Anda di halaman 1dari 4

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUNKU ISMAIL

08000 SUNGAI PETANI, KEDAH.

KERTAS KERJA

KURSUS KEPIMPINAN KOKURIKULUM


TAHUN 2017

TARIKH :
11, 12 & 13 JULAI 2017

TEMPAT :
PUSAT KOKURIKULUM NEGERI KEDAH
KEM SINGKIR

DISEDIAKAN OLEH:

AIZA SALWA BT ALWI


SETIAUSAHA KOKURIKULUM

0
1.0 TAJUK KERTAS KERJA
KURSUS KEPIMPINAN KOKURIKULUM
TARIKH : 25 Januari 2017 (Rabu)
TEMPAT : Bilik Wawasan
MASA : 2.30 pm 5.00 pm

2.0 PENDAHULUAN
Barisan kepimpinan unit beruniform , kelab persatuan dan sukan permainan sekolah adalah
para pelajar yang terpilih yang diberikan tanggungjawab untuk membantu pihak sekolah,
terutamanya dalam hal meningkatkan pencapaian kokurikulum para pelajar ke tahap yang lebih baik.
Pelajar tersebut memerlukan keyakinan diri untuk bertugas dengan penuh dedikasi dan
berketrampilan. Bagi merealisasikannya mereka memerlukan bimbingan dan panduan.
Untuk mencapai tahap keyakinan diri dan kelicinan tugas barisan kepimpinan ini
memerlukan bantuan pihak guru atau pihak sekolah untuk memberi motivasi dan tunjuk ajar kepada
mereka. Pengerusi dan Setiausaha unit beruniform , kelab persatuan dan sukan permainan juga perlu
mengetahui dengan jelas bidang tugas mereka serta mengetahui perkembangan bidang kokurikulum.
Percambahan fikiran dan minda adalah salah satu cara yang dapat memantapkan keyakinan terhadap
tugas mereka . Maka atas dasar dan tujuan tersebut kursus kepimpinan ini sangat sesuai dilaksanakan.

3.0 RASIONAL
Di dalam sesebuah organisasi, Pengerusi dan Setiausaha memainkan peranan penting untuk
menggerakkan jentera organisasi tersebut. Tanpa ilmu dan keyakinan diri, pelajar tidak akan dapat
menjalankan peranan mereka dengan berkesan. Melalui kursus ini pelajar yang dilantik memegang
jawatan akan mampu melaksanakan tanggungjawab mereka dan bersama-sama membantu
perkembangan kokurikulum di sekolah.

4.0 MATLAMAT
Untuk memastikan para pelajar terlibat mempunyai pengetahuan dan kemahiran
mengenai gaya kepimpinan dan pengurusan sesebuah organisasi dan mempraktikkannya.
5.0 OBJEKTIF

5.1 Mengenal diri sendiri sebagai seorang pemimpin dan mengenali kawan-kawan.

5.2 Memanfaatkan persahabatan untuk menambahkan ilmu pengetahuan.

5.3 Mewujudkan kumpulan pemimpin yang bekerja di dalam satu pasukan.

5.4 Meyakinkan diri sendiri, khususnya apabila bercakap di hadapan khalayak.

5.5 Memahami tugas yang diamanahkan dan bertindak secara bijak.

6.0 JAWATANKUASA
Penasihat : En. Ramli b Abdullah
Pengerusi : En. Zahari b Zakaria
Setiausaha : Pn. Aiza Salwa bt Alwi
Penyelaras (Unit Beruniform) : Pn. Mazlifah bt Ahmad
Penyelaras ( Sukan & Permainan) : En Saw Kean Tat
Penyelaras ( Kelab & Persatuan) : Pn Zuliati bt Kassim

Ahli-ahli Jawatankuasa:

1
6.1 Persiapan tempat dan siaraya
Ym Raja Badiozaman b Raja Samat

6.2 Sijil & Cenderahati


Pn Mazlina bt Redzuan

6.3 Makanan & Minuman


Pn. Azmarya bt Azhar
Cik Nurul Farhana bt Basri

6.4 Urusetia dan Pendaftaran


Ustazah Nuraini bt Mahmud

6.5 Jurufoto dan dokumentasi


Pn Shakinah bt Ishak

6.6 Juruacara dan Disiplin peserta


Pn Siti Salwa bt Ahmad Suhaimi

7.0 KUMPULAN SASARAN


Pengerusi, Naib Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari Unit Uniform, Kelab Persatuan, Sukan
Permainan SMK Tunku Ismail tahun 2017.

8.0 TENTATIF PROGRAM

Masa Aturcara
1.50 2.00 pm Pendaftaran
2.00 2.30 pm Makan & Solat
2.30 3.00 pm Taklimat / Ice Breaking
- Zahari Zakaria
3.30 4.30 pm Ceramah : Konsep Kepimpinan
- Pengurusan buku laporan
- Kehadiran
- Papan Kenyataan
- Aiza Salwa Alwi
4.30 5.00 pm Senarai Cadangan Aktiviti 12 Kali
perjumpaan 2017
- Saw Kean Tat
- Mazlifah bt Ahmad
- Zuliati bt Kasim
5.00 5.30 pm Majlis Penutup
Bersurai

9.0 CADANGAN PERUNTUKAN KEWANGAN


Perbelanjaan :

2
Perkara Jumlah Sumber
Makan & Minum Peserta RM 480 Wang Kokurikulum (Sahsiah)
RM 3.00 x 160 Peserta
Fail : RM1.00 x 160 RM 160
Fotografi , Dokumentasi , Bahan Edaran dan Sijil RM 100
JUMLAH RM 740

10.0 INSTRUMEN PENILAIAN


12.1 Surat Tawaran kepada Pengerusi dan Setiausaha
12.2 Borang Jawapan Kehadiran
12.3 Borang Kehadiran Peserta
12.4 Borang Post Mortem.

11.0 PENUTUP
Adalah diharapkan di akhir kursus ini para peserta akan dapat menjalankan tugas dan
tanggung jawab mereka sebagai pemimpin kecil di sekolah dan dapat menjana perubahan ke arah
kecemerlangan di dalam kelab, persatuan dan unit beruniform masing-masing. Kursus ini akan
dapat menyemai dan menanam sikap kepimpinan kepada para pelajar serta mengetahui dan
membudayakan nilai-nilai kepimpinan dengan berkesan untuk mencapai kecemerlangan diri
dan sekolah.
Program ini juga diharapkan dapat melahirkan pemimpin yang berkebolehan dan
akhirnya mampu menjana dan membentuk barisan kepimpinan unit uniform, kelab dan
persatuan, sukan dan permainan pelajar yang berfikiran positif, kreatif, kritis dan proaktif.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

. .
(AIZA SALWA BT ALWI) (ZAHARI B ZAKARIA)
Setiausaha Kokurikulm SMKTI PK Kokurikulum SMKTI

Diluluskan oleh,

..
(RAMLI B ABDULLAH)
PK PENTADBIRAN SMKTI