Anda di halaman 1dari 35

KOLEJ VOKASIONAL TENGKU AMPUAN, 28700 BENTONG,

PAHANG

KERTAS KERJA CADANGAN


KURSUS PENGURUSAN JENAZAH

TARIKH:

9 SEPTEMBER 2017

HARI:

SABTU

TEMPAT:

DEWAN BESAR KVTAA


SURAU KEBENARAN SOLAT JUMAAT KVTAA

MASA:

8.00 PAGI 4.00 PETANG

ANJURAN:

PANITIA PENDIDIKAN ISLAM KVTAA


DENGAN KERJASAMA
JABATAN AGAMA ISLAM PAHANG
CAWANGAN BENTONG

UMMAH BERSATU ISLAM TERBILANG


KURSUS PENGURUSAN JENAZAH
ANJURAN
UNIT PENDIDIKAN ISLAM & BINA INSAN
DENGAN KERJASAMA
PEJABAT AGAMA ISLAM PAHANG DAERAH BENTONG

MUKADDIMAH

Pengurusan Jenazah merupakan tuntutan fardhu kifayah terhadap setiap muslim


kepada muslim yang lain. Memahami konsep dan amali dalam menguruskan jenazah
memerlukan ilmu pengetahuan dan kemahiran tertentu. Kursus Pengurusan Jenazah ini
merupakan program yang dirancang oleh Unit Pendidikan Islam Dan Bina Insan KVTAA
dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Pahang Cawangan Bentong bagi memenuhi
keperluan pembelajaran di luar kelas. Usaha ini juga diharapkan dapat membantu para
pelajar memahami cara pengurusan jenazah sebagai salah satu tanggungjawab sebagai
muslim.
Program ini juga sebagai satu cara untuk menambah kefahaman dan panduan ke
arah melahirkan masyarakat yang mendalami ilmu agama dan dapat melaksanakan
tuntutan agama dalam kehidupan mereka.

OBJEKTIF

1. Mendedahkan kepada semua pelajar tentang kepentingan mengetahui cara


pengurusan jenazah
2. Memenuhi tuntutan fardhu kifayah dalam menjalani kehidupan seharian.
3. Membiasakan para pelajar dengan aktiviti bersifat praktikal supaya lebih
mendapat pemahaman yang mendalam dalam pengurusan jenazah.
RASIONAL

Tujuan diadakan kursus Pengurusan Jenazah ini adalah sebagai salah satu alternatif yang
baik untuk mendedahkan para pelajar bagaimana pengurusan jenazah yang betul .

TARIKH

9 SEPTEMBER 2017 ( SABTU)

TEMPAT

DEWAN GEMILANG KVTAA


SURAU KEBENARAN SOLAT JUMAAT KVTAA

MASA

8.00 PAGI - 4.00 PETANG

ANJURAN

Unit Pendidikan Islam Dan Bina Insan KVTAA


Dengan kerjasama
Pejabat Agama Islam Pahang Cawangan Bentong.

SASARAN

Semua Pelajar Tahun 2 DVM


PELAKSANAAN PROGRAM & ATURCARA PROGRAM

Rujuk Lampiran 1

AHLI JAWATANKUASA PROGRAM

Rujuk Lampiran 2

KEWANGAN

Rujuk Lampiran 3

PENUTUP

Kursus ini merupakan kursus yang penting untuk para pelajar kerana ia merupakan satu
amali praktikal yang penting sebagai persediaan kepada mereka .Semoga program ini
mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T.

Disediakan oleh,

(USTAZ MOHD AZUAN BIN MOHAMAD ALIAS)


Penyelaras Amali Sembelihan 2017,
Kolej Vokasional Tengku Ampuan Afzan,
Bentong , Pahang.

Diluluskan,

( EN. ANUAR BIN M. LELA )


Pengarah,
Kolej Vokasional Tengku Ampuan Afzan,
Bentong , Pahang
LAMPIRAN 1

ATURCARA PROGRAM

8.00 - 8.30 pagi - Pendaftaran peserta.

8.30 - 10. 00 pagi - Ceramah teori pengurusan jenazah.

10.00 10.15 pagi - Minum Pagi

10.15 - 1.00 petang - Demonstrasi Memandikan Mayat

- Demonstrasi Mengapankan Mayat

- Demonstrasi Solat Jenazah

1.00 petang 2.00 petang - Solat Zohor dan Makan Tengahari

2.00 petang 3.30 petang - Sambungan Demonstrasi

3.30 petang 4.00 petang - Soal jawab dan kuiz

4.00 petang - Majlis Berakhir


LAMPIRAN 2

AHLI JAWATANKUASA PROGRAM

Penaung : En. Anuar Bin M. Lela

Penasihat I: En Othman Bin Che Ramli

Penasihat II: En Jamil Bin Mohamad

Penasihat III: En Rezwan Bin Tasiman

Ex-Officio : Ustaz Mohd Zubir Bin Chik

Penyelaras Program : Ustaz Mohd Azuan Bin Mohamad Alias

Setiausaha : Puan Siti Salmiah Bt Shabudin

JK Peralatan 1) Menyediakan peralatan yang diperlukan untuk


En. Mohd Fazrul Bin Mohd Nazeri praktikal mandi, kapan dan solat mayat seperti set
kapan, cangkul dan lain-lain yang dirasakan perlu.
JK Persiapan Tempat 1) Memastikan tempat program berada dalam keadaan
En. Luqman Bin Md Husin selamat dan bersih.
2)Menyediakan lubang kubur.
En. Mohd Izzat Bin Satar
3)Menyediakan tong sampah kosong
4) Menyediakan tempat untuk memandikan mayat.
JK Makanan 1) Menyediakan minuman dan makanan ringan bagi
Ustaz Mohd Moktazar Bin Razali jemputan dan AJK.
Wakil MPP Lelaki 3 orang

JK Dokumentasi 1) Mengambil gambar dan video sepanjang


En. Khairil Ikhwan Bin Abdul Kadir program berlangsung.
2 orang pelajar KSK Tahun 2 DVM
JK Saguhati dan Sijil 1) Menyediakan saguhati untuk penceramah dan
pendemonstrasi.
En. Mohd Faizul Bin Harun
2) Menyediakan sijil untuk AJK pelaksana.
LAMPIRAN 3

ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PENDAPATAN JUMLAH PERBELANJAAN JUMLAH


1. Duit Kegiatan Agama RM 1000.00 Bahan Modul RM 2.00 X 200 Set RM 400.00
Islam

2. Air Mineral 20 kotak x RM 10.00 RM 200.00


3. Roti 200 bungkus x RM 1.10 RM 220.00
4. Hadiah Pelajar
Johan X 2 kumpulan RM 80.00
Naib Johan X 2 kumpulan RM 60.00
Ketiga X 2 kumpulan RM 40.00

JUMLAH RM 1000.00 JUMLAH RM 1000.00


TARIKH : 6 MEI 2006

HARI :SABTU

MASA : 8.00 PAGI 12.00 TGH

TEMPAT : DEWAN SMKA(P) ALMASHOOR

ANJURAN
PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
SMKA (P) ALMASHOOR

Ustazah Azizah Bt Samsudin


KAFA Az-Zahrawan
Tmn Tun Dr Ismail
60000 Kuala Lumpur

UCAPAN TERIMA KASIH DAN PENGHARGAAN

Assalamualaikum w.b.t

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk:

2. Pihak sekolah ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak


ustazah kerana menerima jemputan penceramah bagi Kursus Jenazah yang telah
dianjurkan oleh pihak sekolah.

3. Segala kerjasama dari pihak ustazah amat kami hargai.

Sekian, terima kasih

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

HJH ZAINAB BT MD SAMAN


Pengetua
SMKA (P) AlMashoor
Pulau Pinang
/-asyik

TAJHIZ JENAZAH
Makluman: Bahan ini adalah terbitan Unit Ukhuwah Bahagian Dakwah Jabatan Hal
Ehwal Agama Islam Sabah dan diolah semula oleh panitia agama Islam
SMK untuk disesuaikan dalam kursus pengurusan jenazah yang
dianjurkan oleh pihak sekolah.

ISI KANDUNGAN

PERKARA HALAMAN

Kata Alu-aluan Pengarah Jabatan Hal Ehwal


iii
Agama Islam Negeri Sabah .......................................................
Kata Pengantar Ketua Penolong Pengarah Bahagian iv
Dakwah .......................................................
Mukaddimah 1
.......................................................
Perkara yang dilakukan semasa sakit 1
.......................................................
Perkara yang dilarang dilakukan semasa sakit 2
.......................................................
Melawat orang yang sakit dan hikmahnya 2
.......................................................
Apa yang perlu dilakukan ketika menghadapi
3
seseorang yang nazak .......................................................
Orang mati 4
.......................................................
Perkara yang dilarang dilakukan terhadap mayat 4
.......................................................
Fardhu Kifayah terhadap mayat 5
.......................................................
Syarat wajib mandi 5
.......................................................
Memandikan mayat 5
.......................................................
Persediaan dan keperluan untuk memandikan
5
jenazah .......................................................
Cara memandikan 5
.......................................................
Perkara yang disuruh sewaktu memandikan mayat 8
.......................................................
Perkara yang dilarang sewaktu memandikan mayat 8
.......................................................
Mengkafankan mayat 9
.......................................................
Perkara yang dilarang semasa menggunting kain
10
kafan .......................................................
Solat jenazah 10
.......................................................
Rukun solat jenazah 10
.......................................................
Cara solat jenazah 10
.......................................................
Perkara yang disuruh sewaktu melakukan solat
13
jenazah .......................................................
Perkara yang dilarang dilakukan semasa solat
13
jenazah .......................................................
Mengebumikan jenazah 13
.......................................................
Perkara yang disuruh dalam pengebumian jenazah 15
.......................................................
Perkara yang dilarang sewaktu pengebumian
15
jenazah .......................................................
Penutup (Khatimah) 15
.......................................................
Rujukan 16
.......................................................
KATA ALU-ALUAN

Saya bersyukur ke hadrat Ilahi, dengan inayah-Nya Buku Tajhiz Jenazah dapat
diterbitkan jua. Ini membuktikan bahawa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri
Sabah sentiasa mengambil berat perkembangan dan kemajuan saudara kita di
negeri Sabah.
Saya berharap agar buku ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya oleh
saudara-saudara kita. Semoga terpahat di hati sanubari mereka dengan akidah
dan pegangan agama yang kukuh sehingga memperoleh kejayaan dunia dan
akhirat.
Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada penulis, MUIS, Percetakan
Negeri Sabah serta mereka yang terlibat dalam penghasilan buku ini. Semoga
Allah meredhai segala amal baik yang kita lakukan. Amin.
Safar 1426
Mac 2005
Datuk Hj. Pg. Nohin Pg. Rauf
Pengarah
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah
KATA PENGANTAR
Saya bersyukur ke hadrat Allah S.W.T., kerana buku ini dapat diterbitkan untuk
dimanfaatkan oleh saudara kita di negeri Sabah. Buku ini diterbitkan bertujuan
mempertingkatkan kefahaman Islam saudara kita serta dapat melancarkan
perjalanan kelas-kelas Agama dengan lebih teratur mengikut tahap serta kokurikulum
yang telah disusun oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri
Sabah.
Saya berharap agar buku ini dapat digunakan dengan sebaik-baiknya supaya
objektif kita bagi melahirkan umat Islam yang cemerlang, beriman dan bertakwa
akan terlaksana hendaknya.
Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat di dalam
menerbitkan buku ini. Semoga usaha murni yang diberikan akan mendapat
ganjaran dari Allah S.W.T. hendaknya. Amin.
Safar 1426
Mac 2005
Ust. Baharudin Hj. Alwi
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah

1. MUKADDIMAH
Firman Allah S.W.T. dalam Surah Ali-Imran ayat 185 terjemahannya:

Tiap-tiap yang bernyawa akan merasakan mati, dan sesungguhnya pada hari Kiamat
sahajalah disempurnakan pahala mu. Barang siapa dijauhkan dari neraka dan
dimasukkan ke dalam syurga maka sesungguhnya ia telah beruntung. Kehidupan dunia
itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan

Firman Allah S.W.T. dalam Surah Al-Ambiya ayat 35 terjemahannya:

Tiap-tiap yang bernyawa itu akan merasai mati, Kami menguji kamu dengan keburukan
dan kebaikan sebagai cubaan dan kepada Kami kamu akan kembali

Kematian pasti akan berlaku ke atas diri masing-masing dan tidak ada pemberitahuan
sebelumnya, sama ada bersedia atau tidak untuk bekalan akhirat, apabila sudah sampai
masa dan saat mati tidak dapat dilambatkan dan dipercepatkan walau satu saat.

Firman Allah S.W.T. dalam Surah An-Nahl ayat 61 terjemahannya:

Apabila telah tiba waktu (yang ditentukan) bagi mereka, tidaklah mereka dapat
mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak (pula)mendahulukannya

2. PERKARA YANG DILAKUKAN SEMASA SAKIT

1. Berubat atau berjumpa doktor atau bomoh yang sesuai dengan syariat Islam.

Firman Allah S.W.T. dalam Surah Asy-Syuaro ayat 80 terjemahannya:

Dan apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkan aku

Hadis diriwayatkan dari Abu Daud dari Abu Darda bahawa Nabi S.A.W. bersabda:

Sesungguhnya Allah menurunkan penyakit dan ubat, dan menjadikan bagi setiap
penyakit ada ubat, maka berubatlah kamu, dan jangan berubat yang haram
2. Memperbanyakkan istighfar.

3. Sentiasa berzikir kalimat Laa ilaha Illallah.

4. Berwasiat.

5. Membaca Surah Yassin.

3. PERKARA YANG DILARANG DILAKUKAN SEMASA SAKIT

1. Berubat dengan benda-benda haram walaupun sedikit.

2. Berjumpa bomoh yang FASIK.

3. Tidak boleh bercakap bahawa doktor, bomoh dan alat lain penyebab penyembuh
penyakit.

4. MELAWAT ORANG SAKIT DAN HIKMAHNYA

Sakit adalah datangnya dari Allah. Penyakit yang ditimpa ke atas kita sebenarnya
mengandungi hikmah. Antaranya ialah:

1. Memberi kesedaran dan keinsafan kepada kita bahawa kita ini lemah dan tidak
mempunyai kuasa dan kekuatan untuk menyembuhkannya melainkan Allah.

2. Allah ingin menguji sejauh mana kesabaran kita menghadapi dugaan Allah.

3. Allah ingin mengampunkan dosa kita yang telah kita lakukan sama ada secara sedar
atau tidak.

Oleh itu, kita hendaklah sabar dan redha di atas dugaan yang telah diberikan Allah
kepada kita dan berusahalah mencari ubatnya sebab Nabi Muhammad pernah bersabda
yang bermaksud Tiap-tiap penyakit ada ubatnya kecuali mati.

Sabda Nabi Muhammad S.A.W.:


Daripada Ali ia berkata: Aku pernah mendengar Rasulullah S.A.W.: siapa yang
menziarahi saudaranya yang muslim, maka sentiasa ia jalan di kebun syurga sampai
duduk, apabila ia telah duduk, dinaungi rahmat, jika waktu pagi maka tujuh puluh ribu
malaikat akan mendoakan sampai petang, dan jika waktu petang maka tujuh puluh ribu
malaikat akan mendoakannya sampai pagi

(Diriwayatkan oleh Ibnu Majah)

5. APA YANG PERLU DILAKUKAN KETIKA MENGHADAPI SESEORANG


YANG DALAM KEADAAN NAZAK?

1. Perlu berada disisinya.

2. Mengajar dan memastikan mengucap kalimah tauhid iaitu :

Sewaktu si sakit masih sedar. Pastikan lidah si sakit menyebut kalimah tauhid
sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W. seperti berikut:

Dari Abu Said Al-Khudri r.a. berkata ia: Telah mendengar Rasulullah S.A.W.:
Ajarkanlah orang yang hampir meninggal dunia di kalangan kamu dengan kalimah
tauhid: LAA ILAAHA ILLALLAH

(Riwayat Muslim)

Daripada Muaz r.a. katanya: Rasulullah S.A.W. bersabda: Sesiapa yang mengakhiri
percakapannya sebelum ia meninggal dunia dengan kalimah LAA ILAHA ILLALLAH
masuk syurga

(H.R. Abu Daud dan Al-Hakim)

Manakala rakan-rakan lain membaca Al-Quran atau Surah Yassin:

Dari muqoli bin Yasar r.a. bahawa Nabi S.A.W. berkata: Bacakanlah Surah Yassin
kepada mayatmu (orang yang hampir mati)
(Riwayat Abu Daud dan Nasaai)

6. ORANG MATI

Apabila seseorang Islam telah mati, sunat dilakukan seperti berikut:

1. Hendaklah kita ucapkan:

2. Menutup kedua matanya dan serta meminta ampun kepada Allah keatas dosanya.

3. Menutupkan mulutnya, apabila tidak mahu tertutup, ambil kain ringan dan ikatkan.

4. Bersihkan qubul dan dubur supaya jangan tercium bau najis. Semua pakaiannya
hendaklah ditanggalkan dan tutup seluruh badannya dari kaki hingga ke kepala dengan
kain yang tidak begitu tebal.

5. Pindahkan atau letakkan ke tilam yang bersih.

6. Letakkan benda di atas pusat supaya boleh menahan perut daripada kembung. Jangan
diletakkan di atasnya Al-Quran atau Al-Hadis.

7. Bagi perempuan pakaikan telekung supaya tidak nampak rambut ketika orang
menziarahinya (buka). Kemudian tutup mayat dengan kain dari kepala hingga ke kaki.

8. Menghadapkannya ke arah kiblat iaitu menelentangkan kakinya ke arah kiblat dan


letak bantal di bawah kepalanya.

9. Meletakkan kedua-dua belah tangannya di atas dada seperti tangan semasa


sembahyang.

10. Menyegerakan mengurus jenazahnya seperti memandikan, mengkapankan,


mensolatkan dan mengebumikannya.

11. Menyegerakan membayar hutangnya.

12. Menunaikan wasiatnya.


7. PERKARA YANG DILARANG DILAKUKAN TERHADAP MAYAT

1. Meratapi mayat.

2. Meletakkan cermin, Al-Quran dan cincin di atas jenazah yang tidak ada faedahnya.

3. Menginaikan jenazah seperti pengantin.

4. Mengikat kaki iaitu ibu jari jenazah, walaupun tujuannya untuk merapatkan kaki
jenazah.

8. FARDHU KIFAYAH TERHADAP MAYAT

Apabila seorang Islam wafat/ meninggal, maka diwajibkan (fardhu kifayah) atas orang
Islam menyelenggarakan jenazah tersebut dengan melakukan empat perkara:

1. Memandikan.

2. Mengapani atau membungkusnya.

3. Mensolatkan.

4. Mengebumikan.

9. SYARAT WAJIB MANDI

1. Mayat orang Islam.

2. Ada didapati tubuhnya.

3. Mayat itu bukan mati syahid.

10. MEMANDIKAN MAYAT


Memandikan mayat ialah menyampaikan air mutlak (air suci lagi meyucikan)
keseluruhan tubuh badan mayat sehingga bersih daripada najis. Sunat hukumnya
menyiramkan tiga jenis air iaitu:

1. Air bidara atau air sabun.

2. Air mutlak.

3. Air yang bercampur dengan kapur barus.

11. PERSEDIAAN DAN KEPERLUAN UNTUK MEMANDIKAN JENAZAH

1. Sediakan tempat mandi (tempat yang mudah air jatuh/mengalir).

2. Air sabun atau air daun bidara.

3. Air bersih (air mutlak).

4. Air kapur barus.

5. Sarung tangan-4 unit (2 pasang)

6. Sedikit kapas.

7. Baldi serta gayung.

8. Kain panjang dan tuala.

12. CARA MEMANDIKAN

1. Jenazah ditelentangkan dan sunat berniat memandikan iaitu:-

a) Lafaz niat memandikan jenazah lelaki:


Sahaja aku memandikan jenazah (lelaki) kerana Allah Taala

b) Lafaz niat memandikan jenazah perempuan:

Sahaja aku memandikan jenazah (perempuan) kerana Allah Taala

2. Ratakan air sabun ke seluruh badan sambil gosok.

3. Ratakan air sabun dan gosok ke sebelah kanan mayat dari bahu hingga ke kaki.

4. Kemudian miringkan dan seterusnya ratakan air sabun dan gosok dari bahu hingga ke
kaki serta sunat membaca doa memohon ampun kepada Allah terhadap dosa jenazah:-

Memohon keampunan dari engkau Ya Allah dan kepada engkau tempat kembali

5. Setelah selesai sampai semua air sabun sebelah kanan kemudian berpindah sebelah
kiri mayat. Sampaikan air sabun dan gosok dari bahu hingga ke kaki.

6. Kemudian miringkan dan seterusnya ratakan air sabun dan gosok dari bahu hingga ke
kaki serta sunat membaca doa memohon ampun kepada Allah terhadap dosa jenazah:-

Memohon keampunan daripadaMu wahai pemurah Ya Tuhan kami kepadaMu jua


tempat kembali
7. Setelah selesai membasuh badan sebelah kiri, kemudian mayat ditelentangkan serta
ratakan air sabun dan gosok serta sunat membaca

Memohon keampunan-Mu Ya Allah yang amat mengasihani, Ya Allah kepada Mu jua


tempat kembali. Tiada Tuhan melainkan Allah Yang Maha Esa tidak ada sekutu bagi-
Nya, bagi-Nya jua kerajaan dan kemuliaan dan menghidupkan dan mematikan dan Ia
berkuasa di atas tiap-tiap sesuatu

8. Kemudian urut sedikit perutnya sambil gosok qubul dan duburnya sehingga tiada
najis keluar dari qubul dan duburnya atau orang yang memandikan merasa yakin
(dzon) akan kebersihan qubul dan dubur mayat itu daripada najis. Dan niat istinja
dengan air mutlak.

9. Kemudian sampaikan air mutlak ke seluruh tubuh badan mayat sebagaimana air
sabun.

10. Setelah mayat bersih daripada najis dan sudah yakin kebersihannya, barulah
diwudukan ke atas mayat itu.

a) Lafaz niat mewudukan jenazah lelaki:

Sahaja aku berniat mewudukan jenazah (lelaki) ini kerana Allah Taala

b) Lafaz niat mewudukan jenazah perempuan:


Sahaja aku berniat mewudukan jenazah (perempuan) ini kerana Allah Taala

11. Doa lepas diwudukan dalam Kitab Sahibul Muhtadin hal 68 iaitu:-

Bagi perempuan:-[ ]

12. Setelah selesai wudu kemudian sampaikan/siramkan air kapur barus tiga kali
sebelah kanan dari kepala hingga ke hujung kaki kemudian sebelah kiri mulai dari
hujung kepala hingga ke hujung kaki sebanyak tiga kali. Kemudian telentangkan
jenazah siram mulai dari kepala hingga ke hujung kaki sebanyak tiga kali.

Ertinya: Dari Ummi Athiyah r.a. berkata ia: Telah meninggal salah seorang anak
perempuan Rasulullah S.A.W. lalu ia datang kepada kami dan berkata:
Mandikanlah ia dengan sidir mengikut bilangan yang ganjil, hingga katanya Dan
jadikanlah di akhir mandinya air kafur atau sedikit daripada kafur

(Diriwayatkan oleh Bukhari)

13. Setelah selesai siraman air kapur barus kemudian jenazah di lap kering agar kain
kapan tidak basah.

13. PERKARA YANG DISURUH SEWAKTU MEMANDIKAN MAYAT

1. Menutup aurat jenazah.

2. Orang yang memandikan jenazah sunat dari keluarga yang terdekat dengan si mayat.

Hadis Rasulullah S.A.W.:

Dari Aisyah bersabda Rasulullah S.A.W.: Barang siapa memandikan mayat dan
dijaganya kepercayaan, dan tidak membuka (rahsia) sesuatu cacat pada si mayat kepada
orang lain, maka keluarlah ia dari segala dosa sebagaimana keadaannya sewaktu baru
dilahirkan dari ibunya. Sabda Nabi lagi: Hendaklah yang mengaturkannya keluarga
sendiri yang terdekat jika mereka dapat memandikan mayat. Tetapi jika tidak dapat,
maka siapa sahaja yang berhak, kerana waranya dan amanahnya

(H.R. Ahmad)

3. Orang yang memandikan mayat di bahagian aurat hendaklah memakai sarung


tangan.

4. Mendoakan jenazah agar dosanya diampunkan oleh Allah S.W.T.

5. Tempat mandi yang mudah jatuh air atau najis.

6. Tempat yang tidak terdedah kepada orang ramai.


14. PERKARA YANG DILARANG SEWAKTU MEMANDIKAN MAYAT

1. Membuka aurat jenazah.

2. Melihat aurat jenazah.

3. Membuat senaman kepada jenazah seperti memaksa meluruskan anggota badan


jenazah iaitu melembutkan kaki dan tangan mayat.

4. Menyentuh aurat jenazah dari pusat sampai ke lutut dengan tidak memakai sarung
tangan (alas tangan).

5. Menekan atau mengurut perut jenazah kuat-kuat.

6. Menggosok qubul dan dubur sampai melampaui batas.

7. Panggilan air sembilan hanya ada pada adat tidak pada Hadis dan Al-Quran.

8. Memakai air yang berlebihan.

9. Beramai-ramai memandikan jenazah.

10. Menyebarkan aib jenazah.

15. MENGKAFANKAN MAYAT

Mengkafani mayat ialah membalut seluruh tubuhnya dengan kain atau lainnya wajib satu
lapis. Sebelum memandikan mayat, pastikan dahulu kubur telah digali dan peralatan
mengkafankan mayat telah disediakan. Seperti:

1. Kain putih (bidang 45)- 18 meter bagi orang dewasa.

2. Gunting.

3. Kapas.
4. Cendana.

5. Kapur barus.

6. Minyak wangi (minyak attar).

7. Tikar.

Mayat lelaki sunat dikafani tiga lapis:-

1. Tiga lapis kain yang menutupi seluruh badannya.

2. Boleh ditambah sehelai baju dan serban.

Mayat perempuan sunat dikafankan lima lapis:-

1. Kain.

2. Baju.

3. Tudung (tidak berjahit).

4. Lapisan keempat dan kelima menutupi seluruh tubuh dari hujung kepala hingga ke
hujung kaki.

Mayat lelaki yang ihram haji atau umrah baginya tidak boleh ditutup kepalanya.
Demikian juga mayat perempuan yang sedang ihram haji atau umrah tidak boleh ditutup
mukanya.

16. PERKARA YANG DILARANG SEMASA MENGGUNTING KAIN KAPAN

1. Menggunting semua tepi (siring) kain yang tidak ada faedahnya, hanya perlu untuk
jenazah lima ikatan sahaja.

2. Menyimpan daun inai di atas lapisan kain kapan.


3. Menambah lapisan kain dari yang disunatkan.

17. SOLAT JENAZAH

Mayat orang Islam baik lelaki atau perempuan wajib disolatkan, kecuali orang mati
syahid kerana berperang membela agama Allah, dan anak yang gugur yang tidak jelas
tanda-tanda hidup dan belum sempurna bentuk kejadiannya.

18. RUKUN SOLAT JENAZAH

1. Niat.

2. Berdiri bagi orang yang sanggup.

3. Empat kali membaca takbir.

4. Membaca Surah Al-Fatihah (selepas takbir pertama).

5. Membaca selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. (selepas takbir kedua).

6. Doa bagi mayat (selepas takbir ketiga).

7. Memberi salam (selepas takbir keempat).

19. CARA SOLAT JENAZAH

1. Niat-niat solat jenazah adalah seperti:

a) Niat bagi jenazah lelaki:


Sahaja aku solat jenazah (lelaki) ini dengan empat takbir fardhu kifayah
(menjadi/mengikut imam) kerana Allah Taala

b) Niat bagi jenazah perempuan:

Sahaja aku solat ke atas jenazah (perempuan) ini dengan empat takbir fardhu kifayah
(menjadi/mengikut imam) kerana Allah Taala

c) Niat bagi jenazah kanak-kanak lelaki:

Sahaja aku solat ke atas jenazah (kanak-kanak lelaki) ini dengan empat takbir fadhu
kifayah (menjadi/mengikut imam) kerana Allah Taala

d) Niat bagi jenazah kanak-kanak perempuan:

Sahaja aku solat ke atas jenazah(kanak-kanak perempuan) ini empat takbir fardhu
kifayah (menjadi/mengikut imam) kerana Allah Taala
e) Niat bagi mayat lelaki ghoib:

Sahaja aku solat ke atas jenazah lelaki ghoib empat takbir fardhu kifayah mengikut
imam kerana Allah Taala

f) Niat bagi perempuan ghoib:

Sahaja aku solat jenazah perempuan ghoib empat takbir mengikut imam kerana Allah
Taala

2. Membaca Surah Al-Fatihah.

3. Membaca selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W.

Ya Allah! Berilah rahmat atas penghulu kami Muhammad S.A.W. dan ke atas
keluarganya

Nota:- lebih sempurna membaca selawat seperti bacaan selawat di Tahiyat Akhir
sembahyang.

4. Mendoakan jenazah sekurang-kurangnya:

a) Lelaki:

b) Perempuan:

c) Sebaik-baiknya doa yang lebih lengkap:


Ya Allah! Ampunilah dia dan kasihanilah dia dan sejahterakanlah serta ampunilah
dosa kesalahan dia. Dan muliakanlah kedatangannya dan luaskanlah tempat masuknya
(kuburnya) dan bersihkanlah ia dengan air salju dan embun, bersihkanlah ia dari segala
dosa dan sebagaimana kain putih yang bersih dari segala kekotoran dan gantikanlah
baginya rumah yang lebih baik dari rumahnya dan gantikanlah isteri yang lebih baik
dari isterinya dan gantikanlah keluarga yang baik dari keluarganya dan peliharalah
(hindarkan) dia dari seksa kubur dan seksa neraka

Nota:- Bagi mayat perempuan [ ] bagi mayat lelaki [ ]

d) Jika jenazah adalah kanak-kanak (belum baligh) hendaklah dibaca doa pada takbir
ketiga:-

Ya Allah! Jadikanlah ia sebagai simpanan pendahuluan bagi ibu bapanya dan sebagai
titipan, kebajikan yang didahulukan dan menjadi pengajaran dan iktibar syafaat bagi
orang tuanya. Dan beratkan timbangan ibubapanya kerananya serta berilah kesabaran
dalam hati kedua ibubapanya. Dan janganlah menjadikan fitnah bagi ayah bondanya
sepeninggalannya dan janganlah Engkau menghalangi pahala kedua ibu bapanya

5. Memberi salam ke kanan. Sebelum salam sunat dibaca doa ini:

Ya Allah! Janganlah kiranya pahala tidak sampai kepada kami dan janganlah Engkau
memberi pada kami fitnah sepeninggalannya dan ampunilah kami dan dia dan bagi
saudara-saudara kami yang telah mendahului kami dengan iman dan janganlah
menjadikan gelisah (dengki) dalam hati kami pada orang-orang yang beriman, Ya Allah!
Ya Tuhan kami sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang

20. PERKARA YANG DISURUH SEWAKTU MELAKUKAN SOLAT JENAZAH

1. Mendirikan solat jenazah beramai-ramai.

2. Perempuan boleh mengikut solat jenazah.

3. Mendirikan solat jenazah di masjid atau surau yang berdekatan.

4. Ahli warisnya lebih afdhal ikut serta dan mengimamkan solat jenazah tersebut.

21. PERKARA YANG DILARANG DILAKUKAN SEWAKTU SOLAT JENAZAH

1. Memberi sampul surat (sedekah) di khalayak ramai.

2. Memilih orang yang tertentu sahaja untuk solat jenazah.

23. MENGEBUMIKAN JENAZAH

Menanam jenazah ialah menguburkannya, sekurang-kurangnya dalam kuburan itu tidak


tercium baunya dan tidak terbongkar oleh binatang.

Kuburan itu digali melintang ke arah kiblat dan sunat memakai liang lahad apabila
tanahnya keras. Liang lahad ialah menggali lubang di sebelah dalam (kanan) kuburan
arah kiblat untuk meletakkan jenazah/mayat.

Ibnu Abbas r.a. dari Nabi S.A.W. bersabda ia: lahad itu untuk kita (orang Islam) dan
lubang itu bukanlah untuk kita (orang Islam)
(H.R. Abu Daud dan Tarmizi)

Waktu memasukkan jenazah ke dalam kubur sunat membaca:

Dari Ibnu Umar r.a. berkata ia: Adalah Nabi S.A.W. apabila ia memasukkan mayat ke
dalam kubur, berkata ia dengan nama ALLAH dan di atas sunnah Rasulullah S.A.W.

(H.R. At-Tarmizi)

Kemudian ambil tanah dekat mayat sekadar tiga genggam diletakkan di kepala, bahu dan
pinggang.

Pada genggaman pertama sunat dibaca:-

Pada genggaman kedua dibaca:-

Pada genggaman ketiga dibaca:-


Kemudian diletakkan papan sebagai pendinding supaya tanah penimbus tidak terkena
mayat. Lubang pun ditimbus sampai rata dan ditinggikan sedikit dari tanah asal. Setelah
selesai jenazah dikebumikan, sunat berdiri sebentar untuk mendoakan mayat.

Hadis Rasulullah S.A.W.:

Dari Uthman bin Affan r.a. berkata ia adalah Nabi SAW bila ia telah selesai
menguburkan mayat berdirilah ia sebentar di dekat kubur itu, dan berkata, mintalah
ampun(berdoa) bagi saudara mu ini dan mohonlah kelapangan baginya di dalam kubur
(supaya ia tetap di dalam kalimah Tauhid maka sesungguhnya ia sekarang sedang
ditanya

(H.R. Abu Daud)

23. PERKARA YANG DISURUH DALAM PENGEBUMIAN JENAZAH

1. Membuat liang lahad bagi tanah yang boleh membuat liang lahad.

2. Membuka semua ikatan si mayat.

3. Menghadapkan mayat ke kiblat, pipi kanan tersentuh pada tanah.

24. PERKARA YANG DILARANG SEWAKTU PENGKEBUMIAN JENAZAH

1. Mengambil tali ikatan si mayat.

2. Azan sewaktu memasukkan mayat ke liang lahad.

3. Membelah kelapa di atas kuburan jenazah.

25. PENUTUP (KHATIMAH)


1. Mengurus atau menyempurnakan terhadap jenazah, lebih afdhal keluarga yang paling
dekat.

2. Apabila seseorang telah meninggal dunia di samping wajib, banyak lagi perkara sunat
yang dilakukan, justeru itu sempurnakanlah ia dengan mengerjakan perkara-perkara
sunat.

3. Kain kafan sekurang-kurangnya satu lapis dan warna putih adalah yang terbaik
(sunat).

4. Apabila tiba masa solat jenazah, lakukanlah beramai-ramai dalam hadis dikatakan
semakin banyak orang yang mensolatkannya lebih baik.

5. Buatlah liang lahad dalam kuburan, apabila tanahnya keras (tanah merah).

Anda mungkin juga menyukai