Anda di halaman 1dari 11

Ciri-Ciri pelajar pemulihan

Pelajar-pelajar pemulihan boleh dikenalpasti melalui ciri-cirinya yang berbeza


dengan rakan sebaya mereka. Robial Kulop (1992) menyatakan bahawa kanak-
kanak lambat sebagai kanak-kanak yang lemah dan kurang berkemampuan jika
dibandingkan dengan kanak-kanak yang lain. Terdapat tiga kategori kanak-kanak
pemulihan yang dinyatakannya iaitu:

1. Kanak-kanak lemah perkembangan mental serta mengalami


kecacatan- kecacatan yang lain. Antaranya gangguan kesihatan,
kemahiran berbahasa yang terhad dan mengalami gangguan emosi.
2. Kanak-kanak yang kerap ponteng sekolah dan berlatar
belakangkan keluarga susah.
3. Mengalami kesukaran khusus dari segi bacaan dan penulisan serta
menjadi punca pencapaian rendah dalam hampir kesemua mata
pelajaran.

Manakala Jamilah Ahmad (1999) turut menyenaraikan beberapa ciri-ciri murid


yang lemah dalam pembelajaran. Antaranya:

1. Tahap penguasaan sesuatu kemahiran seperti kemahiran lisan,


bacaan ataupun penulisan adalah lambat.
2. Tidak boleh atau lemah dari segi mengubah ilmu pengetahuan
kepada situasi pembelajaran yang lain.
3. Lambat untuk mengenal pasti sesuatu perkataan dari segi sebutan
dan makna.
4. Sering lupa mengenai apa yang telah diajar oleh guru.
5. Tidak berminat untuk mengikuti proses pengajaran dan
pembelajaran
6. Lemah dari segi pengamatan, pendengaran dan penglihatan.
7. Sentiasa bersendirian dan bersikap negatif seperti rendah diri dan
mudah putus asa.
8. Kerap ponteng sekolah dan bermasalah tingkah laku.
9. Seorang yang pendiam, pemalu dan sukar untuk bertindak balas.

Faktor-faktor Masalah Pemulihan

Setiap pelajar mempunyai tahap kecerdasan, kebolehan serta minat yang


berbeza. Ini menyebabkan seseorang pelajar itu boleh memahami sesuatu
konsep itu dengan cepat dan ada juga yang disebaliknya. Secara
keseluruhannya pelajar yang menghadapi masalah pembelajaran adalah terdiri
daripada pelajar-pelajar yang mempunyai tahap I.Q yang rendah.
Syed Abu Bakar (1994) menyatakan kebolehan membaca seseorang
adalah bergantung kepada keadaan normal ketajaman deria pendengaran dan
penglihatan. Ini bermakna sekiranya berlaku sebarang kerosakan atau kecacatan
pada bahagian deria ini, maka ketepatan pendengaran dan penglihatan akan
terjejas. Secara tidak langsung ini akan menyulitkan proses pembelajaran
kemahiran membaca. Mok Soon menyatakan terdapat beberapa fakrtor yang
menyebabkan masalah ini berlaku.

Faktor pertama ialah disebabkan pembelajaran. Iaitu kurikulum yang


kurang sesuai dengan tahap perkembangan kognitif seseorang, strategi serta
kaedah mengajar yang tidak sesuai dan secara tidak langsung tidak menarik
minat pelajar. Sekiranya masalah masalah ini tidak diatasi maka seseorang
pelajar itu akan hilang minat untuk belajar dan akhirnya akan mengundang
gejala-gejala negatif termasuk ponteng sekolah.

Faktor kedua yang dinyatakan ialah faktor peribadi yang berkait rapat
dengan masalah kemiskinaan. Contohnya pelajar yang terpaksa bekerja secara
sambilan bagi menambahkan pendapatan keluarga dan akhirnya menyebabkan
mereka tiada masa untuk belajar dirumah.

Kurang kecerdasan juga menjadi salah satu faktor berlakunya masalah


pembelajaran. Ianya berkaitan dengan masalah mental. Mereka yang mengalami
masalah ini lambat untuk berfikir, cepat lupa, lemah pemahaman dan
pengamatan dan sebaginya. Antara punca yang dikenalpasi ialah warisan
keturunan ibu bapa, kelahiran secara tidak normal, kecederaan atau kemalangan
serta kekurangan makanan yang berzat.

Eee Ah Meng (1998) turut menyatakan faktor pengajaran dan


pembelajaran, fizikal dan deria, masalah pertuturan, masalah kesihatan, masalah
mental dan masalah emosi turut menyumbang kepada masalah pembelajaran
seseorang. Kesihatan memainkan peranan penting bagi mencergaskan otak.
Dengan itu, pelbagai masalah wujud dalam pembelajaran seseorang akibat
daripada kesihatan yang kurang sihat.

Mok Soon Sang (1994) juga menyatakan faktor psikologi turut


menyumbang kepada masalah pemulihan. Iaitu pelajar-pelajar yang bermasalah
ini mempunyai perasaan seperti takut, benci, diam kurang berkeyakinan serta
rendah diri. Pelajar-pelajar yang bermasalah pembelajaran ini berkemungkinan
membenci guru dan sekolah ataupun menjadi seorang pemalu.

Ini bermakna pelbagai faktor mempengaruhi pembelajaran seseorang


pelajar. Oleh itu semua pihak terutamanya guru perlu mengenal pasti punca
masalah pembelajaran yang dihadapi oleh seseorang pelajar bagi membolehkan
pelajar itu dibimbing dari awal lagi.

Contoh-contoh Masalah Penguasaan Kemahiran 3M.

Tujuan Pendidikan pemulihan ialah bagi membantu pelajar yang tidak menguasai
kemahian asas membaca, menulis dan Mengira. Oleh itu pendidikan Pemulihan
adalah penting bagi membantu pelajar-pelajar ini. Eee Ah Meng (1998)
menyatakan terdapat beberapa aspek yang perlu diambil perhatian bagi tujuan
mengenal pasti pelajar yang bermasalah.

Masalah Membaca

Membaca merupakan satu proses pemindahan simbol-simbol yang dibaca


kepada otak untuk ditafsirkan di beri makna. Terdapat beberapa masalah utama
dalam penguasaan kemahiran membaca seseorang pelajar, iaitu keliru dengan:

1. Bentuk huruf yang seakan akan sama.

Contoh: h n, c e, f t, g q

2. Bentuk huruf terbalik

Contoh: w m, h y, u n

3. Huruf-huruf berbentuk songsang

Contoh: p q, b d

4. Bunyi huruf yang seakan-akan sama.

Contoh: b-p, d-t, m-n

5. Menyebut bunyi suku kata

Contoh: lari disebut lali

Mari disebut mali

6. Menyebut perkataan perkataan yang seakan-akan sama rupa.

Contoh: rumput disebut rambut


Kelapa disebut kepala

7. Tidak berupaya membaca dengan intonasi yang tepat.

8. Seringkali meninggalkan perkataan dalam ayat

9. Walaupun boleh mengeja tetapi tidak dapat menyebut perkataan

10. Teragak agak untuk membaca .

Masalah Menulis

1. Cara penulisan perkataan-perkataan tidak seimbang


2. Huruf yang di tulis condong ke atas atau ke bawah.
3. Jarak huruf tidak seragam.
4. Huruf-huruf tidak mengukut garisan
5. Mencampuradukkan antara huruf besar dan kecil.
6. Meninggalkan huruf semasa menyalin ayat.
7. Menulis huruf-huruf secara bertindan tindih.
8. Jarak penulisan antara huruf yang tidak seimbang.
9. Jarak di antara perkataan yang tidak sesuai.

Masalah Mengira

1. Keliru tentang nilai nombor.


2. keliru semasa menulis angka belas.
3. Tidak boleh mengenal angka.
4. Tidak boleh menulis angka dengan betul.
5. Tidak boleh melengkapkan nombor mengikut turutan menaik
/menurun.
6. Masalah dalam pengusaan operasi asas (tambah, tolak, darab dan
bahagi).

Strategi-strategi Pendidikan Pemulihan

Bagi memastikan program Pemulihan mencapai matlamat, guru perlu


merancang strategi pelaksanaan. Oleh itu program ini perlu disusun mengikut
langkah-langkah tertentu. Berdasarkan Buku Panduan Pemulihan 1984, Chua
Tee dan Koh Boh boon , 1992 menyenaraikan strategi yang perlu diikuti bagi
melaksanakan Program Pemulihan. Antaranya:
1. Mengenalpati murid lambat berdasarkan penilaian prestasi murid.
2. Menggunakan kaedah pemerhatian, ujian atau tugasan bagi
mengenal pasti masalah pembelajaran.
3. Mengenal pasti sama ada punca sekolah atau di luar sekolah yang
menyebabkan masalah pembelajaran.
4. Penyediaan aktiviti pemulihan perlu berasaskan ciri-ciri
pembelajaran murid.
5. Menyediakan bahan pengajaran yang dibina sendiri atau sediaada.
6. Mengelolakan kumpulan pemulihan dengan menjalankan aktiviti
pemulihan dalam kumpulan kecil.
7. Memastikan keberkesanan pengjaran pemulihan yang telah
dilaksanakan.

Secara tidak langsung ini bermakna pengajaran pemulihan perlu dijalankan


secara individu atau kumpulan dan berdsarkan kepada keperluan seseorang
pelajar. Oleh itu langkah-langkah pengajaran perlu diikuti bagi memastikan
proses pengajaran dan pembelajaran berjalan seperti yang dirancangkan.
Keberkesanan bahan dan alat bantu mengajar adalah bergantung kepada sejauh
manakah ianya dapat menarik minat dan memberi kefahaman kepada murid.
Oleh itu pendidikan Pemulihan mempunyai tujuan dan sasarannya yang
tersendiri untuk mencapai tujuannya dan memenuhi keperluan khas sasarannya.

Mohd Salleh Lebar (1996) menyatakan melalui penilaian guru dapat


mengenal pasti kelemahan seseorang murid. Aktiviti pemulihan meruapakan satu
cara mengatasi kelemahan ini. Iaitu aktiviti pemulihan adalah langkah-langkah
khusus bagi membantu murid yang bermasalah pembelajaran serta menanam
sikap positif terhadap pembelajaran. Disini aktiviti pemulihan boleh dilaksanakan
di dalam kelas biasa dan kelas pemulihan kh

lamanterindah.blogspot.com
Merujuk kepada masalah bahasa dan pertuturan dan komunikasi, terdapat pelbagai
punca-punca yang menyebabkan kanak-kanak akan mengalami masalah ini. Justeru,
pelbagai pendekatan dan pencegahan perlu dilakukan bagi membantu kanak-kanak
yang mengalami masalah bahasa dan pertuturan. Antaranya ialah:
Tempatkan murid hampir dengan guru
Guru perlu menarik perhatian murid sebelum mulakan pengajaran
Percakapan dan arahan guru perlu terang dan jelas
Guru perlu mengulang arahan yang agak sukar difahami oleh murid
Murid digalakkan untuk bercakap
Jangan memaksa murid menghafal
Guna pendekatan komunikatif iaitu peranan guru menjadi kurang manakala murid
banyak berinteraksi
Teknik pemusatan pembelajaran murid
Teknik peniruan
Teknik modelling
Latih tubi
Pendekatan mainan
Guru tidak boleh tekankan murid dengan perkataan yang sukar
Guru memberi penerangan kepada ibu bapa supaya sentiasa gunakan perkataan yang
betul dan mudah.
Pengulangan bacaan
Menggunakan peluang persekitaran untuk menggalakkan pertuturan
Pastikan masa dan keadaan yang sesuai untuk perbualan yang panjang dan spontan.
Peranan Guru
Di sini dapat dirumuskan bahawa langkah-langkah pencegahan untuk kanak-kanak
yang mengalami masalah bahasa dan pertuturan ialah dari segi peranan guru itu
sendiri dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam hal ini,guru amat penting
dalam proses interaksi dengan murid-murid perlu ditempatkan hampir dengan guru.
Guru perlu menarik perhatian murid sebelum memulakan sesuatu sesi pengajaran.
Percakapan dan arahan guru perlu terang dan jelas. Guru juga perlu selalu mengulang
arahan yang agak sukar difahami supaya murid dapat memahami perkara yang
disebutkan oleh guru. Dalam konteks ini, murid digalakkan untuk bercakap supaya
mereka dapat membiasakan diri dalam proses bahasa dan pertuturan. Namun, yang
penting murid jangan dipaksa untuk menghafal dan perlulah elakkan murid daripada
merasa tertekan.
Selain itu, guru perlu memastikan supaya murid-muridnya menggunakan bahasa
semasa proses berinteraksi. Dapat ditekankan di sini, murid perlulah diajak berbual
dan topik yang dibualkan itu mestilah berkaitan dengan pengalaman murid tersebut.
Langkah seterusnya ialah guru perlu memberi pendekatan komunikatif semasa proses
pengajaran dan pembelajaran. Dalam hal ini, peranan guru menjadi kurang. Hal ini
supaya murid banyak berinteraksi .Melalui pendekatan komunikatif ini, murid-murid
akan mempunyai kecekapan untuk berkomunikasi. Di dalam aktiviti komunikatif ini,
aktiviti yang dirancang kepada kemahiran lisan iaitu mendengar ,menyebut, bertutur,
berbincang dan membentuknya di dalam penulisan. Aktiviti ini bertujuan untuk
mendedahkan kemahiran komunikasi kepada murid-murid. Gerak kerja dijalankan di
dalam kumpulan kecil dan tidak mengasingkan murid-murid yang cerdas. Dengan ini,
berlakulah kerjasama iaitu murid-murid cerdas membantu murid-murid bermasalah.
Di samping itu, aktiviti peniruan juga boleh digunakan untuk menggalakkan murid-
murid bertutur contohnya, guru menunjukkan budak sedang berlari sambil
menyebutDia sedang berlari. Seterusnya kanak-kanak mungkin hanya menyebut
dia.Guru terus mengulang perkataan secara berkali-kali sehingga murid dapat
menjawab dengan baik. Langkah seterusnya adalah melalui aktiviti modeling iaitu
guru memerlukan seorang pembantu untuk membantunya sebagai model. Di sini
model menunjukkan gambar kepada kanak-kanak manakala murid-murid mendengar
apa yang dipertuturkan oleh model tersebut. Di sini murid-murid akan mendengar dan
mula berbahasa dan bertutur dengan baik. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran
juga, penggunaan bahasa yang sukar perlu ditukar kepada bahasa yang mudah untuk
difahami, Murid-murid yang mengalami masalah akan dapat berbahasa dengan baik
apabila guru mula menggunakan bahasa yang mudah dan senang difahami.
Peranan Ibu bapa
Di samping itu, peranan ibu bapa juga amat penting di dalam penggunaan bahasa dan
pertuturan. Di ruman ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam proses
berinteraksi. Di sini ibu bapa memerlukan penggunaan bahasa yang betul, mudah
serta ringkas pada permulaannya. Lama-kelamaan anak-anak dapat berbahasa dan
bertutur dengan baik dan ini memepengaruhi penggunaan bahasa yang baik oleh
kanak-kanak. Ibu bapa juga perlu melatih anak-anak supaya berkomunikasi dengan
baik , supaya anak-anak dapat menyesuaikan diri dengan penggunaan bahasa dan
pertuturan. Di sini, peranan ibu bapa itu sangat penting dalam penggunaan bahasa
yang betul seterusnya mempengaruhi pertuturan kanak-kanak.
Panduan atau langkah Pencegahan
Masalah artikulasi
Oleh kerana gangguan artikulasi memang berlaku kepada kanak-kanak
kecil,kematangan dan bimbingan tentang penyebutan perkataan dengan betul oleh
adalah mencukupi untuk mengatasi masaalah.Tumpuan hanya diperlukan kepada
kanak kanak yang menunjukan gangguan yang melampau .
Guru boleh mengajar kanak-kanak ini melalui latihan pendengaran, stimulasi bunyi
dan program pemulihan. Latihan pertuturan reaksi, minat kanak kanak dan jumlah
perkataan yang digunakan untuk bertutur bersama teman rakan sebaya.
Eisesson dan Olgilvie (1976) mencadangkan tiga langkah yang boleh digunakan
untuk memperbaiki masalah artikulasi iaitu;-
Mengajar kanak kanak mengenal masalah artikulasi yang di hadapinya dan melatih
untuk menyebut perkataan dengan betul.
Mengajar penyebutan perkataan secara berangsingan suku kata dan dalam bentuk
perkataan.
Mengajar kanak kanak menggunakan bunyi yang betul dalam pertuturan.
Langkah Atau Panduan Pencegahan Masalah Gagap
West (1996) mencadangkan bahawa masalah gagap boleh dikurangkan melalui
beberapa cara iaitu;-
Psikonalisis
Khayalan mental untuk membentuk kebolehan mengambarkan sesuatu.
Latihan negatif iaitu menghilangkan gagap dengan menyedarkan penutur tentang gagap
yang dialami dan melatihnya bertutur dengan sempurna.
Latihan penggunaan tangan yang mahir sama ada atau tangan kanan atau kiri untuk
menulis dan membaca supaya kelemahan atau kelumpuhan otak dapat dipulihkan.
Masalah ini dapat diatasi daripada pakar pertuturan, ahli psikoterapi dan ahli
psikonalisis yang memberi latihan pertuturan,pembacaan dan imaginasi.
Agensi yang Memberi Perkhidmatan Kepada Kanak-kanak
Cacat Pertuturan
Di Malaysia, perkhidmatan terhadap kecatatan pertuturan masih lagi berkurangan.Ia
mungkin disebabkan oleh tanggapan segolongan besar masyarakat yang merasakan
bahawa masalah artikulasi, bunyi, gagap, sumbing, dan kelewatan bertutur bukannya
satu kecacatan tetapi masalah semulajadi yang tidak boleh dipulihkan. Kecacatan
kelumpuhan otak digolongkan ke dalam kecacatan spastik.Dengan itu,hanya masalah
pertuturan yang disebabkan oleh kurang pendengaran yang digolongkan sebagai bisu.
Dan pekak yang telah mempunyai perkhidmatan tertentu.
Biasanya, kanak-kanak yang bisu dan pekak boleh mendapatkan perkhidmatan latihan
pertuturan di Bahagian Pediatrik, Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan
Malaysia dan klinik-klinik swasta. Jika dibandingkan dengan kanak-kanak bisu dan
pekak yang di anggarkan oleh Baharudin dan Shaharudin (1958) kanak-kanak yang
berumur di antara 0-6 tahun iaitu seramai 3,902 orang yang meningkat pada hari
ini,tentunya perkhimatan yang ada sekarang ini tidak mencukupi.Ini
berlaku,terutamanya apabila pekhidmatan yang diberikan oleh klinik swasta
mengenakan bayaran yang mahal, hanya kanak-kanak daripada keluarga kelas atasan
sahaja yang mampu untuk mendapat perhidmatan ini.
Untuk mendapatkan perkhimatan pendidikan yang formal pula, kanak-kanak ini akan
ditempatkan di sekolah khas, kanak-kanak bisu dan pekak atau kelas pencantuman
iaitu sekolah biasa yang mempunyi kelas dan guru khas yang boleh mengajar kanak-
kanak ini seperti kanak-kanak lain.
Doktor
Lazimnya, doktor bedah akan membetulkan bibir sumbing dalam lingkungan usia tiga
bulan dan akan melakukan pembedahan rekonstruktif terhadap rabit lelangit apabila
bayi meningkat usia sembilan bulan. Walaupun terdapat perbezaan pendapat di antara
pakar -pakar bedah tentang masa yang paling sesuai untuk melakukan pembedahan,
dalam keadaan -keadaan tertentu seperti sindrom pierre robin misalnya, pembedahan
rekonstuktif ke atas rabit lelangit mungkin dilakukan lebih lewat daripada itu. Dalam
keadaan ini, bahagian dagu sianak terbentuk terlalau kecil sehingga kerap menyekat
saluran pernafasannya. Dia juga mengalami masalah sukar untuk bernafas dan sukar
menyusu. Keadaan ini sering memerlukan rawatan intensif dari peringkat awal
kelahiran bayi.
Pertuturan si anak lazimnya akan kedengaran sengau. Rabit lelangit juga menjejaskan
fungsi tiub eustachio yang menghubungkan bahagian mulut dengan bahagian telinga.
Akibatnya, cecair mudah bertakung di belakang dinding telinganya. Ini akan
menjejaskan pendengarannya. Dia perlu dirawat dengan ubat -ubat tertentu atau
melalui pembedahan kecil untuk mengeluarkan cecair tersebut.
Pakar kanak -kanak khususnya perlulah menjalankan penilaian yang menyeluruh
supaya kecacatan -kecacatan lain, jika ada, dapat dikesan. Daripada penilaian ini,
dapatlah program -program yang komprehensif dijalankan bagi kanak -kanak ini.
Khidmat pakar gigi juga penting dalam melatih kanak -kanak itu bercakap tanpa nada
sengau. Pakar telinga, hidung dan tekak pula adakalanya perlu memberi rawatan
kepada anak -anak ini jika pendengaran mereka kurang baik akibat takungan cecair
pekat dalam dinding telinga.
Patologis Pertuturan - Bahasa
kanak-kanak yang mempunyai masalah pertuturan atau bahasa juga perlu berjumpa
dengan pakar Patologis Pertuturan. Ini adalah untuk membantu seseorang kanak-
kanak tersebut supaya boleh menjalani yang sewajarnya dalam kaedah-kaedah yang
tertentu dalam membuka artikulasi untuk mengeluarkan suara dan sekaligus dapat
bercakap. Seseoarang pakar Patologis Pertuturan Bahasa bertanggungjawab untuk
mencegah, mengenalpasti dan menilai masalah-masalah pertuturan dan bahasa serta
melakukan rehabitasi yang sewajarnya bagi kanak-kanak dan dewasa yang mengalami
masalah ini http://cikgusuepkhas.blogspot.com/
Cadangan Untuk Membantu Kanak-kanak
Masalah Pembelajaran
Posted on December 16, 2012by sitihajar254
a) Mengubah Yang Abstrak Kepada Konkrit
Seorang pendidik perlu mengelakkan murid-murid lembab membayangkan
sesuatu yang tidak nampak dalam pembelajaran. Pembelajaran akan menjadi
lebih mudah sekiranya subjek diajar boleh dilihat dan didengar. Menurut
Shaw (2002) strategik mengajar kanak-kanak lembam hendaklah secara jelas
dengan mengubah yang abstrak kepada konkrit. Penggunaan kad berwarna
dan alat bantuan fotografik akan memudahkan pengajaran guru kerana
kanak-kanak lembam dapat melihat perkara yang diajar.
Penggunaan kad yang pelbagai aras memerlukan imaginasi dan persediaan
yang rapi tetapi hasilnya amat bernilai serta bermakna (Brian Cooke, 1976).
Pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan banyak pancaindera murid-
murid lembam akan mempertingkatkan keupayaan mereka. Contohnya,
ketika mengajar subjek sains guru hendaklah menunjukkan contoh yang
konkrit kepada murid bermasalah pembelajaran.

b) Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT)


Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) seperti penggunaan
Power Point dalam komputer dan electronic dictionary dapat menunjukkan
demonstrasi dalam konsep yang kompleks. Ini dapat menarik perhatian
kanak-kanak lembam untuk mempelajari subjek yang diajar dan mengelakkan
mereka daripada berasa bosan terhadap pembelajaran konvensional yang
stereotype. Sebagai contoh, Edyburn (1991) telah membuktikan bahawa
pelajar-pelajar istimewa lebih berjaya memperoleh maklumat dengan
menggunakan ensiklopedia secara elektronik berbanding dengan penggunaan
ensiklopedia bercetak. Selain itu, kajian menunjukkan penggunaan komputer
dapat meningkatkan kemahiran membaca di kalangan murid-murid yang
menghadapi masalah pembelajaran (Jones, Torgeswn dan Sexton, 1987:
Torgesen, 1986).
c) Terapi Hidro
Selain itu, kanak-kanak tersebut juga seharusnya menjalani terapi. Terapi
hidro dilihat sesuai untuk perkembangan fizikal kerana kombinasi pergerakan
motor kasar dan halus serta mental kanak-kanak dapat dirangsang secara
serentak. Pergerakan dalam air didapati lebih mudah dan bebas serta tidak
dibebani oleh keperluan alatan sokongan selain daya apungan air sahaja.
Rangsangan air yang secara semulajadi dapat membantu kanak-kanak tenang
walaupun pada permulaannya sesetengah kanak-kanak akan berasa takut
untuk masuk ke dalam air.
Perkara ini dapat diatasi dengan membawa kanak-kanak ke kawasan cetek
sebelum berpindah ke kawasan yang lebih dalam. Secara tidak langsung telah
dapat melatih membina keyakinan diri kanak-kanak water confidence.
Melalui terapi seumpama ini, ianya dapat memantapkan perkembangan
fizikal dengan aktiviti-aktiviti seperti regangan seterusnya melembutkan sendi
dan meningkatkan daya ketahanan jantung dan otot-otot rangka kanak-kanak
tersebut.

d) Cara Kerja
Cara kerja pula boleh membantu murid-murid slow learner, sindrom down,
disleksia atau terencat akal menjalankan aktiviti. Guru boleh melatih mereka
bagaimanakah cara kerja yang betul agar dapat menyiapkan atau
menyelesaikan aktiviti yang dijalankan dengan betul dan cepat. Bagi murid
slow learner misalnya mereka boleh menjalankan aktiviti tetapi lambat
menyelesaikannya. Sebagai contoh di sini, apabila guru meminta murid
mengangkat kotak hadiah yang berwarna biru. Guru memberikan arahan ini
berulangkali. Guru tidak harus jemu untuk mengulang-ulang apa sahaja
kerana murid-murid ini kurang berupayaan untuk memahami apa yang ingin
disampaikan oleh guru terbabit. sahaja. Guru memberikan bimbingan kepada
murid yang tidak dapat memilih kotak berwarna biru tersebut.

https://sitihajar254.wo
rdpress.com

Anda mungkin juga menyukai