Syukur kepada Tuhan di atas berkat-Nya yang melimpah sehingga saya dapat menyempurnakan
penyelidikan ini walaupun menghadapi pelbagai cabaran. Rasa penuh kesyukuran terus
dihadapkan kepada Tuhan atas nikmat kesihatan dan tenaga yang diberikan ke atas saya dalam
menyempurnakan penyelidikan dalam jangka masa yang ditetapkan. Saya juga ingin berkongsi
perasaan gembira, bangga dan terharu bersama ahli keluarga yang sangat dikasihi yang terus
memberi limpahan semangat dan galakkan serta cuba memahami situasi yang dihadapi dalam
rangka menyempurnakan penyelidikan ini.
Akhir sekali buat insan yang teristimewa kedua ibu bapa yang sentiasa mendoakan
kejayaan ini, (suami/anak-anak ) yang telah banyak berkorban apa saja dan sentiasa sabar
menanti saat ini. Segala pujian saya panjatkan kepada Tuhan yang maha kuasa kerana apa
sahaja yang terjadi pada hari ini semua itu adalah atas kehendak-Nya.
iv