Anda di halaman 1dari 13

HBPE3203

PENDIDIKAN LUAR

SEMESTER SEPTEMBER 2016

NAMA PELAJAR : MAZENAH BINTI BUANG

NO MATRIK : 650110135948001

NO KAD PENGENALAN : 650110-13-5948

PUSAT PEMBELAJARAN : OUM KUCHING

NO. TELEFON : 013-8318151

EMEL : mazenah.buang@gmail.com

1
ISI KANDUNGAN

NO. KANDUNGAN MUKA SURAT

1.1 Pengenalan 3

2.1 Lima Definisi Pendidikan Luar 4


2.1.1 Definisi Menurut Ford (1981)
4

2.1.2 Definisi Menurut Smith Et Al. (1972) 4

2.1.3 Definisi Menurut Priest (1986) 4-5


2.1.4 Definisi Menurut Gair (1997)
5

2.1.5 Definisi Menurut Hammerman (2001) 5


Membanding Bezakan Pendidikan Luar Zaman Purba dan Era
3.1 6-8
Moden

4.1 Perancangan Dan Cadangan Aktiviti Pendidikan Luar 9-10

4.1.1 Jadual Tentatif 11

5.1 Kesimpulan 12

Rujukan 13

2
1.1 PENGENALAN

Pendidikan luar boleh didefinisikan sebagai suatu falsafah pendidikan yang


berasaskan kaedah pembelajaran melalui pengalaman, kerap dilaksanakan di alam semulajadi
dan melibatkan aktiviti lasak seperti berenang, berkayak, dan mendaki gunung untuk
membina kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar. Dewasa ini pendidikan amat
dipraktikkan dalam setiap individu terutama sekali dalam kalangan pelajar sekolah dan juga
pelajar institiut pengajian tinggi. Pendidikan luar sekolah merupakan salah satu dari
pendidikan nasional, ia meliputi ruang yang sangat luas dan lebih mudah untuk pelajar
menimba ilmu dengan lebih banyak. Pendidikan luar boleh didefinisikan sebagai suatu
falsafah pendidikan yang berteraskan kaedah pembelajaran melalui pengalaman, kerap
dilaksanakan di alam semula jadi dan melibatkan pelaksanaan aktiviti lasak seperti berkayak,
mendaki gunung dan berenang sebagai medium membina kemahiran insaniah. Falsafah
pendidikan yang unik ini dipercayai telah aplikasikan oleh masyarakat dunia sejak ribuan
tahun lampau sebelum pengenalan system bilik darjah. Pendidikan luar membolehkan pelajar
mengetahui ilmu dengan lebih luas dan ia akan memudahkan pelajar setelah melanjutkan
pelajaran di institiut pengajian tinggi. Pendidikan amat penting pada masa kini kerana di abad
21 ilmu adalah perkara yang amat di praktikkan dalam kalangan pelajar untuk menjamin
kejayaan di masa hadapan kerana pelajar merupakan tonggak utama untuk memastikan
negara semakin membangun dan maju di masa depan.

Falsafah pendidikan yang unik ini dipercayai telah diaplikasikan oleh masyarakat
dunia sejak dari dahulu lagi terutama sekali masyarakat barat yang berfikiran kehadapan
dalam mendidik ramaja mereka. Selain itu, menurut kajian pendidikan luar telah terbukti
meningkatkan prestasi murid di sekolah dari segi akademik dan juga ko-kurikulum. Terbukti
pendidikan luar telah memberi impak positif kepada pelajar dalam akademik dan ko-
kurikulum dengan membolehkan pelajar menjadi proaktif dalam pencapaian mereka. Oleh
itu, sekolah perlu memperbanyakkan pendidikan luar dalam kalangan pelajar kerana
pembelajaran yang dilaksanakan di bilik darjah kurang efektif untuk pelajar masa kini.
Pendidikan luar memainkan peranan yg besar untuk memastikan pelajar mendalami ilmu dan
juga mempunyai pengalaman yang luas dalam ilmu pengetahuan dan juga lebih proaktif
dalam menangani sesuatu masalah. Pelajar perlu dipraktikkan dengan nilai-nilai yang
diadakan di dalam program pendidikan luar untuk melatih pelajar menjadi insan yang
berguna sekali gus memberi kesan positif kepada pelajar di masa hadapan.

3
2.1 LIMA DEFINISI PENDIDIKAN LUAR

2.1.1 DEFINISI MENURUT FORD (1981)

Pendidikan luar mempunyai definisi yang berbeza bagi sestengah orang. Pendidikan
luar digalakkan dalam kalangan pelajar kerana ramai yang telah bersetuju dengan adanya
pendidikan luar dalam kalangan pelajar. Menurut Ford (1981), mendefinisikan pendidikan
luar sebagai satu program yang meliputi penggunaan persekitaran semula jadi bagi tujuan
mengukuhkan pengajaran dan pembelajaran kurikulum yang sedia ada. Ini merangkumi
perkembangan pengetahuan, kemahiran dan sikap khususnya dalam pengurusan masa dalam
kalangan pelajar. Ia amatlah penting dalam kalangan pelajar untuk mengukuhkan
pekermbangan ilmu mereka supaya dapat melahirkan golongan yang berjaya dalam bidang
akademik dan juga kurikulum.

2.1.2 DEFINISI MENURUT SMITH ET AL. (1972)

Manakala menurut Smith et al. (1972), pendidikan luar sebagai satu proses pengayaan
kurikulum formal melalui pengalaman dan aktiviti di luar bilik darjah. Keberkesanan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran formal boleh diperkukuhkan lagi melalui aktiviti pendidikan
luar yang lazimnya sama ada dalam bentuk lawatan, aktiviti amal ataupun perkhemahan.
Menurut kajian terkini aktiviti seperti itu telah giat dilakukan hamper di semua sekolah untuk
meluaskan lagi cara pemikiran golongan remaja ataupun pelajar. Ia juga untuk memupuk
semangat pelajar untuk lebih aktif dalam akademik dan kurikulum.

2.1.3 DEFINISI MENURUT PRIEST (1986)

Selain itu, menurut Priest (1986), pendidikan luar bukan hanya semata-mata
memfokuskan kepada proses pengajaran dan pembelajaran formal. Ia merupakan suatu proses
pendidikan yang berasaskan pembelajaran pengalaman secara terus dan boleh dilaksanakan di
luar ataupun di dalam bilik darjah untuk mencapai matlamat pendidikan sepanjang hayat.
Sebagai contoh, pelajar boleh menimba ilmu dengan lebih luas dan pada masa yang sama
pelajar juga akan memperoleh pengalaman yang amat diperlukan sebagai tambahan kepada
pelajar. Dengan adanya pengalaman dalam kalangan pelajar, pelajar bukan sahaja cemerlang

4
dari segi akademik malah pelajar juga akan cemerlang dari segi komunikasi dan tahap
pemikiran yang maju.

2.1.4 DEFINISI MENURUT GAIR (1997)

Menurut Gair (1997), pendidikan luar sebagai salah satu saluran kepada aktiviti
berasaskan cabaran lasak bagi membina ketahanan dan sahsiah insan. Aktiviti lasak yang
dijalankan dalam bidang pendidikan luar merupakan katalis bagi melahirkan golongan
masyarakat yang sihat, seimbang dan bersahsiah tinggi. Pelajar juga perlu mementingkan
aktiviti yang bermanfaat seperti bersukan dan juga menyertai kem motivasi yang di anjuarkan
oleh pihak sekolah kerana ia akan memberikan manfaat yang berguna untuk pelajar. Dengan
adanya pendidikan luar sebergini pelajar akan merasa lebih bebas dan mempunyai pemikiran
yang luas dalam menimba ilmu dan juga mempunyai pengalaman yang luas untuk
menghadapi dunia luar atau di institiut pengajian tinggi. Oleh itu, pendidikan luar amatlah
penting untuk melahirkan lebih banyak pelajar yang cemerlang kerana kebanyakkan pelajar
lebih suka untuk memperoleh ilmu di luar berbanding di dalam kelas.

2.1.5 DEFINISI MENURUT HAMMERMAN (2001)

Menurut Hammerman (2001), pendidikan luar boleh ditafsirkan sebagai suatu


strategi, kaedah mahupun konsep pendidikan dan merangkumi pelbagai aktiviti sama ada
pameran bilik darjah, lawatan ke muzium mahupun mendaki gunung ia adalah sebahagian
cara untuk memberi ilmu tambahan kepada pelajar dan juga memberi semangat kepada
pelajar untuk terus menuntut ilmu. Pendidikan luar merupakan suatu subjek multidisiplin
yang boleh diaplikasikan dalam apa-apa bidang kurikulum focus utamanya asalah untuk
membangunkan pontensi seorang pelajar melalui aktiviti amali dan umumnya berlangsung di
luar darjah. Tidak semua aktiviti pembelajaran dilakukan di dalam bilik darjah, pelajar juga
boleh menimba ilmu pengetahuan di luar bilik darjah. Ia lebih memudahkan pelajar untuk
memahami kandungan yang mereka pelajari dan pada masa yang sama konsep pendidikan
luar dapat dipraktikkan selalu di sekolah.

5
3.1 MEMBANDING BEZAKAN PENDIDIKAN LUAR ZAMAN PURBA DAN
ERA MODEN

Pendidikan luar telah wujud sejak zaman purba sehingga kini pendidikan luar masih
diamalkan di setiap sekolah. Pendidikan luar pada zaman purba amatlah berbeza dengan
pendidikan luar pada era moden, perubahan dalam bentuk strategi, pemikiran dan
pembelajaran juga telah berubah dalam kalangan pelajar. Oleh itu perbezaan pendidikan luar
pada zaman purba sangat berbeza sehinggakan sesetengah pembelajaran pendidikan luar pada
zaman purba telah tidak diguna sebagai teknik pembelajaran pada masa kini seperti contoh
memburu binatang untuk meningkatkan daya upaya. Ia telah tidak digunakan lagi kerana
pada era moden ini ilmu pengetahuan amatlah penting untuk melahirkan pelajar yang berjaya.

Namun menurut Shivers (1989), pendidikan luar telah dijalankan sejak zaman purba
lagi yang melibatkan aktiviti alam semula jadi. Penglibatan manusia dengan alam semula jadi
untuk mendapatkan hasil dan makanan amat penting sejak zaman purba lagi. Sebagai contoh,
aktiviti tersebut telah menggalakkan manusia untuk terus hidup dan berjuang untuk hidup
dengan melakukan aktiviti tersebut pada zaman purba. Manusia di zaman purba perlu
memburu haian untuk terus untuk mendapatkan bahan makanan dan untuk terus hidup.
Manusia pada zaman purba tinggal di gua dan kemudian menggunakan sumber alam semula
jadi untuk membina habitat di sekitar mereka. Manakala kanak-kanak di zaman purba dilatih
untuk membina kehidupan sebagai contoh kanak-kanak pada zaman purba mampu membina
kehidupan mereka sendiri dengan hanya menggunakan alatan daripada sumber semula jadi
dan kanak-kanak pada zaman tersebut lebih terlatih dan berdikari. Manusia pada zaman purba
juga mempunyai corak latihan tersendiri dalam bentuk cara memburu, membina tempat
tinggal, menjaga keselamatan dan memasak, ia merupakan permulaan pendidikan luar bagi
manusia zaman purba. Sebagai contoh, untuk meneruskan kehidupan manusia pada zaman
purba perlu mempunyai corak latihan tersebut untuk membina tempat tinggal demi
keselamatan dan untuk terus hidup. Pada tahun 1907, Lord Baden Powell yang merupakan
pengasas pergerakan pengakap dunia telah membuat corak aktiviti yang baru pendidikan luar
di zaman moden. Banyak program pendidikan luar telah diadakan untuk remaja seteleah
pergerakan tersebut diasaskan pada tahun tersebut. Ia telah memberikan sesuatu yang baru
kepada corak aktiviti pendidikan luar pada zaman moden. Sebagai contoh, program
pendidikan luar pada masa itu lebih tertumpukan kepada kekuatan fizikal, kemahiran
perkhemahan dan disiplin dalam persatuan serta sebagai ahli persatuan untuk memastikan
ahli-ahli persatuan menjadi lebih bijak dalam menangani masalah. Pada peringkat awal di

6
zaman moden, kebanyakkan pendidikan luar dianjurkan oleh badan beruniform contohnya
pengakap dan pandu puteri.

Bermula dari 1980an, terdapat perubahan dalam aktivit pendidikan luar disebabkan
oleh perubahan masa dan cara kehidupan manusia. Disiplin pendidikan tidak tertumpu
kepada aktiviti berteraskan fizikal sahaja, tetapi telah diperluaskan kepada elemen kognitif
dan afektif. Sebagai contoh, unsur nilai-nilai murni serta pembangunan sahsiah mula
diserapkan dengan lebih jelas ke dalam aktiviti pendidikan luar. Pada zaman moden,
pembangunan sahsiah amatlah penting untuk memastikan pelajar mempunyai sikap seperti
menghormati golongan tua dan kaum perempuan dan juga melahirkan pelajar yang
bertoleransi. Oleh sebab itu aktiviti pendidikan luar pada masa kini lebih menekankan
pembangunan sahsiah untuk memastikan pelajar mempunyai sifat nilai murni. Penganjur
pendidikan luar bukan lagi terdiri daripada persatuan uniform, malah persatuan-persatuan
akademik seperti persatuan matematik, persatuan sejarah, persatuan sains, persatuan agama
islam dan lain-lain ditubuhkan untuk memperbanyakkan ilmu pembangunan sahsiah dan juga
nilai murni dalam kalangan pelajar sekolah. Aktiviti sebergini perlu diperbanyakkan untuk
memastikan pelajar mempunyai sahsiah diri dan nilai murni diterapkan dalam diri mereka.
Bermula tahun 1990an, program pendidikan luar mula dikomersialkan secara meluas.
Kewujudan konsep pengembaraan pelancongan dan ekopelancongan telah berkembang luas
dalam industri pendidikan luar. Sebagai contoh dalam bidang pendidikan, program
pendidikan luar masa cuti atau kem motivasi giat dijalankan kepada pelajar sekolah. Dengan
adanya pengembaraan pelancongan dalam kalangan pelajar ia akan memberikan impak yang
positif kepada perkembangan pembelajaran pelajar dengan melawat ke tempat yang
bersejarah dan berkaitan dengan subjek-subjek yang mereka pelajari. Ini akan membuka luas
fikiran pelajar dengan mempelajari ilmu diluar bilik darjah. Menurut kajian pelajar lebih
mudah belajar jika mereka menyertai pendidikan luar. Pada masa kini, aktiviti pendidikan
luar seperti berikut masih lagi dijalankan di setiap sekolah untuk memastikan pelajar
mempunyai kriteria seorang yang berjaya dari segi akademik dan kurikulum.

Oleh itu, pendidikan luar zaman moden amat penting untuk pelajar kerana pada masa
kini ilmu amatlah penting untuk terus hidup. Tidak seperti pendidikan di zaman purba
manusia perlu mahir dalam pembinaan, memburu, menjaga keselamatan dan memasak untuk
terus hidup. Ianya sangat berbeza dengan pendidikan di zaman moden dimana ilmu lebih
diutamakan untuk memastikan kemajuan dari segi pemikiran dan pembangunan insaniah
dalam kalangan pelajar dan masyarakat.

7
Gambaran Pendidikan Luar Zaman Purba

Gambaran Pendidikan Luar Zaman Moden

8
4.1 PERANCANGAN DAN CADANGAN AKTIVITI PENDIDIKAN LUAR

Dalam setiap perlaksanaan aktiviti luar, perancangan amat perlu bagi menjadikan
aktiviti pendidikan luar mencapai objektif dan tujuan yang dikehendaki. Program yang
dicadangkan adalah untuk meningkatkatkan kekuatan fizikal dan mental supaya pelajar lebih
cepat untuk menangani masalah semasa. Program Kem Jati diri merupakan program untuk
memenuhi keperluan subjek pendidikan luar yang ditetapkan oleh pihak sekolah. Program
yang dicadangkan selama 2 hari 1 malam ini dirancangkan khusus untuk memberi pelajar
untuk membentuk jati diri dan membina semangat dalam kalangan pelajar untuk memastikan
pelajar menjadi lebih berdisiplin dan bertamadun. Program ini juga persediaan untuk pelajar
yang akan menjadi pemimpin dan contoh kepada pelajar lain dan juga masyarakat di masa
kini dan masa depan. Program ini juga dapat mengeratkan lagi hubungan antara pelajar dan
guru, kerana hubungan pelajar dan guru perlu di pupuk untuk memastikan pelajar
menghormati guru-guru mereka sepanjang program itu dijalankan. Ia bukan juga untuk
mengeratkan hubungan denga guru sekolah, program ini juga memupuk pelajar untuk
mengeratkan juga hubungan sesama pelajar dan juga masyarakat luar seperti ibu bapa dan
adik beradik mereka. Melalui program ini pelajar juga dapat menimba lebih pengetahuan
tentang aktiviti yang akan diadakan. Aktiviti seperti berkhemah, orienteering, ceramah
motivasi dan sebagainya dapat meningkatkan semangat pelajar dan juga dapat memberikan
kesan yang positif kepada pelajar untuk menimba lebih banyak ilmu pengetahuan dan juga
pengalaman yang luas kepada pelajar-pelajar yang mengikuti Program Kem Jati Diri ini.
Program Kem Jati Diri ini akan ditempatkan di kawasan yang telah dijamin keselamatan oleh
para guru-guru untuk memastikan keselamatan pelajar terjamin sepanjang program ini
dijalanakan. Keselamatan pelajar terletak di bawah tanggunjawab guru yang menjadi
fasilitator ketika program dijalankan.

Objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang
aktiviti yang akan diikuti oleh mereka. Ini kerana pelajar perlu tahu tentang aktiviti yang
mereka akan ikuti kerana ia akan memberikan petunjuk untuk pelajar supaya mereka tahun
akan isi aktiviti yang akan dijalankan. Program ini juga untuk meningkatkan fizikal dan
mental pelajar untuk menghadapi cabaran di dunia luar. Bahkan, program seperti ini dapat
memberi kesan yang positif kepada para pelajar seperti mampu menyelesaikan masalah
walaupun dalam keadaan yang sukar. Program Jati Diri ini juga akan membolehkan pelajar
untuk bertukar pendapat dengan pelajar lain dalam salah satu aktiviti yang akan dijalankan.
Setiap program yang diadakan perlu mengadakan aktiviti yang melibatkan pertukaran

9
pendapat antara pelajar supaya mereka mudah untuk menerima pendapat dan juga bertukar
pendapat sesame mereka. Obejektif yang terakhir untuk program ini adalah untuk
meningkatkan daya kepimpinan kerana pelajar adalah pemimpin yang akan menggantikan
pemimpin masa kini pada masa hadapan. Ia adalah pemangkin bagi setiap program jati diri
dan program yang lain sebagai aktiviti yang diperlukan bagi setiap pelajar.

Program ini akan diadakan selama dua hari satu malam di kawasan lapang SK
Semerah Padi. Program ini lebih selamat untuk diadakan di kawasan sekolah dan ianya juga
sesuai untuk menjalankan aktiviti-aktiviti yang telah ditetapkan. Para guru yang diberi tugas
perlu menjamin keselamatan pelajar dan memastikan tiada kemalangan jiwa yang berlaku
antara pelajar. Ketua program akan membuat jadual tentatif untuk program ini yang bermula
pada pukul 8.00 pagi dan tamat pada pukul 5.00 petang pada hari kedua. Berikut adalah
senarai jadual tentatif yang telah dibuat oleh ketua program.

10
4.1.1 JADUAL TENTATIF

Kem Jati Diri UPSR 2016

12-13 Jun 2016

Hari/ 8.00-9.00 9.00- 11.00- 12.30- 2.00- 4.00- 6.00- 9.00- 11.00
Masa a.m 11.00 12.30 p.m 2.00 p.m 4.00 p.m 6.00 p.m 9.00 p.m 11.00 p.m-5.00
a.m p.m a.m
Sabtu Pendaftara Sesi Sesi Solat Group Solat Makan Sesi 1 Tamat
n pelajar pengenal cermah Zuhur/ Discussi Asar/ malam/ Gerak sesi
& Sarapan an & ice agama Makan on 1 Minum solat Cemerla untuk
Pagi breaking tengah petang/ maghrib ng hari
hari Riadah & isya/ pertama
Ceramah
Motivasi
5.00-8.00 8.00- 10.00- 10.30 12.30- 2.00- 4.00-
a.m 10.00 10.30 a.m a.m- 2.00 p.m 4.00 p.m 5.00 p.m
a.m 12.30
p.m
Ahad Qiamulai/ Sesi 2 Rehat/ Sesi 3 Makan Sesi Penutup
Solat Aktiviti Minum Bijak tengah akhir program
subuh/ luar/ Pagi urus hari/ Menjali
Kuliah pendidik Masa Solat n
Subuh & an lua zuhur Hubunga
Riadah n Sesama
insan

Program Kem Jati Diri ini diwujudkan bertujuan untuk memberi peluang kepada
pelajar untuk menimba pengetahuan dan pengalaman mengenai pedidikan luar. Objektif dan
matlamat progam ini diharap dapat memberi impak positif kepada pelajar-pelajar bagi
membantu meningkatkan tahap pengetahuan, kepimpinan, pengalaman, disiplin, dan jati diri
dalam kalangan pelajar melalui pendidikan luar. Selain itu, program ini adalah dalah satu
proses pembelajaran melalui pengalaman yang dialami oleh pelajar-pelajar untuk

11
meningkatkan lagi daya komunikasi dalam kalangan pelajar. Pelajar juga akan diuji secara
amali dan teori berhubung dengan amalan dan aktiviti pendidikan luar. Kesimpulannya,
dengan menyertai program ini pelajar akan memperoleh banyak pengetahuan yang boleh
dipraktikkan di sekolah mahupun dalam kehidupan seharian setelah tamat program ini.

Di akhir program ini, diharapkan semua pelajar yang terlibat akan lebih berdedikasi,
berketrampilan, dan membentuk ciri kepimpinan dalam membentuk identity tersendiri.
Malah, program seperti ini perlu diadakan di setiap sekolah untuk melahirkan lebih ramai
pelajar yang mempunyai jati diri. Di samping itu, program ini juga diharapkan dapat memberi
latihan yang cukup kepada para pelajar dari segi aktiviti yang lasak dan mencabar. Latihan
secukupnya dapat membantu meningkatkan kekuatan fizikan dan mental, spiritual, daya
intelektual dan jati diri yang mantap terutama sekali kepada pelajar yang akan menduduki
peperiksaan seperti UPSR, PMR, SPM dan STPM. Program sebergini juga diadakan pada
musim cuti sekolah untuk mengisi masa lapang pelajar ketika cuti. Oleh itu, ibu bapa perlu
menggalakkan anak mereka untuk menyertai program seperti ini bukan sahaja untuk
persediaan peperiksaan malah ia juga untuk memastikan pelajar bersedia menghadapi cabaran
dunia luar.

5.1 KESIMPULAN

Kesimpulannya, pendidikan luar seperti inti tidak harus pupus dek peredran zaman.
Pada dasarnya, pendidikan luar sekolah berfungsi sebagai pelengkap di samping pendidikan
formal di dalam kelas. Masih ramai yang tertanya tanya apa sebenarnya yang dimaksudkan
oleh pendidikan luar namun tidak mengambil berat. Dengan usahasama kerajaan,
Kementerian Pelajaran Malaysia, harus meneruskan sistem pendidikan luar seperti ini dengan
harapan pendidikan luar dapat menerapkan perilaku positif seharian. Perilaku positif seperti
sopan santun, berdikari, berkepimpinan tidak diberikan di dalam kelas secara langsung. Lalu,
pendidikan luar memainkan peranan penting untuk melahirkan pelajar yang lebih cemerlang
dari segi akademik dalan sikapnya. Dengan itu, mereka akan mampu menji tulang belakang
negara pada masa hadapan.

(2613 Patah Perkataan)

12
RUJUKAN

Azita Amrin. 2008. Penilaian pelajar terhadap kompetensi pemimpin program pendidikan
luar di Institut Pendidikan Guru Malaysia. Tesis Ijazah Doktor Falsafah yang tidak
diterbitkan: Universiti Putra Malaysia, Serdang.

Fakulti Sains Sukan. 2007. Kertas kerja Perkhemahan Amali Akhir Program Pendidikan Luar
Universiti Pendidikan Sultan Idris (Kerta Kerja yang tidak diterbitkan). Tanjung Malim:
Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Ahmad Burak. 1993. BPG kaji semula program KLMS. Berita Harian. 6 Januari: 4

Mazuki, M. Y. 2005. Kesan program perkhemahan pendidikan luar terhadap kesepaduan


kumpulan. Tesis Ijazah Sarjanamuda yang tidak diterbitkan. Universiti Pendidikan Sultan
Idris, Tanjung Malim.

13

Anda mungkin juga menyukai