Anda di halaman 1dari 1

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT RIMAU

NO 11 PERSIARAN SG SELANGOR
SEKSYEN 32, 40460 SHAH ALAM
SELANGOR DARUL EHSAN TEL/FAX : 03- 5122 4148

Ruj. Tuan :
Ruj. Kami : Bil ( ) Dlm UBK 03/02/003
Tarikh : 24 Oktober 2016

En Ahmad Ridzaki Bin Mohd Zainol


Guru Cemerlang Pendidikan Islam
SK Kg Idaman
Jalan Idaman 17
42000 Pelabuhan Klang
Selangor

Melalui,

Guru Besar
SK Kg Idaman
Jalan Idaman 17
42000 Pelabuhan Klang
Selangor

Tuan,

JEMPUTAN SEBAGAI PENCERAMAH PERKEMBANGAN AWAL REMAJA

Perkara di atas dirujuki.

2. Adalah dimaklumkan bahawa Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama


guru- guru Tahun 6 akan mengadakan Ceramah Perkembangan Awal Remaja pada;

Tarikh : 24 Oktober 2016


Hari : Isnin
Masa : 8.00 pagi 9.30 pagi
Tempat: Dewan Sri Rimau
SK Bukit Rimau

3. Sehubungan itu, kami berbesar hati untuk menjemput tuan menyampaikan ceramah
dalam program tersebut. Tajuk yang dicadangkan ialah Persediaan Mental, Fizikal dan
Rohani Bagi Menghadapi Alam Remaja.

4. Semoga dengan penyertaan pihak tuan dapat melancarkan lagi perjalanan program
ini. Kerjasama daripada pihak tuan kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

...........................................

Anda mungkin juga menyukai