Anda di halaman 1dari 9

Sejarah

Rencana utama: Sejarah Brazil

Penjajahan Portugis

Bumi yang kini bergelar Brazil pernah dituntut oleh Portugal pada April 1500, sewaktu ketibaan armada
Portugal di bawah perintah Pedro lvares Cabral.[22] Pendatang Portugis bertemu dengan orang asli
yang terbahagi kepada puak-puak, kebanyakannya berkongsi serumpun bahasa Tupi-Guarani, tetapi
berbalah sesama sendiri.[23]

Meskipun petempatan pertama diasaskan pada tahun 1532, zaman penjajahan mulai berkuatkuasa pada
tahun 1534, apabila Dom Joo III memecahkan wilayah ini kepada 12 kekapitanan turun-
temurun,[24][25] tetapi susunan ini terbukti bermasalah, maka pada tahun 1549, baginda melantik
seorang Gabenor Jeneral untuk mentadbir seluruh jajahan.[25][26] Pemerintah Portugis
mengasimilasikan beberapa puak orang asli[27] manakala puak-puak lain diperhambakan atau
dipunahkan ekoran perang berlanjutan ataupun akibat tidak lali akan penyakit bawaan pendatang
Eropah.[28][29] Pada pertengahan abad ke-16, gula menjadi bahan eksport terpenting Brazil[23][30]
maka pemerintah Portugis mengimport hamba abdi Afrika[31][32] untuk menampung permintaan
ekonomi yang meningkat.[28][33]

Massa Kristian pertama di Brazil, 1500.

Setelah berperang dengan Perancis, lama-kelamaan Portugis meluaskan wilayahnya ke arah tenggara,
termasuk pendudukan Rio de Janeiro pada tahun 1567, dan juga ke arah barat laut, termasuk
penaklukan So Lus pada tahun 1615.[34] Mereka menghantar ekspedisi tentera ke hutan hujan
Amazon serta menawan benteng Inggeris dan Belanda,[35] menubuhkan desa-desa dan kubu-kubu
mulai tahun 1669.[36] Pada tahun 1680, penjajah Portugis menjangkau jauh ke selatan lalu
mengasaskan Sacramento di tebing Rio de la Plata, di kawasan Jalur Timur (kini Uruguay).[37]

Pada akhir abad ke-17, eksport gula mulai merosot[38] tetapi mulai 1690-an, penemuan emas oleh para
pengembara di kawasan yang kemudian bergelar Minas Gerais (Lombong Umum), sekarang negeri Mato
Grosso dan Gois, menyelamatkan jajahan itu daripada keruntuhan ekonomi.[39] Ribuan penghijrah dari
merata Brazil dan juga Portugal berbondong-bondong ke kawasan perlombongan.[40]
Bangsa Sepanyol cuba menghalang peluasan Portugis ke wilayah milik Sepanyol menurut Perjanjian
Tordesillas 1494, lalu berjaya menawan Jalur Timur pada tahun 1777. Bagaimanapun, tindakan Sepanyol
itu sia-sia kerana Perjanjian San Ildefonso yang ditandatangani pada tahun yang sama mengesahkan
kedaulatan Portugis atas segala tanah yang ditaklukinya dalam peluasan wilayah, maka terbentuknya
sebahagian besar sempadan Brazil yang kita kenali sekarang.[41]

Pada tahun 1808, kerabat diraja Portugis yang melarikan diri dari kemaraan askar Maharaja Perancis,
Napoleon I yang menyerang Portugal dan kebanyakan kawasan Eropah Tengah, memantapkan
kedudukan mereka di kota Rio de Janeiro yang kemudiannya menjadi pusat kerajaan seluruh Empayar
Portugis.[42] Pada tahun 1815, Dom Joo VI, ketika itu pemangku bondanya yang hilang upaya,
menaikkan taraf Brazil dari jajahan menjadi Kerajaan berdaulat yang bersatu dengan Portugal.[42] Pada
tahun 1809, Portugis menyerang Guiana Perancis (yang dipulangkan kepada Perancis pada 1817)[43];
kemudian pada tahun 1816, mereka menawan Jalur Timur dan menukar namanya menjadi Cisplatina[44]
(tetapi Brazil kehilangannya pada tahun 1828 apabila ia menjadi negara merdeka bergelar Uruguay).[45]

Kemerdekaan dan Empayar

Rencana utama: Kemerdekaan Brazil dan Empayar Brazil

Raja Joo VI kembali ke Eropah pada 26 April 1821, meninggalkan putera sulungnya, Putera Pedro de
Alcntara selaku pemangku yang memerintah Brazil.[46] Kerajaan Portugis cuba menjadikan Brazil
sebagai jajahan sekali lagi, sekaligus melucutkan pencapaiannya sejak tahun 1808.[47] Warga Brazil
enggan mengalah, maka Putera Pedro mendukung perjuangan mereka dengan mengisytiharkan
kemerdekaan negara dari Portugal pada 7 September 1822.[48] Pada 12 Oktober 1822, Pedro
dinobatkan sebagai Maharaja pertama Brazil lalu memahkotakan Dom Pedro I pada tahun 1 Disember
1822.[49]

Pengisytiharan kemerdekaan Brazil oleh Maharaja Pedro I pada 7 September 1822.

Ketika itu, kebanyakan warga Brazil menyokong sistem beraja, manakala fahaman republikanisme
kurang mendapat sambutan.[50][51] Selepas itu, Perang Kemerdekaan Brazil meletus di seluruh wilayah,
dengan pertempuran di kawasan utara, timur laut dan selatan.[52] Bala tentera Portugis yang terakhir
menyerah kalah pada 8 Mac 1824[53] maka kemerdekaan Brazil akhirnya diperakui oleh Portugal pada
29 Ogos 1825.[54]
Perlembagaan Brazil pertama diisytiharkan pada 25 Mac 1824, setelah diterima oleh majlis-majlis
perbandaran di merata negara.[55][56][57][58] Pedro I turun takhta pada 7 April 1831 dan berangkat ke
Eropah untuk menuntut semula mahkota puterinya, meninggalkan puteranya yang berusia lima tahun
iaitu pewaris takhtanya, yang sepatutnya menjadi Dom Pedro II.[59] Memandangkan maharaja baru ini
tidak dapat melaksanakan prerogatif perlembagaannya sehingga baginda matang, maka terbentuknya
sistem pemangku.[60]

Perbalahan antara paksi-paksi politik mencetuskan pemberontakan dan ketidakstabilan kerajaan yang
seakan-akan anarki.[61] Walaupun begitu, paksi-paksi yang memberontak itu tidak menentang
pemerintahan beraja,[62][63] meskipun ada yang mengisytiharkan perpisahan wilayah masing-masing
sebagai republik yang merdeka, tetapi ini adalah kerana Pedro II belum dewasa.[64] Oleh yang demikian,
Pedro II diisytiharkan dewasa terlalu awal, dan Brazil diharapkan menikmati hampir seabad keamanan
dalaman dan kemajuan zahir yang pesat."[65]

Tentera Brazil (berpakaian biru) melawan tentera Paraguay (berpakaian merah atau tidak berbaju)
ketika Perang Perikatan Bertiga.

Brazil memenangi tiga peperangan antarabangsa (Perang Platine, Perang Uruguay dan Perang Perikatan
Bertiga) ketika pemerintahan Pedro II selama 58 tahun[66] serta menyaksikan penubuhan sistem
demokrasi perwakilan yang dizahirkan oleh pilihan raya berturut-turut dan kebebasan akhbar yang
luas.[67] Penting sekali, amalan perhambaan dimansuhkan selepas proses beransur-ansur yang bermula
dengan berakhirnya pemerdagangan hamba antarabangsa pada tahun 1850[68] sehingga berakhir
dengan pemansuhan perhambaan sepenuhnya pada tahun 1888.[69] Jumlah penduduk hamba merosot
sejak Brazil merdeka: peratusan penduduk hamba Brazil jatuh dari 29% pada tahun 1823 kepada 5%
pada tahun 1887.[70]

Apabila sistem beraja dibubarkan pada 15 November 1889[71] warga Brazil kurang merasa angin
perubahan bentuk kerajaan[72] kerana sambutan rakyat terhadap Pedro II berada di kemuncaknya
ketika itu.[73][74] Walaupun demikian, baginda berasa paling bertanggungjawab atas penggulingan
dirinya.[75] Setelah kematian dua puteranya, Pedro percaya bahawa rejim maharaja ditakdirkan
berakhir dengannya.[76] He cared little for the regime's fate[77][78] maka tiada apa yang terdaya atau
direstui untuk menghalang rampasan kuasa tentera yang disokong oleh bekas tuan hamba yang
membantah pengharaman amalan perhambaan.[79][80][81]

Republik Awal

Rencana utama: Repblica Velha, Estado Novo (Brazil), dan Republik Brazil Kedua
Rampasan kuasa Brazil pada tahun 1930 menjulang Getlio Vargas (tengah, berpakaian tentera tanpa
topi) ke tampuk kuasa. Beliau memerintah negara selama 15 tahun.

Kerajaan republik pada awalnya sekadar kediktatoran tentera. Pihak tentera menguasai hal-ehwal di
Rio de Janeiro dan negeri-negeri. Kebebasan akhbar lesap, dan pilihan raya dikawal oleh pihak
penguasa.[71] Pada tahun 1894, orang awam republikan mengambil alih tampuk kuasa, sehingga
mencetuskan kitaran perang saudara, kemelut kewangan, dan ketidakcekapan pentadbiran yang
berpanjangan.[82] Pada tahun 1902, kerajaan memulakan pemulihan dasar-dasar yang diusahakan
sewaktu zaman Empayar, iaitu dasar-dasar yang menjanjikan keamanan dan ketenteraman dalam
negara serta memulihkan nama baik Brazil di mata dunia[82], serta berjaya merundingkan beberapa
perjanjian yang diluaskan (hasil pembelian Acre) serta mengukuhkan sempadan Brazil.[83]

Pada 1920-an, negara Brazil dibelenggui oleh beberapa kejadian pemberontakan yang dicetuskan oleh
pegawai tentera muda.[84][85] Menjelang tahun 1930, rejim menjadi lumpuh dan lemah semangat,
sehingga membolehkan calon presiden yang kalah, Getlio Vargas untuk mengetuai rampasan kuasa
aman lalu mengambil alih tampuk presiden.[86] Vargas sepatutnya mengambil alih kepresidenan buat
sementara waktu, tetapi beliau membubarkan Kongres Negara, memansuhkan Perlembagaan,
memerintah dengan kuasa darurat dan menggantikan para gabenor negeri dengan penyokong-
penyokongnya.[87][88]

Pada tahun 1935, komunis memberontak di serata negara dan membuat percubaan merampas kuasa
tetapi gagal.[89] Bagaimanapun, ancaman komunis ini dijadikan alasan untuk Vargas melancarkan satu
lagi rampasan kuasa pada tahun 1937 supaya Brazil menjadi negara diktator sepenuhnya.[90][91]
Penindasan pihak pembangkang lebih ganas apabila lebih 20,000 orang dipenjara, kem penahanan
dibuka untuk menyimpan banduan politik di kawasan terpencil negara, ejen-ejen kerajaan melakukan
penyeksaan secara berleluasa, serta penapisan dikenakan terhadap akhbar.[92][93]

Brazil kekal berkecuali pada tahun-tahun terawal Perang Dunia II, sehinggalah kerajaan mengisytiharkan
perang terhadap kuasa Paksi pada tahun 1942.[94] Vargas kemudiannya memaksa golongan pendatang
Jerman, Jepun dan Itali ke dalam kem tumpuan,[95]. Pada tahun 1944, pemerintah Brazil menghantar
tentera ke medan pertempuran di Itali.[96][97] Apabila pihak Berikat menang pada tahun 1945 dan
rejim Nazi dan fasis tumbang di Eropah, kedudukan Vargas makin genting, lantas beliau cepat
digulingkan dalam rampasan kuasa tentera.[98] Sistem demokrasi dipulihkan dan Jeneral Eurico Gaspar
Dutra dipilih menjadi presiden lalu mulai menjawat pada tahun 1946.[99] Vargas kembali berkuasa pada
tahun 1951, tetapi kali ini dipilih secara demokrasi, tetapi beliau tidak mampu mentadbir negara
demokrasi dan berurusan dengan pembangkang yang aktif, maka beliau membunuh diri pada tahun
1954.[100][101]

Zaman moden

Peralihan dari Fernando Henrique Cardoso kepada Lus Incio Lula da Silva membuktikan bahawa Brazil
akhirnya berjaya mencapai kestabilan politik yang dicari-cari selama ini.

Peristiwa Vargas membunuh diri disusuli oleh beberapa kerajaan sementara yang singkat secara
berturut-turut.[102] Juscelino Kubitscheck menjadi presiden pada tahun 1956 lalu mengambil pendirian
berdamai terhadap pihak pembangkang politik yang membolehkannya mentadbir tanpa dilanda krisis
besar.[103] Ekonomi dan sektor industri membangun dengan pesat sekali,[104] dan pencapaian
terbesarnya ialah pembinaan ibu negara baru, Braslia, yang dibuka pada tahun 1960.[105] Kubitscheck
diwarisi oleh Jnio Quadros, tetapi beliau meletak jawatan pada tahun 1961, tidak sampai setahun
selepas mulai menjawat.[106] Naib presidennya, Joo Goulart, mengambil alih tampuk pimpinan tetapi
menerima tentangan hebat[107] lalu digulingkan oleh rampasan kuasa pada April 1964 dan digantikan
dengan rejim tentera.[108]

Rejim baru itu sepatutnya berbentuk peralihan[109] tetapi ia beransur-ansur menyelubungi dirinya lalu
menjadi kerajaan diktator sepenuhnya ekoran perisytiharan Akta Institusi Kelima pada tahun 1968.[110]
Penindasan terhadap pihak penentang kediktatoran, termasuk gerila di bandar,[111] nyata keras, tetapi
tidak seganas negara Amerika Latin yang lain.[112] Disebabkan pertumbuhan ekonomi yang luar biasa
sehingga bergelar keajaiban ekonomi, rejim itu mencapai kemuncak kepopularannya pada zaman
penindasan ini.[113]

Jeneral Ernesto Geisel menjadi presiden pada tahun 1974, lalu memulakan projek pendemokrasian
semula yang diakuinya sebagai perlahan, beransur-ansur dan selamat.[114][115] Geisel menamatkan
sikap tidak berdisiplin pihak tentera yang membelenggu negara sejak tahun 1889,[116] serta
penyeksaan tanahan politik, penapisan akhbar,[117] dan pemerintahan diktator tentera itu sendiri,
selepas memansuhkan Akta Institusi Kelima.[110] Bagaimanapun, rejim tentera berterusan di bawah
pengganti yang dipilihnya, Jeneral Joo Figueiredo, untuk melengkapkan peralihan ke demokrasi
sepenuhnya.[118]

Kuasa akhirnya dikembalikan kepada orang awam pada tahun 1985, apabila Jos Sarney mengambil alih
tampuk presiden[119], tetapi pada akhir penggalnya, beliau mendapat sambutan hambar kerana krisis
ekonomi yang luar kawalan serta inflasi yang teramat tinggi.[120] Kegagalan kerajaan Sarney membuka
laluan kepada pemilihan Fernando Collor pada tahun 1989, tetapi beliau kemudiannya dicabar oleh
Kongres Negara pada tahun 1992.[121] Collor diganti oleh Naib Presidennya, Itamar Franco, yang
melantik Fernando Henrique Cardoso sebagai Menteri Kewangan.

Cardoso melaksanakan Plano Real (Rancangan Real, sempena nama mata wang Brazil) yang berjaya
menstabilkan ekonomi Brazil[122] lalu dipilih sebagai presiden pada tahun 1994, dan sekali lagi pada
tahun 1998.[123] Peralihan kuasa secara aman kepada Lus Incio Lula da Silva, yang dipilih pada tahun
2002 dan sekali lagi pada tahun 2006, membuktikan kejayaan Brazil mencapai kestabilan politik yang
dicari-carinya selama ini.[124] Pada tahun 2011, Lula diganti oleh presiden sekarang, Dilma Rousseff,
presiden wanita pertama Brazil.[125]

Ekonomi

Rencana utama: Ekonomi Brazil

Sebuah pesawat komersial Embraer ERJ-135. Brazil merupakan pengeluar kapal terbang ketiga terbesar
di dunia.

Brazil merupakan ekonomi negara terbesar di Amerika Latin, ekonomi kelapan terbesar di dunia pada
kadar tukaran pasaran, dan yang ketujuh terbesar dari segi pariti kuasa beli, menurut Tabung Kewangan
Antarabangsa dan Bank Dunia. Brazil mengamalkan ekonomi pasaran bebas dan kaya sekali dengan
sumber alam. Ekonomi Brazil diramalkan menjadi antara lima ekonomi terbesar di dunia pada puluhan
tahun akan datang, ekoran kenaikan KDNK per kapita.[175] KDNK (PPP) per kapita semasa ialah $10,200,
maka Brazil berada di tangga ke-64 menurut data Bank Dunia. Brazil mempunyai sektor-sektor pertanian,
perlombongan, perkilangan dan perkhidmatan yang besar dan maju, di samping bekalan tenaga manusia
yang besar sekali.[176]

Peningkatan eksport Brazil telah melahirkan satu generasi usahawan yang baru.[177] Antara hasil
keluaran eksport utama termasuk pesawat, kelengkapan elektrik, kereta, etanol, tekstil, kasut, bijih besi,
keluli, kopi, jus oren, kacang soya dan konbif.[178] Negara ini meluaskan pengaruhnya dalam pasaran
kewangan dan komoditi antarabangsa, serta merupakan salah sebuah negara yang membentuk blok
ekonomi memuncul yang bergelar BRIC (Brazil, Rusia, India dan China).[179]
Brazil menetapkan mata wangnya, iaitu real, kepada dolar AS pada tahun 1994. Bagaimanapun, selepas
Krisis Kewangan Asia Timur, Russian default pada tahun 1998[180] serta kejadian-kejadian kegawatan
kewangan yang menyusul, Bank Pusat Brazil menukar dasar kewangannya kepada skim apungan terurus
buat sementara ketika mengalami krisis kewangan, kemudian beralih ke rejim pertukaran apungan
bebas pada Januari 1999.[181]

Brazil menerima pakej penyelamatan bernilai $30.4 bilion dari Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)
pada pertengahan tahun 2002,[182]. Bank pusat Brazil membayar balik pinjaman IMF pada tahun 2005,
walaupun tarikh pemulangannya adalah pada 2006.[183] Antara isu-isu yang ditangani oleh Bank Pusat
Brazil dewasa ini merupakan lebihan aliran masuk modal jangka pendek yang spekulatif ke dalam negara
yang mungkin menyebabkan kejatuhan nilai dolar AS berbanding real ketika itu.[184] Walau apapun,
pelaburan langsung asing (FDI) yang berkenaan dengan pelaburan jangka panjang yang kurang spekulatif
kepada pengeluaran dianggarkan bernilai $193.8 bilion pada tahun 2007.[185] Pengawasan dan
pengawalan inflasi kini memainkan sebahagian besar peranan Bank Pusat untuk menetapkan kadar
faedah jangka pendek sebagai langkah dasar kewangan.[186]

Komponen ekonomi

Rencana utama: Pertanian di Brazil dan Perindustrian di Brazil

Empangan Itaipu, loji hidroelektrik terbesar di dunia dari segi penjanaan tenaga dan yang kedua terbesar
dari segi muatan terpasang.

Ekonomi Brazil berbagai-bagai,[187] meliputi sektor pertanian, industri, dan perkhidmatan


sekali.[177][188][189][190] Kekuatan ekonomi Brazil dewasa ini berpunca lambungan harga komoditi
sedunia dengan kenaikan eksport daging lembu mahupun kacang soya.[189][190] Pertanian dan sektor-
sektor berkaitan seperti perhutanan, pembalakan dan perikanan menyumbangkan 5.1% keluaran dalam
negeri kasar 2007,[191] satu prestasi yang meletakkan perniagaan tani dalam kedudukan yang menonjol
dari segi imbangan dagang Brazil, meskipun berdepan dengan sekatan perdagangan dan dasar subsidi
yang diamalkan oleh negara-negara maju.[192]

Sektor perkilangan baik kereta, keluli, petrokimia, komputer, pesawat, mahupun barang tahan lama
pengguna menyumbangkan 30.8% KDNK.[191] Sektor perindustrian yang berteknologi canggih ini
amat tertumpu di kawasan metropolitan So Paulo, Rio de Janeiro, Campinas, Porto Alegre, dan Belo
Horizonte.[193]
Tenaga

Brazil merupakan pengguna tenaga yang ke-10 terbesar di dunia, yang mana kebanyakan tenaganya
datang dari sumber yang boleh diperbaharui, khususnya hidroelektrik dan etanol; tenaga tak boleh
baharu pula banyak dihasilkan daripada minyak dan gas asli.[194] Sebagai kuasa global pertanian dan
sumber alam, Brazil menikmati pertumbuhan ekonomi yang pesat sejak 1980-an.[195] Ia dijangka
menjadi pengeluar dan pengeksport minyak utama setelah baru menemui sumber minyak yang
banyak.[196][197][198] Agensi-agensi kerajaan yang bertanggungjawab atas dasar tenaga ialah
Kementerian Perlombongan dan Tenaga, Majlis Dasar Tenaga Negara, Agensi Petroleum, Gas Asli dan
Biobahan Api Negara, dan Agensi Elektrik Negara.[199][200]

Sains dan teknologi

Rencana utama: Sains dan teknologi di Brazil

Makmal Cahaya Sinkrotron Kebangsaan Brazil di Campinas.

Penyelidikan teknologi di Brazil banyak dilakukan di universiti awam dan institut penyelidikan, tetapi
lebih 73% dana untuk penyelidikan asas masih datang dari sumber kerajaan.[201] Antara pusat-pusat
teknologi yang terpenting di Brazil ialah Institut Oswaldo Cruz, Institut Butantan, Pusat Teknikal
Aeroangkasa Tentera Udara, Perbadanan Penyelidikan Pertanian Brazil dan INPE. Agensi Angkasa Brazil
memiliki program angkasa lepas yang paling canggih di Amerika Latin, penuh dilengkapi kenderaan
pelancaran, tapak pelancaran dan pengilangan satelit.[202]

Uranium diperkaya di Kilang Bahan Api Nuklear Resende untuk menjana permintaan tenaga negara, dan
kapal selam nuklear pertama negara berada dalam perancangan.[203] Brazil merupakan satu daripada
tiga buah negara Amerika Latin[204] yang mempunyai makmal Sinkrotron yang berfungsi, iaitu
kemudahan penyelidikan fizik, kimia, sains bahan dan sains hidupan.

Pengangkutan

Rencana utama: Pengangkutan di Brazil


Lebuh raya BR-116 di pinggir bandar Fortaleza.

Brazil mempunyai rangkaian pengangkutan yang besar dan berbagai-bagai. Jalan raya merupakan
pembawa utama lalu lintas angkutan dan penumpang. Sistem jalan raya berjumlah 1.98 juta km (1.23
juta batu) pada tahun 2002. Jumlah jalan raya berturap meningkat dari 35,496 km (22,056 batu) pada
tahun 1967 kepada 184,140 km (114,425 batu) pada tahun tahun 2002.[205]

Lapangan Terbang Recife.

Sistem rel Brazil telah merosot sejak tahun 1945, disebabkan peralihan tumpuan kepada pembinaan
lebuh raya. Jumlah kepanjangan landasan tren adalah 30,875 km (19,186 batu) pada tahun 2002,
berbanding dengan 31,848 km (19,789 batu) pada tahun 1970. Sebahagian besar sistem rel adalah milik
syarikat milik kerajaan. Metro So Paulo merupakan sistem alihan bawah tanah yang sulung di Brazil,
disusuli oleh sistem metro yang seumpamanya di Rio de Janeiro, Porto Alegre, Recife, Belo Horizonte,
Braslia, Teresina, Fortaleza, dan Salvador.

Di Brazil terdapat 2,500 buah lapangan terbang, termasuk padang mendarat: the second largest number
in the world, after the United States.[206] Lapangan Terbang Antarabangsa So Paulo-Guarulhos dekat
So Paulo, merupakan lapangan terbang yang terbesar dan paling sibuk kerana menguruskan majoriti
besar trafik penumpang dan angkutan negara serta menghubungkan bandaraya dengan hampir semua
bandaraya utama di dunia.[207]

Perkapalan pinggir laut menghubungkan rantau-rantau yang jauh terpisah dalam negara. Bolivia dan
Paraguay diberi pelabuhan percuma di Santos. Daripada 36 pelabuhan air dalam di negara, Santos, Itaja,
Rio Grande, Paranagu, Rio de Janeiro, Sepetiba, Vitria, Suape, Manaus dan So Francisco do Sul
merupakan antara yang paling utama.[208]