Anda di halaman 1dari 17

FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGES

OUMH1103
LEARNING SKILLS FOR OPEN DISTANCE LEARNERS

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN KESANNYA TERHADAP PELAJAR

Name: ZAINUDDIN BIN JALIL


Matric number: 740501115353001
NRIC: 740501115353
Telephone number: 0139868805
E-mail address: zainuddin.jalil@yahoo.com

Tutors name: AZIZ KHAN BIN HAMID KHAN


Learning Centre:PPT SANDAKAN

SEPTEMBER 2012 Semeste


DAFTAR KANDUNGAN

perkara muka surat

1. Pendahuluan 1
1.1 Difinisi internet 1
1.2 Sejarah internet 1

2. Kebaikan internet 2
2.1 Sumber maklumat 2-4
2.2 Alat komunikasi 5
2.3 Berita terkini 6
2.3 Pendidikan Secara Atas Talian 6-9

3. Keburukan internet 9
3.1 Penipuan dalam penghasilan tugasan ilmiah 9 - 10
3.2 Ketagihan Internet. 10 - 11
3.3 Masalah sosial 11
3.4 Penyebaran maklumat palsu 12

4. MENYELESAIAN KESAN NEGATIF INTERNET 12


TERHADAP PELAJAR
4.1 Kuatkuasa undang-undang 12 - 13
4.2 Pemantauan oleh ibu bapa 13
4.3 Kenakan tindakan tatatertib kolej dan univesiti 13
4.4 Hadkan penggunaan internet di rumah 14

5. Penutup 14

6. Rujukan 15
1. PENDAHULUANN

1.1 DEFINSI INTERNET

Intenet merupakan suatu layanan komunikasi yang menggunakan layanan


internet atau komputer samada secara langsung mahupun tidak langsung ke
seluruh dunia baik surat menyurat ataupun yang lain. Ia juga merupakan
jaringan komputer yang saling terhubung secara global yang membolehkan
pengguna internet saling bertukar maklumat atau data melalui jaringan
tersebut. Internet adalah sistem komunikasi data berskala global.

1.2 Sejarah internet

Internet berasal dari perkataan International Networking, yang bermaksud


dua komputer atau lebih yang saling berhubungan di antara satu sama lain,
sama ada berinteraksi atau bertukar informasi.Internet juga seperti
perpustakaan besar yang di dalamnya terdapat jutaan informasi atau data
yang boleh diperolehi sama ada berupa teks, grafik, audio, animasi dan lain
lain dalam bentuk media elektronik. Semua orang boleh mengunjungi
perpustakaan itu bila bila masa saja. Dari segi komunikasi, internet
merupakan salah satu perantaraan yang sangat efektif dan efisyen untuk
melakukan pertukaran informasi jarak jauh atau dekat, seperti dalam
lingkungan pejabat dan sebagainya.

Internet sebenarnya bermula seawal tahun 1960an melalui ARPAnet,


sebuah projek yang mendapat biaya kerajaan US untuk mewujudkan
rangkaian komputer di antara empat universiti perintis; Universiti
California, Universiti Utah, Universiti California Santa Barbara dan
Institut Kajian Stanford (sekarang Universiti Stanford). Nama Internet
mula digunakan seawal tahun 1985. Ada yang mengatakan ia gabungan
'Inter Networking'. Ada pula yang mengatakan 'International
Network'.Internet beroperasi menggunakan dua protokol (tatacara
komunikasi) utama iaitu TCP dan IP.TCP maksudnya Transfer Control
Protocol. Dalam bahasa mudah, ia menggariskan tatacara bagaimana
data dipindahkan dari satu komputer ke komputer yang lain.IP
1
bermaksud Internet Protocol. Dalam bahasa mudah, ia menggariskan
tatacara bagaimana sesuatu komputer itu menyertai jaringan komputer
dan dapat dikenali oleh komputer lain yang berada dalam jaringan
tersebut.

Dahulunya internet di kenali sebagai wadah untuk bertukar informasi


yang kemudiannya di manfaatkan oleh perusahaan komersial sebagai
perniagaan mereka. Ketika ini pengguna internet tersebar dengan luas
di seluruh dunia dan telah mencapai lebih lebih dari lima ratus juta
pengguna, dan jumlah itu di jangka akan bertambah lagi dari semasa ke
semasa. Pengguna internet kini bukan saja di Bandar Bandar, tapi di
kampung kampung juga di akses dengan mudah sekali. Internet
merupakan teknologi asas dalam pembangunan teknologi maklumat.
Kini, internet merupakan salah satu saluran rangkaian penghubung
dunia yang telah mengecilkan dunia. Dunia tanpa sempadan
dimungkinkan dengan adanya jaringan internet ini.

2. KEBAIKAN INTERNET

2.1 Sumber maklumat

Pelbagai maklumat dapat diperolehi dengan hanya melayari internet


tanpa dikenakan sebarang bayaran dan tanpa had masa. Maklumat
yang diperolehi bukan sahaja dalam bentuk teks tetapi juga dalam
bentuk bergambar. Enjin carian seperti google.com, search.com,
yahoo.com dan sebagainya digunakan sebagai platform untuk
mendapatkan maklumat. Pelayar internet hanya perlu menggunakan
enjin carian untuk mendapatkan maklumat yang mereka ingin sama
ada ianya digunakan untuk pembelajaran, kajian, ilmu pengetahuan
dan sebagainya.

2
Internet merupakan saluran ilmu pengetahuan kepada semua pengguna.
Kini, pelbagai pengetahuan terkini dapat disalurkan melalui internet.
Internet juga merupakan khazanah ilmu yang membantu berjuta-juta
pelajar untuk mendapatkan maklumat dalam proses pembelajaran dan
penyelidikan. Tugas guru juga dipermudah melalui penggunaan
internet yang membekalkan pelbagai ilmu terkini dan mudah.
Perkembangan sains dan teknologi serta ilmu canggih dipaparkan
dalam internet. Ia juga turut membantu dalam proses penyelidikan dan
pembangunan.

Gagasan Koridor Raya Multimedia (MSC) telah menggalakkan


penggunaan internet di kalangan rakyat Malaysia. Walaupun kecapaian
internet belum menyeluruh di negara ini, tetapi teknologi ini telah
digunakan di semua peringkat masyarakat, termasuk golongan
pelajar..Pelajar boleh mendapatkan banyak maklumat tentang negara,
sistem pendidikan, budaya, teknologi, pertanian dan geografi dengan
melayari internet. Golongan pelajar masa lampau terpaksa
menghabiskan masa yang lama di perpustakaan untuk mendapatkan
maklumat. Kadangkala maklumat yang dicari sukar didapati. Kini,
pelajar mendapat semua maklumat yang diperlukan dengan hanya
menekan butang komputer. Dengan bantuan internet, pelajar boleh
mendapatkan bahan-bahan pembelajaran yang dikehendaki secara
mudah. Capaian kepada internet melibatkan banyak elemen seperti
media elektronik (e-mel), carian fail Archie, kumpulan perbincangan
dan perbualan (chatting). Internet juga membenarkan komunikasi
antara kanak-kanak di seluruh dunia. Penggunaan e-mel dengan
perbualan menerusi internet akan mendedahkan mereka kepada
pelbagai sosiobudaya masyarakat dunia. Justeru, mereka boleh
bertukar-tukar maklumat budaya, sejarah dan geografi antara rakan
siber..mereka.

Pertukaran maklumat antara pelajar boleh membantu proses


pengembangan mental dan psikologi mereka sepanjang proses
tumbesaran. Internet memberi peluang kepada pelajar membuat

3
analisis yang lebih mendalam ke atas subjek yang diminati.
Perpustakaanperpustakaan di seluruh dunia merupakan sumber kepada
pelajar untuk pengkajian terhadap sesuatu subjek dalam pembelajaran
mereka. Jika maklumat yang dicari tidak terdapat di perpustakaan
tempatan, maklumat ini dapat diperoleh dan perpustakaan di luar
negara.

pelajar boleh didedahkan kepada internet dengan penyeliaan ibu bapa.


pelajar didedahkan kepada penggunaan e-mel untuk menghantar berita,
maklumat dan foto tentang pelbagai topik. Mereka berkongsi
maklumat. Semakin matang pemikiran mereka, pelajar dibenarkan
melanggan dan menyumbang buah fikiran kepada kumpulan
perbincangan bagi berkongsi berita dan pengalaman. pelajar yang
didedahkan kepada World Wide Web (www) dapat mencari maklumat
yang..dikehendaki. Pelajar ini tidak akan keluar rumah. Mereka
menghabiskan masa melayari internet mencari maklumat ataupun
membaca pelbagai bahan menarik yang dipaparkan. Mereka dapat
menyesuaikan minat seperti membina enjin kapal terbang, kereta,
motosikal dan kereta api sebagai hobi. Ini bukan sahaja mengisi masa
lapang pelajar, malahan meningkatkan kecerdasan otak.

Internet juga dapat memainkan peranan sebagai pendidik atau `tutor


siber yang berkesan. Subjek seperti Matematik dan Sains boleh diajar
kepada pelajar dengan lebih berkesan. Bahan sains dan matematik
yang ditambah dengan kesan multimedia dapat menarik minat pelajar
untuk mengikuti program pembelajaran dan seterusnya menanam
minat. Kelebihan ini menandingi cara pembelajaran konvensional.
Selain itu, pelajar yang tinggal di kawasan pedalaman pula dapat
dibimbing oleh tutor maya yang berupaya mempersembahkan suatu
subjek dengan cara yang paling menarik. Oleh itu, golongan pelajar
senang tertarik dan ingatan mereka bertambah baik.

Kesimpulannya, pembangunan sains dan teknologi komputer telah


mendedahkan pelajar - pelajar kepada internet yang membolehkan

4
mereka menerima maklumat dan bertukar-tukar pendapat dengan
penduduk di seluruh pelosok dunia. Perkembangan ini telah
menyebabkan dunia menjadi semakin kecil dan interaksi antara
individu menjadi semakin mudah.

2. 2 Alat komunikasi

Internet telah dijadikan sebagai platform untuk berkomunikasi.Ianya


amat mudah dan tanpa memerlukan kos yang tinggi. Penggunaan
laman sesawang seperti facebook, twitter, friendster, tagged dan
banyak lagi telah memudahkan lagi komunikasi antara pelbagai pihak
dan penggunaanya amat meluas. Selain berkomunikasi dengan
menggunakan teks, penggunaaannya telah dipertingkatkan lagi dengan
penggunaan suara dan video di mana kita boleh berkomunikasi dengan
menggunakan suara sambil melihat wajah masing-masing hanya
dengan internet. Komunikasi dapat digunakan di antara pelajar dengan
guru dengan hanya menggunakan Video Conferencing ataupun Tele-
conference.

Murid-murid sewajarnya didedahkan dengan aktiviti yang boleh


membina kemahiran kendiri di peringkat awal lagi supaya
perkembangan diri mereka seimbang dengan pencapaian dalam bidang
akademik.

Kemahiran ini penting terutamanya apabila mereka memasuki


pasaran kerja nanti. Oleh itu semua pihak termasuk ibu bapa dan guru
sewajarnya memberi galakan terhadap pembinaan kemahiran kendiri
ini kepada kanak-kanak. walaupun negara menghasilkan beribu-ribu
graduan setiap tahun, tetapi ramai yang masih menganggur disebabkan
kebanyakkannya tidak memiliki kemahiran kendiri yang diperlukan
oleh majikan. majikan kini mencari bakal pekerja yang bukan sahaja
mempunyai kelulusan akademik yang baik tetapi juga berketrampilan
dalam..pelbagai..bidang.Mereka mahukan pekerja yang mampu

5
memimpin, boleh berkomunikasi dengan baik, berkemahiran
menganalisis dan seumpamanya

2.3 Berita Terkini

Penggunaan internet telah memudahkan berita terkini disampaikan


dengan cepat. Kebanyakan suratkhabar mempunyai laman sesawang
mereka sendiri seperti Berita Harian, Mingguan Malaysia The
Star,CNN dan bayak lagi.. Laman sesawang ini akan dikemaskini dan
ianya memapar berita terkini yang berlaku di seluruh dunia. Oleh itu
pelajar dapat mengetahui berita terkini yang berlaku di dalam dan juga
luar Negara. Mereka tidaklah digelar seperti katak di bawah
tempurung.

2.4 Pendidikan Secara Atas Talian

Dewasa ini, pembelajaran maya telah menjadi semakin popular. Ini


selaras dengan arus pembangunan industri teknologi maklumat yang
semakin berkembang. Agenda IT Kebangsaan (National IT Agenda,
NITA) yang telah dilancarkan pada tahun 1996 menggariskan beberapa
panduan bagaimana Malaysia boleh muncul sebagai sebuah negara
maju. Salah satu agenda awal adalah mewujudkan pendidikan maya.
Pendidikan ini telah diperluas dengan pengenalan konsep pembelajaran
Sekolah Bestari, E-learning, Universiti terbuka dan Pembelajaran
Sepanjang Hayat (PSH). Pendidikan maya telah dikenal pasti
mempunyai banyak kepentingan pada masa hadapan.

Pada zaman ledakan teknologi maklumat dan komunikasi, setiap


individu semakin bersaing untuk meningkatkan pengetahuan,
kemahiran dan kerjaya masing-masing.. Seseorang itu boleh

6
menjelajah ilmu pengetahuan ke seluruh pelusuk negara melalui
pendidikan maya atau virtual.

Seterusnya, pendidikan maya dikenal pasti dapat meningkatkan


kemahiran seseorang dalam bidang ICT. Kemahiran dalam bidang
teknologi maklumat dan komunikasi telah menjadi satu kemestian pada
masa hadapan. Setiap individu perlu menguasai ilmu tersebut kerana
ianya telah menjadi salah satu agenda utama negara. Kerajaan telah
memberi penekanan dalam bidang tersebut dengan memperkenalkan
penggunaan ICT dalam sistem pendidikan negara.

Guru dan pelajar telah didedahkan dengan lebih awal dalam bidang
ICT. Merekalah yang akan memastikan kejayaan sistem tersebut. Jatuh
bangun sebuah negara banyak bergantung kepada mereka. Ucap utama
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada
sambutan Hari Pekerja 2005 menyebut setiap pekerja hendaklah
memiliki kemahiran, kebolehan dan kecenderungan untuk berdaya
saing di peringkat global. Mereka perlu mempunyai keperibadian luhur
dan berusaha menghadapi persekitaran dunia tanpa sempadan yang
semakin mencabar dan berdaya saing. Setiap belia perlu menguasai
kemahiran ICT bagi bersaing pada masa hadapan.

Melihat kepada kepentingan berkenaan, Kementerian Pelajaran telah


mewujudkan konsep Sekolah Bestari. Sekolah ini telah dibincangkan
sejak tahun 1996 dan pada tahun 1988 Kementerian Pelajaran telah
memilih empat subjek untuk dibestarikan. Subjek tersebut ialah Sains,
Matematik, Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Sebanyak 88 buah
sekolah telah dipilih untuk mempelopori Sekolah Bestari ini. 8 orang
guru pula telah dipilih daripada sekolah tersebut untuk merintis konsep
Sekolah Bestari. Segala kemahiran yang diperoleh akan diaplikasikan
di sekolah. Konsep Sekolah Bestari ini meletakkan ICT sebagai alat
pemboleh (enabler) dalam pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran
dan pembelajaran Sekolah Bestari menekankan kaedah pendidikan
maya. Guru dan pelajar bebas mencapai maklumat melalui kemudahan

7
internet yang disediakan. Ini disokong lagi dengan kemudahan
streamyx dan teknologi wireless yang baru diperkenalkan.

Kajian yang dibuat oleh Universiti Malaya (2004) mendapati pelajar


amat meminati kelas yang dikendalikan dengan komputer. Mereka
didapati sanggup meluangkan masa lebih lama sekiranya pengajaran
dikendalikan dengan komputer. Ini secara tidak langsung akan
meningkatkan penguasaan dan kemahiran pelajar dalam penggunaan
ICT.

Pendidikan maya juga menggalakkan individu belajar melalui konsep


pembelajaran terarah kendiri. Kaedah pembelajaran ini memerlukan
seseorang menentukan sendiri tajuk dalam sesuatu bidang yang ingin
dipelajarinya. Kaedah pembelajaran ini melibatkan empat domain
pembelajaran iaitu self-directed, self-access, self-assessed dan self-
paced.

Pembelajaran ini memberi kelebihan kepada pelajar untuk memantau


pencapaian sendiri dalam sesuatu bidang. Pendidikan berbentuk
kendiri boleh meningkatkan pengalaman pelajar. Isi pelajaran tidak
boleh tertutup dan disekat. Pendekatan pendidikan bertumpukan mata
pelajaran dikatakan tidak mampu memotivasikan pelajar kerana minat,
keperluan dan kesediaan mereka adalah berbeza.

Pendidikan maya yang menggunakan medium internet sebagai


pengantara didapati lebih mesra pengguna. Ia dapat diintergrasikan
dengan penggunaan grafik, teks dan kemudahan audio visual kepada
pengguna. Penggunaan perisian grafik dalam pendidikan maya boleh
menarik minat pelajar. Pelajar lebih menyukai jika mereka diberi
kebebasan dalam pencarian maklumat pembelajaran. Konsep ilmu
melalui kaedah penerokaan perlu ditingkatkan. Pendidikan cara ini
boleh dicapai jika tenaga pengajar membuat penilaian terlebih dahulu
terhadap kehendak kurikulum yang ada. Pengajar perlu membimbing
pelajar dengan menyenaraikan alamat-alamat laman web bagi
penjimatan masa pengajaran dan pembelajaran.

8
Pada masa kini terdapat banyak Universiti yang telah menawarkan
pendidikan secara jarak jauh dimana penggunaan internet amat
diperlukan. Ini kerana pembelajaran di lakukan secara atas talian di
mana video conference digunakan. Pelajar tidak perlu menghadiri
kuliah secara fizikal kerana kuliah dilakuakan secara atas talian dan
pelajar hanya mengaktifkan video conference untuk menghadiri kuliah.
Nota pembelajaran boleh dimuat turun secara atas talian dan kuliah
boleh direkodkan dan pelajar boleh mendengar kuliah tersebut secara
berulangkali. Di samping itu keputusan peperiksaan juga boleh di
perolehi secara atas talian. Di samping itu, pendidikan jarak jauh juga
dapat dijalankan dengan adanya kemudahan internet. Internet ini
memberi faedah kepada pelbagai lapisan masyarakat untuk
melanjutkan pengajian mereka tanpa menjejakkan kaki ke menara
gading.
Kesimpulannya, pendidikam maya mempunyai banyak
kepentingannya. Pendidikan ini mempunyai potensi besar pada masa
hadapan. Sifatnya yang terbuka memberi ruang dan peluang kepada
individu untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam
semua bidang. Langkah-langkah segera perlu diambil oleh kerajaan
untuk memajukan sistem pendidikan maya. Kerjasama yang dibuat
dengan IPTA, Universiti terbuka dan IPTS lain dikenal pasti sebagai
langkah terbaik untuk merealisasikan impian tersebut . Diharapkan
pada masa hadapan Malaysia akan muncul sebagai hub pendidikan
bertaraf dunia.

3. KEBURUKAN INTERNET.

3.1 Penipuan dalam penghasilan tugasan ilmiah

Kewujudan internet di dalam dunia cyber yang menjadi kemudahan


kepada para pelajar sama ada peringkat rendah hinggalah ke
peringkat tertinggi adalah merupakan satu keistimewaan. Namun
terdapat segelintir pelajar yang telah menyalahgunakan kemudahan

9
ini dengan cara melakukan kesalahan plagiat tugasan . Perkara ini telah
menyebabkan internet tidak lagi mendatangkan kebaikan kepada para
pelajar tetapi telah mendatangkan keburukan lagi krebiliti seorang
pelajar sebagai pelajar.Kegiatan memplagiat dikalangan pelajar telah
dibuktikan dalam jurnal yang bertajuk Internet Plagiarism among
College Students yang telah di tulis oleh Scanlon, P. M & Neumann, D.
R. beliu telah menyatakan bahawa pelajar - pelajar di peringkat kolej
menggunakan internet untuk melakukan kegiatan memplagiat tugasan
mereka bagi memudahkan tugasan yang diberikan oleh pihak kolej
supaya dapat disiapkan dengan mudah tanpa rujukan yang
banyak.Dalam jurnal ini juga ada memetik , McCabe (1992)
melaporkan bahawa 67.4% pelajar mengakui menipu sekurang-
kurangnya sekali ujian atau tugasan utama. Jelaslah di sini bahawa
kemudahan internet juga ada membawa kesan buruk kepada pelajar
dalam proses pembelajaran mereka jika tiada langkah - langkah
pembendungan diambil.

3.2 Ketagihan Internet.

Jika di lihat di pasaran ketika ini dapat dikatakan bahawa terdapat


berbagai tawaran yang dilakukan oleh syarikat telekomunikasi seperti
Celcom, DIGI, Hotlink dan berbagai - bagai lagi syarikat
telekomunikasi yang mempunyai capaian internet ini melakukan
promosi masing - masing. Maka dengan itu, ibu bapa pastinya tidak
akan melepaskan peluang keemasan ini .Semestinya akan melanggani
mana - mana syarikat capaian interent yang memberikan promosi yang
menarik. Dari itu akan bermulalah satu babak di mana pelajar - pelajar
akan disajikan dengan pelbagai hiburan di dalam internet, sama ada
dalam bentuk permainan, chit - chat seperti di facebook, yahoo
messenger, atau twitter.Di dalam jurnal yang bertajuk Attitudes of
Students Towards Internet yang di tulis oleh Isman, Aytekin and Dabaj,
Fahme telah mendapati dari hasil kajian yang dilakukan bahawa
Internet mewujudkan ketagihan sebanyak 38.7 peratus. Ketagihan ini
juga menyebabkan para pelajar kerugian masa untuk berlajar. Hal ini

10
disebabkan sebahagian masa mereka telah diperuntukkan kepada
melayari internet samaada bermain permainan secara di atas talian
atau memperuntukkan masa mereka dengan cara bersosial di laman
sosial seperti yahoo messenger atau facebook.Dapatan ini juga telah
diperolehi oleh Isman, Aytekin and Dabaj, Fahme dalam jurnal mereka
yang bertajuk Attitudes of Students Towards Internet bahawa terdapat
34 peratus mengatakan bahawa keseronokan berbual di talian internet.
Oleh hal yang sedemikian, satu tindakan perlu diambil untuk
mengelakkan internet membawa keburukan kepada pelajar. Para
pelajar juga perlu pandai memperuntukan masa untuk berinternet agar
tidak terleka dengan belaian dan godaan internet. Ini bagi menjamin
peruntukan masa khusus untuk pembelajaran tidak diganggu gugat.

3.3 Masalah sosial

Tidak dinafikan internet adalah suatu kemudahan interaksi moden di


zaman ini. Walaubagaimanapun internet adalah merupakan satu
pendekatan yang mempunyai dua wajah yang bertentangan.Di mana
terdapat kebaikan dan keburukan kepada pelajar umumnya.Golongan
pelajar yang baru meningkat usia dalam lingkungan 12 hingga 17
tahun mudah terdedah dengan gaya hidup moden yang dipengaruhi
dengan hiburan ,games dan bahan - bahan lucah yang terdapat di
laman-laman internet yang tidak bertapis. Perkara - perkara bergini
akan membawa kepada masalah sosial pelajar seperti ponteng sekolah ,
menontong video lucah dan mengunjungi pusat - pusat internet yang
menyediakan permaian di atas talian.menurut Aminudin Mansor PhD
Persuratan Melayu, UKM, Bangi. Kaji selidik di Britain kanak-kanak
melayari Internet untuk gambar lucah. Sebanyak 23 peratus dari 4.8
juta kanak-kanak Britain yang berusia 16 tahun adalah pengunjung
tetap bilik sembang. Jumlah pengguna Internet bawah 17 tahun di
Britain meningkat hampir dua kali ganda iaitu dari 1 juta kepada 1.5
juta pada Mac 2002. Pada masa kini angka itu tentulah lebih dua kali
ganda. Di Malaysia tiada kajian tentang perkara ini, namun dikatakan
pelajar yang selalu bermain komputer juga sering terdedah dengan
11
laman lucah yang boleh melalaikan mereka untuk menumpukan
pelajaran.

3.4 Penyebaran maklumat palsu

Internet adalah satu gedung maklumat yang terdiri daripada segenap


pelusuk dunia terkumpul dan beredar di alam maya internet. Namum
setiap maklumat yang terdapat di alam maya yang kita perolehi belum
tentu maklumat itu adalah sah dan diperakui kebenaran maklumat
tersebut. Pelajar - pelajar sebenarnya terlalu senang terdedah dengan
maklumat palsu ini terutama pelajar peringkat bawah berbanding
dengan pelajar di peringkat univesiti atau kolej .ini kerana mereka
masih boleh menilai akan kebenaran maklumat tersebut.kita dapat lihat
bagaimana sesorang itu boleh menipu seseorang melalui internet
dengan hanya membuat sedikit penyamaran .Sebagai contoh dalam
laman sosial facebook terlalu ramai yang mengunakan gambar orang
lain dan menipu umur sebenar. Ini jelas menunjukan penipuan
maklumat dalam internet. Di dalam internet juga boleh berlaku
penyebaran fitnah ke atas seseorang tanpa rasa bersalah dikalangan
pelajar . Pada masa kini terlalu banyak penyebaran fitnah di dalam
internet seperti you tube.

4. MENYELESAIAN KESAN NEGATIF INTERNET TERHADAP


PELAJAR

4.1 Kuatkuasa undang-undang

Undang-undang cyber perlu ditabahbaikan agar para pengguna


internet tidak menyalahkan gunakan kemudahan internet yang
terdadat di negara kita. Tidak dinafikan internet adalag
merupakan gedung ilmu kepada para pelajar tetapi
penguatkuasaan akta pindaan Seksyen 114A Akta Keterangan

12
1950 adalah untuk melindungi pihak yang teraniaya melalui
fitnah internet ini dengan penguatkuasaan akta ini maka
penyebaran maklumat paslu tidak akan lagi beredar di alam
maya internet ini dengan itu para pengguna internet akan
menggunakan dan memanafaatkan internet dengan sebaikan
mungkin.

4.2 Pemantauan oleh ibu bapa

Kebebasan berinternet yang diberikan kepada anak - anak juga


perlu hadnya agar tidak disalah gunakan oleh anak - anak.
pelajar -pelajar masa kini bergitu pintar .mereka pandai
berlakon di hadapan ibu bapa. dimana mereka bersama ibu
bapa mereka menggunakan internet dengan sebaik mungkin
tetapi, apabila ibu bapa tidak melakukan pemantauan
penggunakan ineternet mereka maka disitulah mereka akan
melayari laman -laman internet prono dan menghasbiskan masa
dengan permaian di atas talian. Pemantauan ibu bapa juga dapat
mengelakkan dari masalah sosial yang berpunca dari interent
dapat di atasi . Ibu bapa boleh melakukan pemantauan internet
dengan menyekat talian internet prono, permaian di atas
tallian .

4.3 Kenakan tindakan tatatertib kolej atau univesiti

Pelajar - pelajar di peringkat univesiti atau kolej, internet


adalah merupakan nadi kepada pergerakan tugasan ilmiah
mereka. Tidak menjadi kehairanan jika kegiatan memplagiat
tugasa akan berlaku . Justeru itu pihak univeiti atau kolej perlu
mempunyai satu perisian pengesanan plagiat. mana - mana
pelajar yang melakukan memplagiat hasil tugas perlu
dikenakan tindakan tatatertib atau pemotongan markah hasil
tugasan ataupun mengulangi hasil tugasan lain . Cara ini juga
akan memberikan amaran kepada pelajar lain agar kegiatan
13
memplagiat ini tidak diulangi oleh pelajar lain .Disini juga
penggunaan internet akan digunakan dengan cara yang betul.

4.4 Hadkan penggunaan internet di rumah

Sekali lagi ibu bapa perlu memainkan peranan dengan sebaik


mungkin untuk kebaikan pelajar.Penggunakan internet ini jika
tidak kawal penggunaannya akan menimbulkan ketagihan
kepada pelajar. Maka adalah perlu ibu bapa memberikan satu
peruntukan masa untuk pelajar -pelajar ini melayari internet
agar mereka tidak ketagihan internet dan masa tidak akan
dibazirkan bergitu sahaja.

5. PENUTUP

Kesimpulannya, internet mempunyai banyak kebaikan. Para pengguna


perlu memahami kegunaan internet dan memastikan ia digunakan
untuk kebaikan sahaja. Kawalan dan pengawasan ibu bapa dan guru
adalah penting agar generasi muda memanfaatkan internet demi
melahirkan masyarakat berilmu di negara ini.

Walau apa pun kebaikan atau keburukan Internet ini, terpulanglah


kepada individu itu sendiri untuk memilih atau menilaikannya. Sebagai
contoh, dalam rumah kita sendiri ada pisau. Pisau tersebut biasanya
kita gunakan untuk memotong buah, daging dan sebagainya, dengan
kata lain kita gunakan untuk kebaikan. Kita juga boleh menggunakan
pisau tadi untuk memotong sesiapa sahaja didalam rumah kita dengan
kata lain kita gunakan untuk keburukan. Pilihlah yang mana baik dan
yang mana buruk. Pada saya ia bukan sahaja baik dan buruk tetapi ia
telah mengajar saya lebih dewasa

14
Rujukan

D.R. 16/2012 rang undang-undang.bernama.capaian daripada.


http://www.parlimen.gov.my/files/billindex/pdf/2012/DR162012.pdf.
( 3.11.2012)

Aminudin Mansor PhD Persuratan Melayu, UKM, Bangi.November 29, 2011 dipetik
pada 20.11.2012. akhbar sinar harian

Isman, Aytekin and Dabaj, Fahme. 2004. Attitudes of Students Towards Internet.
Turkish. Online Journal of Distance Education- ISSN 1302-6488, 5(4)

Scanlon, P. M & Neumann, D. R. 2002. Internet Plagiarism among College Students.


Journal of College Student Development, 43 (3)

kamus dewan,.2010.kamus dewan .kuala lumpur.Dewan Bahasa dan Pustaka.

Jamal Ma'mur.2012.panduan mafaatkan teknologi maklumat dan komunikasi di


dalam dunia pendidikan.selangor.Diva press.

Zaharudin Abdul Rahman,Phd. 2012.Ledakan facebook antara dosa dan


pahala.Selangor.PTS Islamika SDN BHD.

15

Anda mungkin juga menyukai