Anda di halaman 1dari 16
7933 Warisan: Jurnal Persatuan Sejarah Malaysia, cawangan Negeri Sembilan 16 (1992) WARISAN 16 Sejarah Serangan P.ILM. Ke Atas Balai Polis Simpang Pertang 50 SEJARAH SERANGAN PK. M. KE ATAS BALAI POLIS SIMPANG PERTANG, JELEBU. TAHUN 1974 - 1976 Oleh: Nor Izhar Saiful Nordaimah Norizan. LOKASI DAN LATAR BELAKANG SIMPANG PERTANG LOKASI SIMPANG PERTANG. Simpang Pertang ialah sebuah pekan kecil yang terletak di daerah Jelebu. fa terletak berhampiran daerah Jempol. Iaitu, ia terletak 30 km dari Kuala Pilah dan 29 km dari Kuala Klawang. Jarak di antara Pekan Pertang ke Simpang Pertang lebih kurang 6 km. Simpang Pertang merupakan sebuah pekan kecil yang menampung 300 orang penduduk. Penduduk-penduduk dikawal oleh sebuah balai polis dan di sinilah tertum- punya segala maklumat yang telah diperolehi untuk menerbitkan catatan sejarah yang berlatar belakangkan Simpang Pertang. LATAR BELAKANG BALAI POLIS. Balai Polis Simpang Pertang merupakan balai polis yang agak kecil yang berperanan menjaga keamanan penduduk setempat dan segala perkara yang melibatkan perkara-perkara jenayah. Balai Polis Simpang Pertang ini telah ditubuhkan pada tahun1950 semasa darurat. Sebelum itu tapak asal balai polis ialah hutan tebal dan belum ada sebarang penempatan yang didirikan. Selepas kemasukan kaum Cina dan kaum- kaum lain yang berhijrah ke sini barulah kawasan di sini dibuka dan dibersihkan, Memandangkan kawasan ini baru dibuka dan mempunyai penduduk yang ramai kira- kira 300 orang pada tahun 1949. Kerajaan British mencadangkan agar sebuah balai polis ditubuhkan bagi mengawasi penduduk pada ketika itu. Sebelum itu kawasan Simpang Pertang hanya terdapat 5 buab kedai dan 10 buah rumah yang berpenghunikan kaum Cina dan Asli. Pada pertengahan tahun 1949, sebuah balai polis sementara iaitu setinggi dua tingkat telah ditubuhkan dan 2 buah kuaters dibina bersebelahan balai polis tersebut. WARISAN 16 Sejarah Serangan P.K.M. Ke Atas Balai Polis Simpang Pertang 51 it eR pe Pada masa itu balai polis ini telah diahggotai oleh seorang koperal dan enam Konstabel yang bertugas mengawal keadaan yang berlaku ketika darurat. Penduduk Simpang Pertang ketika itu terdiri daripada berbilang kaum, di antaranya ialah kaum Cina yang bekerja sebagai peniaga secara kecil-kecilan, bercucuk tanam di atas tanah yang diberikan oleh kerajaan Inggeris, Tanah tersebut mempuyai keluasan 60 ekar diperuntukan kepada semua penduduk Cina yang terdapat pada masa itu. Tanah tersebut telah dibahagi-bahagikan dengan tujuan supaya semua penduduk Cina tertumpu di Simpang Pertang, memandangkan pada masa itu berlakunya darurat dan perintah berkurung telah dijalankan. Ketika berlakunya darurat, kerajaan Inggeris telah menghantar askar-askar Komenwal iaitu dari pasukan askar Gurkha untuk berkawal di situ. Penempatan kaum Cina, Melayu dan Asli telah diasingkan semasa pemerin- tahan kerajaan Inggeris. Manakala pekerjaan orang Melayu dan Asli ialah sebagai petani iaitu bercucuk tanam. Semasa berlakunya penyerangan ke atas balai polis, tidak ada sebarang bantuan berbentuk senjata dan ketenteraan diterima, memandangkan kedudukan balai polis pada masa itu tidak strategik dan belum ada kemudahan dibina dan ini menyukarkan pihak dari fuar untuk berhubung dengan pihak polis. Ini disebabkan kawasan di sekitar balai polis ini dikelilingi dengan bukit bukau dan faktor cuaca yang tidak berapa baik pada masa itu. Balai polis Simpang Pertang merangkumi Felda Pasoh 1 dan Felda Pasoh 4. Pada tahun 1989, jumlah penduduk Simpang Pertang ialah setamai 3362 orang terdiri dari kaum Cina seramai 1955 orang, kaum Melayu seramai 961 orang, kaum India seramai 559 orang manakala kaum Asli seramai87 orang. Jumlah keseluruhan penduduk yang tinggal di Pasoh 1 ialah seramai 3160 orang manakala Pasoh 4 berjumlah 2175 orang. SERANGAN PERTAMA BALAI POLIS SIMPANG PERTANG 1974 PENDAHULUAN Kawasan balai polis Simpang Pertang yang ada sekarang ini merupakan tapak kepada balai polis lama Simpang Pertang. Balai Polis ini telah mengalami dua peristiwa yang tidak dapat dilupakan oleh para pegawai polis yang bertugas di situ pada masa dahulu. Salah satu peristiwa yang berlaku di balai polis lama ini ialah penangkapan dan serangan yang dilakukan oleh penganas-penganas komunis. Ketika peristiwa serangan itu berlaku, balai polis tersebut hanya mempunyai bangunan dua tingkat yang digunakan untuk menjalankan urusan pentadbiran. Pada awalnya, ia diketuai oleh seorang Sarjan dan enam orang konstabel. Ja terdiri daripada Sarjan 21078 Omar bin Yunus dan diikuti oleh konstabel Yusuf, Konstabel Ishak, Konstabel Iberahim, Konstabel Mat Isa bin Manaf, Konstabel Rani dan Kenstabel Hasyim. Dalam Peristiwa ini dua orang pengganas komunis telah ditembak mati manakala pihak polis tidak mengalamisebarang, kematian tetapi mengalami sedikit kecederaan. Walau bagaimanapun pihak komunis berjaya merampas sepucuk pistol daripada seorang konstabel yang bertugas seorang diri untuk mengawasi pengganas tersebut. Pada masa itu juga balai polis Simpang Pertang WARISAN 16 Sejarah Serangan P.ICM. Ke Atas Balai Polis Simpang Pertang 52 sering mengalami kerosakan alat perhubungan. Ini telah menyukarkan pihak polis cawangan Simpang Pertang untuk berhubung dengan cawangan lain. Kerosakan yang terjadi adalah disebabkan oleh faktor cuaca dan juga bentuk muka bumi pada masa itu kesan daripada keadaanya yang berbukit bukau di sekeliling balai polis Simpang Per- tang. LATAR BELAKANG PENGGANAS KOMUNIS (PKM) Peristiwa pertama dialami berlaku pada tahun 1974 di mana berlakunya pen- gelutan dan tragedi tembak menembak di antara pihak polis dengan pengganas komunis. la berlaku ketika berada di dalam bangunan balai polis lama, ekoran daripada penangkapan dua lelaki Cina yang disyaki sebagai pengganas komunis. Pihak polis Simpang Pertang mendapat maklumat mengenai pengganas komunis tersebut daripada pegawai perisik dari Seremban. Manakala pegawai perisikan Seremban mendapat maklumat daripada Sarjan Chong yang bertugas dalam pasukan Perisikan Kegiatan Komunis (Special Branch) di balai polis Kuala Klawang. Mengikut maklumat yang diberikan oleh Konstabel Ibrahim Sarjan Chong bertanggungjawab memberi segala maklumat kepada pegawai perisikan Seremban sehinggalah penganas térscbut berjaya ditangkap. Ekoran daripada usaha Sarjan Chong tersebut pihak polis Seremban telah memberi hadiah saguhati kepada Sarjan Chong yang berbentuk wang sebanyak tiga ribu ringgit. Maklumat yang diberikan oleh Sarjan kepada pegawai perisikan ialah mengenai pergerakkan pengganas komunis yang telah keluar dari hutan dan tinggal sementara di Titi. Apabila pihak polis Kuala Klawang dapat menjejaki mereka, pengganas komunis tersebut terus melarikan diri ke Port Dickson, Di Port Dickson pengganas tersebut tinggal di salah sebuah estate di Tanah Merah. Pihak polis dapat mengesan pengganas tersebut dan ini telah menyebabkan pengganas komunis itu melarikan diri ke Durian Tipus. Semasa berada di Durian Tipus, mereka telah menyamar sebagai orang awam dan pekerjaanya sebagai penoreh getah. Pengganas-pengganas komunis menetap di Sino Malay iaitu salah sebuah kebun getah di Durian Tipus. SEKATAN JALAN RAYA Ekoran daripada maklumat yang diberikan oleh Sarjan Chong kepada pegawai perisikan di Seremban menyebabkan arahan diberikan kepada balai polis Simpang Pertang. Ibu Pejabat Polis Seremban merancangkan satu operasi khas untuk memerangkap pengganas tersebut. Operasi itu dinamakan "Operasi Bom". Pada Shb. Feb.. 1974 arahan untuk operasi itu telah dikeluarkan oleh Penolong Penguasa Polis Seremban iaitu Syed Mustad bin Syed Subly Wafa yang memerintahkan supaya menahan sebuah motosikal yang dinaiki seseorang yang disyaki sebagai salah seorang anggota MNLF. Beliau telah mengarahkan supaya mengadakan satu sekatan jalan raya di hadapan balai polis Simpang Pertang. Pegawai dari Seremban itu telah membcritahu bahawa pengganas tersebut melarikan diri dari Durian Tipus kerana pihak polis dapat WARISAN 16 Sejarah Serangan P.K.M. Ke Atas Balai Polis Simpang Pertang 53 ee ee menjejak pergerakan mereka. Dalam pada itu, satu kesilapan telah dilakukan oleh pegawai polis Seremban kerana tidak memberi arahan yang lengkap dan tepat kepada pihak polis Simpang Pertang. Arahan yang diberikan cuma menyuruh menangkap dua Jelaki Cina yang menaiki motosikal ketika melalui jalan raya di kawasan Simpang Pertang. Tepat jam 7.10 petang, selepas 4 hari arahan terscbut dikeluarkan iaitu pada 8hb, Feb. 1974 barulah pihak polis Simpang Pertang berjaya menahan sebuah motosikal yang disyaki. Pengganas yang disyaki, Siow Kung Fatt telah membawa bersamanya scorang anggota MNLF lain yang dikenali sebagai Lim Ah Sin. Apabila penangkapan telah dilakukan pihak polis telah menahan kedua-dua pengganas tersebut tanpa membuat kawalan yang ketat. Ini adalah kerana pihak polis di Simpang Pertang berangapan perkara tersebut hanyalah satu perkara kecil sahaja dan tiada arahan dari pihak atasan supaya kedua-dua lelaki Cina terscbut di kawal rapi. Setelah kedua-dua lelaki Cina tersebut berjaya ditangkap, pihak polis dari Simpang Pertang menghubungi balai polis Seremban bertujuan mengesahkan dan menecrima arahan seterusnya. Sewaktu menunggu ketibaan pihak polis dari Seremban, pihak polis Simpang Pertang telah melakukan penyiasatan terhadap kedua-dua lelaki Cina tersebut tetapi tidak mendapat sebarang latar belakang atau identiti diri yang lengkap. Ini telah menyukarkan pihak polis Simpang Pertang untuk membuat satu kawalan ketat terhadap pengganas tersebut atau sebaliknya. PERISTIWA SERANGAN PERTAMA. Akibat peristiwa tersebut pihak polis Simpang Pertang hanya mengadakan kawalan yang longgar terhadap kedua-dua lelaki Cina itu. Pengganas komunis tersebut hanya dikawal oleh seorang Koperal Omar dan Konstabel Ibrahim. Pada malam harinya, tepat giliran konstabel Ibrahim menjalankan tugasnya iaitu bermula pada pukul 6 petang tanpa ditemani oleh Konstabel lain. Pihak polis Simpang Pertang kctika itu tidak memikirkan akan risiko yang bakal ditanggung oleh pihak polis kerana tindakan mercka yang mengarahkan seorang konstabel sahaja untuk mengawal kedua-dua pengganas komunis. Jika difikirkan secara logiknya sudah tentu kita dapat membuat satu tanggapan apa yang berlaku pada malamnya. Walaupun pihak polis Seremban telah dihubungi tetapi tetap tidak tiba pada siang harinya. Tepat pada pukul 11 malam, dua orang pegawai polis dari Seremban telah tiba dengan menaiki sebuah kereta. Pihak polis yang tiba tersebut ialah Tuan Syed Mustad yang berjawatan sebagai Penolong Penguasa Polis dan seorang lagi mempunyai pangkat sarjan. Apabila mendengar bunyi kereta di pintu. Koperal Omar telah keluar untuk membukakan pintu pagar bagi memudahkan ia masuk. Konstabel Ibrahim yang sedang mengawal kedua-dua lelaki Cina tersebut pergi ke tingkap untuk melihat siapa yang tiba. Ketika itu satu kelalaian telah dilakukan oleh Konstabel Ibrahim kerana tidak mengawasi lelaki Cina yang berada di dalam balai polis. Kedua-dua lelaki Cina tersebut telah menerkam ke arah Konstabel Ibrahim lalu men- cekiknya. Seterusnya salah seorang daripada mercka telah merampas pistol daripada tangan Konstabel Ibrahim sehingga sarung pistolnya terputus. Manakala seorang lagi cuba untuk memulail Konstabel Ibrahim. Dalam pada itu, satu pergelutan di antara WARISAN 16 Sejarah Scrangan P.K.M. Ke Atas Balai Polis Simpang Pertang 54 nn agg pihak polis dengan pengganas komunis telah berlaku. Di dalam pergelutan tersebut Konstabel Ibrahim telah mendapat peluang untuk melepaskan satu tumbukan. Tum-_ bukannya telah mengenai salah seorang daripada pengganas komunis itu lalu jatuh tersungkur. Konstabel Ibrahim berjaya melarikan diri ke belakang balai polis tersebut. Lelaki Cina yang merampas pistol daripada Konstabel Ibrahim menembaknya dua das tetapi tidak tepat pada sasarannya. Serentak dengan itu, Syed Mustad telah menyaksikan peristiwa itu sendiri. Pihak pengganas yang berada di dalam balai tersebut telah melepaskan tembakan ke arah kereta pegawai dari Seremban itu. Akibat tembakan daripada pengganas tersebut. Cermin besar keretanya telah pecah. Anggota polis yang berada di situ seterusnya mengambil langkah untuk berlindung sambil melepaskan beberapa das tembakan. Dalam keadaan yang mencemaskan itu, salah seorang daripada pengganas tersebut telah cuba untuk melarikan diri dalam kawasan balai itu. Dengan serta merta pintu pagar balai polis itu terus dikunci, Ini telah menyukarkan pengganas tersebut untuk melarikan diri dan terpaksa membatalkan niatnya. Melihatkan keadaan yang semakin rumit itu. Tuan Syed Mustad telah mencabar komunis itu supaya menyerah diri. Pihak pengganas tersebut telah menyahut cabaran tersebut dengan berkata "Kalau lu berani Iu masuklah ke dalam balai” Setentak dengan itu juga telah kedengaran pengganas tersebut memekik dalam Bahasa Cina tetapi telah ditafsirkan ke ke dalam Bahasa Melayu iaitu "Hiduplah Parti Komunis Malaya". Ini telah menjadi bukti bahawa kedua-dua lelaki Cina tersebut memang pengikut kuat MNLF. Sementara itu pasukan polis telah menghubungi Ketua Polis Negeri Sembilan untuk mendapatkan bantuan. Ketua Polis Negeri Sembilan telah mengarahkan anggota F.R.U. (Unit Simpanan Polis Persekutuan) dan Dog Unit (Unit Anjing Pengesan) untuk memberikan bantuan. Apabila sampai sahaja kedua-dua unit tersebut dengan serta merta mengepong balai tersebut. Serentak dengan itu seorang lelaki Cina, dipercayai ia adalah bapa saudara salah seorang pengganas tersebut telah dipanggil. Lelaki Cina yang dipanggil telah diberikan tugas iaitu meminta pengganas tersebut menyerah diri tetapi kedua-dua pengganas tersebut tidak menghiraukan langsung pujukan itu. Lelaki ini dikenali sebagai Siow Man Kau. . Memandangkan cara tersebut tidak berkesan Tuan Syed Mustad telah men- garahkan kepada anggota polisnya supaya melepaskan gas pemedih mata ke dalam balai polis. Keadaan yang penuh mendebarkan itu telah berlarutan hingga pukul 4 pagi. Pada waktu yang sama satu pekikan telah kedengaran mengatakan "satu sudah mati”. Tiba-tiba satu das tembakan telah kedengaran di dalam balai polis. Pihak polis terus melepaskan _ tembakan sehingga pukul 5 pagi. Selepas itu pihak polis cuba merapati balai polis dan menawan semula balai polis. Apabila anggota polis memasuki balai, ia menjumpai seorang lelaki Cina yang cedera di kepala dan memegang sepucuk pistol. Lelaki Cina itu telah dikejarkan ke hospital Kuala Pilah. Kemudian ia telah dibawa ke hospital besar Seremban. Pada 12hb. Feb, 1974, tepat pukul 9 pagi lelaki Cina tersebut telah mati. Manakala pengganas yang WARISAN 16 Sejarah Serangan P.K.M. Ke Atas Balai Polis Simpang Pertang 55 seorang lagi telah mati lebih awal kerana kena tembakan anggota polis semasa kejadian tembak menembak. Dari siasatan polis dapati pengganas yang terbunuh dikenali sebagai: Siow Kung Fatt manakala yang menembak dirinya sendiri dan luka parah dikenali sebagai Lim Ah Sin. Mengikut maklumat yang didapati daripada mayat berkenaan kedua-duanya menggunakan kad pengenalan palsu dan disahkan mereka adalah anggota MNLF yang aktif, Disini kita bolch membuat andaian bahawa setelah salah seorang daripada anggota pengganas tersebut telah mati lebih awal maka pengganas yang scorang lagi telah membuhuh diri. Setelah disiasat dengan rapi memang benarlah bahawa kedua-dua Iclaki Cina itu anggota MNLF yang aktif di kawasan Durian Tipus. Faktor utama berlakunya peristiwa tembak menembak di antara pihak polis dengan pengganas komunis adalah disebabkan oleh kelalaian pihak polis itu sendiri. Ini dapat dilihat ketika Konstabel yang bertugas hanya membuat satu kesilapan yang kecil. Tanpa membuang masa pengganas komunis tersebut tidak melepaskan peluang yang © diberikan. Faktor kedua yang menyebabkan berlakunya peristiwa pertama juga adalah disebabkan oleh arahan yang diberikan oleh pihak atasan tidak lengkap dan tepat. Ini menyebabkan pihak polis di Simpang Pertang tidak membuat sebarangan kawalan yang ketat kepada pengganas-pengganas komunis yang ditahan itu. Sikap sambil lewa di dalam menjalankan tugas juga merupakan salah satu faktor yang menyebabkan peristiwa tersebut berlaku. Kesimpulan, pelbagai cerita yang kami perolehi daripada penduduk tempatan adalah berbeza tetapi kami telah menemuramah salah seorang anggota yang terlibat dalam peristiwa tersebut. Ini telah menyakinkan kami dalam membuat kajian ke atas balai polis Simpang Pertang. TRAGEDI KEDUA DI BALAI POLIS SIMPANG PERTANG 1976 Sebelum membuka lembaran sejarah Balai Polis Simpang Pertang, terlebih dahulu perlu ditinjau lokasinya untuk pengetahuan umum. Balai Polis Simpang Pertang dari segi kedudukannya adalah terletak berhampiran dengan simpang tiga. Simpang tiga tersebut memecah haluan ke arah Kuala Klawang, Kuala Pilah dan ke arah Durian Tipus. Kedudukannya yang strategi begitu menarik sekali dan mempesona. Namun demikian tapak kawasan balai polis ini dahulunya adalah hutan tebal yang kemudiannya dibersih- kan untuk didirikan bangunan balai polis lama. Kini lebih banyak bangunan dibina di samping keluasannya bertambah. Anggotanya juga turut mengalami perubahan iaitu semakin ramai berbanding pada tahun 1974 dan 1976, Pada tahun 1975 balai baru didirikan menggantikan balai yang lama. Kekuatan balai polis ini seramai 9 orang bertugas di situ iaitu seorang Sarjan, seorang Konstabel dan 7 orang mata-mata. WARISAN 16 Sejarah Serangan P.K.M, Ke Atas Balai Polis Simpang Pertang 56 i a KEANGGOTAAN SEBELUM SERANGAN KEDUA Setelah berlakunya serangan pertama daripada pihak komunis menjelang tahun 1976. Muncul pula serangan kali kedua dari pihak pengganas. Ketika serangan kedua tersebut berlaku, konstabel balai polis Simpang Pertang adalah dipimpin oleh Sarjan Jantan. Menurut sumber yang diperolehi, beliau berasal dari Negeri Melaka. Beliau memperolehi jawatan sebagai seorang yang berpangkat Sarjan bermula pada tahun 1976 di mana pada tahun yang sama turut berlakunya serangan balai polis Simpang Pertang bagi kali kedua daripada pibak pengganas komunis. EFAKTOR YANG MENDORONG BERLAKUNYA SERANGAN KEDUA Berdasarkan keterangan yang diperolehi melalui kajian yang telah dibuat menunjukkan terdapat beberapa faktor penting yang menjadi punca utama mengapa pihak MNLF melancarkan serangan kedua daripada pihak komunis. Balas dendam merupakan salah satu faktor yang menyebabkan serangan tersebut tercetus. Menurut maklumat yang diperolehi juga kemungkinan besar pengganas komunis tersebut melakukan serangan kedua berikutan kematian dua orang anggota mereKa yantg ditem- bak oleh pihak polis. Kedua-dua tali barut dan anggota komunis itu adalah berbangsa Cina yang telah keluar dari hutan dan menyamar sebagai orang biasa. Kedua-dua lelaki Cina tersebut telah disyaki oleh polis sebagai pengganas komunis dan telah berjaya ditangkap oleh pihak polis seterusnya ditawan tanpa mendapat latar belakang diri yang lengkap. Mereka telah ditembak mati pada tahun 1974 dan cuba melakukan keganasan di dalam bangunan balai. Sikap kakitangan balai polis Simpang Pertang yang sering kali lalai dan cuai dalam menjalankan tugas turut menjadi punca utama berlakunya serangan kedua. Kelalaian ini dikatakan berlaku ketika kehadiran tiga orang yang tidak dikenali memasuki balai tanpa pemeriksaan dari pihak polis. Pihak polis juga tidak membuat kawalan ketat di hadapan pintu pagar dan kakitangan yang bertugas cuma dua orang sahaja. Faktor lain berlakunya serangan kedua ini juga adalah kerana tidak mendengar perintah dari pihak atasan. Sikap sambil lewa ini dapat dilihat ketika pegawai dari Seremban mengarahkan supaya berhati-hati kerana pihak komunis akan melakaukan serangan, tetapi pihak polis beranggapan perkara tersebut cumalah satu perkara biasa. Faktor lain ialah pentadbiran yang dijalankan oleh pihak sarjan tidak cekap, menerima rasuah daripada masyarakat yang terdapat di situ dan hanya mementingkan diri sendiri. Keadaan ini membuatkan pentadbiran tidak menentu yang kurang cekap. Sikap beliau itu mendorong kelalaian konstabel di bawah pimpinannya. SURAT LAYANG YANG DITERIMA Sebelum terjadinya serangan kedua pada tahun 1976, pihak polis Simpang Pertang telah menerima sepucuk surat layang. Surat tersebut diterima daripada pihak komunis. Isi kandungan surat tersebut menekankan tentang perasaan ingin membalas dendam dan serangan yang akan berlaku. Sekalilagi sikap negatif ditunjukkan oleh pihak polis semasa dan setelah menerima surat layang tersebut. Mereka beranggapan bahawa surat layang tersebut cuma satu ugutan biasa sahaja. Begitu juga reaksi pihak polis WARISAN 16 Sejarah Serangan P.ICM. Ke Atas Balai Polis Simpang Pertang 57 setelah menerima arahan dari pihak perisikan Seremban. Arahan yang menyatakan bahawa pengganas komunis akan melakukan serangan itu langsung tidak mendatangkan apa-apa tindakan awal daripada pihak keselamatan. Anggota polis Simpang Pertang hanya bersikap remeh atau ringan iaitu tanpa melaksanakan satu kawalan yang rapi. Persedian tidak dirancang bagi mengadapi serangan yang bakal muncul. Kemungkinan pihak polis tidak memikirkan risiko yang bakal mereka terima menjadikan mereka tidak melakukan apa-apa tindakan. Di sinilah yang menjadi titik awal berlakunya serangan kedua. Sebelum berlakunya serangan kedua. Pihak komunis telah menjalankan satu intipan awal terhadap balai polis Simpang Pertang. Melalui maklumat yang diterima pihak komunis telah berkumpul dan berbincang di dalam sebuah kedai kopi yang terletak di hadapan balai polis Simpang Pertang. Intipan tersebut dijalankan dengan menyamar sebagai orang biasa sehingga tiada beza dengan masyarakat Cina yang lain. Ternyata tindakan ini berjaya mengelirukan pihak polis. TRAGEDI SERANGAN KALI KEDUA Sebagai yang telah diketahui, serangan ini berpunca daripada faktor balas dendam dan kelalaian serta pentadbiran yang kurang cekap. Seperti biasa setiap orang awam yang ingin membuat laporan tidak perlu diperiksa dengan rapi. Melihatkan keadaan ini pihak MNLF telah mengambil peluang untuk memusnabkan Balai Polis Simpang Pertang yang telah menjatuhkan imejnya. Bermulanya tepat pada pukul 6 petang balai polis Simpang Pertang menyaksikan kehadiran 3 orang yang berbangsa Cina ke bala. Mengikut keterangan yang diterima, ia mengesahkan bahawa orang yang datang, itu menaiki sebuah van. Van yang membawa mereka ke balai itu dikatakan tidak mematikan enjinnya. Dari sumber yang mengatakan bahawa tindakan demikian bertujuan untuk memudahkan dan melicinkan pergerakan mereka. Terdahulu daripada itu, anggota komunis tersebut telah pun melakukan tindakan awal melalui perbincangan bersama di dalam sebuah kedai kopi yang terletak berhampiran balai polis Simpang Pertang. Mengikut keterangan yang diterima, mengesahkan bahawa ketiga-tiga berkenaan masuk ke dalam balai dengan helah menyamar sebagai orang awam yang ingin membuat laporan. Manakala senjata api termasuk bom tangan disembunyikan di dalam baju mereka. Ternyata tindakan mereka menggunakan muslihat berjaya. Kebetulan pada ketika itu tiada seorang pun konstabel yang mengawal dan menjalankan tugas pemerik- saan. Keadaan ini memberi peluang kepada ketiga-tiga pengganas tersebut. Pada ketika itu pegawai polis yang bertugas ialah mata-mata Raini bin Abd Ghani dan mata-mata Mohd Isa bin Manaf yang baru memulakan tugas pada pukul 6.00 petang. Senjata yang digunakan adalah sepucuk ‘revolver’ bagi mata-mata Raini dan sepucuk ‘sterling’ atau mesin-gan pendek bagi mata-mata Mohd. Isa. Tepat jam 8.30 malam, mata-mata Raini terasa ingin membuang air kecil dan meminta mata-mata Mohd Isa menggantikan tempatnya sementara beliau pergi ke tandas. Semasa mata-mata Mohd Isa menjalankan tugas beliau didatangi 3 orang komunis. Mata-mata Mohd Isa beranggapan kehadiran mereka adalah untuk membuat WARISAN 16 Sejarah Serangan P.K.M. Ke Atas Balai Polis Simpang Pertang 58 | i a et tre laporan. Namun begitu anggapannya itu ternyata salah. Lantas beliau terus menjalankan tugasnya. Memandangkan keadaan demikian, salah seorang pihak musuh tersebut den- gan pantas mengeluarkan senjata dari dalam baju mereka lalu melepaskan tembakan ke arah mata-mata Mohd Isa. Beliau terkena tembakan pengganas tersebut mengakibatkan kecederaan yang amat parah pada bahagian siku kiri dan di paha kanan. Dalam keadaan yang berlumuran darah, mata-mata Mohd Isa telah jatuh pengsan. Apabila mendengar tembakan sebanyak dua das dilepaskan dengan tergesa- gesa mata-mata Rani keluar dari tandas untuk melihat apa yang telah berlaku. Malangnya mata-mata Rani telah ditembak oleh pengganas komunis berkenaan hingga tembus bahagian dada kirinya. Walaupun demikian mata-mata Rani cuba melarikan diri ke belakang balai polis dan beliau meninggal dunia di situ. Serentak dengan kejadian di balai itu seorang pengganas telah menuju ke berek Sarjan Jantan bin Saini dan telah menyerang rumah sarjan. Pada ketika itu Sarjan Jantan bersama isterinya Zainab bt Abu Hasan sedang menonton televisyen, Pihak pengganas telah melepaskan tembakan bertubi-tubi ke arah rumahnya tetapi tidak mengenai sasaran, Sarjan Jantan sempat menyelamatkan isterinya dengan menarjknya ke dalam bilik. Pada masa yang sama pihak komunis telah melemparkan sebutir bom tangan buatan sendiri ke dalam rumah Sarjan Jantan. Bom itu telah memusnahkan scbahagaian besar bahagian hadapan rumah beserta dengan perabotnya. Akibat daripada serangan itu Sarjan Jantan dan isterinya hanya mengalami kecederaan di tangan. Keadaan di kawasan balai menjadi gempar. Sarjan Jantan kemudian berlari ke balai polis untuk meminta bantuan daripada balai polis Kuala Klawang. Namun demikian anggota balai polis Pertang terlebih dahulu sampai di Simpang Pertang. Pada masa yang sama didapati pengganas-pengganas tadi telah melarikan diri dengan van yang menunggu di luar. Oleh kerana mereka telah melakukan tindakan awal iaitu tidak mematikan injin van, mereka dapat melarikan diri dengan cepat ke arah Mancis, sebuah kawasan yang terletak di sempadan Negeri Sembilan dan Pahang. Sementara itu mata-mata Mohd Isa, Sarjan Jantan dan isterinya Zainab telah diberikan rawatan di Hospital Kuala Pilah. Manakala mata-mata Raini telah meninggal’ di tempat kejadian. ‘ Dari peristiwa di atas, kesimpulan yang dapat dibuat adalah seperti di bawah. Ternyata scrangan ini adalah lebih hebat, sengit dan mengorbankan nyawa serta men- galami kerosakan berbanding dengan serangan pertama. Kelalaian adalah punca semuanya berlaku dengan mudah dan lancar oleh pihak musuh. Balas dendam turut menjadi punca utama dilakukan serangan kedua ini oleh pihak pengganas komunis ke atas balai polis Simpang Pertang. Akhir sekali pihak keselamatan perlu mengikis sikap lalai, cuai dan memandang ringan terhadap sesuatu perkara sebaliknya memerlukan sikap berhati-hati, tindakan pantas dan sentiasa membuat persediaaan. Pengganas atau musuh mempunyai berbagai helah dalam segala tindakan yang dilakukan. WARISAN 16 Sejarah Serangan P.K.M, Ke Atas Balai Polis Simpang Pertang 59 a nS PENUTUP Malayan National Liberation Front (MNLF) atau Persatuan Pembebasan Rakyat Malaya merupakan salah satu persatuan di bawah naungan PKM atau Parti Komunis Malaya. MNLF merupakansatu pasukan yang bertugas untuk melaksanakan maklumat yang diberikan oleh Min Yuen. Persatuan MNLF mempunyai ramai penyokong yang terdiri daripada penoreh getah dan mereka ini menyamar sabagai orang biasa. Aktiviti yang dijalankan oleh MNLF adalah bercorak keganasan dan militan (ketenteraan). Keganasan yang dilakukan tersebut adalah terhadap orang awam yang tidak menyokong MNLF. Satu ketika dahulu cawangan MNLF diJelebu terdapat di Titi, simpang Pertang dan Durian Tipus. Walau bagaimanapun kubu mereka yang paling kuat terletak di Durian Tipus. Dari aspek ketenteraan pula, pihak MNLF ini sering ber- hubung dengan pihak pengganas komunis dalam hutan untuk mendapatkan bantuan. Bantuan yang diberikan ialah dalam hal menambahkan bilangan anggota komunis. Ekoran daripada itu, pelbagai masalah telah ditimbulkan daripada pihak MNLF untuk menakutkan penduduk setempat supaya memberi banituan kepada mereka. Di antara masalah-masalah yang ditimbulkan oleh pihak MNLF ialah meram- pas dan memusnahkan harta benda. Barang-barang yang dirampas adalah berbentuk bahan makanan dan senjata. Contoh, bahan-bahan yang dirampas adalah seperti beras, gula tepung, susu dan keperluan harian yang lain. Sekiranya ada diantara penduduk yang tidak mempunyai bahan makanan tetapi mempunyai senjata api, maka pihak MNLP akan merampas senjata tersebut. Senjata yang biasa dimiliki oleh penduduk setempat adalah dari jenis "short gun". Selain daripada itu, pihak MNLF juga sering merampas hasil pertanian dan memusnahkan ladang-ladang getah. Mereka memusnahkan ladang- ladang getah ini dengan cara menebang dan membakar pokok getah, Pihak MNLF juga turut meminta bantuan perubatan daripada orang awam. Dari sudut lain pula pihak MNLF turut menimbulkan huru-hara di kalangan masyarakat, ini menyebabkan pen- duduk setempat berasa bimbang untuk keluar dari rumah untuk mencari nafkah hidup. Apatah lagi apabila berlakunya pembunuhan ke atas seorang penumpang bas oleh pihak pengganas. Ia terjadi ketika penumpang tersebut dalamperjalanan untuk pergi bekerja. Kematian itu berlaku disebabkan oleh pemandu bas tersebut yang enggan memberhen- tikan kenderaannya apabila diarahkan olch pengganas komunis. Akibatnya pengganas komunis tersebut telah melepaskan tembakan ke arah bas tersebut dan mengenai salah seorang penumpang di dalamnya Pengganas komunis itu juga turut mengugut penduduk tempatan supaya mengikut perintah dan memberi sokongan kepada mereka dalam banyak hal. Kesimpulan dari peristiwa tersebut, dapat kita gambarkan bahawa perjuangan pihak komunis tidak mendapat sokongan daripada rakyat. Ini adalah disebabkan oleh keganasan dan kekerasan yang dilakukan terhadap masyarakat setempat. Selain daripada itu juga perjuangan mereka itu dianggap sia-sia dan tidak mendatangkan hasil malah perkara ini membawa keburukan kepada diri mereka sendiri. Ekoran daripada perjuangan pihak komunis itu telah mendatangkan banyak kesusahan dan masalah kepada rakyat serta negara. Perjuangan mereka ini bolehlah diumpamakan sebagai WARISAN 16 Sejarah Serangan P.K.M. Ke Atas Balai Polis Simpang Pertang 60 menangguk di air keruh. Walaupun perjuangan pihak komunis ini menemui kegagalan tetapi mereka mempunyai satu semangat yang kental dan tidak berputus asa dalam meneruskan perjuangan mereka. Ini dapat dibuktikan melalui serangan-serangan yang dilakukan ke atas anggota polis, anggota tentera dan orang-orang awam. Melalui keganasan-keganasan yang dilakukan oleh pihak komunis ke atas orang awam. Ini telah menimbulkan semangat di kalangan orang-orang Melayu untuk memerdekakan tanah air dan membebaskan diri daripada belengu penjajah. Peristiwa perletakan senjata oleh pihak komunis pada tahun 1989 telah menun- jukkan kejayaan pihak kerajaan dalam membenteras golongan yang anti kerajaan. Selepas berlakunya perjanjian perletakan senjata, pihak kerajaan telah memberi kebenaran kepada bekas-bekas komunis untuk menetap di bahagian utara Semenanjung Malaysia. Pada pandangan kami, tindakan kerajaan dilakukan ke atas bekas komunis tersebut adalah tidak wajar kerana mereka ini telah banyak melakukan kesusahan dan masalah kepada negara. Pada masa dahulu, golongan ini juga lansung tidak ada menyum- bangkan sebarang jasa kepada negara malah mereka telah merosakkan keamanan negara. Mercka ini patut dihukum di atas tindakan kejam mereka. BIBLIOGRAFI 1, Encik Ibrahim bin Sabtu Serting Ulu, jam 4,00 petang 30. 4. 1992 (Bekas mata-mata Balai Polis Simpang Pertang 1974) Umur : $8 Tahun. 2. Konstabel Zali Balai Polis Simpang Pertang, jam 10.00 pagi Sabtu Mei 92. (Anggota Polis Simpang Pertang) Umur: 38 Tahun. 3. Tuan Haji Harun bin Rasyid Rumah Rakyat Pertang, temuramah 30. 4. 1992 Khamis, jam 4.00 petang. (Pesara Polis) 4. Makcik Zainab Temuramah 1. 5. 1992 Jumaat, jam 10.00 pagi (Peniaga Warong) Umur: 58 Tahun 3. Inspektor Hamidon Ibu Pejabat Daerah Polis Jelebu, temuramah 15. 5. 1992 Jumaat jam 11.00 pagi (Pegawai Polis Daerah Jelebu) 6. Abd. Hasib bin Jumaat Kg. Tambah Tin, temubual 25. 4. 1992 jam 8.00 malam Pekerjaan: Pekebun = Umur: 58 Tahun 7. Tuan Haji Abdullah bin Salim Kg. Gelang, temubual 21. 4. 1992 Selasa, jam 6.00 petang (Bekas Home Guard dan Special Constabel) 8. Tuan Haji Hamzah bin Haji Abd. Manaf Kg. Baru Pertang, temubual 21. 4. 1992 Selasa, jam 6.00 petang. (Bekas Pekerja Jabatan Hutan) 9 Long Wu Sing Simpang Pertang, temubual 22. 4. 1992, jam 3.00 petang (Penduduk Awal) Pekerjaan; Pekebun WARISAN 16 SejaratrSerangan P.K.M. Ke Atas Balai Polis Simpang Pertang 61 Dalam tahun 1974 segala urusan pentadbiran dijalankan didslam bangunan ini. Disini jugalah berlakunya pergelutan diantara Konstabel Ibrahim dengan 2 orang pengganas komunis (Balai Polis lama) Berdasarkan maklumat yang diberi adalah dipercayai bahawa pengintipan keatas balai polis dilakukan melalui bekas kedai kopi ini. Sejarah Serangan P.K.M. Ke Atas Balai Polis Simpang Pertang 62 ue eG COG ane wie HUME Berek Polis ini pernah diduduki oleh Sarjan Jantan yang menjadi sasaran bom tangan pihak pengganas. Berikutan trajedi 1974 balai polis Simpang Pertang yang baru dibina dan disini jugalah berlakunya serangan 1976 yang mengakibatkan kematian seorang konstabel polis WARISAN 16 Sejarah Serangan PKM. Ke Atas Balai Polis Simpang Pertang 63 nee Ne errr iinet at is Tuan Haji Hamzeh bin Haji Abdul Manaf merupakan bekas anggota "forest" yang telah memberikan makiumat mengenai kegiatan komunis SEKTOR NO. 1 KAWASAN PEKAN PERTANG