Anda di halaman 1dari 14

Pengenalan kepada Masalah Bahasa dan Komunikasi

PENDAHULUAN
Matlamat utama pendidikan adalah untuk menyediakan seseorang individu menjadi
bertanggungjawab, menyumbang kepada komuniti. Pelajar-pelajar bermasalah pembelajaran
perlu didedahkan kepada realiti kehidupan setelah tamat persekolahannya melalui satu program
yang sistematik. Kebiasaannya, dalam persediaan kepada realiti kehidupan orang dewasa,
penekanan hanya diberi terhadap keperluan vokasional semata-mata. Malangnya hingga kini,
terlalu sedikit program komprehensif yang wujud menyarankan kemahiran hidup yang
diperlukan untuk menepati kehendak sebagai orang dewasa.
Berdasarkan pernyataan yang dipetik daripada hasil tulisan Polloway & Patton (1993), secara
tidak langsung kita dapat menyimpulkan bahawa setiap insan di dunia ini memerlukan latihan
yang khusus untuk menghadapi kehidupan pada hari dewasa yang menuntut setiap manusia
bersikap berdikari di tahap yang maksimum. Berdikari bermaksud seseorang harus menghadapi
kehidupan secara peribadi tanpa melibatkan bantuan orang lain secara total dalam kehidupan
mereka. Oleh hal yang demikian, setiap insan yang hidup di dunia ini sepatutnya mempunyai
keupayaan ini. Keupayaan yang dimaksudkan semestinya didapati melalui proses pembelajaran
tidak kira pembelajaran secara formal yang dijalankan di sekolah ataupun pembelajaran tidak
formal yang dipelajari melalui kehidupan seharian dan pengalaman yang mereka lalui.
Salah satu aspek pembelajaran yang asas adalah kemahiran berbahasa dan berkomunikasi.
Apabila seseorang gagal memenuhi keperluan asas ini maka berlaku kesukaran dalam
kehidupannya kerana kesukaran menyampaikan kehendak dalam hidup seharian. Oleh itu
pelbagai pihak yang bertanggungjawab harus mengenalpasti punca berlakunya kanak-kanak
gagal menguasai bahasa dan komunikasi kemudian mencari jalan penyelasaian kepada masalah
ini. Berikutan dengan hal ini maka kerja kursus projek PKU 3102 menuntut semua guru pelatih
Pendidikan Pemulihan Khas mengkaji topik ini dengan lebih lanjut lagi agar kehendak pelajar
terutama pelajar pemulihan khas dapat difahami seterusnya dipenuhi.

Sebelum melangkah dengan lebih jauh lagi dalam mata pelajaran pengenalan kepada masalah
bahasa dan komunikasi, eloklah dikenal pasti konsep dan definisi masalah bahasa dan
komunikasi agar maksud yang dicari lebih nyata dan jelas.
1. KONSEP DAN DEFINISI MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI
1.1: Definisi masalah, bahasa dan komunikasi
Menurut Kamus Dewan edisi ke-4 (2007), masalah diertikan sebagai sesuatu yang memerlukan
penyelesaian, perkara atau keadaan yang menimbulkan kesukaran. Bahasa pula didefinisikan
sebagai sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan
satu kelompok manusia. Selain itu, bahasa juga didefinisikan sebagai percakapan yang baik,
tingkah laku yang baik dan sopan santun. Di samping itu, Komunikasi pula dijelaskan sebagai
perhubungan (secara langsung) atau dengan perantaraan surat, radio, telefon dll.

1.2: Konsep bahasa.


Lufti Abas (1975:4) mengemukakan konsep beliau mengenai bahasa iaitu sebagai satu data yang
dianalisis dalam linguistik. Menurut definisi linguistik, bahasa ialah suatu sistem simbol-simbol
yang terdiri daripada bunyi-bunyi yang diucapkan dalam atau melalui mulut manusia, yang
dipersetujui bersama, dipelajari oleh sekelompok manusia itu berkomunikasi.
Mangantar Simajuntak (1982:5) pula mengemukakan bahawa bahasa ialah satu sistem kognitif
manusia yang unit yang dapat dimanipulasi oleh manusia untuk menghasilkan sejumlah ayat
yang tidak terbatas untuk dipakai oleh manusia sebagai alat komunikasi dan mengakumulasi
ilmu pengetahuan.
Asraf yang menjawab pertanyaan penulis secara lisan pada 10 ogos 1985 menyatakan bahawa
bahasa merupakan himpunan ayat-ayat yang tidak terbatas jumlahnya tetapi terbatas panjangnya,
yang mempunyai susunan kata, frasa, dan struktur, menurut ketetapan tertentu yang berupa
sistem dalam bahasa itu.
Bahasa tidak terbatas kepada simbol-simbol sahaja tetapi terbahagi kepada beberapa komponen
yang penting. The American Speech-Language-Hearing Association (ASHA) (1982)
membahagikan bahasa kepada beberapa bahagian iaitu dari segi bentuk (form), kandungan
(content) dan penggunaan (use).
Bentuk bahasa dibahagikan kepada tiga bahagian mengikut tahap kesukaran penguasaannya iaitu
aspek fonologi, morfologi dan sintaksis. Fonologi merupakan kajian tentang bunyi sebutan
dalam sesuatu bahasa (kamus Dewan Edisi terkini). Morfologi pula merupakan kajian tentang
pembentukan kata dalam sesuatu bahasa termasuk infleksi, terbitan dan pemajmukan (Kamus
Dewan Edisi Terkini) manakala sintaksis pula merupakan pengetahuan (cabang ilmu linguistik,
peraturan, dsb) tentang susunan kata dalam ayat (Kamus dewan edisi ke-4)
Kandungan bahasa yang dimaksudkan ialah dari segi semantik iaitu kajian tentang makna
perkataan dan penambahan makna sesuatu kata (kamus dewan Edisi Terkini). Di samping itu,
penggunaan bahasa merujuk kepada pragmatik iaitu cabang linguistik yang berkaitan dengan
kajian tentang makna dan kesan yang timbul daripada penggunaan bahasa dalam situasi tertentu
(Kamus Dewan Edisi Terkini).
Berdasarkan konsep yang dikemukakan oleh keempat-empat tokoh bahasa yang saya rujuk,
dapatlah disimpulkan bahawa bahasa merupakan salah satu instrumen atau alat yang
memerlukan pengetahuan khusus dan digunakan dalam komunikasi seharian oleh sekelompok
masyarakat. Bahasa tidak terbatas kepada pengucapan yang dilafazkan secara sewenang-
wenangnya tetapi memerlukan individu tersebut menggunakan bahasa dengan baik dengan
memasukkan nilai etika dan budi pekerti yang tinggi dalam pertuturannya.

1.3: Konsep komunikasi


Secara general, komunikasi merupakan sebuah analogi perpindahan maklumat menerusi deretan
simbol yang sama kepada individu atau sekelompok insan yang lain. Komunikasi menurut
Verdeber & Verdeber (1977) adalah satu proses mengongsi makna melalui pengucapan dan
diikuti dengan penerimaan baik secara sengaja atau sebaliknya sehingga meninggalkan kesan.
Mengikut McAuley (1988) pula, komunikasi dapat mempengaruhi serta meningkatkan
keyakinan seseorang. Seterusnya beliau menentukan bahawa komunikasi dapat menentukan
tindakan, kepuasan dan menjalin hubungan.
Menurut Anuar, 2009, komunikasi atau pertuturan adalah bentuk ekspresi bahasa yang paling
biasa dan memerlukan koordinasi di antara alat artikulasi, pernafasan, dan suara. Di samping itu,
komunikasi manusia juga memerlukan kelancaran yang padu iaitu keupayaan untuk bertutur
tanpa teragak-agak atau tersekat-sekat agar komunikasi yang sedang berlangsung tidak tergangu.
Menurut sumber bacaan scribd, komunikasi terbahagi kepada lima jenis iaitu komunikasi haiwan,
komunikasi interpersonal iaitu komunikasi dua hala, komunikasi intrapersonal iaitu komunikasi
berarah sehala yang berlaku pada pemikiran individu, komunikasi tanpa lisan iaitu pragmatik dan
komunikasi melalui telekomunikasi atau perantara berjarak jauh.
Komunikasi berperanan sebagai medium penjalin hubungan yang mesti mempunyai nilai etika
yang baik seperti tutur kata yang manis dan bersopan santun. Selain itu, komunikasi berperanan
sebagai sumber rangsangan atau penggalak emosi. Contohnya, individu yang berada dalam
keadaan sedih akan tersenyum apabila mendengar nasihat yang diujarkan dalam bentuk jenaka.
Komunikasi juga boleh meningkatkan estim-diri. Apabila individu tersebut terlibat dalam
sesuatu komunikasi, secara tidak langsung, dia akan berasa bahawa dia diperlukan dalam sesuatu
perkara manakala dia akan berasa lemah sekiranya lawan bicara beliau mengherdik atau
menghinanya. Komunikasi juga boleh dijadikan sebagai wahana perkongsian dalam kehidupan
di mana wujud kerjasama antara dua atau lebih pihak dalam melaksanakan sesuatu yang pasti
memerlukan komunikasi.
Kesimpulannya, komunikasi sangatlah penting kerana ianya merupakan asas hidup
bermasyarakat yang tidak dapat dielakkan. Proses ini tidak wujud secara terpencil tetapi berlaku
dalam setiap aspek kehidupan manusia (Mohd Sharani Ahmad, 2008).
1.4: Kesimpulan
The National Information Center for Children and Youth disabilities (1996), USA telah
mendefinisikan masalah bahasa sebagai ... kelemahan dalam keupayaan untuk memahami
dan/atau menggunakan perkataan-perkataan mengikut konteks, sama ada secara verbal dan
bukan verbal. Di antara ciri masalah bahasa termasuklah penggunaan perkataan dan maknanya
yang kurang sesuai, tidak upaya menyampaikan idea, bentuk tatabahasa yang kurang sesuai,
kurang perbendaharaan kata dan tidak upaya mengikut arahan.
Menurut Mohd Sharani Ahmad (2008), kelemahan atau masalah sewaktu berkomunikasi berkait
rapat dengan kelemahan anak menggunakan bahasa lisan dan bukan lisan dengan jelas.
Melalui definisi dan konsep masalah, bahasa dan komunikasi yang telah dibincangkan secara
mendalam di atas, dapat disatukan ideanya mengenai masalah bahasa dan komunikasi. Kita dapat
menyimpulkan bahawa masalah bahasa dan komunikasi ini merupakan satu perkara yang harus
diambil perhatian serius dalam mencari jalan penyelesaiannya. Hal ini demikian kerana bahasa
dan komunikasi merupakan dua perkara yang berbeza tetapi mempunyai pertalian yang rapat dan
hubung kait dengan berjaya atau tidak seseorang itu dalam hidupnya.

2. FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN BAHASA DAN


KOMUNIKASI.
Sebagaimana berlangsungnya perkembangan pada setiap kanak-kanak, demikian kiranya sistem
bahasa dan komunikasi dalam diri mereka berkembang. Berjaya atau tidak perkembangan dalam
diri kanak-kanak tersebut adalah bergantung kepada beberapa faktor yang berlaku dalam
kehidupan kanak-kanak tersebut.
Faktor-faktor tersebut dapat dibahagikan kepada tujuh bahagian iaitu faktor keperluan dalam
perkembangan kanak-kanak, faktor persekitaran, kelewatan bahasa, tahap kesihatan, faktor
ekonomi, faktor baka dan faktor kognitif.

2.1: Keperluan dalam perkembangan kanak-kanak


Mok Soon Sang (2009:2) menjelaskan bahawa keperluan merupakan kehendak manusia untuk
menyempurnakan keadaan, kekurangan, gangguan dan ketidakseimbangan dalam dirinya. Secara
umumnya, keperluan dibahagikan kepada keperluan fisiologi dan keperluan psikologi. Keperluan
fisiologi adalah keperluan asas yang terdiri daripada kekurangan organik seperti keperluan
makanan dan minuman, oksigen, kepuasan deria, tidur dan rehat, pembuangan dan seks.
Keperluan psikologi pula merupakan keperluan sekunder yang meliputi keperluan-keperluan
keselamatan, kasih sayang, penghargaan kendiri, kesempurnaan kendiri serta keperluan
maklumat, keperluan estetik dan aktualisasi kendiri.
Untuk membincangkan keperluan kanak-kanak dengan lebih lanjut, saya lebih suka
mengutamakan teori A.H Maslow yang dinamakan sebagai teori keperluan. Abraham Maslow
berpendapat bahawa seseorang individu akan memenuhi keperluan asas terlebih dahulu sebelum
memenuhi keperluan sekunder. Beliau sebenarnya mengelaskan keperluan manusia kepada tujuh
bahagian dalam satu hierarki mengikut peratusan anggaran kepuasan yang tercapai oleh individu
itu sendiri. (*Rujuk pada senarai lampiran)
Dalam teorinya, Maslow menggolongkan keperluan manusia kepada keperluan kekurangan dan
keperluan kewujudan atau penyuburan. Keperluan kekurangan ini meliputi keperluan fisiologi
seperti yang dinyatakan dalam teori Mok Soon Sang, keselamatan, kasih sayang dan
penghargaan kendiri. Manakala keperluan kewujudan pula meliputi keperluan kesempurnaan
kendiri, maklumat dan estetik serta aktualisasi kendiri.
Perkara yang saya ingin tekankan dalam teori ini adalah pencapaian keperluan kewujudan atau
penyuburan yang melibatkan perkembangan bahasa dan komunikasi. Bahasa dan komunikasi
dapat dikelaskan dalam aspek maklumat, estetik, kesempurnaan kendiri dan aktualisasi kendiri.
Keperluan ini iaitu keperluan kewujudan atau penyuburan hanya akan dicapai apabila keperluan
kekurangan yang dinyatakan di dalam teori A.H. Maslow dapat dicapai. Ini bermakna hanya
semua keperluan dalam kategori keperluan kekurangan dicapai barulah manusia akan cuba
menggunakan potensinya semaksimum yang mungkin untuk mencapai keperluan kewujudan.
Oleh yang demikian, dapat kita simpulkan bahawa kanak-kanak hanya akan berkembang dari
segi bahasa dan komunikasinya apabila keperluan-keperluan kekurangan itu dipenuhi. Hal
tersebut juga sekaligus menjelaskan bahawa faktor keperluan dalam perkembangan kanak-kanak
mempengaruhi perkembangan bahasa dan komunikasi kanak-kanak. Semakin tidak dipenuhi
keperluan kekurangan kanak-kanak, maka semakin kurang perkembangan penguasaan bahasa
mereka dan sebaliknya.

2.2: Persekitaran
Menurut Kamarulzaman Kamaruddin (2009), kanak-kanak gemar meniru ayat-ayat yang
digunakan oleh masyarakat yang berada di persekitaran mereka terutamanya ibu bapa mereka
atau pengasuh yang menjaga mereka sejak kecil
Skinner (1957) pula menyatakan dalam teori perkembangan bahasa beliau bahawa kanak-kanak
belajar bahasa melalui pelaziman responden iaitu kanak-kanak meniru dari persekitarannya dan
mesti disokong oleh masyarakat persekitarannya. Contohnya, apabila kanak-kanak tersebut
menguasai satu tahap penguasaan bahasa yang lebih kompleks daripada sebelumnya ibu
hendaklah menyokongnya dengan memberi pujian, hadiah atau pelukan sebagai satu
penghargaan. Apabila ibu atau orang di sekitarnya tidak memberi galakan yang positif, maka
perkembangan bahasa dan komunikasi kanak-kanak tersebut akan terhalang atau menjadi terhad.
Melalui prespektif interaksionalis pula, perkembangan bahasa bergantung kepada sosial
(persekitaran). Kanak-kanak yang dikurniakan kemahiran menguasai bahasa, adalah pemerhati
dan peserta yang melihatkan dalam interaksi sosial. Apabila kanak-kanak mendiami persekitaran
yang kurang aktif dalam interaksi sosial maka kuranglah perkembangan bahasa dan komunikasi
dalam dirinya.
Melalui teori yang dikemukakan oleh Kamarulzaman Kamaruddin, Skinner dan pandangan para
ahli interaksionalis, kita dapat menyimpulkan bahawa perkembangan bahasa dan komunikasi
kanak-kanak juga sangat bergantung kepada persekitaran mereka.

2.3: Kelewatan bahasa


Anuar dalam penulisan blog beliau pada 15 April 2009 menjelaskan bahawa perkembangan
bahasa dan komunikasi kanak-kanak juga dipengaruhi oleh kecepatan atau kelewatan
penerimaan bahasa. Ada kanak-kanak yang memperolehi bahasa lewat daripada kebiasaannya.
Walaubagaimanapun, kanak-kanak ini juga berpotensi menguasai bahasa walaupun agak lambat
berbanding kanak-kanak lain. Namun demikian, terdapat juga kanak-kanak yang tidak
menunjukkan perubahan dan memerlukan intervensi awal untuk membantunya mengatasi
masalah yang dihadapi.
2.4: Kesihatan
Faktor kesihatan merupakan faktor terbesar yang boleh mempengaruhi perkembangan bahasa
dan komunikasi kanak-kanak. Hal ini demikian kerana aspek kesihatanlah yang menentukan
samada kanak-kanak tersebut mampu berkembang dalam aspek bahasa dan komunikasi atau
sebaliknya. Masalah kesihatan ini boleh dikelaskan kepada beberapa aspek tertentu seperti yang
berikut.
2.4.1: Aphasia
Berdasarkan artikel yang terdapat dalam laman web MedicineNet.Com dan Scribd, Aphasia
merupakan salah satu masalah yang berpunca daripada kerosakan otak. Bagi seorang kanak-
kanak, kerosakan otak berpunca daripada kecederaan otak semasa lahir atau ketumbuhan (tumor)
otak. Bagi seorang dewasa pula, aphasia mungkin berpunca daripada strok atau kecederaan
akibat kemalangan yang melibatkan kepala.
Menurut Holland & Reinmuth,1982, Aphasia turut menyumbang kepada masalah bahasa. Hal ini
berlaku kerana otak tidak berupaya untuk memberi makna kepada simbol-simbol arbitrari bahasa,
ketidakupayaan untuk membentuk atau memperoleh bahasa. Oleh hal yang demikian, kanak-
kanak yang menghadapi masalah ini akan menghadapi kesukaran untuk berkembang dalam
bahasa atau komunikasi mereka.

2.4.2: Gagap
Menurut Anuar,2009, gagap merupakan salah satu gangguan kelancaran yang berlaku yang
melibatkan aliran pertuturan yang mempengaruhi kadar dan kelicinan pertuturan seseorang.
Individu akan disebut gagap apabila menyebut perkataan berulang-ulang, tersekat-sekat dan
diikuti oleh ketegangan otot tekak. Keadaan ini berlaku akibat gangguan pernafasan yang
berpunca daripada penyelarasan otot pertuturan yang tidak sempurna. Selain itu, ia juga berpunca
daripada ketidakstabilan mekanisme neuromuscular untuk pertuturan ketika peringkat awal
kanak-kanak. Ketika kanak-kanak sudah mahu mula bercakap, otot-otot pertuturan masih belum
bersedia dan tidak stabil. Keadaan inilah yang dipercayai akan menyebabkan pertuturan menjadi
tersekat-sekat dan berulang-ulang. Gagap juga boleh berpunca daripada fizikal yang lemah,
kekurangan zat makanan dan mempunyai masalah kesihatan.
Masalah gagap akan menggangu perkembangan bahasa dan komunikasi bagi seorang kanak-
kanak kerana proses komunikasi yang dilafazkan menjadi tidak lancar kerana secara tidak
sengaja kerap mengulang-ulang menyebut perkataan yang sama dan berlaku pemanjangan bunyi
perkataan. Selain itu, penutur akan gagal mengaitkan pertuturan dengan emosi yang sedang
dirasakan sehingga mungkin gagal menyampaikan maksud sebenar percakapan yang hendak
diucapkan. Hal ini seterusnya mengagalkan proses perkembangan bahasa dan komunikasi dalam
individu tersebut.
2.4.3: Gangguan proses auditori pusat (Central Auditory Processing Disorders/CAPD)
CAPD juga merupakan salah satu masalah kesihatan yang menggangu perkembangan bahasa dan
komunikasi dalam diri individu. Masalah CAPD ini dikaitkan dengan penerimaan individu
terhadap bahasa yang diterima. Semasa berkomunikasi, telinga akan menerima maklumat
auditori (pendengaran) dan seterusnya proses menterjemahkannya. Individu yang mengalami
CAPD tidak mengalami masalah pendengaran tetapi otak tidak mampu menterjemahkan bahasa
yang didengarnya melalui auditori dengan baik kerana deria pendengaran (auditori) dan otak
tidak mempunyai koordinasi yang baik. Perkara ini juga berlaku disebabkan persekitaran yang
mengeluarkan bunyi-bunyi bising yang akhirnya menggangu proses pendengaran kanak-kanak
tersebut. Hasilnya kanak-kanak yang mengalami masalah ini tidak dapat membezakan bunyi-
bunyi bahasa walaupun pengucapan bahasa tersebut jelas dan kuat. Perkara ini juga turut
menyumbang kepada kegagalan perkembangan bahasa dan komunikasi kanak-kanak tersebut.
2.4.4: Down Syndrome.
Down Syndrome merupakan salah satu masalah kesihatan yang menyumbang kepada masalah
perkembangan bahasa dan komunikasi kanak-kanak. Down Syndrome adalah kecelaruan genetik
yang terkenal dan mengimpak kepada kerencatan akal kanak-kanak (Gargiulo M.R). Masalah ini
berlaku akibat lebihan kromosom pada pasangan kromosom ke-21 (Trisomi 21). Individu yang
mengalami masalah ini akan menghadapi beberapa masalah dalam pembelajaran. Contohnya,
kelewatan peningkatan motor halus dan kasar, mengalami masalah penglihatan dan pendengaran,
mengalami masalah pertuturan dan bahasa dan bermasalah dalam mengeneralisasi, berfikir dan
menaakul.
2.4.5: Autisme.
Menurut Persatuan Autisme Amerika Syarikat, Autisme adalah ketidakupayaan yang rencam
yang pada kebiasaanya kelihatan pada masa kanak-kanak itu belum meningkat umur tiga tahun.
Keadaan ini adalah kesan daripada kecelaruan neurologikal yang menggangu fungsi otak.
Punca sebenar yang menyebabkan autisme belum dapat dipastikan dengan jelas lagi tetapi
umumnya dikatakan autisme disebabkan masalah genetik dan kefungsian otak. Apabila masalah
ini berlaku pada seseorang, ia memungkinkan individu tersebut mendapat kesukaran untuk
berkomunikasi terutamanya dalam meluahkan niat dan keinginannya, sukar untuk memahami
variasi bahasa iaitu body language dan ekspresi malah kerap memberi respon yang tidak relevan.
Hal ini seterusnya menyebabkan terbantutnya perkembangan bahasa dan komunikasi dalam
individu tersebut.
2.4.6: Terencat akal.
Kanak-kanak terencat akal kerap lupa ilmu yang telah dipelajari. Secara umumnya, kanak-kanak
terencat akal ini bermasalah dalam konsep generalisasi dalam bidang akademik, tingkah laku dan
interaksi sosial. Mereka selalunya tidak mahu meneruskan sesuatu tugasan dan selalu berputus
asa. Dari segi perkembangan bahasa pula, mereka lewat untuk menguasai bahasa dan komunikasi.

2.5: Faktor ekonomi.


Menurut Eni Kusuma dalam artikel yang ditulisnya dalam pembelajar.com pada 02 Mac 2007,
kehidupan orang miskin amatlah mendukacitakan. Hal ini demikian kerana taraf sosioekonomi
mereka amat rendah dan mereka menjalani kehidupan yang sukar. Melalui perkongsian cerita
ini,kita sebenarnya boleh mengaitkannya dengan perkembangan bahasa dan komunikasi
seseorang. Apabila individu tersebut menjalani kehidupan sedemikian rupa, secara automatiknya
mereka akan mengenepikan soal pendidikan yang amat penting. Hidup mereka akan lebih
tertumpu kepada pekerjaan yang menjadi sumber mata pencarian mereka. Apatah lagi jika kuota
keluarga tersebut ramai dan pendapatan keluarga sedikit, maka kanak-kanak kecil pun terpaksa
bekerja untuk memenuhi keperluan asas mereka.
Apabila hal ini berlaku, individu yang menganggotai keluarga tersebut akan kurang terdedah
kepada penggunaan bahasa dan komunikasi dengan betul. Hal ini demikian kerana mereka tidak
mampu memiliki bahan-bahan pembelajaran yang sepatutnya dimiliki seterusnya dipelajari
dalam peringkat usia tertentu. Selain itu, persekitaran mereka yang lebih mementingkan
pekerjaan berbanding perkembangan bahasa dan komunikasi juga turut menyumbang kepada
terbantutnya perkembangan bahasa dan komunikasi dalam diri seseorang. Taraf sosioekonomi
yang rendah juga menghalang individu untuk mendapat keperluan asas yang cukup seperti
makanan dan pakaian. Apabila keperluan ini tidak dipenuhi mereka mungkin mengalami
pelbagai masalah kesihatan yang akan menjejaskan proses perkembangan bahasa dan
komunikasi individu.
2.6: Faktor baka.
Mok Soon Sang, 2008 mengatakan bahawa menurut kajian ahli-ahli psikologi, emosi seseorang
individu berkait rapat dengan pewarisan daripada ibu bapa mereka. Misalnya, ibu bapa yang
mempunyai emosi yang kurang stabil dan bersifat pemarah akan melahirkan anak yang agresif
dan bersifat autokratik. Demikian berlakunya kepada perkembangan bahasa dan komunikasi
seseorang.
Galton (1865), Goddard (1890), Newman (1937) dan Sheldon (1962) pula mengatakan bahawa
apapun perkembangan dalam diri kanak-kanak adalah bergantung kepada ibu bapa mereka.
Biasanya, ibu bapa yang cerdas akan melahirkan anak yang cerdas manakala ibu bapa yang
kurang cerdas juga akan melahirkan anak yang kurang cerdas. Oleh itu, besar kemungkinan,
faktor baka juga menyumbang kepada terbantutnya perkembangan kanak-kanak tersebut dalam
bahasa dan komunikasi.

2.7: Faktor kognitif


Menurut ahli-ahli psikologi Galton (1865), Goddard (1890), Newman (1937) dan Sheldon (1962),
setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan intelek yang berbeza dengan rakan sebaya
mereka. Hal ini dibuktikan benar melalui kajian mereka. Tahap kebolehan intelek inilah yang
akan membezakan individu.
Melalui teori yang mereka kemukakan ini, maka dapat kita simpulkan bahawa kognitif juga
sangat memberikan impak yang besar terhadap perkembangan bahasa dan komunikasi. Hal ini
demikian kerana, kanak-kanak yang mempunyai daya kognitif rendah akan sukar menguasai
perkembangan bahasa dan komunikasi manakala kanak-kanak yang mempunyai daya kognitif
yang tinggi pula akan cepat berkembang dalam penguasaan bahasa dan komunikasinya.
Rumusan.
Umumnya, apabila faktor-faktor yang telah dibincangkan tadi tidak diambil kira sepanjang
tempoh perkembangan kanak-kanak, ia akan menyukarkan kanak-kanak tersebut menguasai
perkembangan bahasa dan komunikasi yang sepatutnya dicapai pada peringkat umur yang
tertentu. Masalah ini khususnya akan berlaku dalam kalangan kanak-kanak berkeperluan khas.
Siapakah kanak-kanak berkeperluan khas ini? Menurut definisi yang dipetik daripada laman
Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) kanak-kanak berkeperluan
khas merupakan murid bermasalah pembelajaran yang mengalami masalah kognitif atau
kerencatan akal yang dianggap boleh diajar (educable) dan bermanfaat pendidikan formal. Pihak
KPM telah mengkategorikan pelajar-pelajar bermasalah pembelajaran kepada enam jenis iaitu
Syndrome down, Autisme ringan, Hiperaktif (Attention Deficit-Hyperactivity Disorders-ADHD),
Terencat akal minima, kurang upaya dalam pembelajaran (Learning Disability) dan kurang
upaya dalam pembelajaran khusus (Disleksia).
Oleh itu, pelbagai cara harus dicari dan dipraktikan untuk membantu kanak-kanak bermasalah
pembelajaran ini supaya pada akhirnya mereka juga boleh menjalani kehidupan normal seperti
kanak-kanak lainnya.
3. CARA-CARA MEMPERTINGKATKAN KEMAHIRAN BERBAHASA.
Berdasarkan faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan bahasa dan komunikasi dalam
peribadi individu, dapat kita simpulkan bahawa sekiranya faktor itu tidak diuruskan dengan
sebaiknya oleh pihak-pihak yang berkaitan maka ia akan memberi impak yang buruk kepada
kehidupan kanak-kanak di usia dewasa mereka. Oleh itu, haruslah diketahui cara-cara
mempertingkatkan kemahiran berbahasa dalam diri individu supaya masalah ini dapat ditangani.
Cara tersebut haruslah dilihat dalam pelbagai aspek.

3.1:Intervensi Pengajaran Bahasa.


Menurut Anuar dalam penulisan blog pada 15 April 2009, intervensi pengajaran bahasa
merupakan tindakan awal untuk membantu memulihkan atau mengurangkan masalah yang
dihadapi oleh kanak-kanak. Kaedah ini memerlukan guru menggunakan beberapa teknik
pengajaran yang khusus bagi memenuhi keperluan bahasa kanak-kanak tersebut.
3.1.1:kaedah mengajar bahasa dalam situasi.
Ramai kanak-kanak sukar untuk mempelajari sesuatu dalam keadaan abstrak. Mereka perlukan
situasi untuk menggambarkan perkara yang mereka pelajari. Oleh itu kaedah ini memerlukan
guru untuk mengajar bahasa di dalam situasi yang diadakan supaya ia dapat membantu kanak-
kanak memahami isi pelajaran dan seterusnya membantu mereka menguasai kemahiran bahasa
yang diajar. Contohnya, guru mengadaptasi cara hidup kanak-kanak mengikut kesesuaian dalam
pembelajaran. Jika kanak-kanak tersebut mendiami kawasan pedalaman, maka situasi membantu
ayah di kebun sesuai digunakan. Jika anak-anak mendiamai kawasan bandar, situasi melancong
bersama keluarga adalah sesuai digunakan.

3.1.2:Mengikuti perkembangan bahasa normal.


Guru-guru haruslah mengambil kira tahap perkembangan normal kanak-kanak terhadap bahasa
dan komunikasi. Kaedah ini menekankan cara penyampaian pengajaran mengikuti
perkembangan kanak-kanak. Dalam erti kata lain, pengajaran dan pembelajaran haruslah
berdasarkan kemampuan berbahasa kanak-kanak mengikut peringkat umur mereka.

3.1.3:Menggunakan teknik pengajaran yang khusus ketika memperkenalkan konsep baru.


Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru harus tahu untuk mempelbagaikan cara
penyampaian agar para pelajar tidak bosan dengan pelajaran yang harus mereka kuasai
terutamanya menguasai teknik-teknik baru. Pelbagai jenis kaedah pengajaran telah dipelopori
oleh para pakar bahasa yang boleh digunakan. Namun demikian, guru masih boleh
menggunakkan kaedah sendiri yang direka khas untuk mengajar para pelajar.
Contoh teknik pengajaran yang selalu digunakan ialah kaedah fonik dan VAKT. Menurut Kamus
Dewan edisi keempat, kaedah fonik merupakan salah satu kaedah mengajar membaca dengan
melatih para pelajar menghubungkaitkan bunyi tertentu dengan lambang tertentu. Teknin VAKT
pula adalah kaedah pengajaran huruf yang memerlukan murid melihat huruf sebagai Visual,
Auditori, Kinaesthetik dan Tactile. Teknik pembelajaran sedia ada ini juga boleh dipelbagaikan
mengikut kesesuaian.
3.1.4:Bercakap mengenai apa yang mereka fikir atau lakukan,
Anuat menjelaskan bahawa kanak-kanak harus dilatih meluahkan hasrat hatinya sejak kecil lagi.
Cara paling mudah adalah dengan meminta mereka bercakap tentang apa yang mereka sedang
fikirkan mengenai sesuatu benda atau perkara yang mereka sedang lakukan.
Proses penerangan itu harus diperhatikan oleh guru yang berkaitan dengan memerhatikan
penggunaan aspek fonologi, semantik dan sintaksisnya. Setelah proses menerang itu berakhir,
guru kemudian membetulkan mana-mana aspek penggunaan bahasa yang salah.
3.1.5:Menerangkan perbuatan yang dilakukan oleh orang lain.
Kemahiran menerang juga sangat penting dalam proses komunikasi. Oleh itu, pelajar juga
digalakkan meningkatkan kemahiran menerang dengan cara meminta mereka menceritakan apa
yang orang lain sedang lakukan. Hal ini demikian kerana ianya lebih mudah untuk kanak-kanak
bermasalah pembelajaran menceritakan perkara yang dilihat berbanding perkara-perkara abstrak.
3.1.6:Menggunakan contoh yang betul untuk memberikan latihan bagu kemahiran bahasa yang
khusus.
Guru juga seharusnya menggunakan bahan-bahan yang boleh dijadikan contoh atau model
penggunaan bahasa yang betul kepada para pelajar. Anuar menjelaskan dalam penulisan blognya
bahawa ada dua cara yang boleh digunakan. Pertama adalah bacaan mekanis yang boleh
ditunjukkan oleh guru itu sendiri. Kedua, guru boleh menggunakan bahan-bahan sedia ada
seperti menayangkan rakaman pembaca berita TV membaca berita.
3.1.7:Menggunakan aktiviti harian dalam menyediakan latihan kemahiran-kemahiran bahasa
dalam lingkungan konteksnya.
Guru-guru juga harus bijak memanfaatkan aktiviti harian kanak-kanak di rumah untuk dijadikan
sebagai pengalaman-pengalaman bahasa yang mereka boleh pelajari. Selain itu, aktiviti ini juga
boleh dijadikan sebagai tema pengajaran bahasa.

3.2: Intervensi masalah artikulasi.


Salah satu aspek yang menyumbang kepada terbantutnya perkembangan bahasa dan komunikasi
dalam diri individu adalah masalah kesihatan terutamanya dalam kawasan artikulasi. Oleh itu,
intervensi artikulasi juga harus diketengahkan dalam menangani masalah bahasa dan komunikasi
yang berlaku dalam kalangan para pelajar sebelum masalah tersebut memberi kesan yang negatif
kepada kanak-kanak.
3.2.1:Terapi pertuturan.
Dalam terapi pertuturan, kanak-kanak akan dibahagikan kepada beberapa kelompok kecil. Setiap
kelompok mempunyai sekurang-kurangnya seorang ahli terapi pertuturan. Dalam kelompok ini,
ahli terapi pertuturan akan berinteraksi dengan kanak-kanak dan bercakap dengan mereka.
Bahan-bahan seperti gambar, buku dan peristiwa akan digunakan sebagai bahan untuk
merangsang perkembangan bahasa kanak-kanak. Ahli terapi juga akan menunjukkan cara
penyebutan yang betul dan menggunakan kaedah latih tubi untuk membina kemahiran bertutur
dan bahasa.
Terapi artikulasi yang melibatkan artikulasi, penghasilan bunyi dan latihan-latihan melalui
tunjuk cara penyebutan yang betul harus ditunjukkan kepada kanak-kanak. Namun demikian,
aktiviti ini dijalankan melalui aktiviti permainan. Contohnya, ahli terapi akan menunjukkan cara
menyebut huruf s. Selain itu, dia juga akan menunjukkan bagaimana lidah harus digerakkan
sehingga bunyi s dihasilkan. (Anuar, 2009)
3.2.2:Pendekatan interaktif.
Bloom, 1991 menjelaskan bahawa pendekatan ini digunakan agar kanak-kanak dapat dirangsang
untuk banyak bercakap dan menggunakan bahasa. Melalui pendekatan ini, ahli intervensi yang
mungkin terdiri daripada ibu bapa, guru pendidikan khas atau ahli terapi pertuturan akan cuba
menggunakan sifat semulajadi kanak untuk bercakap tetang apa yang mereka sedang lakukan,
merancang untuk lakukan ataupun perkara yang ingin dilakukan. Sesi pemulihan ini boleh
dilakukan di mana sahaja terutamanya semasa kanak-kanak sedang bermain, makan, dan lain-
lain dengan menggunakan sebutan dan bahasa yang betul. Melalui pendekatan ini, kanak-kanak
akan meningkatkan perbendaharaan kata mereka dan memperbetulkan sebutan dan
memperkayakan pengetahuan berbahasa mereka.
3.2.3: Komunikasi tambahan.
Seperti yang kita sudah sedia maklum, kanak-kanak bermasalah pembelajaran terbahagi kepada
beberpa jenis. Ada kalanya terdapat kanak-kanak yang mengalami masalah pertuturan yang
serius. Oleh itu, haruslah komunikasi tambahan diberikan kepada kanak-kanak ini. Komunikasi
tambahan yang dimaksudkan adalah bahasa isyarat kod tangan yang biasanya digunakan oleh
golongan masalah pendengaran.

3.3:Mengurangkan masalah gagap.


Morley M.E (1972) menjelaskan beberapa cara untuk membantu individu gagap mengatasi
masalah mereka. Berikut merupakan cara-cara yang beliau perkenalkan untuk membantu mereka;
A. Menyesuaikan diri dengan gagap.
a. Individu gagap harus menerima dan mengakui bahawa mereka gagap tanpa rasa takut dan
beremosi.
B. Terapi mengurangkan ketegangan (Relaxation therapy)
a. Rawatan ini mengurangkan ketegangan fizikal dan mental. Sekiranya selalu diamalkan, ia
boleh meningkatkan keselesaan dan ketenangan mental yang akan meningkatkan kecekapan dan
keyakinan untuk menjalani kehidupan tanpa tekanan.
C. Perbincangan, cadangan dan tugasan.
a. Setiap kali rawatan, masalah dan situasi tertentu mesti dibincangkan. Cadangan demi
cadangan akan diberikan kepada individu untuk membolehkan mereka mengatasi masalah yang
dihadapi dan menjadikan situasi gagap sebagai latihan untuk melaksanakan cadangan yang diberi.
D. Terapi kumpulan.
a. Individu gagap yang menghadiri sesi rawatan akan menghadiri sesi terapi berkumpulan.
Tujuan terapi berkumpulan diadakan ialah untuk menemukan individu yang mengalami nasib
yang sama. Di sinilah mereka akan berkongsi pengalaman masing-masing dan mereka akan
menimba ilmu dari orang terdahulu yang berjaya mengatasi masalahnya.
3.4:Intervensi komunikasi.
Mohd.Sharani Ahmad, 2008 menjelaskan bahawa kanak-kanak perlu bentuk komunikasi yang
jelas bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran mereka. Ketidaktentuan sewaktu
berkomunikasi akan mewujudkan ketidakberkesanan dalam hubungan sosial. Oleh itu, ibu bapa
harus menyediakan suasana yang tenang dan mempelbagaikan corak komunikasi di rumah secara
sistematik.
3.4.1: Komunikasi antara perseorangan.
Komunikasi ini melibatkan dua orang berinteraksi secara bersemuka seperti ibu dan anak.
Komunikasi ini mempunyai keunikan tersendiri di mana komunikasi ini bergantung pada tahap
kemesraan yang wujud antara dua pihak yang sedang berinteraksi.
3.4.2: Komunikasi dalam kumpulan kecil.
Komunikasi kumpulan kecil bermaksud himpunan individu yang berinteraksi di antara satu sama
lain secara langsung atau tidak langsung. Proses ini melibatkan tiga atau lebih anggota dalam
sesuatu kumpulan di rumah bertukar-tukar pendapat untuk saling mempengaruhi antara satu
sama lain.
3.4.3: Komunikasi umum.
Komunikasi jenis umum pula memerlukan kelompok yang lebih besar. Pada kelompok ini, ibu
bapa harus menarik perhatian anak dengan nada suara yang menarik, bijak menyusun kata, tegas
dan mempengaruhi agar kanak-kanak dalam kelompok yang besar itu dapat dikawal sekaligus
memberikan input bahasa dan komunikasi kepada kanak-kanak tersebut.
3.4.4: Komunikasi massa.
Intervensi komunikasi massa pula banyak menggunakan media massa sebagai alat untuk
meningkatkan kemahiran berbahasa. Contohnya, televisyen, radio, internet, majalah dan lain-lain
medium yang ada di rumah. Ibu bapa harus bijak menggunakan semua bahan yang ada untuk
meningkatkan kemahiran berbahasa kanak-kanak.
3.4.5: Komunikasi bercirikan kekeluargaan.
Terdapat dua corak yang digunakan dalam intervensi komunikasi ini iaitu corak sosio dan
konsepsual. Corak sosio menuntut kanak-kanak mengalah dalam situasi pertelingkahan. Hal ini
demikian kerana, unsur keharmonian merupakan salah satu unsur yang seharusnya ada dalam
sesebuah hubungan komunikasi. Oleh itu, apabila salah satu daripada pihak yang bertelingkah itu
mengalah maka pergaduhan tidak menjadi besar malah mewujudkan suasana yang harmoni.
Corak konsepsual pula menuntut kanak-kanak mencabar pendapat orang lain. Dalam corak
komunikasi ini, mereka dilatih untuk mengemukakan idea-idea yang bernas untuk mengalahkan
pendapat orang lain.Mereka juga akan didedahkan dengan isu-isu kontrovensi dan
membincangkan isu seumpama itu dengan ibu bapa.mereka.
Dengan menggunakan kaedah ini, kanak-kanak akan lebih aktif dalam menggunakan bahasa
dengan dorongan sikap egosentrik yang ada pada diri kanak-kanak. Sifat itulah yang mendorong
mereka untuk bersaing dan mempertahankan pendapat mereka. Akhirnya melalui cara ini,
mereka dapat meningkatkan kemahiran berbahasa yang mereka miliki.
3.5: AAC
AAC adalah salah satu kaedah intervensi komunikasi iaitu ARGUMENTATIVE dan
ALTERNATIVE COMMUNICATION. Komunikasi argumentatif didefinisikan sebagai kaedah-
kaedah dan alatan yang dapat meningkatkan kemahiran komunikasi verbal yang telah sedia
wujud (Mustonen, Locke, Reiche, Solbrack&Lindgren, 1991). Manakala komunikasi alternatif
adalah teknik-teknik yang menggantikan komunikasi lisan bagi individu yang tidak berupaya
atau tidak mampu menguasai kemahiran bahasa lisan. (Mccormick & Shane, 1990).
Melalui definisi di atas, dapat disimpulkan bahawa AAC merupakan salah satu sistem
multimodal yang mengandungi empat komponen yang boleh dimanfaatkan dalam pelbagai
kombinasi untuk meningkatkan komunikasi. Secara praktiknya tidak ada pemisah yang jelas
antara komunikasi argumentative dengan komunikasi alternative.Oleh kerana keduanya
mempunyai maklumat yang sama, maka pendekatan bersama digunakan iaitu komunikasi
Argumentatif dan Alternatif (AAC).
Wikipedia the encyclopedia menjelaskan bahawa penggunaan AAC melibatkan pemilihan kod-
kod atau mesej daripada pelbagai aspek. Pengguna boleh menggunakan elemen ini sendiri atau
dalam kombinasi untuk menyampaikan pelbagai mesej. AAC digunakan tanpa bantuan, atau
dengan bantuan yang melibatkan teknologi tinggi dan rendah. (*Rujuk pada senarai lampiran)
Bagi AAC yang tidak memerlukan bantuan, ia tidak memerlukan sokongan luar atau prosedur
khas. Ia hanya memerlukan kaedah pertuturan, bahasa isyarat, gesture dan mimik muka. AAC
tidak berbantu ini tidak menggunakan kos dan ianya mudah alih. Namun demikian, ia
bergantung kepada keupayaan ingatan pengguna, isyarat yang digunakan mungkin sukar untuk
dipelajari dan rakan komunikasi masa hadapan terhad.
Bagi AAC berbantu pula, ia semudah papan komunikasi hingga sekompleks alat bantuan
pertuturan sintetik berkomputer. Alat bantuan yang digunakan bolehlah terdiri daripada samada
elektronik atau tidak dengan menggunakan prosedur pilihan dan sistem symbol. Ia juga
memerlukan objek fizikal, alatan atau sokongan luaran untuk membolehkan seseorang itu
berkomunikasi contohnya papan komunikasi, carta dan alatan mekanikal atau elektrikal. (*Rujuk
pada senarai lampiran). AAC berbantu Dapat menghasilkan mesej yang lebih kompleks daripada
keupayaan bahasa pengguna dan membolehkan pengguna berkomunikasi dari jauh (VOCAs-
Voice Output Communication Aids). Namun demikian Kelemahan AAC berbantu pula adalah
alat elektronik yang digunakan boleh rosak atau hilang kuasa. Kemudahalihan juga terhad dan
alat ini mahal dan menyebabkan ianya sukar diperolehi.
Dalam pendidikan pemulihan masalah bahasa dan komunikasi dalam kalangan kanak-kanak,
AAC digunakan sebagai sumber penilaian awal termasuklah inventori ekologi. Penyediaan
maklumat melalui AAC membolehkan keupayaan murid untuk melibatkan diri dalam semua
persekitaran dipertingkatkan. Guru-guru juga boleh memilih mod bantuan dan tanpa bantuan
atau digabungkan sebagai mod pengajaran. Pemilihan gesture atau grafik yang sesuai metilah
dititikberatkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Akhir sekali, pemilihan kaedah harus
dititikberatkan agar peningkatan kualiti kemahiran berkomunikasi dapat dipertingkatkan.

REFLEKSI.

Saya memulakan pelaksanaan kerja kursus ini dengan perasaan seronok. Saya memulakan
penaakulan saya sebaik sahaja mendapat kertas panduan kerja kursus PKU 3102. Sebelum ini
saya sudah mempelajari beberapa aspek dalam mata pelajaran Perkembangan kanak-kanak,
pengenalan kepada pendidikan pemulihan dan juga mata pelajaran ini sendiri iaitu pengenalan
kepada masalah bahasa dan komunikasi. Melalui maklumat sedia ada yang saya telah perolehi,
saya mula menghubungkaitkan beberapa fakta yang boleh dimasukkan dalam mana-mana sub
topik dalam kerja kursus ini. Melalui pengetahuan sedia ada tersebut, saya menemui satu
jawapan kepada soalan yang kedua dalam kerja kursus ini iaitu yang berkenaan dengan faktor-
faktor yang mempengaruhi perkembangan bahasa dan komunikasi kanak-kanak. Serta merta
saya teringat akan hierarki keperluan manusia yang dikemukakan dalam teori keperluan
A.H.Maslow. Teori ini ternyata menghurai bagaimana seseorang itu gagal menguasai kemahiran
di peringkat tertinggi dalam aspek kehidupannya.
Apabila saya meneruskan pembacaan dan penulisan kerja kursus ini, saya akhirnya menemui
bahawa ada banyak faktor yang mempengaruhi kemahiran berbahasa dalam individu berkenaan
dan cara-cara untuk mengatasi masalah tersebut. Di tahap ini, saya mengimbas kembali kelakuan
saya pada permulaan saya menerima tugasan kerja kursus ini. Sebenarnya, kelakuan saya itu juga
wujud dalam hati seorang kanak-kanak yang baru belajar. Apabila mereka menerima tugasan
tertentu, mereka tentu merasa seronok untuk melaksanakannya. Namun demikian, tahap
kefahaman mereka adalah bergantung pada pengetahuan sedia ada yang mereka perolehi.
Sekiranya kanak-kanak tidak mempunyai pengalaman sedia ada dalam menggunakkan bahasa
dan komunikasi, mereka secara tidak langsung akan lambat menerima ataupun mungkin
seringkali gagal mencapai objektif yang hendak dicapai.
Oleh hal yang demikian sebagai pembimbing iaitu tanpa mengira samada mereka adalah guru,
ibu bapa atau masyarakat sekeliling, kita haruslah bijak mengatur strategi untuk memastikan
bahawa individu tersebut mampu menguasai kemahiran berbahasa dengan betul. Pihak terbabit
haruslah bijak menggunakan pengetahuan sedia ada pada individu berkenaan untuk
membawanya memperkembangkan lagi pengetahuan ke arah konsep yang baru. Sesungguhnya,
manusia terutamanya kanak-kanak menurut teori A.H Maslow tidak akan berkembang menuju ke
peringkat seterusnya sekiranya keperluan asasnya tidak terpenuhi.
Selain itu, saya juga suka mengambil satu petikan dari tulisan Clerehugh, 2000 yang menyatakan
bahawa Pupils want to learn quickly; that is, they want to see result in that they are able to use
the language in the meaningful way as the reward for the learning effort put in. They want to
discuss things which are of personal interest or which are of direct relevance of the situation. It is
not usual to hear a group of fourteen years old discussing the time they get up, get dressed and
cleaned their teeth and if they have a real desire to communicate on a given topic, they may
naturally become disenggaged with the subject
Memang benar setiap manusia mahu mempelajari sesuatu dengan cepat. Sama seperti saya, saya
menginginkan daya kecepatan dalam menyelesaikan semua kerja kursus saya. Namun demikian,
apakah gunanya untuk mempercepatkan sesuatu jika kita tidak mendapat apa-apa faedah atau
pengajaran darinya? Oleh itu, saya mengaitkan keinginan saya ini dengan petikan tulisan tokoh
di atas. Sebagai seorang guru, saya seharusnya tidak memiliki perasaan ingin cepat dalam
menyempurnakan silabus-silabus yang harus dipelajari pada semester yang tertentu. Perkara
yang terpenting adalah melihat kebajikan anak-anak murid samada mereka mampu menguasai
kemahiran yang seharusnya mereka kuasai pada tempoh tertentu atau sebaliknya. Sememangnya
masa harus diurus dengan baik. Namun secara peribadi saya lebih mengutamakan pencapaian
pelajar terutamanya dalam perkembangan mereka dari segi bahasa dan komunikasi.
Oleh kerana pada zaman ini, manusia saling memerlukan antara satu dengan yang lain, maka
saya menyimpulkan bahawa masalah yang terbesar yang harus ditangani segera adalah masalah
bahasa dan komunikasi. Hal ini demikian kerana hanya melalui komunikasi dengan
menggunakan bahasa sebagai perantaraan, manusia dapat mencapai, meluahkan seterusnya
memiliki keinginan dan kepuasan dalam kehidupannya. Oleh itu, semua pihak haruslah
bekerjasama dalam menangani masalah ini. Jangan biarkan kaum sejagat manusia tercari-cari
arah kehidupan mereka hanya disebabkan masalah bahasa dan komunikasi yang mereka hadapi.

Anda mungkin juga menyukai