Anda di halaman 1dari 9

PENGGUNAAN PETAK AJAIB UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN

MENGINGAT MURID TAHUN ENAM TERHADAP


JATA NEGERI DI MALAYSIA

ONG SII CHEK

ARMAN BIN HJ. MD. JAFERI

PISMP SEJARAH AMBILAN JAN 2014


JABATAN SAINS SOSIAL

ongsiichek1910@yahoo.com

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menilai kebolehgunaan


Petak Ajaib dalam meningkatkan kemahiran mengingat murid
Tahun Enam terhadap topik Jata Negeri di Malaysia. Kajian
ini melibatkan 10 orang peserta kajian Tahun Enam di
sebuah sekolah sekitar Senggarang, Johor. Sebagai
tindakan, pengkaji telah menggunakan tiga instrumen untuk
mengumpul data iaitu melalui kaedah ujian, pemerhatian, dan
soal selidik. Dapatan data dari instrumen ujian telah
menunjukkan perubahan tingkahlaku yang positif pada
peserta kajian apabila menjalankan pengajaran dan
pembelajaran menggunakan Petak Ajaib. Pengkaji
mendapati bahawa penggunaan bahan bantu belajar dapat
menyeronokkan situasi belajar dan memberi peluang untuk
menimba ilmu. Pengkaji berharap Petak Ajaib dapat
diaplikasikan dalam lebih banyak topik sejarah mahupun
mata pelajaran yang berlainan.

Kata kunci : Petak Ajaib, Kemahiran Mengingat, Bahan Bantu


Belajar

ABSTRACT

This action research was conducted to evaluate the Petak


Ajaib in improving the skills of Year Six students considering
the topic of State Emblem in Malaysia. The study involved 10
participants of Year Six students around Senggarang, Johor.
As an action, researchers have used a test basis,
observations and questionnaires to collect data. Based on
these findings, Petak Ajaib has a high usability in improving
the skills of memorise and interests of research participants.
The researchers found that teaching and learning quality
should be assisted with teaching aids. In the future,
researchers hope Petak Ajaib can be applied in more
historical topic.

Key word : Petak Ajaib, Memorise skill, Teaching aids


PENGENALAN

Menurut Alimuddin Mohd Dom (2013), pelaksanaan kurikulum baharu atau KSSR
telah mengumumkan Pendidikan Sejarah merupakan mata pelajaran teras dalam
KSSR adalah selaras dengan perubahan atas pelaksanaan Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang telah dilancarkan oleh Timbalan
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Namun, dengan pengenalannya mata
pelajaran sejarah ini telah melihatkan satu kelemahan pada diri murid kerana gagal
untuk menguasainya. Kemahiran mengingat murid yang lemah dalam menguasai
sesetengah topik dalam mata pelajaran sejarah amat ketara sehingga telah
menjejaskan pencapaian mereka secara keseluruhan.

Konteks

Pengkaji merupakan seorang guru pelatih di Institusi Pendidikan Guru Kampus Tun
Hussein Onn, Batu Pahat yang disyaratkan untuk menjalankan penyelidikan kajian
yang berkaitan dengan pengkhususan Sejarah. Kajian ini akan dilaksanakan di
sebuah sekolah yang terletak di sekitar Sengggarang, di mana pengkaji akan
menjalankan Praktikum Fasa Ketiga di sekolah tersebut. Bilangan murid di sekolah
tersebut hanya terdapat 95 orang, merupakan sebuah sekolah kurang murid (SKM).

Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran

Masalah yang dapat dikesan adalah apabila pengkaji mengajar dengan


menggunakan kaedah biasa iaitu chalk and talk, peserta kajian cepat berasa bosan
dan seterusnya cenderung untuk melakukan perkara yang lain seperti bersembang,
menganggu rakan-rakan lain dan bermain dengan rakan di sebelah. Pengkaji
jugamendapati peserta kajian juga susah untuk memahami dan mengingati 13 buah
jata negari di Malaysia.

Sehubungan itu, dengan menyedari kelemahan-kelemahan yang didapati


sepanjang pengkaji menjalankan praktikum, maka pengkaji berhasrat
memperkenalkan penggunaan bahan bantu belajar Petak Ajaib untuk membantu
peserta kajian dalam menguasai kemahiran mengingat untuk mengingati 13 buah
Jata Negeri.

Pengumpulan Data Awal

Pengkaji telah menggunakan kaedah pemerhatian terhadap peserta kajian. Pengkaji


mendapati bahawa hanya segelintir peserta kajian yang mempunyai pengetahuan
terhadap Jata Negeri. Selain itu, pengkaji juga mendapati bahawa peserta kajian
akan cepat hilang berminat sewaktu belajar dalam kelas.

Pengkaji juga telah menemu bual dengan guru mata pelajaran Sejarah Tahun
Enam. Pengkaji mendapati bahawa kaedah yang selalu digunakan oleh guru
tersebut adalah Chalk And Talk sahaja ketika menyampaikan pembelajaran.
Pengkaji mendapati bahawa kedua-dua peserta kajian mengalami masalah yang
sama untuk mengingati 13 buah jata negeri di Malaysia yang berpunca dari
bilangannya yang banyak dan terdiri daripada banyak elemen.

Pengkaji juga menggunakan kaedah analisis dokumen untuk meninjau dan


menilai latihan yang telah diberikan kepada peserta kajian. Berdasarkan analisis
yang telah dibuat, boleh dapati bahawa tugasan yang diberikan kepada peserta
kajian dalam bentuk lembaran hanya disiapkan dengan sebarangan. Malahan,
terdapat dua orang langsung tidak dapat menjawab dengan tepat dan tidak dapat
mencapai tahap yang telah ditetapkan.

FOKUS KAJIAN

Pengkaji menyedari bahawa amat perlu penekanan terhadap penggunaan bahan


bantu belajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran mengenai topik Jata
Negeri. Sehubungan itu, pengkaji mengharapkan penggunaan Petak Ajaib dapat
meningkatkan kemahiran menginggat peserta kajian dalam mengingati 13 buah jata
negeri di Malaysia.

Menurut Sharifah dan Aliza (2011), menyatakan bahawa bahan bantu belajar
berasaskan bermain dapat merangsangkan fungsi-fungsi otak dan
domain pembelajaran berintegrasikan antara satu sama lain secara semula jadi.
Apabila otak dirangsang, sel-sel otak akan berhubung dan ini memudahkan
pembelajaran berlaku dengan lebih baik.

. Perkara ini adalah sependapat dengan Yahya Othman (2012), iaitu dalam
kajiannya telah menyatakan bahawa bahan bantu belajar merupakan wadah yang
amat penting dalam pengajaran dan pembelajaran dan pelajar-pelajar di sekolah
akan bertindak seronok apabila guru mereka dapat menggunakan bahan bantu
belajar untuk menyampaikan pengajaran dan pembelajaran.

OBJEKTIF KAJIAN DAN SOALAN KAJIAN

Objektif Kajian

1. Menilai kebolehgunaan Petak Ajaib dalam membantu murid meningkatkan


kemahiran mengingat murid terhadap topik Jata Negeri di Malaysia.
2. Meningkatkan minat murid terhadap terhadap topik Jata Negeri di Malaysia
melalui Petak Ajaib.

Soalan Kajian

1. Adakah Petak Ajaib dapat membantu murid untuk meningkatkan kemahiran


mengingat terhadap topik Jata Negeri di Malaysia?
2. Adakah Petak Ajaib dapat meningkatkan minat murid terhadap topik Jata
Negeri di Malaysia?

PESERTA KAJIAN
Kajian ini telah melibatkan 10 orang murid Tahun Enam di salah sebuah sekolah
rendah yang terletak di sekitar Senggarang, yang terdiri daripada lapan orang
peserta kajian lelaki dan dua orang peserta kajian perempuan. Pengkaji memilih
peserta kajian kelas ini kerana mudah untuk pengkaji melaksanakan kajian dan
pengumpulan data memandangkan ni merupakan salah sebuah kelas yang pengkaji
ajar semasa menjalani praktikum di sekolah berkenaan. Manakala persampelan
yang digunakan oleh pengkaji ialah persampelan seluruh populasi.

TINDAKAN YANG DIJALANKAN


Langkah-Langkah Tindakan

Pengkaji telah mengaplikasi model Kurt Lewin 1946 dalam menjalankan kajian
tindakan ini. Menurut Ikhwan Ahmad Naim (2012), Model Lewin 1946
memperlihatkan suatu kitaran langkah-langkah (a spiral of steps) yang mempunyai
empat langkah iaitu merancang (planning), bertindak (action), memerhati (observing)
dan mereflek (reflecting).

Dalam peringkat merancang, pengkaji telah melakukan perancangan


sebelum melaksanakan kajian tindakan. Pada peringkat bertindak pula, pengkaji
telah memulakan kajian tindakan terhadap masalah yang telah dikenal pasti.
Seterusnya, pada peringkat pemerhatian melibatkan proses pengumpulan data.
Akhir sekali adalah peringkat mereflek. Pada peringkat ini, pengkaji telah
menjalankan analisa dan refleksi terhadap kajian yang dilakukan kepada peserta
kajian.

Kaedah Mengumpul Data

Dalam kajian ini, pengkaji akan menggunakan instrumen soal selidk, ujian, dan
pemerhatian sahaja. Terdapat dua reka bentuk kajian yang digunakan oleh pengkaji
iaitu kajian kualitatif dan kajian kuantitatif. Menurut Abdul Rahman (2007),
menyatakan bahawa penyelidikan kuantitatif adalah satu kajian saintifik dengan
pengumpulan data berdasarkan hipotesis atau teori. Manakala menurut Rosinah
Edinin (2012), penyelidikan kualitatif pula menggunakan data kualitatif berbentuk
deskriptif berupa kata-kata lisan atau tulisan tentang tingkah laku manusia yang
dapat diamati.

Kaedah Menganalisis Data

Jadual 1

Cara Analisis Data

Persoalan Kajian Kaedah Mengumpul Data Analisis Data

1. Adakah Petak Ajaib 1. Ujian 1. Jadual markah


dapat membantu Ujian Pra peratusan ujian pra.
murid untuk Ujian Pasca 2. Jadual markah
meningkatkan peratusan ujian pasca
kemahiran mengingat 3. Graf bar perbandingan
terhadap topic Jata ujian pra dan ujian
Negeri di Malaysia? pasca
4. Jadual nilai min bagi
ujian pra, dan ujian
pasca.
2. Adakah Petak Ajaib 1. Pemerhatian 1. Rumusan pemerhatian.
dapat meningkatkan berstruktur 2. Perbandingan
minat murid terhadap 2. Soal selidik pemerhatian.
topik Jata Negeri di 3. Jadual analisis markah
Malaysia? min soal selidik.
4. Rumusan soalan soal
selidik.

Kaedah Menyemak Data

Triangulasi kaedah telah digunakan dalam pengumpulan data kajian tindakan ini.
Menurut Chua Y.P (2007), triangulasi data perlu digunakan untuk meningkatkan
kebolehpercayaan kajian. Triangulasi kaedah juga membolehkan pengkaji
mengesahkan data yang diperoleh daripada pelbagai kaedah yang berbeza dalam
pengumpulan data penyelidikan tindakan pengkaji. Dalam kajian ini, pengkaji telah
membuat perbandingan antara tiga kaedah pengumpulan data iaitu pemerhatian,
soal selidik, dan ujian.

DAPATAN KAJIAN

1. Adakah Petak Ajaib dapat membantu murid untuk meningkatkan kemahiran


mengingat terhadap topik Jata Negeri di Malaysia?

Untuk menjawabkan persoalan ini, pengkaji telah menggunakan instrumen ujian


untuk mendapatkan data. Instrumen ujian yang digunakan oleh pengkaji boleh
terbahagi kepada dua iaitu ujian pra dan pasca.

Perbandingan Pencapaian Ujian Pra Dan Ujian Pasca

100
80
60
40
20
0
Peserta Peserta Peserta Peserta Peserta Peserta Peserta Peserta Peserta Peserta
Kajian Kajian Kajian Kajian Kajian Kajian Kajian Kajian Kajian Kajian
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

Pencapaian Ujian Pra Pencapaian Ujian Pasca

Rajah 1. Perbandingan Pencapaian Ujian Pra dan Ujian Pasca

Berdasarkan analisis data dalam Rajah 1, kita boleh melihat bahawa


kebolehgunaan Petak Ajaib dalam membantu peserta kajian untuk meningkatkan
kemahiran mengingat terhadap topik Jati Negeri dapat dibukti. Jelasnya, dalam graf
ini telah menunjukkan perbezaan peningkatan skor yang ketara antara ujian pra dan
ujian pasca.

Jadual 2

Perbandingan Nilai Min Ujian Pra dan Ujian Pasca

Min Ujian Pra Min Ujian Pasca Perbezaan

28.4 66.9 38.5

Berdasarkan analisis data dalam Jadual 2, perbezaan nilai min di antara


Ujian Pra dan Ujian Pasca menunjukkan peningkatan nilai min dari 28.4% kepada
66.9%, perbezaan sebanyak 38.5%. Dapatan ini membuktikan bahawa peserta
kajian yang menggunakan Petak Ajaib dapat meningkatkan kemahiran mengingat
peserta kajian dalam topik Jata Negeri.

2. Adakah Petak Ajaib dapat meningkatkan minat murid terhadap topik jata
negeri di Malaysia?

Untuk memperolehi data ini, pengkaji telah menggunakan instrumen pemerhatian


dan soal selidik untuk memperolehi data agar dapat menjawab persoalan ini.

Jadual 3

Analisis Borang Soal Selidik

Bil Item Nilai Min

1 Saya suka belajar dengan menggunakan Petak Ajaib. 4.8

2 Petak Ajaib membantu saya mengingat lebih banyak Jata 4.5


Negeri

3 Saya suka mempelajari topik Jata Negeri dengan 2.6


menggunakan kaedah pengajaran Chalk and Talk.

4 Saya lebih mudah mengingat selepas menggunakan 4.0


Petak Ajaib

5 Saya berharap guru akan selalu menggunakan Petak 4.2


Ajaib untuk sesi pengajaran dan pembelajaran.

Berdasarkan analisis terhadap nilai min soal selidik ini, didapati bahawa
peserta kajian rata-rata bersetuju dengan kesemua item yang disoal. Peserta kajian
menyatakan bahawa dengan penggunaan Petak Ajaib, mereka dapat mengingati
Jata Negeri dengan lebih mudah berbanding dengan menghafal menggunakan
kaedah Chalk And Talk.
Jadual 4

Rumusan Pemerhatian

Murid Murid
Murid Murid
mengasingka Murid menunjukkan
bermain- membuat
ASPEK YANG n diri dan menjawab mimik muka,
main dan kerja sendiri
DIPERHATIK tidak pertanyaan reaksi dan
mengganggu seperti
AN memberikan guru dan respon
rakan melukis
perhatian melibatkan menandakan
semasa guru semasa guru
semasa guru diri secara bosan dan
sedang sedang
sedang aktif. tidak berpuas
mengajar. mengajar.
mengajar. hati.

Invensi/
E1 E2 E1 E2 E1 E2 E1 E2 E1 E2
Peserta Kajian

Peserta Kajian
/ X / X / X X / / X
1

Peserta Kajian
/ X / X / X X / / X
2

Peserta Kajian
/ X / X / X X / / X
3

Peserta Kajian
/ X / X / X X / / X
4

Peserta Kajian
/ X X X / X X / / X
5

Peserta Kajian
/ X X X / X X / / X
6

Peserta Kajian
/ X / X / X / / X X
7

Peserta Kajian
X X / X / X / / / X
8

Peserta Kajian
X X X X / X X / / X
9

Peserta Kajian
/ X X X / X / / / X
10

JUMLAH 80 0 60 0 100 0 30 100 90 0


Berdasarkan analisis data dalam Jadual 4, jelas menunjukkan terdapat
perubahan dalam tingkah laku peserta kajian yang menggunakan cara tradisional
iaitu Chalk And Talk. Apabila intervensi Petak Ajaib dijalankan, tingkah laku negatif
peserta kajian tidak kelihatan malah mereka sangat aktif untuk melibatkan diri untuk
menyertai aktiviti pengajaran. Ini terbukti bahawa Petak Ajaib mempunyai
kebolehan untuk meningkatkan minat peserta kajian untuk mempelajari topik Jata
Negeri.

REFLEKSI

Pengkaji mendapati bahawa penggunaan bahan bantu belajar mempunyai peranan


yang sangat penting untuk membantu peserta kajian untuk meningkatkan kemahiran
mengingat mereka dan di samping meningkatkan minat terhadap topik Jata Negeri.

Tidak dinafikan juga bahawa penggunaan bahan bantu belajar sememangnya


dapat mengubah sikap seseorang murid untuk belajar. Sesuatu pengajaran dan
pembelajaran yang mempunyai keistimewaan akan menarik minat murid untuk
belajar dan dapat menglibatkan diri dengan aktif.

Bahan bantu belajar yang berasaskan permainan dan hands-on harus


sentiasa diaplikasikan dalam kelas. Penglibatan langsung peserta kajian dalam
sesuatu pengajaran dan pembelajaran itu akan meningkatkan minat mereka untuk
terus belajar dan meningkatkan kemahiran mengingat

CADANGAN TINDAKAN SUSULAN

Pengkaji mencadangkan agar Petak Ajaib bukan sahaja digunakan untuk murid
Tahun Enam untuk menguasai topik Jata Negeri, malahan boleh diaplikasikan ke
dalam mata pelajaran Sejarah dalam topik yang bersesuaian.

Seterusnya, pengkaji mencadangkan supaya Petak Ajaib dapat


dikembangkan ke sekolah-sekolah di seluruh Malaysia tidak kira di sekolah rendah
mahupun sekolah menengah.

RUJUKAN

Abdul Rahman Abdul Majid Khan. (2007). Guru sebagai Penyelidik Kuala Lumpur:
PTS Profesional Publishing Sdn.Bhd.

Chua Yan Piaw. (2007). Buku 1, Kaedah Penyelidikan. Kuala Lumpur: Mc Graw Hill
Education (Asia).

Ikhwan Ahmad Naim. (2012). Penyelidikan Tindakan : Kaedah Dan Penulisan Edisi
Kedua. Kuala Lumpur : Freemind Horizons Sdn.Bhd.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013-2025). Pelan Pembangunan Pendidikan


Malaysia. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sharifah Nor Puteh & Aliza Ali. (2011). Pendekatan Bermain Dalam Pengajaran
Bahasa Dan Literasi Bagi Pendidikan Prasekolah, Jurnal Pendidikan Bahasa
Melayu, Vol 2, Bil 2. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Yahya Othman. (2012). Keberkesanan penggunaan peta minda dalam
pengajarandan pembelajaran karangan argumentatif di sebuah sekolah
menengah Arab di Negara Brunei Darussalam. Jurnal Pendidikan Bahasa
Melayu, 2:32-45.

Rosinah Edinin. (2012). Penyelidikan Tindakan : Kaedah Dan Penulisan. Kuala


Lumpur : Freemind Horizions

Alimuddin Mohd Dom. (2013, December 31). Kurikulum baharu KSSR meningkatkan
kualiti pendidikan. Utusan Online. Diambil dari
http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20131231/re_06/Kurikulum-
baharu-KSSR-meningkatkan-kualiti-pendidikan

Anda mungkin juga menyukai