Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Sebelum
Kami telah ditugaskan untuk mengiringi para peserta kem S.H.I.E.L.D.S bagi aktiviti
jalan lasak. Pertamanya, Kami telah membahagikan para peserta kem kepada
empat kumpulan. Seterusnya, kami telah melantik seorang ketua bagi setiap
kumpulan yang akan membimbing kumpulan masing-masing sepanjang aktiviti jalan
lasak. Seterusnya, pensyarah pengiring Dr.Masri dan En.Nurizan bin Rashid telah
memberi penerangan tentang aktivti tersebut dan perkara yang patut dilakukan dan
dielakkan sepanjang aktiviti tersebut. Seterusnya, kami bersama seorang lagi
fasilitator Goh Ling Kiang telah ditugaskan untuk mengiringi setiap kumpulan dan
melaporkan kepada Pensyarah pengiring jika berlaku sebarang masalah.
Semasa
Sepanjang aktiviti jalan lasak, kami telah mengiringi peserta Kem. Kami juga
memastikan kesemua peserta tidak sesat dan tidak mengalami sebarang
kecederaan sepanjang mengikuti jalan lasak. Kami juga membantu para peserta
kem yang mengalami kesukaran untuk menaik dan menurun bukit. Kami juga
membantu membersihkan semak yang terdapat sepanjang jalan lasak supaya
peserta kem dapat meneruskan jalan lasak tanpa sebarang gangguan. Kami juga
berhenti di beberapa tempat untuk rehat seketika dan memastikan para peserta
tidak sesat. Pensyarah pengiring Dr.Masri juga menetapkan beberapa stesen dan
mengira bilangan peserta dan memastikan tidak tersesat jalan. Beliau juga memberi
bimbingan dan nasihat sepanjang jalan lasak.
Selepas Program
Setelah sampai ke Pulako, Kami telah mengira bilangan peserta. Kami juga
memastikan para peserta tidak mengalami sebarang kecederaan fizikal sepanjang
jalan lasak. Setelah itu, kesemua peserta telah membersihkan diri dan berkumpul
seketika di dewan budi. Pensyarah pengiring telah menerima respons dari peserta
tentang aktiviti jalan lasak. Para peserta telah berkongsi pengalaman dan
pengetahuan yang dapati sepanjang jalan lasak. Setelah itu, para peserta telah
dihidangkan jamuan tengahari.
Disediakan Oleh:-
......................................................
...................................................
AJK KEMBARA
KEM S.H.I.E.L.D.S
Sebelum aktiviti
Semasa Aktiviti
Kekuatan (Strengths ) Kelemahan ( Weakness )
S1 Kami dapat berkomunikasi dengan W1 Kami menghadapi masalah
para peserta kem dan urusetia Agensi Anti berkomunikasi bersama pelajar disebabkan
Dadah Kebangsaan (AADK) dengan mesra. penggunaan loghat Negeri Kedah.
S3 Kami dapat mengetahuhi emosi dan W3 Masa yang diperuntukkan bagi sesi
perasaan yang dialami oleh pelajar yang refleksi juga amat singkat.
bermasalah secara langsung.
W4 Kami tidak merancang awal aktiviti
S4- Kami dapat kesedaran isu dan masalah jalan lasak.
yang dihadapi oleh masyarakat kita dan
cara menyelesaikanya. W5 Kami tidak dapat mengawal
perlakuan pelajar sepanjang jalan
S5 Kami dapat mencungkil kemahiran lasak.(Percakapan)
yang terpendam dalam diri pelajar. (Ciri-ciri
Kepimpinan) W6 Kami tidak berbincang awal dengan
Pensyarah pengiring bagi aktiviti jalan
lasak.
O1- Kami dapat membina keyakinan diri C1- Kami tidak pernah mengendali aktiviti
yang progresif dalam kalangan pelajar. bagi pelajar yang bermasalah seperti ini.
O2- Kami dapat pengalaman yang baharu C2- Kami terpaksa melepasi cerun yang
mengendalikan program bagi pelajar yang tajam dan jalan yang penuh lumpur.
menghadapi masalah dalam disiplin diri.
C3- Kami juga tidak dilengkapi alatan
seperti tali,pisau dan sebagainya.