Anda di halaman 1dari 2

MEMPERKASA INSTITUSI MASJID SEBAGAI SATU MANHAJ PEMERKASAAN UMMAH

DAN BIAH SOLEHAH

Institusi masjid merupakan satu aset penting dalam sejarah kebangkitan Islam.
Sebagai salah satu pusat yang berperanan penting kepada simbolik wilayah Islam, institusi
masjid terus berfungsi sebagaimana fungsi-fungsinya yang universal. Dalam era globalisasi
ini, fungsi dan peranan institusi masjid dituntut supaya berperanan lebih luas sesuai dengan
peredaran masa. Tidak sewajarnya institusi masjid yang dahulunya menjadi pusat
pengembangan syiar Islam dikecilkan skopnya sebagai hanya sekadar rumah ibadat
semata. Jika dilihat pada zaman berkembangannya syiar islam pada zaman kegemilangan
islam dahulu, dapat kita saksikan bahawa institusi masjid merupakan satu institusi yang
memainkan peranan yang amat penting dalam mebina generasi yang kompeten, berdaya
saing, proaktif dan juga bertamadun yang mana generasi ini kemudiannya mencipta
berbagai bagai kehebatan yang mana telah membuktikan pada mata mata yang masih
lagi buta dalam melihat islam sebagai satu cara hidup yang syumul yang membawa
kemajuan kepada para pengikutnya sendiri.

Namun demikian, jika dilihat kepada penglibatan guru pelatih di dalam program
pengimarahan masjid di institut pendidikan guru kampus kota bharu terutama sepanjang
tahun 2016 merupakan satu penglibatan yang amat mendukacitakan. Hal ini demikian
kerana, program - program yang bersifat tarbiah dan mendidik jiwa dilihat semakin kurang
sambutannya di masjid misalnya kehadiran para guru pelatih di dalam kuliah agama dan
pengajian kitab antara waktu maghrib dan isyak adalah semakin berkurang dan tidak
diminati oleh setiap guru pelatih. Bukan sekadar itu sahaja, fungsi utama institusi masjid
sebagai satu pusat ibadah juga semakin dilupakan dan tidak dimanfaatkan sepenuhnya oleh
setiap guru pelatih muslim.

Namun, permasalahan yang berlaku adalah tidak wajar jika disandarkan hanya
kepada permasalahan sasaran dakwah sahaja tetapi hendaklah melihat kepada kaedah
dakwah dan pendekatan oleh pendakwah itu sendiri didalam pemerkasaan masjid yang
masih lagi bersifat trdisional dan mengikut acuan yang sama. Maka tidak hairanlah jika
program program yang dijalankan di masjid kurang diminati dan tidak menepati selera
para sasaran dakwah. Oleh hal yang demikian, sebarang pendekatan dan strategi
pemerkasaan masjid yang digunakan mestilah sentiasa di analisa dan diubah coraknya
mengikut corak dan selera sasaran dakwah yang disasarkan namun mestilah sentiasa
mengutamakan mesej dan objektif program supaya matlamat untuk mencapai biah solehah
dapat dicapai sepenuhnya..
Oleh hal yang demikian, sebagai bakal murabbi ummah. Setiap guru pelatih
khususnya ahli ahli persatuan intelektual muallim perlulah menyedari bahawa institusi
masjid memainkan peranan yang penting dalam mebina satu ummah biah yang solehah.
Oleh hal yang demikian, para ahli diingatkan untuk sama - sama mengembleng kudrat dan
tenaga yang ada untuk bersama sama istiqamah untuk memperkasa institusi masjid
sebagai satu manhaj pemerkasaan ummah dan biah solehah sebagaimana firman yang
berbunyi








Maka tetaplah (istiqamahlah) kamu pada jalan yang benar, sebagaimana diperintahkan
kepadamu dan (juga) orang yang telah taubat beserta kamu dan janganlah kamu melampaui batas.
Sesungguhnya Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan (Q.S. Hud:112).

Anda mungkin juga menyukai