Anda di halaman 1dari 2

Tujuh Perkara Perjanjian Nabi Sulaiman

Dengan Jin Perempuan


Diriwayatkan daripada Nabi suliaman bin Daud a.s. bahawa baginda telah
melihat seorang perempuan tua yang sudah beruban rambutnya, dua matanya
berwarna biru, kedua-dua keningnya bertanduk, kecil betisnya, rambutnya kusut
masai, mulutnya ternganga dan keluar pucuk api daripadanya, dapat membelah
bumi dengan menggunakan kukunya yang tajam dan boleh memecahkan batu-
batan yang besar dengan pekikan suaranya.
Nabi Allah Sulaiman bertanya kepadanya, siapakah kamu? Adakah kamu
daripada jenis manusia atau jin? Kerana aku tidak pernah melihat orang
yangpaling hodoh selain daripada engkau. Perempuan itu menjawab: Akulah
Ummu Sibyan (Ibu penyakit sawan) yang dapat menguasai ke atas anak Adam
lelaki dan perempuan, aku boleh masuk ke rumah-rumah, boleh berkokok
seperti ayam, menyalak seperti anjing, bertebah seperti lembu, bersuara seperti
keldai dan kura-kura dan bersiul seperti ular. Aku juga boleh bertukar-tukar
wajah dengan pelbagai rupa, aku boleh mengikat rahim perempuan, boleh
membunuh anak-anak di dalam kangungan dan mereka semua tidak akan
mengetahui bahawa itu adalah angkara daripada aku, aku memasuki ke dalam
rahim orang perempuan dan aku ikat rahimnya serta sumbat lalu dia tidak boleh
mengandung dan jadilah rahimnya kosong, aku masuk ke dalam perut orang
perempuan yang hamil di waktu janin di dalam kandungannya sedang
membesar aku tendangnya, maka berlakulah keguguran dan jadilah rahimnya
kosong semua.
Tambahnya lagi : Aku menyusup masuk kepada kanak-kanak perrempuan
ataupun orang-orang perempuan yang telah dicalitkan dengan tanda kepadanya,
lalu aku mengenakan penyakit dengan ekorku, aku tukarkan kegembiraan
orang-orang yang sudah bertunang dengan kecelakaan, aku menyusup masuk
ke dalam badan orang lelaki dan aku menghirup spermanya yang putih pekat
dan tinggal di dalamnya mani yang cair lagi jernih, maka jadilah dia mandul dan
tidak akan melahirkan zuriat.
Aku juga pergi kepada peniaga-peniaga dan aku palingkan jualannya. Dengan
itu, dia tidak akan mendapatkan keuntungan, aku meresap masuk ke dalam
bumi yang kering, lalu aku sapu menjadikan ia tandus. Dengan itu, ia tidak lagi
menjadi subur dan segala tanaman tidak akan menghasilkan buah. Aku juga
menyekat kanak-kanak kecil dan aku campakkan kepadanya kepanasan yang
sangat panas dan kesakitan yang mengerikan. Maka, dengan itu mengigillah
badan mereka sera diconteng-conteng rupa paras mereka supaya dibenci
orang.
Nabi Allah Sulaiman pun menangkapnya sambil berkata : Wahai perempuan
yang celaka! Kamu tidak boleh lari dari genggamanku sehingga berikan satu
perjanjian dan sumpah setia kepada anak-anak Adam, lelaki dan perempuan.
Lalu ia pun berkata: Wahai Nabi allah! Aku akan berikan kepada engkau
beberapa perjanjian dan sumpah setia bahawa aku tidak akan mendekati dan
tidak akan menyakiti sesiapa yang menulis untuknya ataupun menggantungkan
baginya sama ada kepada orang lelaki, perempuan atau kanak-kanak, gedung-
gedung perniagaan, tanah-tanah untuk bercucuk tanam ataupun binatang-
binatang ternakan dan sebagainya.
Inilah doa-doanya :
. )1


.
. )2


.
. )3

.
. )4


.
. )5

.
. )6

.
. )7

.