Anda di halaman 1dari 1

TIPS PENJAGAAN IKAN HIASAN

Jangan memberi terlampau banyak makanan kepada ikan hiasan anda.


Lebihan makanan akan membuatkan air akuarium anda cepat busuk dan
kotor.

Pastikan air akuarium selalu bersih dan selalu ditukar. Selalu ditukar bukan
bermaksud anda perlu menukar air seminggu sekali tetapi anda secara
semulajadi akan dapat mengagak bilakah masa yang sesuai untuk
menukar air akuarium itu. Sebagai tambahan, tidak perlu membuang 100%
air yang asal (70% sudah memadai) kerana ikan-ikan tidak hidup di dalam
air yang tersangat bersih dan kita cuba mewujudkan keadaan semulajadi
bagi ikan-ikan ini.

Pastikan pam selalu berfungsi dengan baik untuk menapis sebarang


kekotoran.

Span penapis air juga perlu selalu dibersihkan. Ini boleh dilakukan
seminggu sekali kerana span penapis ini berfungsi sepanjang masa untuk
menapis kekotoran.

Pastikan anda mengasihi ikan-ikan hiasan ini kerana mereka juga makhluk
bernyawa seperti kita.

Anda mungkin juga menyukai