Anda di halaman 1dari 1

Apakah itu Sebuah Cetakan Asli

Terdapat lima definisi cetakan asli yang telah dipersetujui oleh Kongress Ketiga artis-artis
Antarabangsa yang diadakan di Viena pada september 1960. Kelima-lima definisi itu adalah :
I. Hak ekslusif seseorang artis seni cetak untuk menulis nombor-nombor tertentu di
atas karya-karya seni cetaknya dari teknik-teknik seperti turisan, litografi dan lain-lain lagi.
II. Hasil-hasil karya cetakan-cetakan yang dihasilkan oleh artis boleh ditentukan progresnya
melalui istilah-istilah seperti "First State" atau "Second state" dan lain-lain. Sementara istilah
"artist proof" pula selalunya dihadkan kepada 10 peratus dari jumlah keseluruhan edisi dan
tiap-tiap satunya perlu tandakan dengan nombor. Jumlah artist proof pula tidak usah
dicampurkan kepada edisi.
III. Untuk menentukan tiap-tiap karya cetakan sebagai sebuah cetakan asli bukan sahaja
tandatangan artis perlu diturunkan tetapi karya-karya itu mesti ditandatangan dengan jumlah
kesemua edisi dan juga nombor siri cetakan-cetakan itu.
IV. Pembantu-pembantu yang menolong artis mencetak boleh juga meletakkan
tandatangannya di atas karya cetakan yang dihasilkan.
V. Selepas sahaja sesebuah edisi, tiap-tiap plat, batu, blok kayu atau apa-apa jenis bahan
yang digunakan perlulah ditanda atau diguris dengan jelas untuk menandakan edisi cetakan
telah selesai.

Prinsip-prinsip yang disebutkan tadi adalah untuk memastikan karya-karya seni cetak sebagai
hasil cetakan asli. Dalam kata lain juga, cetakan yang dianggap cetakan asli apabila artis
sendiri yang menyediakan plat-plat asal, mengukir sendiri blok kayu, melukis di atas batu dan
lain-lain.
Oleh itu, hasil-hasil karya yang tidak tergolong di dalam kondisi tadi haruslah dianggap
sebagai sebuah "reproduksi". Bagi reproduksi pula tiada apa peraturan yang diberatkan.
Walaubagaimanapun sesebuah reproduksi boleh dianggap sebagai sebuah cetakan asli jika
kualiti reproduksi yang dihasilkan sangat tinggi mutunya sehingga artis itu sendiri memberi
persetujuan keatas cetakan dan menurunkan tandatangannya.

Cetakan-cetakan yang tidak boleh dianggap sebagai cetakan asli adalah seperti berikut

I. Pencetakan sebuah karya yang dibuat dengan proses "photo-mechanical" walaupun dalam
edisi yang dibatasi dan mempunyai tandatangan artist yang empunya karya.
II. Cetakan yang boleh dianggap menciplak dan meniru hasil karya seni dan kemudian
dicetak.
Untuk memulakan cetakan, perlu mewujudkan komposisi (lukisan) pada suatu permukaan
yang lain dan pemindahan karya berlaku apabila sehelai kertas, kain atau bahan lain
diletakkan (dilekatkan) pada permukaan media ini. Cetakan mempunyai keistimewaan
tersendiri kerana ia dapat menghasilkan beberapa keeping hasilan atau edisi. Semua edisi
cetakan dianggap asli.
Cetakan juga merupakan kesan daripada gubahan yang dihasilkan oleh pelukis pada
permukaan blok atau plat. Untuk menghasilkan cetakan, biasanya permukaan blok diukir atau
diguris sehingga imej terbentuk pada blok atau plat tersebut sebelum dapat dipindahkan ke
atas kertas, kain atau bahan lain. Blok yang sama dapat menghasilkan beberapa keping
karya yang serupa. Cetakan yang berulang kali ini disebut edisi/ siri. Cetakan juga
merupakan proses menghasilkan karya atau imej yang sama berulang kali. Dalam aktiviti ini,
semua karya cetakan dalam sesuatu edisi dianggap karya asli.

Anda mungkin juga menyukai