Anda di halaman 1dari 9

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN

TAHUN 5 (2017)
BAHASA MELAYU PEMAHAMAN
Bahagian B 011

______________________________________________________________________________

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Tulis nombor kad pengenalan atau nombor sijil


kelahiran dan angka giliran kamu pada petak yang Untuk Kegunaan Pemeriksa
disediakan.
Kod Pemeriksa :
2. Jawapan kamu hendaklah pada ruang jawapan yang
disediakan dalam kertas soalan ini. Nombor soalan Markah
21 (a)
3. Serahkan Bahagian B ini bersama-sama borang (b)
jawapan objektif kepada pegawas peperiksaan pada
akhir peperiksaan . 22 (a)
(b)
23 (a)
(b)
(c)
24 (a)
(b)
(c)
25 (a)
(b)
(c)

Jumlah
30

Kertas peperiksaan ini mengandungi 7 halaman bercertak dan 1 halaman tidak bercetak

Lihat haman sebelah]

SULIT
Bahagian B
[30 markah]

Soalan 21
( a) Garisi jawapan yang paling sesuai bagi ayat di bawah.

(i) Pelanggan kedai itu terpaksa (memerhati, menikmati, menunggu) lama kerana bekalan
elektrik terputus secara tiba-tiba.

(ii) Program kitar semula itu diadakan untuk (memuaskan, memastikan, menceritakan)
para penduduk menegetahui kepentingan kitar semula.

(iii) Kempen Masyarakat Penyayang anjuran Persatuan Pegawas di sekolah kami akan
(dirasmikan, diresmikan, dilepaskan) oleh Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru.

(iv) Jalan raya di Kampung Pisang akan ( dibesarkan, dilebarkan, dipanjangkan) untuk
mengatasi kesesakan lalu lintas di laluan tersebut.
[4 markah ]

(b) Tandakan ( ) bagi ejaan yang betul berdasarkan ayat di bawah.

i) Aminah makan sepinggan ______________ dan segelas air sirap di gerai Pak Mail.

mee
mi

ii) Emak membeli dua puluh cucuk _____________ ayam di pasar malam di Taman

Tun Sardon.
sate
satay
iii) Encik Azlan merupakan seorang pengusaha kebun __________________ yang

terbesar di negeri Johor.

nanas
nenas

iv) Hidangan makan ____________________ di Restoran Selera Kampung amat

menyelerakan.
tengahari
tengah hari

v) Azzarul menggunakan perkhidmatan ___________________ ekspress untuk pulang ke

kampung semasa cuti perayaan.

keretapi
kereta api

[5 markah ]
Soalan 22

a) Soalan berikut berdasarkan gambar di bawah ini.

Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas.

______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________

[2 markah]

b) Tulis ayat cakap pindah bagi ayat cakap ajuk di bawah ini.

Ayat cakap ajuk:

Saya berasal dari Pulau Pinang dan berumur 11 tahun, kata Halim.

Ayat cakap pindah:

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

[2 markah]
Soalan 23

Baca iklan percutian di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
menggunakan ayat yang lengkap.

CUTI-CUTI MALAYSIA
Keindahanmu Mempesona

2Hari Di Tasik Banding - RM400.00


2Hari Di Pulau Redang - RM550.00
2Hari Di Pulau Perhentian - RM550.00
2Hari Di Taman Negara - RM530.00
3Hari Di Kota Kinabalu - RM970.00

Pakej istimewa ini hanya ditawarkan untuk tempoh selama sebulan dari tarikh iklan ini. Kadar
yang berbeza akan dikenakan selepas tamat tarikh promosi. Kami menawarkan pakej percutian
serta pakej pelancongan yang mudah, murah, dan meriah. Pilihlah destinasi yang menawan hati
anda. Destinasi yang mengembalikan keceriaanhidup anda! Pihak kami akan menguruskan
tentang pengangkutan, penginapan dan makanan.
Nikmati percutian anda dan keluarga anda bersama-sama kami. Buatlah tempahan anda
sekarang. (Tempahan boleh dibuat mulai 10 September 2016).

Hubungi kami di alamat berikut: Pejabat cawangan kami:

Syarikat Kembara Sdn. Bhd. Negeri Sembilan - 06-4573439


No. 240, Lorong Tengah, Pulau Pinang - 04-7245688
Taman Tun Dr. Ismail, Johor Bahru - 07-2229770
54000 Kuala Lumpur. Kuala Terengganu - 09-5654422
Telefon:03-28222468/019-5432775 (cuti-cuti Malaysia Keindahan Mempersona)

(a) Nyatakan jenis perkhidmatan yang disediakan oleh agensi pelancongan tersebut.

_________________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________________
[2 markah]
(b) Bagi penduduk di negeri Terengganu, tempahan pakej boleh dibuat dengan menghubungi

_________________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________________
[1 markah]
(c) Pada pendapat kamu, mengapakah kita digalakkan melancong di dalam negara sendiri?

__________________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________________
[3 markah]

Soalan 24

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya menggunakan
ayat yang lengkap.

Jamili Bin Ismail,


No. 25, Kampung
Sungai Korok,
32800 Parit,
Perak.

3 April 2017.

Menemui saudaraku yang saya rindui selalu. Apa khabar saudara di samping keluarga? Kami di
sini sihat-sihat sahaja. Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk menceritakan sambutan Hari
Kantin di sekolah saya.

Saudaraku,

Untuk makluman saudara, pada minggu lepas sekolah saya telah mengadakan Hari
Kantin. Pada tahun ini, saya dan rakan-rakan sekelas turut melibatkan diri dalam menjayakan
program tersebut.

Kami telah bersetuju untuk menjual burger dan saya telah dilantik menjadi ketua. Pada
peringkat awal, kami telah berbincang untuk mengagihkan tugas masing-masing.

Semasa hari kantin, gerai kami telah mendapat sambutan yang menggalakkan. Oleh sebab
itu, kami terpaksa memesan tambahan bekalan roti dan daging burger. Gerai kami menjadi
tumpuan kerana rasa burger kami lain daripada yang lain.

Untuk pengetahuan saudara, gerai kami beroleh keuntungan yang memberangsangkan.


Keuntungan sebanyak RM280.00 telah kami agihkan kepada semua yang terlibat.

Kami berasa sungguh gembira kerana mendapat pengalaman baru tentang aktiviti
berniaga. Saya berharap agar saudara dapat menceritakan suasana hari kantin di sekolah saudara
pula.

Sekian, terima kasih.

Sahabatmu,
Jamili
(a) Berikan tujuan penulis mengirim surat kepada sahabatnya?

_________________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________________
[1 markah]

(b) Berapakah jumlah keuntungan yang diperoleh penulis dan rakan-rakan melalui jualan Hari
Kantin sekolahnya?

_________________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________________
[2 markah]

(c) Pada pendapat kamu, adakah program Hari Kantin memberikan maanfaat kepada murid?
Nyatakan sebabnya.

_________________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________________
[3 markah]
Soalan 25
Baca pantun di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan- soalan yang berikut.

PANTUN SAYANGI NEGARA

Pergi ke hutan memetik pegaga,


Simpan sahaja di atas para;
Sayang-menyayang sesama keluarga,
Barulah tercapai misi negara.

Hidup muafakat hati sekata,


Barulah rezeki bertambah murah;
Sikap terbuka amalan kita,
Itulah Malaysia negara muhibah.

Berjalan ke hilir dengan si dia,


Duduk berehat membaca majalah;
Saling menghormati amalan mulia,
Rakyat pasti tidak berbalah.

Membeli barang di pasar Selasa,


Terjumpa dengan keluarga Suraya;
Rakyat hidup aman sentosa,
Negara pasti akan berjaya.

(a) Apabila kita hidup aman dan sentosa, negara pasti ____________________.

[1 markah]
(b) Tandakan ( )pada penyataan yang betul dan ( X ) bagi penyataan yang salah
berdasarkan pantun.

Amalan hormat- menghormati antara kaum akan menyebabkan negara


kita aman dan makmur.

Apabila kita saling bersatu padu akan menyebabkan negara kita


mundur.

[2 markah]

(c)

Saling menghormati amalan mulia,


Rakyat pasti tidak berbalah,

Terangkan maksud baris-baris pantun di atas.

[2 markah ]

KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT

Anda mungkin juga menyukai