Anda di halaman 1dari 10

DASAR PELAKSANAAN KEGIATAN

KOKURIKULUM
Kegiatan kokurikulum ertinya apa-apa kegiatan yang dirancang daripada proses pengajaran
dan pembelajaran di luar bilik darjah (kurikulum) yang memberikan murid peluang untuk
menambah, mengukuh kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di bilik darjah.
Dalam Warta Kerajaan bertarikh 28 Disember 1967, No. 5652 (Peraturan Kursus Pengajian)
Sekolah 1956, kegiatan ini dikenali sebagai Kegiatan Kumpulan.
Dalam Warta Kerajaan bertarikh 31 Disember 1997, Jld. 41, No. 26, Tambahan No. 94,
Perundangan A.P.U. (A) 531, Akta Pendidikan 1996, Peraturan-peraturan (Kokurikulum
Kebangsaan) telah memberi takrifKokurikulum iaitu :
Penyertaan dalam sukan permainan
Penyertaan dalam persatuan dan kelab
Penyertaan dalam pasukan pakaian seragam
Lain-lain kegiatan sebagimana ditentukan oleh Menteri Pendidikan

DASAR UTAMA (1)


KEGIATAN KOKURIKULUM ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KURIKULUM KEBANGSAAN
Rujuk Seksyen 18, Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)

Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan
kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan
dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi
jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertiingkatkan nilai moral yang
diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.
(Subperaturan 3(1) Peraturan-peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yqng
diterbitkan sebagai PU (A) 531/97.

MELAKSANAKAN KOKURIKULUM
DI SEKOLAH ADALAH WAJIB

Kegagalan / keengganan melaksanakan kegiatan kokurikulum adalah suatu kesalahan yang


jika disabitkan bersalah boleh dijatuhi hukuman denda atau penjara atau pun kedua-duanya sekali
di bawah penalti am.

Seksyen 135 Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) : Penalti Am.

(1) Seseorang yang melakukan kesalahan di bawah Akta 550 yang baginya tiada penalti
diperuntukkan dengan nyata, boleh, apabila disabitkan, didendatidak melebihi lima ribu ringgit
atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

(2) Seseorang yang melakukan kesalahan di bawah Akta 550 ini boleh, dalan hal suatu kesalahan
yang berterusan, apabila disabitkan, dikenakanhukuman denda harian yang tidak melebihi
lima ratus ringgit sebagai tambahan kepada apa-apa penalti lain yang boleh dikenakan
kepadanya di bawah Akta 550 ini berkenaan dengan kesalahan itu, bagi setiap hari
kesalahan itu terus dilakukan.
DASAR UTAMA (2)
PENYERTAAN MURID DALAM KEGIATAN KOKURIKULUM ADALAH WAJIB

Matlamat gerakerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan setiap murid. Setiap
pelajar hendaklahmengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam salah satu gerakerjapakaian
seragam, satu kegiatan persatuan dan kelab dan satu kegiatan sukan dan permainan.

[Perkara 5.1 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985 KP (BS) 8591/Jld. II (29)]

Sekolah mewujudkan peluang yang seluas-luasnya kepada murid menyertai kegiatan kokurikulum
yang mereka minati.

[Untuk tujuan ini Pengetua / Guru Besar telah diperuntukkan kuasa untuk menubuhkan
kelab/persatuan di sekolah seperti dalam Peraturan 4 Peraturan-peraturan Pendidikan (Persatuan
Sekolah) 1998 yang diterbitkan sebagai PU(A) 196/98.]

Penyertaan, kehadiran dan pencapaian murid dalam kegiatan kokurikulum hendaklah direkodkan
dan diberi penilaian.

[Hal ini ditegaskan dalam Perkara 8.2.1 Surat Pekeliling Ikhtsas Bil 1/1985 dan Perkara 2.1 Surat
Pekeliling Ikhtisas Bil 2/1986]

Ketidakhadiran murid dalam kegiatan kokurikulum yang murid itu telah mendaftarkan diri untuk
menyertainya adalah suatu kesalahan yang menyebabkan murid tersebut boleh dikenakan
tindakan disiplin jika disabitkan bersalah seperti tindakan ke atas kesalahan ponteng sekolah atau
ponteng kelas.

[Hal ini hendaklah dimaktubkan dalam buku Undang-Undang dan Peraturan Sekolah dan perlu
diketahui oleh murid-murid dan ibu bapa mereka]
DASAR UTAMA (3)
PENYERTAAN SEMUA GURU ADALAH WAJIB

Penyertaan semua guru sebagai penjawat atau perkhidmatan awam dalam mengurus, menyelia
dan mengelola kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.

Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi memastikan keberkesananpelaksanaan


gerakerja kokurikulumdi sekolah ( Perkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985)

Setiap orang guru di sekolah hendaklah, secara bertulis, diberi tugas dan tanggungjawab yang
spesifik, terperinci dan kuantitatif dalam bidang kokurikulum di sekolah seperti yang dilakukan
dalam bidang kurikulum.

Keengganan guru melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang telah diperuntukan


adalah suatu kesalahan daripada segi keperluan perkhidmatan atau kepatuhan dan
kebertanggungjawaban penjawat awam atau pun moral dan wibawa keguruan yang boleh
dikenakan tindakan disiplin mengikut Perintah-Perintah Am Pegawai Awam (Kelakuan dan
tatatertib) (Bab D).

DASAR UTAMA (4)


PERLAKSANAAN KEGIATAN KOKURIKULUM

Kegiatan kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah hendaklah merupakan apa-apa kegitan


yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam
bilik darjah yang memberikan murid-murid peluang untuk menambah, mengukuh dan
mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajaridalam bilik
darjah. [Peraturan 2 dalam Peraturan Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997]

Setiap kegiatan kokurikulum yang dilaksanakan hendklah dirancang dengan maksud


mempunyai matlamat, objektif, kaedah pelaksanaan dan kurikulum kegiatan serta
skema penilaian yang pragmatis dan progresif.

Setiap kegiatan kokurikulum yang dilaksanakan hendaklah mengandungi elemen-elemen


pengetahuan, pengalaman dan kemahiran baru serta nilai-nilai murni yang
membantumembangunkan intelek, jasmani, emosi dan rohani murid secara seimbang.

PENYERTAAN BERAMAI-RAMAI

Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah hendaklah berasaskan prinsip penyertaan beramai-


ramai tanpa ada unsur-unsur diskriminasi atau paksaan tetapi memfokus kepada
peningkatan perpaduan dan integrasi dalam kalangan murid-murid. (Surat Pekeliling
Ikhtisas Bil. 17/2000 bertarikh 16 November 2000).

Kegiatan kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah hendaklah bersifat eksklusif. Penyertaan


adalah terbuka kepada semua murid.

DASAR-DASAR SOKONGAN
DALAM PELAKSANAAN KOKURIKULUM
DI SEKOLAH

Sekolah sekolah khususnya yang kurang kemudahan untuk gerakerja kokurikulum ini
hendaklah mengalakkan murid-muridnya mengambil bahagian dalam membuat kerja-
kerja amal untukmasyarakat setempat; bergotong royong memperbaiki kawasan sekolah ;
gerekerja-gerakerja yang menekankan perpaduan kaum, ketatanegaraan, moral dan sebaganya
yang sesuai bagi pendidikan menyeluruh dan pembentukan keperibadian.

[Perkara 5.3 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985, KP(BS) 8591/Jld. 929]
-Kegiatan kokurikulum di sekolah boleh dilaksanakan dengan penglibatan dan penyertaan anggota
masyarakat setempat.

[Rujuk Subperkara 4.2.1 dan Subperkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1985 KP. 8591-
11(32) bertajuk Sekolah Sebagai Institusi Masyarakat]

-Kementerian Pendidikan amat menggalakkan murid-murid bergiat dalam keguatan Pasukan Pakaian
Seragam yang terdapat di sekolah-sekolah. Selaras dengan dasar tersebut, guru-guru dan murid-
murid juga dibenarkan menyertai aktiviti seperti perkhemahan, perbarisan dan kursus yang
dianjurkan dari semasa ke semasa oleh agensi-agensi kerajaan atau oleh petubuhan bukan
kerajaan yang berdaftar. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 24/1998).

Kementerian Pendidikan membenarkan pihak sekolah menganjurkan program lawatan


pendidikan murid semasa waktu persekolahansecara terancang. Kementerian juga
menggalakkan penglibatan ibu bapa yang berminat untuk menyertai lawatan-lawatan tersebut.
(Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12/2000).

Sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara, Kementerian Pendidikan ingin menegaskan
bahawa murid-murid di sekolah perlu diberi ruang untuk
mengembangkanpotensi mereka secara menyeluruh dan bersepadu agar mereka menjadi insan
yang seimbang dari segi intelek, rohani,emosi dan jasmani. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.
18/2000).

Sekolah hendaklah memberi penghargaan kepada guru-guru dan murid-murid atau orang
perseorangan (atas penyertaan , penglibatan dan pencapaian masing-masing dalam bidang
kokurikulum di sekolah). Penghargaan tidak hanya terbatas kepada kejayaan/kemenangan
semata-mata,tetapi hendaklah juga diberi kepada murid-murid yang mempunyai sifat disiplin yang
baik. (Subperkara 8.2.4 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985).

Sekolah mewujudkan peluang kepada murid-murid mengembangkan bakat dan potensi diri masing-
masing dalam bidang-bidang kokurikulum yang mereka minati ke peringkat yang lebih tinggi
sehinggalah ke peringkat antarabangsa.

Murid-murid juga sebaik-baiknya diberi peluang memperagakan bakatdan kecemerlangan


masing-masing.

ISTILAH

PU(A) PUBLICATIONS ACT


A.P.U AKTA PROFESION UNDANG-UNDANG

MASA PELAKSANAAN KEGIATAN KOKURIKULUM SEKOLAH RENDAH

TAHUN MASA
TAHUN 3 dan 4 60 minit seminggu
TAHUN 5 dan 6 120 minit seminggu
JUMLAH BILANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI KOKURIKULUM

UNIT BERUNIFORM 18 kali setahun


KELAB/PERSATUAN 12 kali setahun
SUKAN/PERMAINAN 12 kali setahun

KAD REKOD KOKURIKULUM (PAJSK)


Untuk tujuan pematauan,setiap murid wajib memiliki empat unit kad rekod / aktiviti
kokurikulum yang akan diguna pakai sepanjang tempoh setahun.Kad ini hendaklah diserahkan
kepada guru penasihat aktiviti untuk tujuan merekod kehadiran dan aktiviti yang dijalankan
sewaktu perjumpaan. Guru penasihat hendaklah membuat pengesahan dalam buku ini dengan
menandatangani pada ruang yang berkenaan pada setiap kali perjumpaan. Buku ini hendaklah
dikumpulkan oleh guru kelas dan diserahkan kepada Setiausaha Kokurikulum/GPK Koku pada
setiap akhir penggal untuk tujuan pemantauan.Buku ini juga akan digunakan sebagai bahan
rujukan bagi tujuan merekod markah koku pelajar di akhir sesi persekolahan setiap tahun.

MASA AKTIVITI
Agihan masa bagi pelaksanaan aktiviti-aktiviti unit-unit kokurikulum adalah seperti berikut:
Unit-unit koku Kekerapan Hari / Masa Tempoh
Pasukan pakaian Rabu Sepanjang
seragam(unitberuniform) 2 minggu 1.30 3.00 tahun
sekali ptg
Kelab/Persatuan Rabu
Akademik dan bukan 2 minggu 1.30 3.00 Sepanjang
akademik sekali ptg Tahun
Kelab Sukan dan Selasa Sepanjang
Permainan 1 minggu 7.40 8.40 pg Tahun
sekali
Latihan Rumah Sukan
1. 1.Merah Selasa
2. 2.Biru 1 minggu /Khamis Sepanjang
3. 3.Hijau sekali 4.30 6.00 Tahun
4. 4.Kuning ptg

PENYERTAAN DAN PERTANDINGAN


Pihak sekolah akan sentiasa menggalakkan badan-badan kokurikulum mengambil bahagian
dalam sebarang pertandingan samada di peringkat sekolah, zon, daerah, negeri atau kebangsaan.
Penyertaan dalam pertandingan adalah sangat penting sebagai kayu pengukur keberkesanan
program kokurikulum yang dirancang. Malah apa yang lebih penting ialah penglibatan murid di
samping mencapai kecemerlangan yang akan memberi kepuasan kepada murid untuk
mendapatkan sijil demi kepentingan kerjaya dan masa depannya.

PENGHARGAAN
Kecemerlangan adalah matlamat utama sekolah ini. Oleh itu setiap pencapaian yang
cemerlang samada diperingkat zon,, daerah, negeri dan kebangsaan akan menerima penghargaan
dan pengiktirafan daripada pihak sekolah. Penghargaan dan pengiktirafan boleh diterjemahkan
dalam pelbagai bentuk seperti :
1. Ucapan tahniah dan penghargaan serta kata-kata perangsang oleh pihak pentadbiran, guru-guru
dalam majlis rasmi atau perhimpunan sekolah.
2. Memberi sijil-sijil penghargaan.
3. Memberi hadiah-hadiah khas dalam bentuk cenderahati, jamuan, lawatan dan sebagainya.
4. Mempamerkan gambar-gambar dan sijil-sijil penghargaan pada papan kenyataan.
PANDUAN PENILAIAN MARKAH KOKURIKULUM

MANUAL : PENILAIAN AKTIVITI KOKURIKULUM


(Manual ini hendaklah dirujuk ketika menilai markah koku pelajar)
Penilaian berdasarkan kepada 4 aspek dengan pecahan peratusan seperti berikut :-
Kehadiran = 50%
Jawatan disandang = 10%
Penglibatan = 20%
Pencapaian = 20%
Jumlah =100%

1. Kehadiran minimum bagi setiap kegiatan setahun ialah


Unit Beruniform = 18 kali
Kelab Persatuan = 12 kali
Sukan dan Permainan = 12 kali

2. Kiraan bagi kehadiran adalah seperti di bawah :-


Jumlah kehadiran =a
Jumlah perjumpaan =b
Tidak hadir (kebenaran) =c
Markah kehadiran =a X 50
bc

3.Markah aspek jawatan disandang ialah 10%


3.1 Tempoh memegang jawatan sekurang-kurangnya selama 9 bulan.
3.2 Badan Beruniform KPM / KRS
JAWATAN MARKAH
Pegawai Waran I & II (KRS), Pegawai Waran II
(PKBM), Pegawai Kadet Kanan (PA), Pegawai Kadet 10
(Bomba), Sub-Inspektor (Polis) dan Inspektor Kadet
(Koreksional / Penjara)
Staf Sarjan (KRS), Syaf Sarjan / Bintana Kanan / Flight
Sarjan (PKBM), Pegawai Waran Kadet (PA), Ketua 08
Kadet (Bomba) dan Sarjan Mejar (Polis dan Penjara)
Sarjan, Bintara Muda (PKBM-L) dan Ketua Platun 07
(Bomba)
Koperal, Laskar Kanan (PKBM-L) dan Penolong Ketua 06
Platun 1 (Bomba)
Lans Koperal, Laskar Muda (PKBM-L), Laskar Udara 05
(PKBM-U) dan Penolong Ketua Platun 11 (Bomba)
Ahli Aktif 04
Ahli Biasa 01

BADAN BERUNIFORM (NGO)

JAWATAN MARKAH
Ketua Trup, Ketua Pasukan /
Pengerusi, Pegawai Muda, Ketua
Puteri, Ketua Kadet, Band Major, 10
Bengkung Merah dan Tali Pinggang
Hitam (untuk merahhitam = 09
markah)
Penolong Ketua Trup, Ketua
Kumpulan, Ketua Utama Seksyen,
Ketua Pasukan (S/Usaha), Sarjan, 08
Drum Major / Asst. Band Major,
Bengkung Hijau 3 dan Tali Pinggang
Merah 2
Ketua Patrol, Setiausaha, Ketua
Seksyen, Ketua Pasukan 07
(Bendahari), Koperal, Percussion
Leader, Bengkung Hijau 2 dan Tali
Pinggang Merah 1
Penolong Ketua Patrol, Bendahari,
Pen. Ketua Seksyen Kanan, Ketua
Pasukan (AJK), Lans Koperal, 06
Section Leader, Bengkung Hijau 1
dan Tali Pinggang Biru 2
Kuartermaster, Penolong
Setiausaha, Pen. Ketua Seksyen, 05
Ketua Kumpulan, Asst. Section
Leader, Cula 3 dan Tali Pinggang
Hijau 1
Ahli Aktif, Pen. Ketua Kumpulan, 04
Class 3, Cula 2 dan Tali Pinggang
Hijau 1 & 2
Tali Pinggang Kuning 1 & 2 03
Ahli Biasa, Class 4 & 5 dan Cula 1 01
Kelab Persatuan / Sukan / Permainan

JAWATAN MARKAH
Pengerusi / Presiden / Kapten
Pasukan / Ketua Pasukan Sukan / 10
Permainan Ketua Rumah
Timbalan Pengerusi / Naib 08
Pengerusi
Setiausaha / Bendahari 07
Pen. Setiausaha / Pen. Bendahari 06
Ahli Jawatankuasa 05
Ahli Aktif 04
Ahli Biasa 01

Markah Aspek Penglibatan ialah 20%


Markah ini diberikan kepada semua ahli berdasarkan komitmen dan sumbangan di dalam semua
aktiviti yang dijalankan dan tahap penglibatan yang disertai. Peruntukan markah adalah seperti
berikut :-

ASPEK MARKAH
Sekolah 08
Zon / Daerah 11
Negeri 14
Kebangsaan 17
Antarabangsa 20

Markah Aspek Pencapaian ialah 20%

Markah ini diberi atas pencapaian berdasarkan peringkat dan hanya melibatkan Johan, Naib Johan dan
ke 3 sahaja. Peruntukan markah adalah seperti berikut :-

Peringkat Markah
Pertandingan Johan N. Johan Ketiga
Sekolah 08 07 06
Zon / Daerah 11 10 09
Negeri 14 13 12
Kebangsaan 17 16 15
Antarabangsa 20 19 18
Markah Bonus
Diberikan berdasarkan sesuatu jawatan kepimpinan dan bertujuan membantu pengurusan dan
pentadbiran sekolah.

JAWATAN MARKAH BONUS


Ketua Murid 10
Timbalan / Penolong Ketua Murid 08
Ketua / Pengerusi Badan-Badan Perkhidmatan atau
Pengurusan Utama yang ditubuhkan untuk 07
membantu sekolah / Pengawas / Ketua KRS
Pengawas Pusat Sumber 06
Bendahari / Setiausaha / PRS 05
AJK Kecil Biro / Ketua Kelas 03
Penolong Ketua Kelas 02
Anugerah Khas

Diberikan atas kecemerlangan pada aktiviti yang diusahakan sendiri.

BIL PENCAPAIAN MARKAH BONUS


1. Pingat Hang Tuah Kebangsaan / Tunas 10
Jaya Kebangsaan
Pencapaian Aktivti Kokurikulum Di
Luar Negara atas Pembiayan Sendiri 05
2. Johan
Naib Johan 03
Ketiga 02
3. NILAM 05
4. Lain-lain anugerah yang setara 05
Gred Keseluruhan

Bermaksud gred keseluruhan dari 2 jenis kegiatan kokurikulum yang mempunyai prestasi terbaik
berserta markah bonus. Jumlah 2 markah tertinggi dijadikan purata bagi 2 markah tersebut. Nilai
purata pula dicampurkan dengan bonus yang diperolehi. Hasil tambah tersebut dipadankan
dengan gred sebagaimana yang telah ditetapkan.

Contoh :
Jumlah markah :
Unit Beruniform = 80
Kelab / Persatuan = 60
Sukan / Permaianan = 85
Markah Purata = (80 + 85) / 2
= 82.5

Markah Bonus
(ketua murid) = 10
= 82.5 + 10
= 92.5

Gred Keseluruhan =A

Gred Penilaian Kegiatan Kokurikulum

Markah Gred
80 - 100 A
60 - 79 B
40 - 59 C
20 39 D
19 ke bawah E

Anda mungkin juga menyukai