Anda di halaman 1dari 2

SIDANG REDAKSI MAJALAH SEKOLAH 2016

TEMU BUAL BERSAMA PELAJAR CEMERLANG SPM 2015

Nama : Terence anakEncharang


Umur : 17 tahun 10 bulan
TarikhLahir : 10 Mei 1998
TempatAsal : Kuching, Sarawak
Pencapaian : Akademik :
: SekolahRendah : UPSR : 6A 1B
: SekolahMenengah : PMR : 7A
: : SPM : 8A+ 1A
Penglibatan : Kelab dan Persatuan / Jawatan : Kelab Leo / Ahli Biasa
: Sukan dan Permainan / Jawatan : Kelab Badminton / Naib
Pengerusi
: Badan Unit Beruniform / Jawatan : St. John Ambulans /Ahli
Biasa

1. Pada pendapat saudara, apakah ciri-ciri yang menjadikan seseorang murid itu, murid
cemerlang?

Seorang murid cemerlang perlu memiliki sikap ingin tahu. Sikap ini akan
mendorongnya lebih kerap bertanya tentang topik yang akan diajar dan membuat
persediaan awal sebelum sesuatu topik itu dipelajari. Murid tersebut dapat
memahami topik tersebut dengan lebih mendalam selepas mendengar penjelasan
daripada guru.

2. Apakah kekangan-kekangan yang saudara hadapi sepanjang bergelar seorang murid?

Saya sering menghadapi kekangan masa untuk mengulang kaji beberapa mata
pelajaran yang begitu mencabar bagi saya. Saya harus bijak menguruskan masa
dengan sebaik-baiknya agar saya boleh menyertai aktiviti kokurikulum tanpa
menjejaskan pelajaran sekolah.

3. Bolehkah saudara berkongsi dengan kami tentang strategi pembelajaran anda?

Bagi mata pelajaran Sejarah , saya cenderung menggunakan nota berpelekat untuk
merumuskan fakta atau menggambarkan sesuatu peristiwa dalam bentuk lukisan
semasa membuat ulang kaji. Manakala bagi mata pelajaran Biologi pula, saya
akan melukis segala rajah atau peta minda yang penting agar membantu saya
mengingat kembali bahan pelajaran itu.

4. Akhir sekali, apakah harapan saudara kepada semua pelajar SMK Sungai Maong?
Saya berharap semua pelajar SMK Sungai Maong akan belajar bersungguh-
sungguh dan lebih giat melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum sekolah unuk
mengharumkan nama sekolah dan menjadikan SMK Sungai Maong sebuah sekolah
yang cemerlang pada masa yang akan datang.

Anda mungkin juga menyukai