Anda di halaman 1dari 6

Definisi pencemaran air

Menurut Wikipedia Ensiklopedia, pencemaran air ialah pencemaran yang


berlaku di sungai, tasik dan laut. Lokasi berair sering disalah anggap sebagai
tempat pembuangan sampah terutama daripada aktiviti manusia.

Punca-punca pencemaran air

~pembuangan sampah sarap


Punca utama pencemaran air antaranya ialah pembuangan sampah dari kawasan
perumahan di sepanjang sungai, tepi tasik dan laut. Tindakan tidak
bertanggungjawab penduduk terutama penghuni perumahan setinggan yang
membuang sampah sarap telah menyebabkan pencemaran air yang serius.

~sisa toksid dari sektor kilang


Antara punca utama pencemaran air sungai ialah pembuangan sisa toksid dari
kilang. Contohnya kilang getah dan kilang kelapa sawit. Kilang memproses
getah dan minyak kelapa sawit juga menjadi punca kepada pencemaran air di
sungai-sungai di Malaysia.Sisa toksik dibuang dan dialirkan ke dalam longkang,
parit, terusan dan seterusnya ke dalam sungai.

~sisa domestik
Air kumbahan dari kawasan perumahan terutamanya kawasan perumahan
setinggan sering dialirkan ke sungai yang berhampiran. Penggunaan tandas
tradisional yang menjadikan sungai sebagai tempat pembuangan najis juga
menyumbang kepada pencemaran air sungai.

~tumpahan minyak
Pembersihan kapal perikanan yang membuang minyak diesel ke sungai juga
telah menyebabkan pencemaran air. Hasil tangkapan yang busuk dibuang ke
dalam sungai. Ini juga menyebabkan pencemaran air.

Tumpahan minyak dari kapal tangki minyak dan kawasan pelantar minyak di
perairan pantai Terengganu, Sabah dan Sarawak, juga menyebabkan
pencemaran laut yang serius. Hidupan akuatik juga terancam!

~aktiviti pembinaan
Aktiviti pembinaan seperti kawasan perumahan yang berhampiran juga
menyumbang kepada pencemaran ini. Tanah lumpur akan memasuki sungai
terutamanya ketika hujan lebat. Ini telah menyebabkan sungai tercemar dengan
lumpur dan menjadi cetek. Akhirnya akan berlaku banjir.
Kesan Pencemaran Air
Kegiatan manusia mengejar pembangunan telah mendatangkan kesan negatif
terhadap alam sekitar seperti berlakunya pencemaran air. Antara kesan-kesan
pencemaran air ialah :

~ Bau Busuk
Timbunan sampah yang menyumbat alur sungai akan menyebabkan berlakunya
bau busuk. Ini boleh mengganggu keselesaan penduduk yang tinggal
berhampiran tebing sungai. Selain itu, timbunan sampah itu juga boleh
mencacatkan pemandangan dan menimbulkan imej yang tidak baik bagi
pelancong!

~ Air Tercemar
Pembuangan sisa toksid oleh sektor perkilangan dan sikap nelayan juga telah
mencemarkan air sungai. Air sungai ini sudah tidak selamat untuk digunakan
penduduk bagi kegunaan domestik seperti memasak, membasuh dan mandi.

~ Hidupan Akuatik Terancam


Air sungai yang tercemar ini juga boleh menjadi ancaman kepada hidupan
akuatik. Kandungan B.O.D yang tinggi dalam sungai, menjadi ancaman kepada
ikan. Jika keadaan ini berlarutan, ikan akan mati.

~ Habitat Flora dan Fauna Musnah


Kegiatan pembinaan seperti projek perumahan yang melibatkan penebangan
hutan paya bakau telah memusnahkan habitat flora dan faunanya. Jika keadaan
ini berlarutan, hidupan akuatik seperti udang dan ikan belacak akan musnah.
Kemusnahan pokok paya bakau juga menyebabkan hakisan tebing sungai dan
tepi pantai giat berlaku. Ini merupakan kesan buruk kepada ekosistem hutan
paya air masin!

~ Banjir
Ekoran daripada kegiatan pemendapan kelodak dan lumpur dari kawasan
pembinaan di tebing sungai, juga telah menyebabkan dasar sungai menjadi
cetek. Ketika hujan lebat, kawasan rendah di tebing sungai akan dilanda banjir.
Contohnya, kawasan perumahan di tebing Sungai Kuantan sering dilanda banjir
terutama ketika musim Monsun Timur Laut.
~ Penyakit
Keadaan banjir yang berterusan, juga boleh membawa risiko terdedah kepada
penyakit seperti taun atau kollera.

Oleh sebab itu, kita perlu menjaga kebersihan sumber air seperti sungai, tasik
dan laut supaya selamat untuk digunakan. Ini merupakan tanggungjawab
bersama yang perlu dilaksanakan oleh setiap individu. Sama-samalah kita
menjaga sumber air bumi kita!
Langkah-langkah Mengatasi Pencemaran Air
Antara cara - cara untuk mengatasi krisis pencemaran air ini ialah dengan :

1. Menyediakan Tangki Takungan Bawah Tanah Yang Dirawat

~ Untuk mengatasi masalah pelepasan air buangan domestik supaya tidak


dilepaskan terus ke dalam sistem perparitan maka adalah perlu disediakan tangki
takungan bawah tanah dan dirawat menggunakan bioteknologi selaras dengan
usaha negara menjadikan Malaysia sebagai pusat bioteknologi rawatan air
(Utusan Malaysia, 2006).
Malah, pihak kerajaan seharusnya memperuntukkan sejumlah wang supaya
sistem perparitan daripada kawasan perumahan terutama kawasan perindustrian
dan juga pengusaha kedai makanan perlu dibina saluran paip khas supaya air
buangan dapat dikumpulkan di kolam takungan sebelum disalirkan ke dalam
sistem perparitan.

2. Pemasangan Perangkap Sampah


~ Untuk mengatasi sampah sarap dialirkan oleh air melalui longkang, adalah
perlu supaya perangkap sampah dipasang di tempat-tempat strategik di
sepanjang parit utama untuk memerangkap sampah sarap juga memudahkan
pengurusan penyelenggaraan.

3. Penyelenggaraan Sistem Perparitan Berkala

~ Untuk memastikan supaya sampah sarap tidak menyebabkan sistem perparitan


tidak tersumbat maka penyelenggaraan berkala seharusnya dijalankan iaitu 1
atau 2 kali sebulan. Dengan cara ini, maka sampah sarap tidak akan
menyebabkan sekatan air sekali gus sampah tidak terlepas ke sistem saliran
utama di sungai.

4. Kempen kesedaran melalui iklan TV

~ Untuk mengatasi masalah sikap kebanyakan penduduk yang bersikap 'tidak


apa' perlu ditangani. Kempen kesedaran melalui Iklan TV mengenai kesan sikap
individu yang membuang sampah tanpa memikirkan kesannya perlu disiarkan
setiap masa.

Anda mungkin juga menyukai