Anda di halaman 1dari 4

Ulasan Kritis Persembahan Muzikal

Stail persembahan kumpulan muzik bambu adalah secara ensembel. Bentuk persembahan
muzik dimainkan oleh beberapa orang dengan sejumlah alat muzik seperti sompoton, seruling,
babadon dan cahon. Cara memainkan alat muzik ini adalah dengan meniup dan memukul.
Seramai 10 orang pelajar memainkan pelbagai jenis alat muzik bambu dan berjaya
menghasilkan sebuah rentak berserta irama yang berunsurkan muzik tradisional kaum dusun.
Persembahan yang dihasilkan dapat memukau hati para pendengar terutamanya bagi mereka
yang mengemari muzik-muzik tradisional. Persembahan juga menjadi sangat menarik kerana
ahlinya terdiri daripada mereka yang berumur 9 hingga 12 tahun. Menurut Cikgu Francisco
Dungkim, kebanyakkan pelajarnya menggunakan kemahiran mendengar dalam memainkan
sesebuah lagu. Para pelajar kurang mahir dalam membaca note pada setiap baluk, mereka
lebih menggunakan sistem nombor kerana mudah untuk difahami. Sehubungan itu, kumpulan
muzik bambu akan memakai pakaian tradisional kaum dusun semasa melakukan
persembahan. Hal ini kerana, muzik tradisional yang berasaskan bambu merupakan antara
muzik tradisional bagi kaum dusun di Sabah.

Jika dilihat dari aspek perancangan, banyak aktiviti dan program yang dilakukan bagi
meningkatkan tahap kemahiran pelajar. Hal ini kerana, pelajar perlu dididik sejak awal agar
kemahiran yang dimiliki dapat dibentuk dan dikembangkan. Bagi Cikgu Francisco Dungkim,
pemantapan kemahiran pelajar merupakan antara perkara yang sering ditekankan. Mereka
akan mengadakan latihan setiap selasa, khamis dan jumaat bermula pada pukul 6.50 pagi
sehingga 7.30 pagi. Masa yang diperuntukkan untuk latihan adalah selama 40 minit sebelum
kelas bermula. Pada masa ini, guru akan memerhati sejauhmana perkembangkan setiap
pelajar dalam permainan muzik bambu. Menurut Cikgu Francisco Dungkim, pelajar pada
mulanya buta kayu muzik serta tidak dapat membezakan bunyi-bunyi muzik. Tetapi melalui
aktiviti sebegini, pelajar dapat melatih kemahiran mendengar. Namun begitu, pelajar masih
kurang mahir dalam membaca note.

Pengurusan yang dilakukan adalah secara teratur dan teliti. Cikgu Francisco Dungkim
mewajibkan semua pelajar tahap dua untuk mengikuti kelas muzik bagi membuat pemilihan
ahli bagi kumpulan muzik bambu. Pelajar akan dilatih, sementara itu Cikgu Francisco Dungkim
akan meninjau tahap kemampuan pelajar dari semasa ke semasa. Pelajar yang dapat bermain
mengikut irama akan dipilih. Menurut Cikgu Francisco Dungkim, beliau tidak mengikut
sepenuhnya sukatan pembelajaran berpandukan buku teks. Buku teks digunakan pada bulan
pertama sehingga keenam, pada bulan berikutnya Cikgu Francisco Dungkim akan
menggunakan kemahiran yang dimiliki untuk melatih pelajarnya. Selain itu, teori muzik akan
diajar apabila pelajar berada di tahun empat, lima dan enam. Perkara ini bertujuan untuk
memberikan pendedahan awal kepada semua pelajar sebelum memasuki peringkat yang lebih
tinggi.

Dari aspek pelaksanaan, kumpulan muzik ini banyak mengikuti aktiviti mahupun
pertandingan yang dianjurkan oleh pihak luar. Kumpulan muzik bambu Sk lingga telah
menyertai bengkel peringkat Sekolah siri 1-8, Perkhemahan Muzik Peringkat sekolah dan
daerah, Kem Muzik negeri dan antarabangsa (OMBAK). Semua aktiviti dan program yang
dijalankan mendapat sokongan padu oleh semua warga sekolah terutamanya Guru Besar SK
Lingga. Namun, terdapat beberapa cabaran besar dalam pelaksanaan kumpulan muzik
bambu ini. Sekolah pada mulanya tidak mempunyai budget yang mencukupi terutamanya
dalam mendapatkan alat muzik baru. Walaupunbegitu, disebabkan minat mendalam para
pelajar ditambah dengan sokongan ibu bapa dan Jabatan Kebudayaan Kesenian Negeri
Sabah, sekolah SK Lingga baru kini merupakan sebuah sekolah yang sibuk dikunjungi oleh
pengunjung dari merata tempat.
Lampiran