Anda di halaman 1dari 3

Bab 4 Langkah-langkah Mengatasi Pemanasan Global

4.1 Negara

Terdapat pelbagai langkah yang boleh diambil bagi meminimumkan kesan negatif pemanasan
global terhadap hidupan di muka bumi ini. Antaranya adalah:

4.1.1 Teknologi hijau

Teknologi hijau boleh didefinisikan dengan merujuk pembangunan dan aplikasi produk,
peralatan serta sistem untuk memelihara alm sekitar dan alam semulajadi dan meminimumkan atau
mengurangkan kesan negatif kepada manusia.[1] Contohnya, menstrukturkan semula dan menambah
fungsi beberapa kementerian dan mewujudkan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, yang
sebelum ini dikenali sebagai Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia.[2] Melalui pendekatan
sebegini, impak negatif aktiviti manusia terhadap alam sekitar sudah tentu dapat diminimumkan. Hal ini
dimikian kerana lebih banyak kementerian baru yang lebih proaktif telah ditubuhkan bagi mengawal
serta memantau keadaan semasa atau kualiti alam sekitar di seluruh negara.

4.1.2 Penguatkuasaan undang-undang

Selain itu, penguatkuasaan undang-undang yang lebih proaktif dan efektif oleh kerajaan
perlulah dilaksanakan. Sebagai contoh, mewajibkan penggunaan kenderaan bermotor yang mempunyai
penapis gas pada ekzos kenderaan masing-masing. Hal ini sudah tentu akan menjamin kebersihan gas
yang dilepaskan daripada ekzos-ekzos kenderaan terutamanya di kawasan bandar adalah selamat dan
mesra alam.

Pengeluaran atau pelulusan lesen bagi tujuan pembalakan turut perlu diminimumkan. Hal
ini adalah bagi memastikan para pembalak agar tidak menyalahgunakan permit yang mereka peroleh
untuk kepentingan sendiri. Penetapan had kuantiti kayu balak yang boleh ditebang dalam satu tahun
akan dapat meminimumkan penebangan kayu balak yang terdapat di negara ini.

4.2 Masyarakat

4.2.1 Saling memberi maklumat

Bagi mengurangkan kesan negatif pemanasan global, peranan masyarakat dalam sesebuah
negara juga penting. Masyarakat haruslah saling memperingati dan memberi maklumat tentang
keseriusan isu pemanasan global kepada orang lain. Masyarakat turut perlu memberi respon yang
positif terhadap seruan kerajaan bagi sama-sama menggembleng tenaga bagi menangani masalah
ini. Ajakan untuk sama-sama memberi komitmen terhadap alam sekitar oleh masyarakat setempat
adalah amat penting supaya semua lapisan masyarakat akan sedar dan tahu akan tanggungjawab
masing-masing dalam memelihara alam sekitar.
4.3 Sekolah

4.3.1 Memberi pendidikan tentang alam sekitar

Pendidikan mengenai penjagaan alam sekitar turut perlu diberi dan didedahkan sejak di
bangku sekolah lagi. Hal ini demikian kerana generasi muda harus tahu akan kepentingan menjaga alam
sekiatar dan melalui pendedahan mengenai isu pemanasan global sejak mereka bersekolah lagi
sekurang- kurangnya dapat memberi mereka idea tentang apa yang perlu mereka lakukan sebagai
tanggungjawab mereka terhadap alam sekitar.

4.3.2 Mewujudkan kelab pencinta alam sekitar

Dengan mewujudkan kelab pencinta alam sekitar sebagai salah satu kelab dalam aktiviti
kokurikulum di sekolah, para pelajar akan berpeluang untuk mengaplikasikan ilmu tentang penjagaan
alam sekitar di sekolah. Mereka tidak hanya duduk dan mendengar tentang tanggungjawab ini dari
mulut guru mereka sewaktu kelas pada waktu pagi sebaliknya mengaplikasikan apa yang telah
dipelajari pada waktu petang, iaitu semasa aktiviti kokurikulum dijalankan. Penubuhan kelab ini turut
akan dapat menanam sedikit-sebanyak perasaan cinta para pelajar terhadap alam sekitar pada usia
muda lagi.

4.3.3 Peranan guru kaunseling

Guru kaunseling di sekolah saharusnya tidak hanya memandang berat pada masalah-
masalah disiplin pelajar di sekolah sahaja. Pendedahan tentang isu-isu semasa kepada para pelajar turut
perlu dipandang serius. Contohnya, isu pemanasan global yang semakin serius pada masa kini.
Pendedahan tentang cara-cara yang bolaeh dijadikan sebagai sumbangan bagi meminimumkan impak
pemanasan global adalah penting dan perlu diketahui oleh semua warga sekolah. Hal ini boleh dilakukan
dengan menampal poster umpamanya, mengadakan ceramah dan menganjurkan pertandingan-
pertandingan yang berkaitan dengan penjagaan alam sekitar sehingga ke peringkat antarabangsa. Hal ini
akan memberi kesedaran kepada orang ramai tentang peri pentingnya menjaga alam semulajadi
di sekeliling kita.

4.4 Diri sendiri

Kesedaran di dalam diri tentang isu ini adalah asas kepada usaha yang akan dilakukan oleh
samada pihak sekolah, masyarakat mahupun negara. Sumbangan diri sendiri terhadap penjagaan alam
sekitar adalah lebih banyak jika dibandingkan dengan usaha-usaha pihak sekolah, masyarakat dan
negara. Antara langkah atau tips yang boleh diambil termasuklah:[

4.4.1 Memastikan tayar kenderaan telah dipam secukupnya kerana tayar yang tidak dipam
secukupnya akan melepaskan gas karbon dioksida yang banyak ke atmosfera.
4.4.2 Elak menggunakan air panas bagi mencuci pakaian sebaliknya menggunakan alat pencuci
yang sesuai yang boleh digunakan walau dalam air sejuk atau suam.

4.4.3 Tanggalkan plak wayar elektrik pada soketnya apabila tidak digunakan. Hal ini demikian
kerana plak wayar elektrik yang masih bersambung pada soket akan menyebabkan arus elektrik masih
mengalir walaupaun suis telahpun dimatikan.

4.4.4 Penggunaan lampu pendaflour juga lebih menjimatkan tenaga berbanding lampu bilik atau
lampu mentol.

4.4.5 Beli barangan yang boleh dikitar semula. Selain dapat meminimumkan penggunaan bahan
mentah untuk penghasilan barangan baru, barangan yang boleh dikitar semula akan memberi
keuntungan apabila barangan tersebut dijual untuk dikitar semula.

4.4.6 Menanam pokok di kawasan atau sekitar rumah turut dapat mengatasi masalah ini. Selain
mewujudkan suasana yang nyaman dan sejuk, penanman pokok turut akan mengurangkan ketumpatan
gas karbon dioksida yang terkumpul di sekeliling rumah

Anda mungkin juga menyukai