Anda di halaman 1dari 5

26 Ogos 2017 (Sabtu)

Teks Pengacara Malam Mesra Bersama Y.T.M Dato Undang Luak Johol Ke-15
Dato Johan Pahlawan Lela Perkasa Sitiawan Dato Muhammed Bin Haji Abdullah

Ketibaan
Diumumkan ketibaan Yang Teramat Mulia Dato Johan Pahlawan Lela
Perkasa Setiawan Dato Muhammad Bin Haji Abdullah dan Yang Mulia
To Puan Faridah Hanum .
Majlis mohon para hadirin berdiri menyambut ketibaan Dato.

Seterusnya, Majlis mohon berdiri untuk menyanyikan lagu Negaraku.

Para hadirin dipersilakan duduk. Terima kasih.

Selamat sejahtera dan Salam 1 Malaysia diucapkan kepada


Kebawah Kaus, Yang Teramat Mulia Dato Johan Pahlawan Lela
Perkasa Setiawan Dato Muhammad Bin Haji Abdullah
To Puan Faridah Hanum
ADUN Johol, YB Tuan Haji Abu Samah Bin Mahat
Ketua Bahagian MCA Kuala Pilah, En Liang Tian Choon
Ketua Bahgian MIC Kuala Pilah, Dato Kalidass
Ketua balai polis Johol ( )
Ketua Kg Kg Baru Air Mawang, En Seak Tian Choy
Naib Yang Dipertua PIBG En.Yap Kit Siang
Guru Besar SJKC Yoke Hua Air Mawang, Pn Teo Siew Yoke
Para penduduk Kg Baru Air Mawang, tuan-tuan dan puan-puan
yang dikasihi.
Yang Teramat Mulia Dato Johan Pahlawan
Lela Perkasa Setiawan Dato Muhammad
YB Tuan Haji Abu Samah Bin Mahat,

Dato Kalidass
( )



Selamat datang ke majlis malam ramah mesra bersama Yang Teramat


Mulia Dato Johan Pahlawan Lela Perkasa Sitiawan Dato Muhammad
Bin Haji Abdullah.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih atas sudi


berkenan Kebawah Kaus Yang Teramat Mulia Dato Undang luak Johol
Ke-15 beserta dift-dift jemputan menghadirkan diri pada malam ramah
mesra hari ini.
Bersyukurlah kita kepada Tuhan kerana dipertemukan dalam majlis
yang indah ini. Untuk makluman hadirin sekalian, majlis malam Ramah
Mesra ini adalah niat Dato Undang beramah mesra dengan penduduk-
penduduk kaum Tiong Hua Kg Air Mawang demi mengeratkan lagi
silaturahim antara Dato Undang dengan penduduk-penduduk Kg Baru
Air Mawang.

Majlis membuka tirai dengan ucapan alu-aluan daripada Ketua


Kampung Kg Baru Air Mawang, En Seak Tian Choy.
Majlis dengan ini mempersilakan.

Hadirin dan hadirat sekalian,


T.k. diucapkan kepada En Seak Tian Choy atas ucapan sebentar tadi.
Majlis diteruskan lagi dengan ucapan ADUN Johol, YB Tuan Haji Abu
Samah Bin Mahat .
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

YB Tuan Haji
Abu Samah
Terima kasih atas ucapan YB Tuan Haji Abu Samah sebentar tadi.
Hadirin dan hadirat sekalian,
Majlis tidak lengkap rasanya tanpa ucapan daripada Dato Undang Luak
Johol Ke 15, Dato Johan Pahlawan Lela Perkasa Sitiawan, Dato
Muhammad Bin Haji Abdullah.
Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan Kebawah Kaus, YTM
Dato Undang menyampaikan ucapan.

YB. Dato Johan


Pahlawan Lela Perkasa Sitiawan, Dato Muhammad
Majlis mengucapkan terima kasih atas ucapan mesra Kebawah Kaus,
YTM Dato Undang sebentar tadi. Dato Undang dipohon terus berada
di atas pentas.
Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian mock cek sebanyak RM
3000 yang akan disampaikan oleh Kebawah Kaus, YTM Dato Undang
kepada Guru Besar dan Naib YDP PIBG SJKC Yoke Hua Air Mawang
diiringi oleh Ketua Kampung En Seak Tian Choy.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kebawah Kaus, YTM


Dato Undang atas keperihatian Dato menyumbangkan RM3000
kepada sekolah untuk menaiktarafkan peralatan elektronik pengajaran
dan pembelajaran abad ke-21

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.


RM 3000

Dato Undang dipohon terus berada di atas pentas untuk menerima


cenderahati daripada Ketua Kg, En Seak Tian Choy. Majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan En Seak Tian Choy menyampaikan
cendera hati kepada YTM Dato Undang tanda penghargaaan kami atas
sumbangan sebentar tadi.

Majlis mengucapakan terima kasih kepada Kg Kg Kg Baru Air Mawang


atas penyampaian cendera hati sebentar tadi.

Seterusnya, dijemput Dato Undang, To Puan, para tetamu jemputan,


hadirin dan hadirat sekalian menjamu selera.
Dipersilakan.

Hadirin hadirat sekalian,


Sambil menikmati hidangan, majlis akan menghiburkan hati para hadirin
dengan beberapa persembahan .
Dengan ini, majlis menjemput anak murid SJKC Yoke Hua Air Mawang
mempersembahkan persembahan wushu.
Dipersilakan.

Terima kasih anak murid SJKC Yoke Hua Air Mawang atas
persembahan yang begitu bertenaga sebentar tadi.
Seterusnya, majlis menjemput En Then Sak Chong mendendangkan 2
buah lagu Melayu. Dipersilakan.

MR OVER

Terima kasih atas persembahan tadi.


Majlis seterusnya menjemput Persatuan Tarian Tionghua Kuala Pilah
untuk mempersembahkan sebuah tarian Tiong Hua.

Dipersilakan, Terima kasih atas persembahan tadi.


Kini, tibalah masa Karaokay buat penduduk kampung yang gemar
bernyanyi.
Dengan ini dijemput mana-mana penduduk kampung yang berminat
naik ke pentas bernyanyi.
Dipersilakan.

KARAOK
CD

Sambil itu, majlis menjemput Dato Undang dengan diiringi oleh Ketua
Kg menyampaikan ang pau kepada warga emas yang berumur 70
tahun dan ke atas serta kana-kanak kampung Air Mawang.
Dipersilakan Dato . Terima kasih Dato atas oleh-oleh tadi.
70

Dengan selesainya penyampaian ang pau tadi, maka berakhirlah majlis


malam ramah mesra pada malam ini.
Jutaan penghargaan dan ribuan terima kasih diucapkan kepada Dato
Undang dan tetamu undangan kerana dapat bersama pada mala mini.
AKhir kata, saya mewakili Jawatan Kemajuan dan Keselamatan
Kampung Kg Air mawang memohon maaf seandainya terdapat
kesilapan dan kekurangan sepanjang majlis ini diadakan.
Sekian. Terima kasih dan selamat malam.