Anda di halaman 1dari 5

Tali Leher Merah

Muhammad Rafi bin Idzuddin

BIP...BIP...BIP...BIP

kedengaran deringan dari telefon pintar aku yang berdering setiap pagi pada pukul 5.45
pagi seperti hari biasa tetapi hari ini sedikit berbeza dari hari-hari yang lain. Aku terus
bangkit dari tidurku lalu menyiapkan diri untuk solat Subuh berjemaah di surau yang
berdekatan.

Selesai sahaja solat Subuh aku pun segera pulang ke rumah untuk menyiapkan diri
kerana pada hari ini, bermulalah segalanya bagi aku. Hari ini merupakan hari pertama
aku mengembara belantara konkrit untuk mencari nafkah bagi menampung kehidupanku
sebagai seorang insan.

Aiman! Teriak ibu.


Ya mak aku menyahut
Turun bawah sekejap, mak nak tunjukkan sesuatu pada Aiman

Aku segera lari ke tingkat bawah rumah ibuku kerana terlalu teruja dengan apa yang ibu
hendak tunjukkan sebentar lagi.

Nah, ini untuk Aiman kata ibu sambil menghulurkan kotak berawarna hitam
yang berhabuk.

Kotak apa ini? tanya aku sambil membuka kotak misteri tersebut.

Aku terjumpa seutas tali leher berwarna merah terang yang mempunyai sulaman
nama arwah bapaku dalam warna emas di belakang tali leher tersebut.

Inilah tali leher kepunyaan bapa kamu sewaktu dia hendak mencari kerja pada
suatu ketika dahulu, Ibu berharap kamu akan menjadi seperti bapa kamu. kata ibu
sambil menitiskan air mata kerana teringat akan arwah bapaku. Aku terus menyarung
tali leher tersebut bersama baju dan seluar yang baru sahaja aku beli 2 hari lepas di Pasar
Raya Sunway Velocity.

Pada pukul 7.47 pagi aku pun menempah pengangkutan aku menggunakan
aplikasi Grabcar untuk ke lokasi pertama untuk memohon kerja. Bangunan syarikat ini
terletak di Bukit Bintang yang tidaklah terlalu jauh dari rumahku.
Wah! Tingginya bangunan ini, bisik aku sambil menunjukkan ekspresi muka
yang teruja di tempat duduk belakang kereta toyota yang dinaiki aku itu.

Aku pun turun dari kereta tersebut selepas membayar pemandunya RM5. Tanpa
melengahkan masa lagi aku pun terus masuk ke bangunan yang megah itu dan tunggu di
lobi sambil memerhatikan pekerja-pekerja yang lalu-lalang dengan pakaian blazer dan
tali leher sambil memegang termos. Selepas beberapa minit menunggu nama aku pun
dipanggil dan aku diminta untuk menaiki lif ke tingkat 3 untuk bertemu dengan pekerja
yang akan menemu duga aku pada hari ini. Aku telah membuat beberapa kajian
mengenai syarikat ini dan jenis-jenis pekerjaan atau jawatan yang diperlukan. Aku
mendapati bahawa syarikat ini memerlukan seorang jurutera perisian untuk
menguruskan masalah yang dihadapi oleh syarikat ini dari segi perisian dan perkakasan
yang digunakan syarikat ini. Aku sangat yakin bahawa aku boleh mengisi kekosongan
ini dengan pemerolehan ijazah kelas pertama dalam bidang kejuruteraan perisian.

Assalamualaikum kata aku sambil membuka pintu secara perlahan. Aku terkejut
dan sedikit malu kerana yang akan menjawab salam aku itu bukan orang Islam.

Encik Aiman, apa khabar? kata Encik Lui seperti apa yang tertera di tag
namanya.
Baik tuan. Tuan pula bagaimana?
Baik. Saya tidak berniat untuk membazir masa pada hari ini dengan borak
kosong tetapi saya ingin tahu kenapa kamu layak dan kenapa kamu mahu bekerja
di syarikat saya ini,

Aku menarik nafas panjang sambil membisik bacaan bismillah lalu aku pun
memulakan pembentanganku yang mengambil masa selama sejam. Pembentangan aku
banyak menjelaskan tentang kelayakan aku dan sejauh mana aku mampu menyumbang
kepada syarikat ini untuk meningkatkan lagi prestasi syarikat ini. Ini kerana jawatan ini
amat penting dalam syarikat yang bersifat abad ke-21 yang banyak menyimpan data
dalam bentuk salinan cetak lembut.

Terima kasih Encik Aiman, kata Encik Lui sambil menutup fail kulit berwarna
hitamnya.

Terima kasih tuan, kata aku lalu aku terus keluar daripada bilik tersebut dengan
menghembuskan nafas lega.

Aku dimaklumkan bahawa aku akan mendapat maklum balas daripada syarikat itu
dua minggu selepas hari aku menemu duga majikan syarikat itu. Namun, sudah hampir
tiga minggu aku tidak dapat sebarang maklum balas daripada syarikat itu. Aku terus
berasa seakan sudah tiada harapan untuk aku mendapatkan pekerjaan ini.
Sudah la Aiman, janganlah kamu bersedih. Di luar sana terdapat banyak lagi
peluang untuk kamu dapatkan pekerjaan, pujuk ibu sambil menepuk bahu kanan aku.

Tetapi ibu tidak faham betapa susahnya Aiman untuk mencapai segala
pencapaian ini semata-mata untuk mencari pekerjaan yang Aiman impikan, kata aku
dengan nada suara yang tinggi kerana tidak berpuas hati dengan hujah ibu. Selepas aku
mengeluarkan kata-kata tersebut muka ibu terus berubah. Namun, aku merupakan
seorang anak muda yang bongkak yang terlalu mementingkan diri sendiri.

Tidak mengapalah Aiman, ibu cuma nak menenangkan hati Aiman tetapi
nampaknya Aiman terlalu tertekan dan belum sempat ibu menghabiskan ayat aku
terus menyampuk percakapan ibu.

Ibu tak faham! Ibu tak pernah faham perasaan Aiman! Ibu tak pernah faham
penat lelah Aiman belajar untuk mendapatkan pekerjaan yang baik pada masa hadapan!
Sudah lah ibu! Aku menyampuk dengan penuh perasaan yang geram dan marah.

Ibu terus masuk ke bilik tidurnya tanpa mengeluarkan sepatah kata selepas
pertelingkahan tersebut yang berlaku di antara aku dan ibu pada malam rabu yang dingin
itu. Pada malam itu aku sedikit pun tidak menyesal akan perbuatan aku itu.

Pada keesokan paginya, aku terasa seperti rumah ibuku seperti terlalu senyap.
Biasanya ibu akan memanggil aku untuk bersarapan bersama-sama. Berkemungkinan
hati ibu masih terguris akibat daripada pergaduhan di antara aku dan ibu pada malam
semalam. Aku terasa sangat bersalah atas perbuatan aku pada malam semalam dan hati
aku telah terbuka untuk memohon maaf kepada ibu. Aku terus ke dapur untuk membuat
roti bakar dengan the panas untuk dihidang kepada ibu di bilik tidurnya.

TOK...TOK...TOK...Assalamualaikum? Ibu? Kata aku sambil membuka pintu


bilik ibu secara perlahan. Aku ternampak ibu masih terbaring di atas katilnya. Aku
berjalan ke arah meja tepi katil ibu untuk meletakkan dulang makanan dan minuman
panas ibu. Aku hairan kerana aku sedikit pun tidak mendengar bunyi nafas keluar
daripada mulut ibu. Aku mula mengejutkan ibu dari tidurnya dengan menggoyangkan
bahu ibu perlahan-lahan.

Ibu? tanya aku sambil menggoyangkan bahu ibu perlahan-lahan.

Selepas beberapa saat aku terus berasa bimbang kerana ibu tidak menunjukkan
sebarang tindak balas. Dengan perasaan yang bimbang aku terus mencari denyutan nadi
ibuku dengan harapan aku dapat mengesan sebarang denyutan nadi namun aku
terlamabat. Aku terus rebah ke atas lantai kayu bilik tidur ibuku menangis teresak-esak
di sebelah katil ibu. Aku berasa amat kesal kerana terlalu bersifat emosional ketika
pergaduhan di antara aku dengan ibu pada malam semalam. Tanpa melengahkan masa
lagi aku pun menghubungi ahli-ahli keluarga dan juga ahli qariah masjid untuk
membantuku menguruskan jenazah ibu. Aku tidak dapat menggambarkan betapa
menyesalnya aku di atas perbuatanku pada malam pergaduhan tersebut. Aku masih
teresak-esak menangis kerana tidak sempat untuk memohon maaf kepada ibuku.

Pada malam selepas hari pengebumian ibuku aku masih tidak dapat menerima
hakikat bahawa ibuku sudah pergi meninggalkan aku buat selama-lamanya dan
meninggalkan diriku berseorangan di dalam rumah yang kian sepi ini. Aku melutut di
ruang tamu rumah menangis dengan penuh rasa kesal sambil memegang kotak yang
diberi oleh ibu pada hari pertama aku pergi memohon pekerjaan di syarikat AIG. Selepas
beberapa minit aku terjumpa sekeping kertas yang terselit di tepi kotak hitam yang
diberi oleh ibu. Aku terus membaca apa yang tertera di atas kertas itu.

Aiman...ibu tidak pernah menceritakan keaadan ibu kepada Aiman. Ibu rasa lebih
baik ibu merahsiakan perkara ini kepada Aiman. Ibu pun tidak mahu Aiman berasa
tertekan. Tambahan pula Aiman sangat sibuk mencari kerja di luar sana. Sebenarnya ibu
menghidapi penyakit barah pankreas tahap 4. Doktor mengatakan bahawa ibu hanya ada
sebanyak 8 bulan sebelum ibu perlu dimasukkan ke dalam wad tetapi ibu tahu kosnya
terlalu mahal untuk ditampung walaupun ibu mempunyai duit simpanan. Ini kerana
semua duit simpanan ibu akan ibu pindahkan ke akaun Aiman untuk keperluan Aiman
pada masa hadapan. Aiman perlu janji dengan ibu untuk tidak pernah berputus asa walau
apa-apa pun terjadi... Itulah isi pesanan terakhir ibu kepada aku.

Pada keesokan harinya aku menyarung baju kemejaku dan memakai tali leher
arwah ayahku yang diberikan oleh ibu untuk pergi memohon pekerjaan. Pada hari itu,
aku ingin memohon pekerjaan sebagai jurutera perisian di syarikat Sime Darby pula
kerana aku terbaca iklan di lama sesawang mereka yang mengatakan bahawa mereka
memerlukan seseorang untuk memenuhi jawatan sebagai jurutera perisian. Sebelum aku
melangkah keluar aku termenung seketika memikirkan nasibku dan aku melihat tai
merah itu dan aku terjumpa tulisan Sime Darby yang disulam di hujung tali leher
tersebut. Semangat aku semakin membara untuk pergi temuduga di syarikat ini. Tanpa
melengahkan masa lagi aku pun menaiki kereta Honda yang ditempah menggunakan
aplikasi Grabcar untuk ke Jalan Raja Laut.

Sampai sahaja aku di bangunan tersebut. Aku pun memasuki lobi bangunan
tersebut dengan perasaan tenang sambil menunggu namaku untuk dipanggil. Apabila
nama aku dipanggil aku bingkas bangun dan memasuki ruang pejabat. Seterusnya aku
melalui prosedur yang sama sepertimana aku lakukan ketika aku memohon pekerjaan di
syarikat AIG.
Selepas beberapa hari aku mendapat panggilan yang mengatakan aplikasi aku
dipilih dan aku berjaya mengisi jawatan sebagai jurutera perisian di syarikat Sime
Darby. Aku berasa sangat bersyukur pada masa itu. Aku tidak sangka aku akan
mendapat tindak balas secepat ini dan gajin yang ditawarkan juga lebih lumayan dari
syarikat pertama yang aku mohon. Aku akan berpegang dengan nasihat ibuku yang
menekankan untuk tidak berputus asa tidak kira apa jenis cabaran yang akan dihadapi.

Selepas beberapa tahun kemudian pekerjaan aku telah mendatangkan lebih banyak
rezeki disebabkan gaji yang agak lumayan yang diberikan kepadaku setiap bulan beserta
gaji bonus yang agak kerap dalam masa setahun. Aku sudahpun berkahwin dengan
seorang wanita ayu dari negeri Johor dan telah mendapat dua cahaya mata. Memang
tidak dapat dinafikan bahawa ibu telah banyak membantu aku dalam perjalanan
hidupku. Aku sangat berterima kasih kepada segala pengorbanan ibuku.

Anda mungkin juga menyukai