Anda di halaman 1dari 1

Karangan Bahan Rangsangan : Faedah-Faedah Kewujudan Pasar Tani

Pasar tani ialah perniagaan secara kelompok di kawasan yang lapang dengan
kemudahan tempat menjual, tempat letak kereta dan kebersihan yang dijaga sudah menjadi
trend masa ini. Peniaga dapat memasarkan hasil pertanian para petani kepada pengguna tanpa
melalui orang tengah. Pasar tani terbukti telah mendatangkan pelbagai manfaat kepada
pelbagai pihak.

Kepentingan pasar tani antaranya ialah petani dapat memasarkan hasil pertanian yang
segar kepada masyarakat. Barangan yang dijual di pasar tani seperti buah-buahan, sayur -
sayuran dan hasil ternakan lebih segar dan bermutu tinggi kerana dibawa terus dari ladang.
Kakitangan FAMA akan memantau mutu barangan yang dijual oleh peniaga. Tuntasnya, hasil
pertanian yang segar dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat.

Selain itu, harga produk di pasar tani adalah berpatutan. Pihak FAMA akan melakukan
pemantauan ke setiap pasar tani dan cawangan perniagaan miliknya di seluruh negara bagi
memastikan harga barangan yang ditawarkan kekal dan lebih murah berbanding harga pasaran
setempat. Harganya murah kerana peniaga menurunkan harga lebih rendah apabila
memperoleh bekalan seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan hasil ternakan terus dari ladang.

Mereka yang baru berjinak-jinak dalam bidang pertanian atau perniagaan berpeluang
memulakan langkah untuk memasarkan hasil titik peluh mereka dengan menggunakan modal
yang rendah. Kebanyakan hasil jualan ditanam dan diternak oleh mereka sendiri. Jelaslah
bahawa pasar tani mampu menyediakan peluang kepada orang ramai untuk menceburi bidang
perniagaan dan memperoleh keutungan daripadanya.

Kesimpulannya, kewujudan pasar tani memberi manfaat yang besar kepada peniaga
dan pengguna. Oleh itu, pihak kerajaan perlulah memperbanyak tapak perniagaan pasar tani di
seluruh negara agar sektor pertanian negara semakin meningkat maju dan slogan pertanian
adalah perniagaan dapat direalisasikan.