Anda di halaman 1dari 34

SERANGAN KOMUNIS DI

NEGERI SEMBILAN

CATATAN WIRA MENENTANG


KEKEJAMAN KOMUNIS
SERANGAN GERILA KOMUNIS DI NEGERI SEMBILAN

1.0 Pengenalan.
Semboyan darurat yang dibunyikan antara tahun 1948 hingga 1960
telah mencipta banyak kisah dan tragedi. Di kalangan anggota Pasukan
Polis sahaja sejumlah 1346 anggota telah terbunuh. Pertengahan tahun
1951 sahaja keseluruhan kekuatan pasukan polis terdiri daripada 20,124
termasuk pegawai dan Anggota Pangkat Rendah, 36,939 Konstable Khas
(Special Constables) ,3756 Konstabel Polis Tambahan (Extra Police
Constables),6000 Polis bantuan (Axuiliry Police),disamping terdapat
sejumlah 100,370 anggora Home Guard dan 63,922 Kampung Guard1[1]
Di Negeri Sembilan juga semboyan ini jika diminta pandangan dari
genarasi muda warga PDRM, menjadikan mereka mengerutkan dahi
kerana tidak pasti apakah maknanya yang sebenar dalam kamus
perjuangan pasukan PDRM atau apakah zaman itu sesuatu yang perlu
dipelajari dan kalau pun perlu untuk apa era itu perlu dihayati kerana masa
itu seolah-olah menoleh kebelakang dan cukuplah mengetahuinya sebagai
suatu zaman yang dikatakan susah sama seperti zaman Tanah melayu di
perintah oleh Jepun. Kecelaruan sejarah itu kadangkala sesetengah
daripada generasi hari ini meletakkan ia sebagai .esetengah
orang sering menuturkan pertanyaan rusuhan kaum peristiwa 13 Mei 1969
itu di katakan berlaku di zaman komunis sedang berkuasa.
Apalagi untuk cuba memahami bertapa kemestian mempelajarinya
kerana negara ini ketika itu terpaksa memperuntukan kos perbelanjaan
sebanyak 700 juta paun atau hampir hampir RM 4 billion wang masa kini
atau memperlihatkan kemuncaknya dengan keperluan perkhidmatan
hampir 300,000 anggota keselamatan bagi menentang 6000 Tentera
Pembebasan Rakyat Malaya * atau di panggil gerila Komunis2[2]
Bagi sebilangan bekas-bekas anggota pasokan keselamatan yang
pernah berkhidmat di Negeri Sembilan, nama-nama seperti Tan Fook
Long di kawasan Jelebu, ,Ibrahim Baba di Tampin, Choo Ah Kuang di
Bahau, Samsiah Fakeh dan Zaiton di Kuala Pilah, Manap Jepon dan Cikgu
Taha @Taha Kalu di Pertang bagai merentap-merentap gerak hati mereka
kerana nama-nama inilah antara yang pernah mereka hafal dan yang kena
mereka ingat dan jika berpeluang berjumpa tidak ada tindakan lain mesti
diambil sama ada tangkap atau tembak mati.
Menjelang akhir tahun 40an dan awal tahun 50an, Tanah Melayu
telah terjerumus dalam satu kencah peperangan yang bukannya datang
dari luar tetapi Tercatat dalam Sejarah Negeri Sembilan beberapa
peristiwa yang berlaku antaranya serangan yang mengorbankan (13)
anggota Polis di Bukit Tangga, Jelebu N.Sembilan pada 12/12/1949.
Catatan sejarah itu ada terpahat di Ibu Pejabat Polis Daerah Jelebu pada
hari ini sebagai mengenang jasa dan pengorbanan mereka yang telah
sanggup mengadai nyawa dalam mempertahankan keamanan dan
keselamatan negara tercinta.
Mengimbau kisah serangan gerila komunis di Bukit Tangga, Jelebu,
Negeri Sembilan sebenarnya bukan sekali serang hendap dilakukan malah
pada tahun 1948 kawasan tersebut adalah merupakan antara laluan yang
paling kerap menjadi sasaran gerila komunis dalam melakukan serangan.
Terhadap pasukan keselamatan

2.0 Tragedi rakan di bakar dengan minyak api.


Bagi Yahya bin Omar 79 tahun yang menetap di Felda Bukit Jalor
Air Kuning Selatan, Tampin, Negeri Sembilan menceritakan beliau
memasuki Pasukan Special Constable (SC) kemudiannya menjadi Extra
Police Constable (EPC) pada masa itu. Masih beliau tidak lupa hari itu
merupakan Hari Raya Aidil Adha Tahun, beliau dan (6) anggota yang lain
telah diarahkan menghantar ration melalui laluan Bukit Tangga. Di laluan
tersebutlah kenderaan yang dipandu beliau telah diserang hendap
menyebabkan kenderaan tersebut terbalik. Beliau yang turut terhumban
bersama kenderaan bernasib baik kerana kenderaan itu jatuh di kawasan
berpaya bersebelahan jalan. Dalam keadaan genting tersebut beliau hanya
mampu berdiam diri memandangkan gerila komunis yang menyerang
adalah ramai. (6) rakan beliau ada yang tercedera telah ditangkap, mereka
kemudiannya telah dibakar hidup-hidup. Raungan kesakitan rakan-rakan
beliau tersebut hingga ke hari ini masih terngiang-ngiang di telinga beliau.
Bila Gerila Komunis tersebut pergi, saya memberanikan diri melihat nasib
rakan-rakan saya. Perasaan pilu bercampur geram pada ketika itu melihat
rakan-rakan saya rentung dengan uniform yang dipakainya. Mereka semua
masih muda tetapi telah terkorban dalam melaksanakan tugas yang
diamanahkan.Saya tidak lupa akan peristiwa yang dilakukan oleh pihak
komunis itu hingga akhir hayat saya Ujur beliau lagi.
Menjelang tahun 1949 hingga pertengahan tahun 1950an dalam
menyingkap sejarah silam kisah-kisah terkorbannya anggota pasokan
keselamatan di Negeri Sembilan ini, sebenarnya banyak peristiwa dan
tragedi yang boleh dikongsikan sebagai pengajaran dan ingatan kepada
kita khususnya warga polis pada hari ini. Malah jika ia dilihat dari sudut
yang lebih positif sebenarnya nilai-nilai kepahlawanan, keberanian,
kebertanggungjawaban dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan
itullah yang boleh diperkatakan dari mereka-meraka ini yang sebenarnya
terbilang tetapi tidak pernah dijulang.

3.0 Serang hendap di Ladang Geddes, Bahau, Negeri Sembilan.

Meneliti senarai pengorbanan pasukan keselamatan khususnya di


Kawasan Negeri Sembilan, En.Hew Yaw Fah 86 Th yang menetap di
Ladang Geddes merupakan seorang bekas Auxiliary Police (AP) tahun
1950 masih ingat, pada waktu itu Ladang Gedes merupakan antara
kawasan Ladang Getah yang terbesar di Tanah Melayu, Ladang yang
mempunyai kepadatan penduduk hampir 15,000 orang juga mempunyai
kemudahan asas termasuk hospital dengan bilangan 100 katil pesakit dan
kilang pemerosesan getah kepunyaan syarikat Dunlop. Tertulis dalam
senarai pada 23/11/1950 (5) anggota keselamatan (1) KPL 12536
Zakaria bin Pandak Rawan (2) PC 6155 Nasir bin Salleh (3) SC 34331
Abdul Ghani bin Lassim (4) SC 36563 Borhan bin Mohd Zin dan (5) EPC
2165 Abdul bin Yahya telah terkorban sewaktu perjalanan balik dari
mengiringi bantuan makanan ke Ladang Gedes kerana serang hendap
gerila komunis dari Rajimen ke2 PKM3[3] yang dipercayai diketuai oleh
Chee Ah Kiong.
Saya tidak melihat keadaan mayat anggota polis yang terkorban itu,
tetapi saya diarah menjaga kenderaan yang dinaiki anggota polis yang
terbakar teruk dan diletakkan di dalam kawasan kilang Dunlop tersebut.
Waktu itu semua orang bercerita kisah polis terbunuh di serang hendap di
Jalan Kah For lebih kurang 5 kilometer dari Ladang Geddes selepas
mereka membantu mengiringi kenderaan membawa bekalan makanan.
Peristiwa serangan ini sebenarnya mempunyai kisahnya yang
tersendiri biarpun tidak sehebat kisah Bukit Kepong, namun pengorbanan
dan kesetiaan wira-wira ini dalam mempertahankan keamanan dan
keselamatan negara sebenarnya tiada bezanya Cuma kebarangkalian
kisah itu tidak pernah dipaparkan apatah lagi diceritakan kepada generasi
masa kini.

Kisah dan peristiwa ini turut dikongsi oleh Syed @ Syed Hasan bin
Fazal Shah 82 tahun yang menetap di Kampung Peladang, Bahau Negeri
Sembilan. Beliau yang pernah bertugas sebagai Special Constable (SC)
pada tahun 1948 menceritakan bahawa antara yang terkorban itu adalah
sahabat karib dan jiran depan rumah beliau nama Zakaria Bin Pandak
Rawan. Anak kelahiran Perak ini dikatakan bertugas di Balai Polis Bahau
ketika itu dan menyandang pangkat koperal. Sewaktu berita kematiannya
disampaikan, beliau sempat melihat jenazah Zakaria yang di bawa balik ke
kampong beliau (Kampong Peladang) sebelum jenazahnya di bawa balik
ke Perak. Arwah meninggalkan (2) seorang isteri dan orang anak yang
masih kecil.

Kisah ini juga turut dikongsi bersama oleh bekas anggota polis PC
34457 Aziz bin Madi 81 tahun yang menetap di Kampung Juar, Sri
Menanti, Negeri Sembilan. Beliau yang pernah bertugas sebagai Special
Constable (SC) pada tahun 1948 kemudiannya diserapkan kepada polis
biasa menceritakan kisah terkorbannya (5) anggota keselamatan itu
diketahui semasa berada dalam Area Security Unit (ASU) iaitu unit yang
menjalankan rondaan hutan dan ladang-ladang. SC. Unit beliau yang
berpangkalan di Bahau, Negeri Sembilan sering di arahkan membuat
rondaan di kawasan berkenaan memandangkan kawasan tersebut
dikenalpasti terdapat banyak aktiviti dan pergerakaan gerila komunis
selepas kejayaan mereka melakukan serang hendap terhadap pasukan
keselamatan di Jalan Kor For. Beliau juga masih ingat dalam satu rondaan
yang dijalankan di kawasan New Rompin Estet juga tidak jauh dari Jalan
Kor For, pasukan beliau telah bertempur dengan gerila komunis.
Pertempuran yang berlangsung hampir 2 jam telah itu telah mengorbankan
(2) orang rakan sepasukan (1) SC 22876 Ahad Bin Mohamad (2) SC
35526 Samad bin Saman yang di catat terkorban dalam satu serang
hendap pada 18/4/1951. Bagaimanapun dengan bantuan askar Ghurka,
gerila komunis dapat ditewaskan, dalam pertempuran tersebut beberapa
gerila komunis dipercayai terbunuh tetapi mayatnya berjaya dilarikan oleh
mereka.

Serang hendap terhadap (5) anggota keselamatan ini juga turut


dikongsi kisahnya oleh Wan Hamid bin Wan Sulong 82 tahun yang
menetap di Kampung Kepis Hilir, Johol Negeri Sembilan. Menceritakan
tentang tragedi tersebut, waktu itu beliau telahpun bertugas di Balai Polis
Bahau juga sebagai Special Constable (SC). Menurut beliau lagi apabila
Federal Malay Police (FMC), seorang pegawai British telah menubuhkan
dua (2) unit Jungle skuad. Satu unit di anggotai (9) anggota. Beliau juga
mempunyai pengalaman bertempur dengan lebih kurang (30) gerila
komunis di kawasan Air Hitam satu tempat nama Tasio Estet. Dalam
pertempuran yang berlangsung hampir satu jam setengah, gerila komunis
dapat juga ditewaskan apabila askar Ghurka tiba memberi bantuan..
Kejayaan dalam pertempuran tersebut membolehkan beliau dan rakan-
rakan menerima reward RM 25 setiap seorang diatas kejayaan menentang
pasukan gerila komunis yang jauh lebih besar bilangannya.

Memulakan cerita tragedi yang berlaku di Jalan Kar For, Rompin


Negeri Sembilan Hari itu saya sedang memasak nasi di berek untuk
makan tengah hari, kemudian seorang rakan beritahu siap segera ada
tugasan untuk mengiringi bantuan makanan ke Ladang Geddes, kemudian
salah seorang rakan menawarkan diri untuk mengambil alih tempat saya
memandangkan tugas eskot tersebut dijangka tidak lama dan menyuruh
saya terus memasak. Waktu itu tiada apa-apa perlu
dirisaukanmemandangkan ia merupakan tugas yang biasa dilaksanakan
walaupun kedengaran desas desus berita banyak lapuran diterima Ladang
Geddes semakin kerap diganggu oleh gerila komunis, tetapi berdasarkan
pengalaman tugas yang telah sering dilakukan ia dianggap seperti tugas
sebagaimana hari-hari yang lain.
Bagaimanapun pada hari itu, sehingga jam hampir 3 petang,
pasukan eskot tidak pulang lagi, tidak lama kemudiannya berita
disampaikan oleh rakan bahawa pasukan yang mengiringi bantuan
makanan ke Ladang Geddes diserang hendap sewaktu balik dan semua
anggota polisnya dikatakan terbunuh.

Jenis kenderaan yang dinaiki wira-wira yang terkorban dalam


serangan
Lawatan Tempat Kejadian Di Ladang Kok Foh, Rompin,
Negeri Sembilan

Saya dan beberapa rakan pergi ke tempat kejadian, api masih


marak membakar kereta eskot, bahang panas begitu kuat memandangkan
kenderaan tersebut diperbuat dari besi sepenuhnya. Setelah hampir 20
minit ,api padan tindakan menyiram air diambil terhadap kenderaan
tersebut. Saya benar-benar hiba melihat rakan-rakan hampir hangus
dalam kenderaan tersebut termasuk Incharge eskot nama Koperal
Zakaria. Mungkin Tuhan panjangkan umur saya, yang sepatutnya sama
terbunuh tetapi digantikan oleh orang lain. Kesemua jenazah kemudiannya
di bawa balik ke Balai Bahau, dan hari ini tragedi itu masih terpahat baik
dalam ingatan. Kini tempat kejadian yang jaraknya (10) Kilometer dari Balai
Polis Rompin, Negeri Sembilan hanya merupakan jalan tanah merah dan
laluan ke Ladang Gedes telah ditutup. Ladang Gedes semasa tahun 50an
dahulu mempunyai jumlah penduduk hampir 15,000 orang juga
mempunyai kemudahan hospital dengan 100 katil pesakit dan terdapat
beberapa buah kilang getah yang besar termasuk kilang Dunlop. Hari ini
Jumlah penduduk Ladang Geddes berjumlah lebih kurang 3000 orang
sahaja dan hospital dan kilang telah tiada hanya merupakan bangunan
tinggal sementara kediaman Ketua Pegawai Perubatan hospital tersebut
kini merupakan rumah Ketua Kampung Ladang Geddes Encik Liong 63
tahun ...

TRAGEDI SERANGAN BALAI POLIS SEDELI, KOTA TINGGI


1.0 Pengenalan

Serangan Gerila Komunis terhadap Balai Polis Bukit Kepong pada 23


Febuari 1950 telah memberikan satu publisiti yang meluas dan dikenang
hingga ke hari ini sebagai satu sejarah kepahlawanan anggota polis dalam
mengekalkan keamanan dan keselamatan Negara. Terkorbannya (14)
Anggota Polis (3) Polis Bantuan (AP) (4) Pengawal Kampung (HG) dan (4)
ahli keluarga anggota (2) Isteri dan (2) anak telah diadipatasikan dalam
kisah dan semangat anggota keselamatan dalam mempertahankan balai
polis daripada ditawan sehingga terkorban. Sembang cyber antara penulis
dengan penyokong revolusi yang menggunakan nama samaraan Mat Amin
mendedahkan serangan diketuai oleh Komander Goh Peng Sun dari
Rajimen ke 4 dengan kekuatan 180 anggota gerila4[1] terjadi selepas (7)
bulan (6) hari kerajaan mengisytharkan darurat. Cerita dari mulut ke mulut
ini juga mengisahkan serangan ini di bantu oleh Mat Indera atau Ahmad
bin Indera yang merupakan pemimpin peringkat negeri Johor Pertubuhan
Barisan Tani Malaya (BTM) yang kemudiannya diharamkan dan
seterusnya dikatakan menganggotai Rajimen ke10 Parti Komunis
Malaya5[2]. Serangan itu juga adalah merupakan antara beberapa siri
serangan terhadap balai-balai polis ketika itu antaranya pada 17/3/1948
mereka menyerang Balai Polis Ulu Coh, Pontian, Johor. Pada 28 Jun
1948 mereka menyerang Balai Polis Kuala Kurau dengan kekuatan (40)
anggota gerila dan pada tarikh yang sama juga mereka menyerang dan
membakar Balai Polis Pekan Jerantut.Pada 9 Julai 1948 mereka
menyerang Balai Polis Langkap, Selatan Perak menyebabkan seorang
Polis Constable (PC) terkorban6[3]. Pada 17 Julai 1948 dengan kekuatan
300 orang gerila mereka menyerang dan menawan Balai Polus Gua
Musang, Kelantan. (1) anggota terkorban sementara (14) menyerah diri.
Disebalik serangan terhadap balai-balai polis ini, sebenarnya banyak
lagi balai polis yang di serang, namun kisah dan ceritanya hanya berkisar
di kalangan mereka yang terlibat dan rakan-rakan seangkatan yang kini
generasi itu ramai yang telah kembali kerahmatullah. Ketiadaan kajian
yang terperinci mengenai kisah dan tragedi rumah pasong yang diserang
pada masa pemberontakan komunis menyebabkan generasi hari ini
khususnya di kalangan warga kerja PDRM tidak banyak info yang
diketahui. Zaman yang penuh dengan kisah-kisah bagaimana anggota
polis berjuang bermati-matian mempertahankan balai yang mereka jaga,
tahun-tahun yang penuh dengan tragedi dan pengorbanan pasukan
keselamatan itu kini semakin dilupai, walaupun disebalik kisah-kisah
tersebut sebenarnya terlalu banyak isu dan yang boleh dijadikan
tauladan dan pengajaran. tersirat

Peristiwa Bukit Kepong menjadi sejarah Negara. Kisah serangan


Gerila Komunis itu disensasikan dalam pelbagai bentuk dan penceritaan.
Malah tidak keterlaluan jika dinyatakan itulah satu-satunya kisah sejarah
silam tentang tragedi, pengorbanan, kesungguhan serta rasa
kebertanggungjawaban terhadap tugas yang dilaksanakan. Ia juga
memperlihatkan tentang bagaimana sekumpulan kecil anggota menentang
jumlah musuh yang lebih besar yang diakhiri dengan sebilangan besarnya
terkorban. Ia juga berkisar tentang kekejaman dan tindak tanduk tidak
berperi kemanusiaan sekumpulan orang terhadap kumpulan yang lain. Dari
anak-anak kecil hingga ke orang dewasa, kisah itu cukup mudah di hafal.
Bagaimanapun bagi generasi yang meniti usia emas khususnya di
kalangan bekas-bekas anggota keselamatan yang pernah terlibat di zaman
kekuasaan bintang tiga itu ternyata banyak yang mempunyai versi cerita
yang berlainan.

Mereka tidaklah menyanggah atau menidakkan peristiwa itu, mereka


juga tidak memperkecilkan kisah dan pengorbanan anggota-anggota polis
yang setia terhadap tugas dan komitmen yang diberikan sehingga sanggup
berkorban jiwa. Mereka sebenarnya mahu menyedarkan masyarakat
keseluruhan bahawa kisah itu adalah antara ratusan malah ribuan kisah-
kisah tentang kesetiaan, tentang pengorbanan dan dikorbankan anggota
keselamatan di zaman yang penuh dengan cabaran. Namun suara kecil itu
sebenarnya tidak cukup untuk didendangkan bagi khalayak ramai. Ia hanya
dilagukan kepada ahli keluarga terdekat jika diluar cuma pada handai dan
taulan yang bersama-sama berjuang dahulu. Hari ini ia semakin terus
dilupai malah tidak mustahil kisah itu akan tengelam di zaman post
moden*7[4] sehingga ia tidak ubah kisah dongeng yang diada-adakan
kerana fakta dan bukti menjadi asas kepada sesuatu kenyataan. Dari
aspek yang lain pula kumpulan-kumpulan tertentu menjadikan ia sebagai
wancana politik bagi agenda tertentu yang dilihat lebih kepada
berkepentingan untuk mengejar sesuatu matlamat dan tidak berdasarkan
kepada tanggungjawab social dalam khususnya untuk kepentingan ilmiah
dan kefahaman genarasi masa kini.

2.0 Serbuan Bintang Tiga ke atas Balai Polis Sedeli Besar, Tanjung
Sedeli.

Kekejaman yang dilakukan terhadap anggota yang bertugas dibalai


begitu mengerikan dan amat kejam antaranya seperti yang diceritakan oleh
Pak Othman bin Embong 74 tahun yang kini menetap di Rumah Kos
Rendah, Sungai Puteri, Kuala Rompin, Pahang. Beliau yang pernah
bertugas sebagai Special Constabel (SC) di zaman darurat menceritakan
beliau tidak pernah lupa sekali-kali akan tragedi yang menimpa terhadap
(8) anggota Polis yang bertugas di Balai Polis Sedeli Besar. Kota Tinggi,
Johor. Meskipun tidak dapat mengingati tarikhnya dengan tepat namun
beliau masih ingat ketika itu usia beliau hampir 13 tahun. Pihak Jepun
telah ditewaskan oleh Tentera Berikat. Pasukan Malayan People Anti
Japanese Army (MPAJA) yang ketika itu mula dikenali dengan Bintang
Tiga menguasai kawasan yang terpencil ini dan telah menunjukkan
kekuatan sebenarnya mereka. . Keadaan keselamatan yang masih samar-
samar dengan sistem pentadbiran yang belum pulih sepenuhnya
menjadikan Bintang Tiga mengisytharkan kepada masyarakat setempat
merekalah yang menjadi pemerintah ketika itu.

Sebenarnya Kuala Sedeli ketika itu tidaklah menerima impak yang


besar akan kalahnya Jepun di Tanah Melayu, namun kewujudan Pasukan
Bintang Tiga (MPAJA) memang telah diketahui apatah lagi kawasan
sekitar khususnya Mukim Kambau dan Sedeli ramai terdapat penduduk
bangsa cina yang menjadikan perladangan getah dan perhiagaan sebagai
kegiatan harian mereka sementara Masyarakat Melayu menjadikan
Nelayan sebagai sumber pendapatan mereka. Kedatangan Bulan
Ramadan Al Mubarak disambut secara kewajipan biasa memandangkan
zaman itu sumber ekonominya agak terhad ditambah dengan kecelaruan
perang yang baru sahaja tamat.

Bagi Pak Othman beliau ingat di pagi subuh yang hening terdengar
bunyi seolah ada orang sedang berjalan dengan membunyikan isyarat -
isyarat yang tidak difahami tetapi ia bukan suara binatang. Dari celah-celah
papan dinding rumah beliau bangkit melihat apa yang berlaku. Saya
melihat dengan jelas susuk tubuh pasukan beruniform gelap bintang tiga
sambil mengayakan topi di depan mempunyai bintang tiga menghampiri
balai yang hanya tidak sampai 10 kaki dari rumah beliau berada. Tidak
sedetik pun bunyi yang didengari kerana ketakutan namun ternyata susuk-
susuk tubuh tersebut mula mengelilingi balai polis yang ternyata tidak ada
sentri atau pengawal itu atau mungkin pengawalnya tertidur. Bagaikan
sepasukan polis membuat serbuan jeritan buka dan tendang pintu
kedengaran dengan bahasa yang agak pelat kecinaan. Saya nampak ada
seorang terjun dari tepi balai yang tentunya polis langsung masuk dalam
perigi berhampiran. Kemudian saya nampak susuk tubuh lain menerpa ke
arah lubang perigi dan letupan senapang kedengaran dari arah perigi.

3.0 Di ikat pada pokok Kelapa dan dijatuhi hukuman tembak .

Letupan senapang awal pagi itu telah memecah kesunyian serta


menambah ketakutan pada beliau dan keluarga, manalah tau kalau-kalau
gerombolan tersebut mengetuk rumah mereka pula. Langit pagi semakin
cerah dan tidak lama kemudian kedengaran arahan dalam bahasa melayu
pelat kecinaan meminta semua orang Kampong Sedeli Besar berkumpul di
satu tempat. Saya lihat 6,7 anggota balai polis tersebut terikat di batang
pokok kelapa berhampiran balai polis. Saya juga lihat ada dua orang
tentera Jepun juga di ikat pada pokok yang berhampiran. Kemudian dilihat
senjata di halakan ke arah tentera jepun berkenaan dan kedua mati terkulai
di tembak di hadapan orang - orang kampong. Keadaan senyap sepi,
ketakutan menyelubungi kawasan persekitaran. Dengan usia yang telah
mampu memikirkan baik dan buruk beliau juga hanya mampu melihat
sahaja sebagaimana orang-orang kampung yang lain. Beliau memegang
erat tangan ibunya langsung berdiri di belakang ibu yang turut membatu
melihatkan kejadian tersebut. Seingat beliau ramai ramai juga orang
kampong yang melihat akan hukuman tersebut termasuk orang-orang cina,
melayu tidak ramai, namun orang kampong yang rata-rata menjadi nelayan
sebenar-benarnya pagi-pagi telah keluar menangkap ikan, oleh itu yang
tinggal hanyah kaum Ibu, anak-anak serta beberapa orang tua yang tidak
turun ke laut sementara sesetengahnya pula telah mengosongkan rumah
awal-awal lagi mungkin menjangka kekalahan tentera Jepun akan
membawa akibat yang buruk .

Dalam keadaan ketakutan tersebut beliau melihat juga ke arah


anggota-anggota polis yang masih terikat di pokok kelapa tersebut, wajah
orang-orang polis yang kelihatan tidak berdaya, apakah mereka juga akan
menerima nasib yang sama dengan tentera Jepun itu, Tidak lama
kemudian lebih ramai anggota Bintang Tiga mengambil tempat, bugle
ditiupkan dan senapang dihalakan kearah anggota-anggota polis terikat di
batang polok kelapa. Letusan sekali lagi kali ini agak membingitkan dan
anggota-anggota polis tersebut terkulai mati dalam keadaan masih terikat
pada pokok kelapa. Keadaan senyap sunyi tadinya menjadi hingar bingar
dengan jeritan anak-anak kecil yang terkejut. Saya sendiri tidak dapat
bayangkan ketika itu bila lihat polis-polis itu mati ditembak, saya
memegang erat tangan ibu saya yang saya lihat turut tunduk ketakutan.
Kemudian keadaan menjadi senyap dan sunyi semula. Kemudian
seseorang yang dilihat sebagai ketua mengarahkan orang ramai
berkumpul dan tidak lama kemudian mereka mula mengagihkan kepingan
biskut. Ia kemudian disusuli dengan ucapan dari orang yang dilihat
sebagai ketua tetapi ketua itu berucap dalam bahasa cina yang tidak
beliau fahami maknanya. Pihak Komunis kemudiannya pergi dari tempat
tersebut, tiada seorang pun dari orang kampong yang mampu menghalang
akan kekejaman yang dilakukan. Apa yang mereka mampu sebaik sahaja
pihak Bintang Tiga beredar meninggalkan tempat tersebut mereka
meleraikan ikatan terhadap tubuh-tubuh yang tidak bernyawa itu dan
melaksanakan tanggungjawab sebagai muslim iaitu mengebumikan
jenazah anggota polis berasal dari kampong tersebut sementara anggota
polis yang lainnya di bawa ke kampong halaman mereka sebaik sahaja
bantuan dari Ibu Pejabat Daerah Polis Kota Tinggi sampai.

Bagi mencari kebenaran tragedi ini, penulis telah berada selama


beberapa hari di Kuala Sedeli untuk mencungkil kisah yang sangat menarik
ini. Kampung Sedeli Besar kini di bawah pentadbiran Balai Polis tanjung
sedeli, terdapat pondok polis tetapi dibuka bila ada petugas dari Balai
Polis Tanjung Sedeli. Kawasan yang menganjur ke Laut Cina Selatan itu
sememangnya amat cantik, masih dengan keasliannya serta tidak
tercemar dengan dari sebarang pembangunan. Kedapatan sebuah Tokong
Besar Cina di Hujung kampong yang membuktikan sememangnya suatu
ketika dahulu masyarakat cina juga banyak menetap di kawasan ini. Ia
terpisah dari Sedeli Kecil (tanjung Sedeli) oleh muara sungai Sedeli
namun kini telah didihubungi oleh Jambatan yang baru siap dibina
merentasi Sungai Sedeli membolehkan pengguna meneruskan perjalanan
hingga ke Tenggaroh seterusnya ke Mersing.

Pada mulanya memang agak sukar untuk mencari fakta yang


mampu menyokong cerita tersebut, malahan anggota polis di Balai Polis
Tanjung Sedeli juga tidak tahu menahu akan cerita tersebut, apatah lagi
apabila diberitahu dahulu tentang ujudnya sebuah Balai Polis di tempat
tersebut. Apa yang mereka tahu kawasan jagaan mereka Balai yang ada
itulah Balai Polis Tanjung Sedeli (Sedeli Kecil) yang dipimpin oleh seorang
Ketua Polis Balai berpangkat Sarjan Mejar. Cubaan penulis untuk menemui
KPB dalam lawatan tersebut gagal, mungkin agak sibuk, namun dengan
masa yang telah dirancang rapi dengan bantuan seorang anggota polis
yang telah lama yang tinggal di kampong Tuan Seah, Sedeli, penulis di
cadangkan berjumpa dengan seorang bekas Special Constabel (SC) yang
menetap di Pekan Tanjung Sedeli
SIRI KEDUA: BEKOK TRAGEDI YANG DILUPAKAN

Solat Jumaat yang terakhir.

Strategi gerila komunis dalam menakutkan pasukan keselamatan dan

masyarakat setempat tidak sahaja sewaktu anggota sedang menjalankan

tugasnya. Bagi Pak Rahim Bin Ahmad 81 tahun yang kini menetap di

Rumah Rakyat Bekok menceritakan pada tahun 1952 (6) anggota SC

terkorban dalam satu serang hendap gerila komunis. Kejadian itu berlaku
sewaktu anggota polis tersebut dalam perjalanan pulang sebaik sahaja

habis menunaikan Solat Jumaat di Masjid Bekok yang jaraknya lebih

kurang (7) kilometer dari tempat kediaman mereka di Sungai Estet Bekok.

Turut menumpang kenderaan polis itu ada seorang wanita mengandung

dan anaknya.

Kini dikenali dengan nama Ldg.Sungai Bekok.

Sebaik sahaja menghampiri Sungai Bekok Estet kenderaan yang

dinaiki telah terkena jerangkap samar yang dipasang oleh pihak gerila.

Lertupan yang kuat itu telah menyebabkan kenderaan terpelanting

menyebabkan kesemua anggota termasuk orang awam terbunuh dalam


kejadian tersebut. Senarai anggota keselamatan yang terbunuh dalam

insiden tersebut yang berlaku 27/12/1952 ialah:-

I. SC 7243 Omar Bin Ali

ii. SC 6828 Mohd Hon bin Kasman

iii. SC 7065 Ishak bin Chandi

iv. SC 7290 Abd Hamid bin Sudin

v. SC 7166 Abd Hamid bin Hj Mohd Paiman

iv. SC 20158 Aziz bin Sarom


Senarai wira-wira yang terkorban masa darurat di Muzium Polis

Kuala Lumpur

Disebalik nama dan peristiwa ini berapa ramaikah yang mengetahui

kisahnya?.
. Perang itu memang kejam dan tiada menunjukkan belas dan

kasihan. Bagi anggota yang terkorban ia adalah kejutan yang besar pada

ada anak-anak yang tidak menjangka akan kehilangan ayah, isteri yang

tidak percaya akan kehilangan suami serta ibu bapa yang mesti menerima

hakikat akan kehilangan anak lelakinya. . Namun itulah tekad dan iltizam

yang ada pada wira-wira ini, walaupun ditakdir menghadap illahi mereka

tidak gentar untuk terus menambahkan semangat rakan-rakan agar

berjuang habis-habisan kerana sebarang tindak tanduk yang bersifat

petualang kepada Negara, perosak terhadap keamanan dan kesejahteraan

itu mesti dinyahkan dari bumi tercinta ini.

5.0 Menangis Di Sisi Mayat Ayah.

Pergerakan gerila Komunis yang aktif di kawasan Bekok sebenarnya

mengundang petaka tidak sahaja menunggu saat anggota keselamatan

berada dalam kumpulan yang ramai, malah dalam lain-lain keadaan nilai

nyawa anggota pasukan keselamatan dianggap suatu yang biasa apatah

lagi jika mereka bersama dengan pihak yang menjadi sasaran utama

mereka iaitu pegawai orang putih.


Bagi Pak Osman Bin Sepan 77 tahun juga bekas SC kawasan Bekok

dan kini menetap di Rumah Rakyat Bekok menceritakan bagaimana

seorang anggota AP yang mengiringi ketuanya telah terkorban bersama-

sama ketuanyasewaktu bertugas. Dalam peristiwa tersebut dicatatkan

pada 30/06/1952 (2) anggota AP iaitu AP / Insp F.H Eilkins dan AP 562

Yahya bin Abbas terbunuh dalam satu serang hendap gerila komunis.

Peristiwa ini begitu menarik pada waktu itu mamandangkan sewaktu

mayat ditemui, anak Yahya yang berusia 2 tahun setengah masih berada

di sisi mayat bapanya. Kisah yang sama juga diceritakan oleh En.Ahmad

bin Abdullah 81 tahun yang menetap di Felda Tenang, Labis Segamat

Johor. Beliau yang ketika itu berkhidmat sebagai SC kawasan Bekok masih

ingat rakan beliau nama Yahya sebenarnya dalam perjalanan bersama

pengurus ladang ke sekolah yang terletak di Pekan Bekok, Turut dibawa

anak beliau yang hendak ditinggalkan di rumah saudaranya. Gerila

Komunis telah menyerang hendap menyebabkan beliau dan pengurus

ladang tersebut terkorban di tempat kejadian sementara anaknya tidak

dicederakan. Mengingati kembali peristiwa itu dirasakan terlalu sukar untuk

dibayangkan bertapa kejamnya perang. Tentunya dapat kita bayangkan

seorang anak kecil yang tidak mengetahui apa-apa meratapi ayah

kesayangannya kini tidak lagi bergerak,terkujur dalam keadaan berlumuran


darah dan pergi buat selama-lamanya. Namun dalam menjaga keamanan

dan keselamatan Negara, khidmat dan jasa yang ditabur bukan untuk

menuntut sekalung puji-pujian tetapi cukuplah sekadar untuk diingati oleh

generasi muda hari ini khususnya warga PDRM bahawa tugas dan

peranan pasukan keselamatan zaman itu sesungguhnya memerlukan

keberanian, keikhlasan dan penuh berintegriti dalam melaksanakan

sebarang tanggungjawab yang diamanahkan.

6.0 Penutup

Hari ini keamanan dan ketenteraman yang tercipta, tidak ramai yang

mengetahui bagaimanakah bermula sejarah itu. Meminjam kata-kata

Soekarno Sejarah adalah sebahagian dari diri sebagai bangsa, dia tidak

boleh dipisahkan apalagi dilupakan. Melupakan sejarah - apalagi

meninggalkan sejarah - sama ertinya dengan kehancuran sebuah bangsa."

17 Ogos 1966 memberikan suatu gambaran mengapakah kita tidak

seharusnya melupai sejarah kerana di situ ada kisah untuk dijadikan

pendorong, ada cerita yang boleh kita jadikan sandaran agar kita percaya,

mencipta keamanan itu tidak ada jalan mudah. Mereka yang dipanggil

polis itu tidak sekadar berdiri memerhati dan melihat gelagat orang lain.

Mereka sentiasa bersedia. Menghayati kata-kata bekas Home Guard (HG)


En Mohamad bin Abdullah 74 tahun yang menetap di Rumah Rakyat Labis,

Saya memang marah kalau orang kata polis takut, Jangan sekali-kali

kata polis takut, kalau polis takut Negara kita hari ini tidak akan begini

kesenangnya, polis yang bermaruah tidak akan sekali-kali menyerah kalah,

kita lakukan penuh maruah kerana sememangnya punya maruah

SIRI KEDUA: SERANGAN GERILA KOMUNIS DI NEGERI SEMBILAN

4.0 Serangan di Jalan Bukit Jalor, Air Kuning Selatan, Gemas,


N.Sembilan

Di dalam kejadian yang lain berkaitan serang hendap gerila Komunis


juga berlaku di Negeri Sembilan iaitu di kawasan Air Kuning Selatan,
Gemas pada 12 Ogos 1952 . Dalam pertempuran tersebut direkodkan (8)
anggota keselamatan terdiri (1) PI Arthur Abishegam (2) L/Kpl 372 Ahmad
bin Yakim (3) PC 2664 Alias Bin Tamin (4) Rekrut 24204 Yusof Bin Mohd
(5)SC 2164 Mohd. Yasin Bin Mohamad (6) SC 5279 Tan Ah Lee (7) SC
5575 Mohd Jani Bin Pais (8) SC 5108 Manap bin Mohamed dilaporkan
terbunuh.
Menceritakan kejadian tersebut bagi Dollah bin Uyub 83 tahun kini
menetap di Ulu Melaka, Batang Melaka, Melaka adalah antara saksi masih
hidup yang terlibat dalam pertempuran tersebut. Beliau bertugas sebagai
Special Constable (SC) masih ingat hari itu jam lebih kurang pukul 11.00
pagi. Mereka baru sahaja balik dari rondaan. Di dalam berek yang dihuni
oleh (12) anggota ada yang sedang buka pakaian, ada yang sedang mula
hendak memasak dan ada yang baru sahaja hendak membuka kasut.
Kenderaan GMC muncul dari balai Air Kuning dan pemandunya
memberitahu dapat hukuman dari (1) Inspektor India semua siap sedia
ada tugas, ada lori kena bakar dekat Bukit Jalor . " Kami semua kelam
kabut pakai uniform semula, yang masak nasi pun tinggalkan nasi yang di
masak. Sampai di Balai Polis Air Kuning Selatan kami di taklimat oleh
Inspektor India tersebut. Kami di beritahu untuk mengikut beliau ke Bukit
Jalor kerana ada maklumat lori kena bakar. Atas arahan pegawai kami
menurut perintah tanpa banyak soalan.

Saksi kejadian Dollah bin Uyub 83 Th yang terlibat dalam


pertempuran tersebut dan masih mengingati kisah tersebut dengan baik.
Semuanya kelihatan seperti biasa pada hari itu tiada tanda-tanda
yang ganjil. Kami semua menaiki GMC dari balai hingga sampai kira-kira
4 batu dari Hutan Simpan Bukit Jalor, Air Kuning Selatan semua anggota
meneruskan perjalanan dengan berjalan kaki sementara kenderaan
dibiarkan di tepi jalan. Lebih kurang 2 batu kami tiada menemui apa-apa,
mulanya hati berkata-kata mana ada lori kena bakar, kami meneruskan
lagi jauh ke sempadan hutan dan akhirnya memang terdapat lori kena
bakar dan ketika itu api masih ada menjilat kenderaan berkenaan.

5.0 Bertempur dengan Gerila Komunis.

Melihat keadaan lori yang terbakar, setelah semua anggota


sampai, siasatan keliling tempat lori terbakar dijalankan, Keadaan masa itu
masih biasa sahaja, namun tidak lama kemudian terdengar letupan seperti
tembakan di hadapan yang agak jauh. Tampa mengsyaki apa-apa dengan
menjangkakan letupan itu dari kenderaan yang terbakat, pegawai tersebut
mengambil keputusan untuk meninggalkan sahaja kenderaan berkenaan.
Kami kemudiannya berpatah balik setelah tiada menemui apa-apa bukti
menarik. Kali ini beliau berada di posisi nombor 4 dari belakang dan
dihadapan sekali didahului oleh pegawai India berkenaan. Beliau masih
ingat rakan beliau nama Manap membisikkan kepada beliau tentang
hatinya yang tidak sedap seolah-olah ada bahaya yang menanti. Kami
meneruskan perjalanan lebih kurang suku batu, rupa-rupanya gerila
komunis telah menunggu dan mereka telah menyerang hendap dipercayai
menembak dengan senjata bren gun. Jarak yang agak jauh antara (13)
anggota yang berjalan dengan posisi beliau yang agak terkebelakang
menyebabkan beliau hanya mendengar akan letupan dan juga jeritan
seperti orang tercedera dan tidak lama kemudian keadaan menjadi gawat
apabila rakan menjerit dengan jelas mengatakan komunis telah
menyerang serta menyuruh kami cari tempat berlindung. Suasana jadi
kelam kabut waktu itu kerana tembakan bertalu-talu dilepaskan arah yang
tidak dapat dipastikan.

Beliau dengan pantas cuba melompat naik ke atas bukit kerana


semasa berjalan tadi berada dalam laluan yang berbentuk lurah. Salah
seorang rakan SC bangsa cina telah terkena tembakan dan mati serta
merta. Tempat beliau berlindung hanyalah belukar kecil dan ternyata tiada
tempat pertahanan yang sesuai. Masih beliau ingat ketika itu beliau
bersama dengan rakan, tiba-tiba dari hadapan muncul (2) orang gerila
beruniform komunis, beliau membisik kepada rakan menunjuk isyarat ada
komunis di depan. Rakan beliau terus melepaskan tembakan. Beliau tidak
berapa pasti samaada tembakan itu mengena atau tidak. Pertempuran
yang berlangsung memang dasyat malah dalam jarak yang agak dekat.
Kekuatan Gerila komunis dianggarkan lebih kurang 100 orang. Mereka
juga dipercayai menggunakan senjata jenis brengun' berdasarkan bunyi
letupan yang berterusan. Di pihak pasukan keselamatan juga dibekalkan
dengan satu Bren Gun tetapi telah berlaku Stoppagges menyebabkan
senjata gagal berfungsi dan anggota yang membawa peluru brengun
tutut ditembak dan mati serta merta. Dalam kebingitan serangan itu beliau
juga masih ingat tiba-tiba kedengaran suara seperti orang bercakap fasih
bahasa melayu melaungkan Mana yang tidak mahu menyerah, tembak
mati. Dalam keadaan yang genting, beliau sempat membisikkan pada
rakannya nama Jani untuk menyerah, namun rakannya itu ternyata
enggan. Mereka kemudiannya cuba naik ke atas bukit, beliau
kemudiannya sekali lagi mengajak Jani melarikan diri, namun rakannya itu
mengatakan Kalau kau nak lari, larilah, aku akan bertahan, aku polis,
beliau kemudiannya ambil keputusan terus naik ke atas bukit dan ternyata
Jani tidak ikut sama.

Semasa cuba mencari perlindungan ,beberapa tembakan tertuju ke


arah beliau tetapi tidak kenn dan sebaik sampai di sebelah atas bukit
beliau matikan diri di kawasan yang agak terlindung dan keadaan belukar
yang agak tebal. Beliau fikir jika bergerak, pastinya ajal, itulah hari terakhir
beliau melihat dunia, dalam keadaan bersembunyi itu beliau nampak
dengan jelas (2) gerila komunis sedang meninjau-ninjau, nasib beliau baik
kerana kerana kedua-dua komunis itu tidak nampak beliau. Apabila gerila
komunis itu mula hilang dari pandangan, beliau kemudian fikirkan cara
untuk melepaskan diri sedang pertempuran hebat masih berlangsung
hebat. Beliau kemudiannya ambil keputusan meninggalkan tempat
pertempuran dengan niat untuk mendapatkan bantuan. Disebabkan
senapang yang berat beliau ambil keputusan meninggalkan senapang dan
hanya membawa peluru yang terikat dipinggang dan terus merangkak
mencari cari jalan keluar.

6.0 Selamat tetapi rakan ramai yang terkorban

Setelah agak jauh dari medan pertempuran namun tembakan masih


kedengaran, beliau bangkit dan melihat arah laluan. Beliau tidak pasti
apakah laluan itu akan membawa beliau ke arah Gunung Ledang atau ke
tempat lain. Beliau mengambil keputusan mengikut arah Matahari turun.
Jam sekitar pukul 4 petang, beliau akhirnya menemui laluan yang
kemudiannya membawa beliau menuju ke arah kenderaan GMC
diletakkan. Sebaik sampai beliau melihat seorang rakan juga menghala ke
kenderaan GMC. Rakan tersebut memberitahu kepada beliau dengan nada
sayu bahawa rakan-rakan mereka banyak gugur dalam pertempuran itu
dan ada juga yang cedera dan di tawan. Rakan beliau kemudiannya
memberitahu hendak ke Balai Polis minta bantuan tergesa-gesa
menghidupkan kenderaan GMC dan terus meninggalkan tempat kejadian
tanpa menyedari beliau belum naik kenderaan tersebut. Dalam kekeliruan
dan sambil menarik nafas panjang, melihatkan keadaan yang amat penat
beliau ambil keputusan bersandar di batang getah untuk merihatkan diri
dan berada dalam posisi bersembunyi hanya berbekalkan peluru tanpa
senjata dan berharap rakannya akan pulang segera atau bantuan lain
sampai.

Jam lebih kurang pukul 5.00 petang tentera British bersama rakan
beliau sampai, Setelah merasakan keadaan selamat, beliau menuju ke
kenderaan tentera British tersebut Pegawai British kemudiannya menyuruh
beliau berada dekat kenderaan dan mereka kemudiannya masuk menuju
ke tempat pertempuran berlaku. Masih beliau ingat, tentera british itu
kembali kekenderaan dengan (8) mayat terkorban termasuk Inspektor
india dan beberapa rakan beliau yang dalam keadaan cedera parah.
Beliau sempat melihat mayat rakan-rakan yang terkorban. Ada yang putus
anggota tangan, kaki dan ada yang cedera teruk di muka. Rakan yang
cedera sempat memberitahu antara yang mula - mula terbunuh ialah
pegawai India tersebut kerana dikatakan pegawai itu menyebut dia
Inspektor kepada gerila komunis lalu ditembak mati. Beliau juga melihat
rakan beliau yang enggan melarikan diri nama Mat Jani terkorban dalam
pertempuran itu dengan keadaan tubuhnya yang amat menyedihkan.

Mereka kemudiannya di bawa ke Balai Air Kuning Selatan. Beliau


masih ingat (5) anggota yang masih hidup adalah beliau sendiri, Kpl
Hussin, Sufian, Leman dan Rasul. (3) daripadanya cereda parah. Sebaik
sampai di Balai Polis Air Kuning Selatan, telah ramai yang menunggu.
Beliau melihat salah seorang isteri kepada mangsa yang terkorban
meratapi suaminya sambil mendukung anaknya yang masih kecil. Turut
yang terkorban ada yang baru berkahwin dan ada yang masih bujang.
Suasana pilu dan hiba menyelubungi keadaan. apabila melihat mereka
yang terkorban walaupun dalam keadaan masih berlumuran darah. Beliau
dan rakan-rakan yang masih hidup kemudiannya di hantar ke Hospital
Tampin untuk rawatan. Hari itu berita serangan terhadap pasokan
keselamatan di Air Kuning Selatan antara yang hangat diperkatakan.

7.0 Saksi Home Guard di Balai Polis Air Kuning

Bagi En. Jantan bin Harun 72 tahun yang menetap di Kg.


Paya Lebar Air Kuning Selatan, Gemas Negeri Sembilan masih ingat waktu
itu beliau bertugas sebagai Home Guard di Balai Polis Air Kuning Selatan.
Kisah tersebut diketahui ramai waktu itu. Dalam kejadian tersebut
sebenarnya lapan (8) Polis terbunuh dan ada beberapa yang cedera
parah. Anggota keselamatan yang terbunuh itu sebenarnya dalam
perjalanan balik dari menyiasat satu laporan kejadian sebuah motolori
kepunyaan orang kampong Air Kuning nama Amat Tinggi yang dilaporkan
telah di bakar komunis. Dalam perjalanan pulang dari tempat kejadian,
pasukan keselamatan yang menaiki kenderaan GMC diserang hendap
gerila komunis dipercayai dari Rajimen ke 3 Parti Komunis Malaya yang
berkekuatan hampir 100 orang menyebabkan lapan (8) anggota terbunuh
di tempat kejadian. Peristiwa itu berlaku di Bukit Jalor yang kini
merupakan kawasan ladang kelapa sawit dan menjadi penempatan
Peneroka Felda Bukit Jalor. Dahulunya adalah kawasan Hutan Simpan
Bukit Jalor dan ketika itu kawasan tersebut memang diketahui
terdapatnya banyak aktiviti gerila komunis. Kesemua jenazah itu
kemudiannya di bawa terus ke Hospital Besar Tampin oleh pihak tentera
yang mengambil alih mengawal kawasan tersebut. Menurut beliau lagi
kawasan Air Kuning waktu itu terkenal dengan nama-nama besar gerila
komunis seperti Ah Wah dan Ah Lling. Ah Wah dikatakan kemudiannya
menyerah diri kepada kerajaan sementara Ah Ling berjaya ditembak mati
di Sungai Sibol Estet. Waktu itu juga terdapat juga gerila komunis
berbangsa Melayu yang terkenal antaranya nama Sarip dan Mahad Sibun.
Beliau tidak pasti sama ada gerila ini terbunuh atau menyerah diri sebaik
sahaja darurat tamat.

8.0 Lihat rakan terkorban depan mata.

Suasana perang yang mencengkam ketika itu juga mencatatkan


beberapa insiden serang hendap yang lain. Walaupun tidak melibatkan
jumlah korban yang ramai, namun kejadian tersebut tetap dalam ingatan
mereka yang pernah berkhidmat pada waktu itu dan pada hari ini mereka
masih mengingatinya sebagai kisah yang tidak dapat mereka lupakan. Bagi
WSC Mooi Chew Leng @ Aminah Bt Abdullah 71 Tahun dari Tampin,
Negeri Sembilan menceritakan pengalaman beliau semasa kenderaan
yang beliau naiki diserang hendap gerila komunis di Pondok Batang,
Jasin Melaka. Ketika itu menjalankan tugas bantuan eskot senjata ke
Asahan, Melaka. Kejadian tersebut telah mengorbankan rakan beliau dari
pasukan Axulary Police (AP) no 61 nama Tai Jon. "Dia mati depan saya,
kami duduk berhadapan, nasib saya baik peluru itu tidak kena saya kalau
tidak hari ini saya pun tak ada lagi. Beliau ketika itu menyertai Pasukan
keselamatan kerana beliau tinggal dikalangan masyarakat melayu, dan
diakhir perkhidmatan waktu itu beliau berkahwin dengan pegawai Polis
berpangkat Inspektor yang bertugas di salah sebuah balai dalam kawasan
pentadbiran IPD Tampin.

9.0 Terbunuh ketika sedang mandi

Bagi Mahmud bin Abu 87 tahun yang kini menetap di Felda Pasir
Besar, Gemas, Negeri Sembilan menceritakan zaman darurat
sememangnya banyak dengan kisah anggota polis yang terkorban dalam
penentangan terhadap gerila komunis. Zaman itu beliau masih ingat
pertubuhan Angkatan Pemuda Insaf(API) itu juga dipanggil dengan nama
Angkatan Pembunuh Inggris, Mereka menyerang pasukan keselamatan
bukan sahaja sewaktu dalam operasi. Di Sungai Kelamah Estet, Gemas
Negeri Sembilan, misalnya (3) anggota SC yang sedang mandi telah
terbunuh dalam satu serang hendap. Catatan kejadian kemudiannya
dikenalpasti peristiwa tersebut berlaku pada 03/11/1950 dimana (3) Special
Konstabel (SC) (1) SC/CPL 5240 Biland Khan,(2) SC 24399 Nataha bin
Yassin (3) SC 16080 Sabtu Bin Adam terkorban dalam kejadian tersebut.

Perjuangan menentang keganasan dalam memastikan keamanan


dan ketenteraman Negara di zaman yang mencabar itu menuntut
keberanian dan kesungguhan dalam melaksanakan tugas. Perang
terhadap gerila komunis di Negeri Sembilan dalam tempoh darurat di
antara tahun 1948-1960 juga mencatatkan ramai anggota polis yang
terkorban. Kisah yang dirakamkan ini adalah antara kisah-kisah yang
jarang diketahui ramai. Wira-wira yang terlibat pula kini telah meniti usia
emas. Jasa dan pengorbanan mereka sebenarnya tidaklah mereka
inginkan pujian yang mengunung. Namun sekadar mengingati dan untuk
disampaikan kisah perjuangan waktu itu khususnya kepada generasi
muda, itulah hasrat yang mereka inginkan sebelum mereka pergi.
Bagi penulis mereka memang terbilang walau tidak pernah di julang
dan sesungguhnya kisah dan peristiwa mereka itu akan diingati khususnya
kepada generasi muda hari ini biarpun mereka tiada lagi. Mengimbas
kembali cerita Dollah bin Uyub tentang sahabatnya nama Mat jani yang
terkorban, berjuang tampa takut, keberanian yang tinggi meskipun jumlah
musuh lebih besar, semangat biar putih tulang jangan putih mata, bersedia
mengalas tanggungjawab yang diamanahkan biarpun nyawa dipertaruhkan
mereka sememangnya wira-wira negara yang amat hebat. Semoga kisah
ini akan menjadi iktibar kepada generasi muda hari ini, menjadi tauladan
dan ingatan bahawa perjuangan dalam mengekalkan keamanan dan
keselamatan negara sememangnya menuntut semangat yang tinggi dan
dikalangan mereka ada wira yang sedia mengkorbankan diri demi
keamanan negara tercinta. Segala catatan dan keterangan
termasuk rakaman temubual yang dibuat adalah menyingkap kembali
sejarah perjuangan rakan-rakan sepasukan yang terdahulu, itulah janji
penulis kepada wira-wira yang meniti usia emas ini bahawa cerita mereka
tidak akan padan sampai bila-bila, biarpun meraka tiada lagi.