Anda di halaman 1dari 1

Gambar rajah di sebelah menunjukkan tentang

perkhidmatan cuci kereta secara automatik. Terdapat


beberapa langkah perkhidmatan cuci kereta automatik.

Antaranya, kereta akan disembur dengan air untuk


menyingkirkan kotoran. Seterusnya, badan kereta akan
dicuci dengan menggunakan syampu kereta. Selepas itu,
pergerakan kereta akan dikawal secara automatik ketika
di dalam mesin. Oleh itu, kereta tidak perlu dikawal oleh
pemandu. Selain itu, kereta akan dicuci oleh berus
automatik di kiri dan di kanan mesin. Dengan itu, kereta
dicuci dengan lebih terperinci dan bersih. Di samping itu,
kereta yang siap dicuci akan bergerak melepasi
penghadang. Akhir sekali, kereta yang selesai dicuci akan
dilap kering oleh pekerja supaya kereta lebih berkilat.

Kesimpulannya, perkhidmatan cuci kereta secara


automatik sangat berfaedah kerana dapat menjimatkan
masa, wang dan lebih bersih.

Anda mungkin juga menyukai