Anda di halaman 1dari 4

Fadhilat Ayat 128 129 Surah At-Taubah| Tahukah Anda Betapa POWERnya

Ayat-ayat ini Jika diamalkan?

Kongsikan di
Masyallah saya tidak tahu. Betul-betul saya tidak tahu. Umur saya telah
hampir separuh abad namun baru sekarang baru saya tahu tentang
kelebihan ayat-ayat 128-129 di dalam Surah At-Taubah.

Inilah rezeki yang Allah SWT beri kepada saya di saat-saat saya sunyi
sendiri menghadapi kesukaran dan pancaroba hidup ini. Inilah buktiNya
Dia masih bersama saya kerana di masa begini tiba-tiba saya terjumpa dan
terbaca dengan tidak sengaja tentang kelebihannya.

Jadi saya mengambil kesempatan ini untuk berkongsi maklumat ini dengan
seberapa ramai yang boleh.

Dikatakan bahawa barangsiapa yang membaca ayat ini sebanyak 7 kali


setiap kali selesai solat fardhu, dengan izin Allah

jika dia seorang yang lemah, maka akan menjadi kuat.

jika dia seorang yang hina, maka akan menjadi seorang yang mulia.

jika dia seorang yang kalah, maka akan segera mendapatkan


pertolongan.

jika dia seorang yang berkesempitan, maka akan mendapat kelapangan.

jika dia seorang yang berhutang, maka akan segera dapat membayar.

jika dia seorang yang berada dalam kesusahan, maka akan hilang
kesusahannya.

jika dia seorang yang sulit dalam penghidupan, maka akan segera
mendapat kelapangan kehidupan.

Untuk dipermudahkan hafazan:

Ayat 128

Laqad jaakum rasoolun min anfusikum AAazeezun AAalayhi ma


AAanittum hareesun AAlaykum bilmu mi neena raoofu raheem

Ayat 129

Fa-in tawallaw faqul hasbiya Allahu la ilaha illa huw AAalayhi tawakkaltu
wahuwa rabbu alAAarshi alAAzeem

Maksud ayat 128

Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan


kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w.), yang menjadi sangat berat
kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat
lobakan (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan
perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.

Bahasa Inggeris

Surely, a Messenger has come unto you from among yourselves; grievous
to him is that you should fall into trouble; he is ardently desirous of your
welfare; and to the believers he is compassionate, merciful.

Maksud ayat 129

Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (Wahai


Muhammad): Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku),
tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia kepadaNya aku
berserah diri, dan Dialah yang mempunyai Arasy yang besar.

Bahasa Inggeris

But if they turn away, say, Allah is sufficient for me. There is no God but
He. In Him do I put my trust, and He is the Lord of the mighty Throne

Jadi kepada semua saudara-saudara ku yang sedang membaca, yang


secara tidak sengaja terbaca akan tulisan saya di sini. Mungkin itu pun
dengan kehendak Allah SWT juga. Amalkanlah. Tidak akan rugi apa pun
malah dengan izinNya mungkin saudara dapat keluar dari apa sahaja
permasalahan yang saudara hadapi. Ataupun mungkin apa yang dihajati
akan ditunaikan olehNya.