebut. Pembangunan wilayah dapat menyeimbangkan taburan
penduduk kerana dapat menarik minat penduduk ke kawasan yang berpenduduk
jarang.

(iv) Memodenkan sektor pertanian. Modenisasi dalam sektor pertanian seperti


penggunaan teknologi moden melalui penggunaan jentera, baja kimia, racun
serangga dan pertanian bersepadu dapat menarik golongan muda dalam sektor
pertanian dan seterusnya mengelakkan berlakunya penghijrahan keluar golongan
ini ke bandar.

Permarkahan : 2 isi x 2 = 4

(c) Faktor sosioekonomitelahmempengaruhi taburan penduduk Malaysia.


Jelaskan. ( 8M )

(i) Jenis kegiatan ekonomi

- Kawasan perindustrian, perniagaan dan perkhidmatan lebih berpenduduk


padat berbanding dengan kawasan pertanian. Hal ini demikian kerana
terdapat peluang pekerjaan yang luas dalam sektor ekonomi moden
berbanding dengan sektor pertanian.

- Sektor pertanian khususnya di desa tidak menjanjikan pendapatan yang


lumayan; dibelenggu kemiskinan.

- Oleh itu, penduduk luar bandar berhijrah ke bandar . Hal ini menyebabkan
taburan penduduk adalah jarang di luar bandar.

(ii) Kemudahan sosial


- Penduduk padat di kawasan yang memiliki kemudahan sosial yang banyak
seperti kemudahan pendidikan, kesihatan, jaringan pengangkutan dan
sebagainya.

- Sebagai contoh, penduduk tertumpu di bandar-bandar besar kerana adanya


IPTA dan IPTS yang menyediakan kemudahan pendidikan tinggi

(iii) Dasar kerajaan

- Kerajaan menentukan taburan penduduk menerusi polisi pembangunan


yang dijalankan.

- Misalnya, menerusi Dasar Pembangunan Wilayah; KETENGAH, DARA,


JENGKA, KESEDAR dan lain-lain telah menukarkan kawasan jarang
penduduk kepada berkepadatan sederhana melalui rancangan penempatan
peneroka.

(iv) Faktor pembandaran

- Kawasan bandar besar padat penduduk kerana menjadi tumpuan migran


yang berpindah demi mendapatkan pelbagai kemudahan moden seperti
pendidikan, kesihatan,telekomunikasi dan lain-lain.

- Contoh di kawasan bandar raya Kuala Lumpur, Johor Bahru, Ipoh dan
lain-lain.
Permarkahan :4 isi x 2 = 8
(d) Jelaskan kesan kepadatan penduduk yang tinggi terhadap sumber alam di bandar- bandar
besar di Malaysia. ( 6M)
(i) Pencemaran terhadap sumber alam pencemaran air, bunyi dan bau
(ii)Tekanan terhadap sumber tanah nilai hartanah meningkat, persaingan gunatanah
(iii)Kerosakan terhadap sumber alam kejadian banjir, hakisan tanah dan tanah runtuh

Permarkahan :3 isi x 2 = 6

6 (a) Berikan maksud Transformasi Desa. ( 3M )

Transformasi Desa merujuk kepada perubahan dan pembangunan sosioekonomi


desa iaitu dari segi ruang atau persekitaran, aktiviti ekonomi dan social
penduduk contohnya peningkatan kemudahan asas, peningkatan taraf
pendidikan dan perubahan sikap serta gaya hidup penduduk.
(b) Jelaskan petunjuk yang dapat menunjukkan sesebuah desa itu telah mengalami
transformasi. (10M )

(i) Perubahan fizikal. Transformasi desa menyebabkan berlaku perubahan guna


tanah, dan perubahan landskap. Contohnya tapak industri, kawasan
perumahan, sekolah, kedai runcit dan ruang pasar tani.

(ii) Perubahan ekonomi. Perubahan ekonomi melibatkan kepelbagaian ekonomi


seperti produktiviti desa bertambah sama ada daripada sektor pertanian,
industri desa dan perniagaan. Sektor ekonomi desa tidak lagi bergantung pada
sektor pertanian semata-mata, tetapi pendapatan perkapita penduduk
meningkat melebihi paras kemiskinan, peningkatan kuasa beli dan tabungan
penduduk serta peningkatan peratus tenaga kerja dalam sektor ekonomi seperti
industri desa, perniagaan dan perkhidmatan.

(iii) Perubahan sosial. Perubahan sosial melibatkan taraf pendidikan penduduk


meningkat dan kadar buta huruf berkurang, kadar celik teknologi maklumat
bertambah, dan taraf kesihatan penduduk meningkat. Peningkatan taraf
kesihatan berlaku kerana terdapat kemudahan hospital, poliklinik, klinik desa
dan nisbah antara doktor dengan pesakit berkurang, amalan gaya hidup
moden.

(iv) Perubahan infrastruktur dan kemudahan sosial. Perubahan infrastruktur


dan kemudahan sosial melibatkan pembinaan atau pertambahan infrstruktur
yang sedia ada. Contohnya klinik, sekolah rendah dan menengah, bank, pusat
latihan, stesen minyak, balai polis, pejabat pos, kedai runcit, balai raya, pusat
khidmat masyarakat, kemudahan sukan dan rekreasi serta pusat pengumpulan
hasil pertanian.

(v) Perubahan tahap teknologi. Perubahan tahap teknologi melibatkan


perubahan daripada teknologi tradisional berubah kepada teknologi moden
dalam sektor ekonomi, terutamanya pertanian dan IKS. Dalam sektor
pertanian yang melibatkan penggunaan jentera membajak dan menuai, input
pertanian seperti baja kimia dan racun serangga, teknik pertanian moden
seperti penggunaan benih bermutu tinggi dan cepat matang.

(vi) Pengangkutan moden dan komunikasi. Perubahan pengangkutan


melibatkan jalan raya yang baik dan berturap di desa serta kemudahan
perhentian bas dan teksi. Peningkatan penyediaan kemudahan komunikasi di
desa seperti penggunaan teknologi ICT dan televisyen satelit (ASTRO) .

(vii) Demografi. Berlaku peningkatan kadar kelahiran penduduk dan penurunan


kadar kematian bayi serta jangka hayat penduduk desa semakin meningkat
iaitu berlaku proses penuaan. Taraf kesihatan penduduk desa, terutama
golongaan tua juga meningkat dan aliran migrasi golongan muda ke bandar
juga berkurangan akibat transformasi yang belaku di desa.

Permarkahan :5 isi x 2 = 10

6 ( c ) Jelaskan tiga strategi pembangunan desa bagi meningkatkan taraf sosioekonomi


penduduk di luar bandar.( 6M)

(i) Pembangunan insitu melalui pembinaan jalan raya, menyediakan bekalan air,
menyediakan
kemudahan infrastruktur pertanian dan lain-lain kemudahan asas.

(ii) Program Pembangunan Pertanian Secara Bersepadu (IADP).IADP


merupakan satu gabungan pelbagai agensi kerajaan untuk membangunkan
pertanian secara bersepadu di kawasan luar bandar yang melibatkan beberapa
agensi kerajaan seperti MADA, Rancangan Pengairan Kemubu, Agrobank dan
sebagainya.

(iii)Perindustrian desa.Kerajaan membangunkan sektor perindustrian di kawasan


desa seperti Perusahaan Kecil dan Sederhana di luar bandar.Kawasan
perindustrian ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas seperti jalan raya,
sistem perhubungan, hospital, sekolah dan sebagainya.

(iv) Pembangunan wilayah. Rancangan pembangunan wilayah dijalankan oleh


beberapa agensi kerajaan seperti KESEDAR,KETENGAH yang membangunkan
kawasan pedalaman dengan penanaman getah dan kelapa sawit. Dalam jangka
masa yang lama, kawasan ini menjadi kawasan yang maju dan munculnya bandar-
bandar seperti Bandar Jengka dan Bandar Muadzam Shah di Pahang dan Gua
Musang di Kelantan.Selain itu, terdapat juga koridor pembangunan seperti ECER
(Koridor Pembangunan Pantai Timur) dan NCER (Koridor Pembangunan
Wilayah Utara).

(v) Pembangunan sosial.Kerajaan telah membina lebih banyak institusi pengajian


tinggi awam di kawasan luar bandar bagi meningkatkan taraf hidup penduduk di
luar bandar.Di samping itu, kerajaan telah membina sekolah rendah dan
menengah, kemudahan telekomunikasi, sistem pengangkutan dan kemudahan
rekreasi diluar bandar.

Permarkahan :3 isi x 2 = 6

6 ( d )Jelaskan impaktransformasi desa terhadap alam sekitar fizikal.


( 6M )
(i) Pencemaran air
- Pembuangan/penyaliran sisa kumbahan dan najis ternakan ke dalam
sungai, tasik, dan paya: tercemar dengan bakteria E-Coli

- Pembuangan sisa domestik/ isi rumah ke dalam longkang, parit atau


sungai berdekatan; tercemar dengan sisa pepejal

- Pembuangan sisa industri IKS seperti sisa pemprosesan dan


pembuatan tercemar dengan bahan toksik, kandungan BOD
meningkat

- Penyaliran baja kimia dan racun serangga dalam pertanian; nilai


keasidan(pH) sumber air meningkat

(ii) Pencemaran udara

- Akibat pembakaran terbuka kawasan pertanian


- Asap kilang memproses kelapa sawit/getah
- Asap dari kawasan pelupusan sampah

(iii) Pencemaran bau dan bunyi


- Bau busuk dari sisa longgokan sampah dan air sampah, sisa makanan
dari gerai/warung/ restoran/ pasar malam/ pasar tani yang ada di
kawasan pusat pertumbuhan desa

- Bau busuk dari ladang ternakan ayam, ladang khinzir dan lain-lain

- Bunyi bising dari jana kuasa kilang yang beroperasi

(iv) Hakisan tanih dan gerakan jisim

- Akibat aktiviti pertanian di kawasan cerun, tanpa teres, tanpa tanaman


tutup bumi/ sungkupan

- Hakisan larian air permukaan

- Cerun tidak stabil; mengalami gerakan jisim, kesotan tanih

(v) Gangguan hidrologi setempat


- Penebangan hutan sekitar mengurangkan susupan dan simpanan air
tanah
- Larian air permukaan meningkat Sejat peluhan berkurang
- Meningkatkan kejadian banjir lumpur

(vi) Gangguan ekologi setempat

- Hutan sekitar ditebang untuk pertanian dan paya ditimbus untuk


petempatan

- Ekosistem hutan dan akuatik terjejas; kepelbagaian spesies flora dan


fauna musnah kerana kehilangan sumber makanan ; rantaian makanan

- Habitat musnah; haiwan terpaksa berhijrah ke hutan lain

Permarkahan : 3 isi x 2 = 6

SKEMA TAMAT