Kita amat berbangga dengan permainan sepakraga, sepaktakraw yang telah pun
dikenali ramai serta degemari oleh semua kaum di Malaysia. Bahkan deseluruh dunia
amnya, walaupun beberapa perubahan dan pindaan cara bermain mengikut keadaan
semasa. Maka tercipta permainan SEPAKRAGA TUJU JARING. diapditsikan permainan
SEPAKRAGA TUJU DAN SEPAKTAKRAW.
Permainan sepak takraw pada asalnya dikenali sebagai sepak raga. Ia dimainkan
dalam sekumpulan pemain yang membentuk bulatan. Mata dalam permainan tersebut
dikira bilangan kemahiran menimang bola, menanduk, mendada, menggunakan paha.
Bolanya pula dibuat daripada gelung rotan yang dijalin menjadi bulat.
Permainan ini dimainkan oleh masyarakat sekitar Tanah Melayu dan Siam
(Thailand). Di tanah Melayu permainan ini dimainkan oleh masyarakat kelas pertengahan
dan bangsawan
Di dalam buku Sejarah Melayu diceritakan anak Bendahara Paduka Raja iaitu Tun
Besar telah mati dibunuh oleh Raja Muhammad anak Sultan Mansor Syah ketika Tun
Besar bermain sepak raga. Bola yang disepak oleh Tun Besar terkena destar Raja
Muhammad sehingga destar itu terjatuh ke tanah. Ketika itu sepak raga menjadi
permainan masa lapang dan untuk hiburan dalam suatu majlis