Anda di halaman 1dari 5

Rokok merupakan silinder dari kertas berukuran panjang

antara 70 hingga 120 mm(variasi bergantung kepada negara)


dengan diameter sekitar 10 mm yang berisi daun-
daun tembakau yang telah dicincang. Rokok dibakar pada salah
satu hujungnya dan dibiarkan membara supaya asapnya dapat
disedut melalui mulut pada hujung yang lain.
Terdapat dua jenis rokok, iaitu rokok yang bertapis dan tidak
bertapis. Rokok yang bertapis dibuat daripada
bahan busa serabut sintetik yang berfungsi untuk
menyaring nikotin.
Rokok biasanya dijual dalam bungkusan berbentuk kotak atau
kemasan kertas yang dapat dimasukkan dengan mudah ke
dalam kantung. Kebelakangan ini, bungkusan-bungkusan
tersebut juga umumnya disertai dengan pesanan kesihatan
yang memperingatkan perokok akan bahaya kesihatan akibat
merokok, misalnya kanser paru-paru atau serangan jantung.
Manusia terawal di dunia yang merokok adalah suku bangsa
India di Amerika. Mereka merokok untuk memuja dewa atau
roh. Pada abad 16, ketika bangsa Eropah menemukan benua
Amerika, sebahagian dari para penjelajah Eropah terikut untuk
menghisap rokok dan kemudian membawa tembakau ke Eropah.
Kemudian kebiasaan merokok mulai muncul di kalangan
bangsawan Eropah. Berbeza dengan bangsa India yang merokok
untuk keperluan pemujaan, orang Eropah merokok hanya untuk
kesenangan semata-mata. Pada abad ke-17 para pedagang
Sepanyol membawa masuk rokok ke Turki dan mulai saat itu, ia
terus menular ke negara-negara Islam.
Ini adalah beberapa bahan kimia yang terkandung
di dalam rokok: Nikotin, kandungan yang menyebabkan
perokok merasa tenang. Tar, yang terdiri daripada lebih
daripada 4000 bahan kimia yang mana 60 bahan kimia di
antaranya bersifat karsinogen. Sianida, sebatian kimia
yang mengandungi kumpulan cyano. Benzene, juga
dikenali sebagai bensol, bahan kimia organik yang mudah
terbakar dan tidak berwarna. Cadmium, logam yang
sangat beracun dan radioaktif. Metanol (alkohol kayu),
alkohol yang paling mudah yang juga dikenali sebagai
metil alkohol. Asetilena, merupakan sebatian kimia tak
tepu yang juga merupakan hidrokarbon alkuna yang
paling sederhana. Amonia, boleh ditemui di mana-mana,
tetapi sangat beracun dalam kombinasi dengan unsur-
unsur tertentu. Formaldehid, cecair yang sangat
beracun yang digunakan untuk mengawetkan mayat.
Hidrogen sianida, racun yang digunakan sebagai fumigan
untuk membunuh semut. Zat ini juga digunakan sebagai
bahan pembuat plastik dan racun perosak. Arsenik,
bahan yang terdapat dalam racun tikus. Karbon
monoksida, bahan kimia toksik yang ditemui dalam asap
buangan kereta.
Pengguna utama rokok pada 1998[3]

Populasi Penggunaan rokok Penggunaan rokok


Negara
(juta) (bilion) (per kapita)

China 1248 1643 1320

Amerika Syarikat 270 451 1670

Jepun 126 328 2600

Rusia 146 258 1760

Indonesia 200 215 1070


Pengguna utama rokok pada 1998[3]

Populasi Penggunaan rokok Penggunaan rokok


Negara
(juta) (bilion) (per kapita)

China 1248 1643 1320

Amerika Syarikat 270 451 1670

Jepun 126 328 2600

Rusia 146 258 1760

Indonesia 200 215 1070


g

Anda mungkin juga menyukai