Anda di halaman 1dari 3

KATA ADJEKTIF

Isikan tempat kosong dengan kata adjektif yang sesuai.

1 Kaki Pak Senin digigit pacat, darah __________ meleleh di kakinya.


A cair C pekat
B putih D merah

2 Semua seluarnya sudah menjadi __________ kerana badannya sudah berisi.


A ketat C singkat
B besar D longgar

3 Abdul Halim sedang mengasah sabit kelapa sawit itu kerana sudah __________.
A tajam C kesat
B kasar D tumpul

4 Air sungai itu __________ kerana sampah sarap dibuang ke dalamnya.


A jernih C kotor
B hitam D bersih

5 Pengawas lelaki itu sering membawa buku __________ di dalam poket bajunya.
A kecil C besar
B tebal D panjang

6 Cuaca malam ini __________ kerana petang tadi hujan turun dengan lebatnya.
A sejuk C panas
B damai D nyaman

7 Udara di Calet Air Panas, Pengkalan Hulu itu sungguh __________.


A baik C nyaman
B cergas D indah

8 __________ sungguh pemandangan hutan di kawasan Air Terjun Kuala Woh itu.
A Indah C Kelam
B Muram D Sayup

9 Pelajar Tahun Enam Waja sangat __________ dan hormat kepada guru-guru mereka.
A baik C takut
B malu D patuh

10 Marsya berasa______________semasa meraikan hari jadinya.


A pilu C cemas
B mahu D gembira

11 Samad menjolok buah mangga itu dengan menggunakan sebatang galah yang ________
A tinggi C kontot
B besar D panjang

12 Asam jawa selalu digunakan oleh emak untuk menghilangkan bau___________ikan air tawar.
A hapak C tengik
B hanyir D hancing

1
13 Penyanyi yang mempunyai suara _______________itu mendapat tepukan gemuruh daripada
penonton.
A serak C merdu
B garau D nyaring

14 Roziah yang ringan mulut itu sungguh_____________dengan semua orang walaupun dengan
orang yang baru dikenalinya.
A sombong C ramah
B senang D kasar

15 Para pendaki Gunung Kinabalu meneruskan pendakian dalam____________ pagi tanpa


berputus asa.
A kegelapan C kemalapan
B kedinginan D kepanasan

16 Dahi adik kelihatan ______________ kerana terhantuk pada tiang gol di sekolah.
A bengkok C botak
B bengkak D lekuk

17 Jalan di Bandaraya Kuala Lumpur menjadi_____________ apabila menjelang Hari Raya


Aidil Fitri.
A lengang C muram
B senyap D suram

18 Mata Aminah ____________ kerana terkena air sabun.


A pedas C pedih
B lebam D panas

19 Jambatan yang _____________ itu akan dilebarkan untuk kemudahan penduduk Kampung
Semangat.
A luas C senang
B sempit D besar

20 Tapak tangan Pak Abu _____________ selepas mencangkul tanah di kebunnya


petang tadi.
A menggelupas C melecur
B menggerutu D melecet

21 Nana berasa ________ apabila ternampak seekor ulat di dalam buah mangga
yang dikupasnya itu.
A geli C kelam
B haru D gundah

22 Itik itu mempunyai bulu yang ________ air menyebabkan bulunya sentiasa
kering walaupun berada lama di dalam air.
A kesat C telus
B telap D kalis

23 Pak Tamin begitu ________ memikirkan anaknya yang belum pulang, apatah
lagi hari sudah larut malam .
A terkilan C murung
B runsing D sengsara

2
24 Keadaan menjadi semakin ________ kerana kedua-dua belah pihak tidak mahu mengalah .
A pelik C runsing
B gawat D rencam

25 Bau ________ pada bajunya telah hilang setelah disembur dengan minyak wangi yang
________ itu .
A busuk tengik C hapak harum
B hanyir wangi D hancing mersik

26 Cik Loh sangat ________ mendengar lagu yang dinyanyikan oleh biduanita itu .
A ghairah C tekun
B asyik D leka

27 Durrah tergelincir semasa melalui jalan yang ________ itu .


A becak C lembap
B lembik D bengkok

28 Tiang-tiang elektrik di tebing itu ________ selepas berlakunya gegaran.


A serong C bongkok
B bengkok D condong

29 Motosikal yang dipandu laju itu ________ melanggar kereta yang datang dari arah
bertentangan .
A jauh C dekat
B cepat D nyaris

30 Micheal Lim mengalirkan air mata kerana terlalu __________ mendengar berita tentang
kemalangan itu.
A sedih C terkejut
B hairan D gembira

31 "Buah duku langsat itu sangat manis sekali dan __________ pula rasanya," kata Ghani.
A lazat C kelat
B busuk D harum

32 Budak itu lemas kerana dihanyutkan oleh arus sungai yang sangat __________.
A pantas C deras
B cepat D kencang

33 Kerjanya yang __________, dapat menjadikan gubahannya begitu cantik.


A teliti C sopan
B lemah D lembut

34 Bangunan yang __________ itu akan dirobohkan oleh Majlis Perbandaran Shah Alam kerana
boleh membahayakan keselamatan orang ramai.
A baru C retak
B antik D runtuh

35 Suasana di Kampung Teluk Penadah sungguh __________ dan tenang.


A sibuk C serabut
B damai D gembira

36 Kakak tidak suka akan daging kambing baunya yang ___________


A hapak C hamis
B tengik D haring

Anda mungkin juga menyukai