Anda di halaman 1dari 12

Lesen dan Peraturan

Keberkatan ilmu daripada e-majalah ini akan tercemar, jika e-majalah ini
disebarkan dengan mengaut untung tanpa keizinan penulis.

[Boleh] mempraktikkan segala teknik yang diajar

[Boleh] diberikan percuma tanpa perlu minta keizinan saya

[Tidak Boleh] menjadikannya bonus bagi produk anda

[Tidak Boleh] mengubah sebarang isi kandungan dengan apa jua cara

[Tidak Boleh] mengaku ia produk anda sendiri

[Tidak Boleh] menjualnya di mana sahaja sama ada di laman web, blog, web
lelong atau seumpamanya

Segala ilmu dalam e-majalah ini hanya halal untuk perkara positif yang
membawa kepada saham Akhirat untuk ke syurga sahaja. Ia adalah kerana,
segala kandungan e-majalah ini berada di bawah tanggungjawab penerbit Siri
Fotografi Cara Pro.

Sebarang kemudaratan atas ketidakpatuhan anda terhadap peraturan dan lesen


ini, ADALAH PENGAJARAN untuk anda!!
Gambar TERBAIK dengan Speedlight!!

Speedlight atau Flash adalah salah satu peralatan tambahan bagi sesebuah
kamera DSLR atau kamera compact. Untuk makluman, penggunaan speedlight
adalah kategori kemahiran yang tinggi. Ramai yang tidak menyedari bahawa,
speedlight dikawal oleh exposure yang berbeza dari exposure pada bacaan
metering DSLR anda.

Pemahaman dan imaginasi yang tinggi penting untuk memahami kemahiran ini.
Penghasilan gambar terbaik dengan menggunakan speedlight adalah satu
perkara yang subjective, namun bagi pendapat saya, SHOOT AS NATURAL AS
POSSIBLE adalah yang terbaik.

Maka anda perlu tahu menggunakan setting 100% manual dan menggunakan
teknik bounds.

Mengapa perlukan setting manual?? Ini adalah kerana setting TTL (Through the
Lens) adalah bacaan yang sangat tidak tepat. DSLR anda adalah peralatan yang
tidak tahu apa-apa, anda sahaja yang tahu reality sebenar lokasi pergambaran.

Jadi anda haruslah menetapkan setting Shutter Speed (<1/200 sec), ISO (100-
6400) dan aperture (F1.2 5.6). Hanya dengan cara ini sahaja anda boleh
mengawal kedua-dua body dslr dan speedlight dengan baik.

Yang wajib anda tahu dan sedar, speedlight tidak akan dirakam oleh DSLR anda
jika shutter speed anda lebih dari 1/200 sec. namun jika anda ada peralatan
support high speed synchronisation, maka ia tidak akan jadi masalah besar.
Bagi memudahkan anda mencari setting yang sesuai, setting body terlebih
dahulu dengan setting yang paling anda rasa sesuai dengan keperluan semasa.
Kemudian barulah setting speedlight anda untuk fill sahaja pada subject.

Gambar nampak seperti diterangi oleh lampu rumah sahaja.


4 Kesalahan semasa Shoot Portrait

Portrait adalah perkara biasa yang dilakukan oleh seorang jurugambar.


Terutamanya mereka yang terlibat secara aktif dalam bidang jurugambar
perkahwinan, street dan travel. Namun sedar atau tidak, ramai yang sering
melakukan kesilapan ini semasa shoot.

Kesalahan #1: Elak perkara


yang mencacatkan gambar.
Gambar yang telah dishoot
cantik, tapi banyak sampah.

Kesalahan #2: Berhati-hati


dengan garis lurus. Garis lurus
ini boleh jadi kabel, tiang atau
tali. Kehadiran item ini
kadangkala menjadi gangguan
kepada komposisi dan
menjadikan gambar anda
terganggu.

Kesalahan #3: Garisan ufuk


bumi yang condong. Ini sering
terjadi kepada mereka yang
shoot berhampiran lombong,
tasik, sungai dan laut. Jika anda
shoot dengan garisan ufuk
bumi yang condong, ini akan
membuatkan air tersebut
nampak seperti mahu tumpah.
Kesalahan #4: Memotong bahagian subjek/orang
sehingga nampak cacat. Jangan sesekali crop
subjek/orang anda pada bahagian yang
menampakkan ia tidak sempurna atau cacat.
5 Cara Hasilkan Gambar yang SHARP

Gambar yang tidak sharp adalah masalah umum yang harus anda berikan
perhatian. Dalam kes ini, saya boleh senaraikan beberapa cara untuk mengatasi
masalah ini.

Cara #1: Gunakan tripod. Bagi yang ada IS atau VR, anda harus tahu perkara ini!
Bukan semua lens boleh janjikan gambar anda sharp walaupun ada tripod. Ini
kerana, ada lens yang menggunakan teknologi lama dimana ia tidak boleh detect
kehadiran tripod. Kelemahan ini menyebabkan lens tersebut gila nak
stabilkankan lens dan akhirnya gambar terhasil blur.

Cara #2: Pastikan anda menggunakan DOF yang cukup. Sebenarnya untuk
gambar wildlife dan micro, aperture yang besar adalah lebih baik, biasanya
penggiat fotografi ini menggemari F8-16

Cara #3: Peggunaan LIVE VIEW juga adalah cara yang bagus untuk dapatkan
gambar yang sharp. Setiap inch gambar anda dapat lihat dengan jelas.

Cara #4: Aktifkan fungsi Mirror Lock Up. Mirror ini adalah adalah mekanikal yang
bergerak dalam body DSLR. Mekanisma yang bergerak ini adalah punca gambar
jadi tidak sharp. Ini perlu rujuk manual masing-masing ye.

Cara 5#: Susah sangat balun shutter speed kawww laju. Pilih yang sesuai ye.
Kalau guna lens 400mm, shutter speed paling rendah ialah 1/400 saat.

Sebagai makluman tambahan

Jika nak gunakan tripod, kita perlu tahu apa cara memilih tripod yang betul.
Sebelum memilih tripod, [[firstname]] perlu tahu (1) Beban Maxima yang boleh
ditanggung, (2) Tinggi Tripod dan (3) Jenis Kepala - Pan Tilt Head atau Ball Head

Perbezaan antara Pan Tilt Head atau Ball Head ialah dari segi kawalan.
Pan Tilt Head dikawal oleh 2 lock berbeza iaitu horizontal dan vertical. Tetapi
Ball Head dikawal dengan lock yang sama.

Miskipun kawalan Pan Tilt Head adalah berbeza, namun Ball Head lebih kukuh
dan stabil semasa shoot disamping angle yang lebih flexible. Cuma semasa
menetapkan posisinya, Ball Head lebih sukar berbanding Pan Tilt Head.
3 Cara Mengasah Komposisi

Komposisi adalah perkara yang sangat penting kepada jurugambar.


Sememangnya perkara ini juga bukan mudah untuk anda kuasai. Jadi saya
dedahkan beberapa cara untuk anda kuasai kecekapan anda untuk mencari
komposisi.

Cara #1: Menggunakan 1 Lens Sahaja. Dengan cara ini anda akan dapat merasai
kesan dan perbezaan kepada gambar hasil dari lens tersebut. Sebagai contoh,
lens dengan focus length berbeza akan memberikan komposisi yang sangat
berbeza. Explore perkara ini dalam masa 30 hari.

Cara #2: Belajar Dari Gambar Hitam & Putih (Black & White). Cara ini adalah cara
yang buat anda cepat belajar. Cakap memang mudah, tetapi jika anda shoot
dalam mode B&W anda akan dapat kesan angle anda, komposisi anda, subject
anda dan sharp anda ada masalah. Ini kerana, warna mempengaruhi komposisi
sekeping gambar, jika gambar anda senget, nampak lebih jelas senget bila
gambar tersebut shoot B&W.
Cara #3: Cari Ruangan Negatif. Kaedah ini adalah cara selamat untuk hasilkan
komposisi yang baik. Cari ruang negative ini juga boleh saya definasikan sebagai
contrast. Cari perbezaan dalam kebanyakan. Komposisi anda akan jadi mantop.
Sekiranya anda ada kemuskilan jangan malu untuk bertanya kepada saya. Email
soalan anda kepada saya di kembaraindahphotographer@gmail.com. Soalan-
soalan anda akan saya jawap sebaik mungkin. UNTUK MELANGGAN E-MAJALAH
INI SECARA PERCUMA SILA BERDAFTAR DI SINI KLIK SINI
Biografi Penulis

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Pertama sekali saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana telah melanggan ebook majalah (e-majalah)
saya. E-majalah ini dihasilkan sebagai perkongsian percuma dari Siri Fotografi Cara Pro yang akan diterbitkan
setiap minggu INSYALLAH. Penulisan e-majalah ini bertumpu kepada DSLR dan Fotografi. E-majalah ini adalah
panduan semata-mata dan bukanlah satu kewajipan untuk mengikutinya 100%, malah hak memilih tetap di
tangan anda. Saya sekadar berkongsi cerita dan pengalaman sahaja. Diharapkan e-majalah ini memberi
manfaat kepada semua.

Selamat membaca,

Ikhlas, Terima kasih kerana telah mendownload dari


www.sirifotograficarapro.com

Jika ingin memberikan cadangan dan penambahbaikan

Sila emel terus kepada zulhilmiharman@yahoo.com.my


atau kembaraindahphotographer@gmail.com

Zulhilmi Harman

Pengasas Kembara Indah Photographer

kembaraindahphotographer@gmail.com Hak Cipta Terpelihara Kembara Indah Niaga 2015

http://www.sirifotograficarapro.com/
http://www.kembaraindahphotographer.com/

Anda mungkin juga menyukai