Anda di halaman 1dari 2

Baca dan fahami petikan berikut dengan teliti.

Berdasarkan
petikan , bincangkan dalam kumpulan dan hasilkan satu peta
dakap bagi membantu anda memahami petikan ini.

Ibadah korban merupakan antara ibadah yang dilaksanakan


oleh umat Islam dan disambut pada Hari Raya Aidiladha. Di
Malaysia, ibadah korban disambut oleh masyarakat Islam dengan
melaksanakan sembelihan lembu dan kambing untuk tujuan
tersebut.
En. Hamzah Hashim telah terdorong untuk mencipta sebuah
sangkar khas untuk memudahkan proses penyembelihan
tersebut. Sangkar yang dinamakan Sangkar Sembelih Mudah Alih
direka berdasarkan pengalaman sendiri mengendalikan lembu
korban sepanjang tahun.
Menurut En.Hamzah, proses menyembelih seekor lembu menerusi
kaedah biasa mengambil masa 20 hingga 30 minit.
Bagaimanapun jika menggunakan alatan khas tersebut, masa
yang diambil cuma lapan hingga 10 minit.
Setelah sekian lama digunakan, potensi sangkar sembelihan
tersebut telah mendapat perhatian Kementerian Sains, Teknologi
dan Inovasi (MOSTI) menerusi sebuah agensinya iaitu Yayasan
Inovasi Malaysia (YIM). Rekaan Hamzan telah terpilih menyertai
pertandingan yang dikelolakan oleh YIM lalu berjaya memenang
tempat pertama yang melayakkan dia menerima hadiah wang
tunai sebanyak RM20,000.
Sangkar itu telah sedia untuk dikomersialkan pada kadar harga
RM30,000 dan telah dipatenkan di Perbadanan Harta Intelek
Malaysia (MyIPO). Alat tersebut juga diluluskan penggunaannya
oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Sila lengkapkan ulasan berkaitan petikan berikut.

1. Umat islam melaksanakan ________________________________

_________________________________ semasa sambutan Hari


Raya Aidiladha.

2. __________________________________________________________
telah dicipta bagi tujuan untuk memendekkan masa
penyembelihan.

3. En. Hamzah telah terpilih sebagai ______________________

untuk pertandingan yang dikelolakan oleh

______________________________________________________ .

4. Kini sangkar tersebut telah di___________________________

pada harga _____________________________ dan telah

___________________________________________________________

__________________________________________________________ .

Anda mungkin juga menyukai