Anda di halaman 1dari 16

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)

TAJUK 2
DAN FALSAFAH PENDIDIKAN GURU (FPG)

2.1. Sinopsis

Topik-topik dalam tajuk ini merangkumi konsep asas Falsafah Pendidikan, implikasi
Falsafah Islam, Falsafah Timur dan Falsafah Pendidikan Barat ke atas pembentukan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Turut dibincangkan adalah Falsafah Pendidikan
Guru serta amalan profesionalisme guru dalam pembentukan modal insan
berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru.

2.2. Hasil Pembelajaran

Setelah selesai mengikuti modul ini, diharap anda dapat:


i. Menjelaskan konsep asas Falsafah Pendidikan (1.1)

ii. Menunjukkan ciri-ciri kebolehan bekerja secara berpasukan (3.4)

iii. Menganalisis falsafah-falsafah pendidikan Islam, Timur dan Barat ke atas

pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (1.6)

iv. Membina dan mempertahankan hujahan yang berasaskan isu pendidikan

secara jelas dan koheran dengan mengambil kira elemen-elemen falsafah

Timur, Islam dan Barat yang releven (5.1)

v. Mengamalkan pengetahuan dan kemahiran yang dikuasai melalui FPK dan

FPG dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran (7.1)

vi. Bekerjasama dengan rakan sejawat untuk meningkatkan profesion keguruan

(5.5)

vii. Menterjemahkan FPK dan FPG secara umum dan spesifik kepada aktiviti

pembelajaran yang bermakna (2.3)

viii. Mengaplikasikan amalan profesionalisme guru dalam pembentukan modal

insan (2.4)

14
2.3. Kerangka konsep tajuk ini

Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK) dan
Falsafah Pendidikan Guru
(FPG)

Konsep asas Amalan profesionalisme guru


dalam pembentukan modal
insan

Implikasi keatas
Falsafah Pendidikan
Kebangsaan

Falsafah Islam Falsafah Timur Falsafah Barat

2.4. Konsep asas Falsafah Pendidikan

Falsafah berasal daripada perkataan Greek philos (cinta) dan sophia


(bijaksana). Dalam ertikata yang lain, falsafah bermaksud ... cintakan ilmu
pengetahuan dan bebijaksanaan. Falsafah boleh dikatakan satu pendekatan
menyeluruh terhadap kehidupan dan dunia. Ia melibatkan kajian untuk
mencari apa yang benar dan bernilai dalam kehidupan. Kajian ini dijalankan
dengan merumuskan masalah secara berhati-hati, memberi dan membuat

15
justifikasi penyelesaiannya serta membincangkan keseluruhan proses
tersebut.

Ahli falsafah akan cuba mencari jawapan kepada soalan-soalan seperti:


Siapakah saya?
Dari mana saya datang?
Mengapa saya berada di sini?
Ke manakah akan saya pergi?
Bagaimanakah saya boleh lalui kehidupan ini?
Secara kesimpulannya, falsafah adalah satu kajian mengenai alam semula
jadi dan maksud dunia sejagat serta kehidupan manusia. Ia adalah satu set
kepercayaan atau sikap terhadap kehidupan yang mempengaruhi tingkah
laku individu.

Bincangkan soalan-soalan di atas dengan rakan-rakan anda.


Pandangan dunia adalah satu sistem falsafah yang lengkap. Pandanganini
perlu berdasarkan bukti-bukti yang mencukupi, tekal dan menyeluruh, serta
tidak tercanggah. Kita perlu fikir dengan teliti apabila menilai satu-satu idea
atau tuntutan mengenai kebenaran. Penilaian tersebut mestilah dibuat secata
kritikal, betul dan menyeluruh. Kita semua mempunyai falsafah, walaupun kita
tidak sedar mengenainya. Falsafah kita membentuk pandangan kita terhadap
dunia ini, dan menjadi asas kepada keputusan yang kita buat setiap hari.
Falsafah memberi kita hala tuju dalam hidup.

Pendidikan pula merupakan proses pengajaran, latihan dan pembelajaran


yang dijalankan di sekolah, kolej, institut atau universiti untuk menambah
pengetahuan dan membina kemahiran. Di institusi ini pendidikan dijalankan
secara formal, tetapi secara tidak langsung kita dididik melalui pengalaman
sendiri.

Apakah falsafah anda tentang pendidikan yang anda ingini? Bincangkan dengan
rakan-rakan pendapat anda itu.

2.5. Implikasi Falsafah Islam, Falsafah Timur dan Falsafah Pendidikan Barat
ke atas pembentukan Falsafah Pendidikan

16
2.5.1. Falsafah Pendidikan Barat

Falsafah
Pendidikan Barat

Falsafah Falsafah
Tradisional Moden

Perennialisme Essentialisme Progresivisme Rekonstruksionisme

Falsafah pendidikan barat mempunyai asasnya dalam falsafah umum.


Falsafah tradisional dan moden berbeza dari segi cara mereka melihat
perhubungan di antara matlamat dan kaedah. Falsafah tradisional mengambil
kira bahawa matlamat adalah diluar kawalan individu. Manusia bebas memilih
kaedah untuk mencapai matlamat . Sebaliknya, falsafah moden menyuarakan
bahawa individu boleh menentukan kedua-dua matlamat dan kaedah untuk
mencapai matlamat.

i. Perennialisme

Ciri-ciri asas semula jadi manusia adalah berbentuk universal dan tiada had
masa yang mendefinisikan manusia sebagai seseorang yang rasional.
Dengan pemahaman ini rasionaliti dan intelek mestilah disemai melalui
pendidikan.

Perennialisme percaya bahawa tujuan utama pendidikan adalah untuk


mengajar nilai dan pengetahuan yang berbentuk universal. Proses ini tiada
had masa. Perennialisme berfokus kepada perkembangan diri. Ini kerana
orang adalah manusia. Orang perlu diajar mengenai unsur-unsur
kemanusiaan dahulu. Orang adalah pada asasnya orang, dan keduanya
barulah pekerja. Oleh itu topik-topik liberal harus diajar dahulu sebelum topik-
topik vokasional. Topik-topik penting adalah topik yang membincangkan
perkembangan seseorang. Oleh itu, prinsip perlu diajar, bukannya fakta.

17
Fakta sentiasa berubah. Conohnya, dalam Sains, perennialisma
menggunakan strategi pengajaran penakulan saintifik, bukan fakta.
Penakulan diilustrasikan dengan eksperimen-eksperimen yang terkenal.
Dengan cara ini, murid diperkenalkan dengan tindakan sains dan penaakulan
yang lebih bercorak kemanusiaan. Yang pentingnya, ia menunjukkan
ketidakpastian dan tindakan yang salah bagi sains sebenar.

Guru dilihat sebagai seorang yang berkuasa dalam bidangnya. Pengetahuan


dan kepakarannya tidak boleh dipersoalkan. Guru membantu murid berfikir
secara rasional berdasarkan kaedah Sokratik. Sebagai pakar dalam mata
pelajaran tertentu, guru perlu mahir membimbing perbincangan. Nilai-nilai
tradisional perlu diajar secara eksplisit.

ii. Essentialisme

Essentialisme melihat kepada apa yang perlu dan penting dalam hidup untuk
kehidupan yang sempurna dan baik. Essentialisme mengambil kira
pendidikan sebagai persediaan untuk pekerjaan dan kewarganegaraan. Oleh
itu, essentialisme adalah satu teori yang mempertikaikan bahawa tujuan
utama pendidikan adalah menyampaikan budaya dan ilmu kepada setiap
generasi baru.

Essentialisme bertujuan menggalakkan perkembangan intelek setiap individu


dan mendidik seseorang kearah kecekapan. Ini melibatkan pengajaran mata
pelajaran asas tradisional yang berguna pada masa lampau, dan akan
berguna juga pada masa akan datang. Mata pelajaran yang penting adalah
Sastera, Bahasa Asing, Sejarah, Sains, Matematik, Seni dan Muzik. Ia juga
memberi fokus kepada pengajaran kemahiran-kemahiran penting serta
penguasaan konsep dan prinsip. Program di bawah fahaman essentialis
biasanya mengajar kanak-kanak secara ansur maju, daripada yang mudah
kepada yang lebih kompleks.

Essentialisme juga berusaha mengekalkan sekolah sebagai institusi


berfungsi akademik. Guru dianggap sebagai berkuasa dalam mata pelajaran
dan pengajarannya. Guru ini berkuasa di dalam bilik darjah, dan menentukan
kurikulum, Guru juga bertanggung jawab mengajar nilai-nilai tradisional.
Menurut William Bagley (1574 1946) seorang guru dianggap sebagai model

18
yang bernilai untuk dicontohi. Dari sini, kita boleh lihat bahawa kurikulum
essentialisme adalah kurikulum umum, berpusatkan mata pelajaran yang
menitik beratkan bahasa, sastera dan matematik, seni dan sains.

Senaraikan elemen perennialisme dan essentialisme di sekolah anda.

iii. Progresivisme

Progresiveme berkembang daripada pragmatisme (berfikir mengenai


penyelesaian masalah dengan cara praktikal dan munasabah).
Progressivisme percaya bahawa kebenaran adalah relatif dan tentatif.
Pengetahuan akan membawa kepada pertumbuhan dan perkembangan.
Oleh kerana pengetahuan menerangkan realiti masa kini, kanak-kanak perlu
diajar bagaimana untuk berfikir dan bukan apa yang perlu difikirkan.
Dengan ini, pendidikan haruslah menyediakan murid yang boleh
menyesuaikan dirinya dengan perubahan situasi.

Progresivisme bertanggapan bahawa manusia secara semula jadi adalah


baik. ia berpegang kepada pandangan bahawa kanak-kanak akan memilih
apa yang terbaik untuk mereka. Berikut adalah pandangan Progresivisme
dari segi :
a. Kurikulum
v Berdasarkan minat murid
v Isi kandungan berbentuk interdisiplin
v Melibatkan aplikasi masalah manusia
v Menggalakkan pelbagai alternatif yang berkait contohnya aktiviti
seperti pengalaman, penyelesaian masalah dan kaedah projek
v Menekankan pengalaman langsung
v Tumpuan kepada pembelajaran aktif dan relevan
v Menggunakan pendekatan induktif untuk pengajaran

b. Peranan guru sebagai pembimbing kepada penyelesaian masalah dan


inkuiri saintifik
v Murid digalakkan membina penerangan serta kefahaman sendiri
tentang sesuatu fenomena. Ini membolehkan murid mengguna
pembinaan pengetahuan baru untuk bidang pembelajaran lain

19
v Fokusnya ialah murid sebagai pelajar dan bukan kepada isi
kandungan
c. Peranan sekolah
v Menggalakkan kolaborasi
o Aktiviti pembelajaran kumpulan secara kolaboratif digalakkan
o Kurang penekanan kepada pembelajaran persaingan individu
v Pereka cipta dan pelaksanaan prosedur yang demokratik
o Bebas berbincang
o Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran bersama
o Menggalakkan penyertaan menyeluruh dalam aktiviti
pendidikan
o Penyertaan masyarakat
o Reformasi sosial
Perubahan yang berlaku dalam pendidikan merupakan perubahan daripada
pengajaran berbentuk pemusatan guru kepada berpusatkan murid dan
daripada isi kandungan kepada proses pembelajaran untuk
memperkembangkan pemikiran dan individu yang boleh menyesuaikan diri.

iv. Rekonstruksionisme

Rekonstruksionisme adalah hasil pertumbuhan daripada progresivisme.


Rekonstruksionisme berhasrat untuk memperbaiki dan membangunkan
semula masyarakat. Ia menunjukkan pembentukan satu corak budaya baru
dan penghapusan penyakit masyarakat sebagai tujuan utama pendidikan.

Rekonstruksionisme melihat sekolah sebagai penggerak penting untuk


memajukan kehidupan manusia malalui pendidikan dan reformasi sosial.
Rekonstruksionisme memilih sekolah sebagai tempat untuk membentuk
masyarakat baharu. Terdapat beberapa fahaman berkenaan
rekonstruksionisme:

a. Sekolah, yang berfungsi untuk


v mengenal pasti masalah masyarakat yang utama yang menyebabkan
krisis budaya
v memupuk sikap dan kemahiran yang boleh menyelesaikan masalah
tersebut
b. Kurikulum

20
v menekankan sains sosial dan kaedah kajian sosial
v berfokuskan trenda masa kini dan masa depan, merangkumi isu-isu
kebangsaan dan antarabangsa
v menggalakkan kemahiran dan mata pelajaran yang diajar adalah yang
boleh mengenal pasti dan menyelesaikan masalah masyarakat
v menggalakkan pembelajaran aktif dengan mengambil kira mengenaii
masyarakat masa kini dan juga masa hadapan

Guru perlu memberi komitmen dalam membina masyarakat baru. Mereka


patut berperanan sebagai agen perubahan dan reformasi. Mereka juga
membantu murid sedar tentang masalah yang dihadapi oleh manusia sejagat.
Di sini kita boleh membuat kesimpulan adalah penting membangunkan
semula masyarakat melalui proses pendidikan dibanding pembangunan
individu. Kita patut sedar masyarakat terdiri daripada individu. Oleh itu, jenis
masyarakat yang diinginkan boleh dibentuk melalui proses evolusi iaitu
proses pendidikan.

Huraikan aktiviti yang telah anda gunakan yang menggambarkan


pendidikan progresif.

2.5.2. Falsafah Islam


Falsafah Islam adalah berasaskan kepada pengajaran Islam yang
diambil dari al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad s.a.w. Kita akan melihat
kepada seorang ahli falsafah Islam. Beliau adalah Ibn Rushd berasal dari
keluarga intelek yang dihormati. Beliau sangat berpengaruh dalam fahaman
barat. Beliau berpendapat bahawa agama dan falsafah adalah saling
melengkapi (Raslan, 1997; Ead, 1998).

Anda dinasihatkan untuk melayari laman web untuk maklumat lanjut


tentang ahli falsafah Islam lain yang penting yang telah membantu
membentuk pandangan tentang falsafah secara keseluruhan.

Mengapakah kita perlu mengetahui tentang Falsafah Islam?


Apakah sumbangan Falsafah Islam ini kepada manusia sejagat dan
dalam lapangan pendidikan?

21
Falsafah Islam menerangkan pertalian antara manusia dan Penciptanya,
antara manusia dan manusia, dan antara manusia dan persekitarannya.
Mengkut Ibn Rushd, manusia tidak mempunyai kawalan terhadap suratan
takdirnya dan tidak juga ditentukan sepenuh oleh manusia (Ead, 1998). Ibn
Rushd menyatakan bahawa Islam bertujuan mendapatkan ilmu sebenar. Ini
didefinisikan sebagai ilmu Tuhan dan ciptaannya. Ia juga termasuk
pengetahuan tentang cara mencapai kepuasan dalam dunia ini dan
bagaimana untuk mengelak daripada kesengsaraan di akhirat nanti (Ead,
1998)

2.5.3. Pendidikan Islam

Pendidikan Islam mendidik dan melatih minda manusia, fizikal, rohani


dan emosinya. Prosesnya adalah berasaskan wahyu (al-Quran), amalan Nabi
Muhammad s.a.w (Sunnah) dan para sahabatnya, pengalaman serta
pendidik-pendidik yang ternama. Pendidikan Islam juga adalah satu proses
membimbing pendidik untuk membentuk murid berdasarkan pengajaran
Islam.

Mengikut Kementerian Pendidikan Malaysia, pendidikan Islam adalah


satu usaha yang berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan
amalan Islam berdasarkan al-Quran dan Sunnah. Ini akan membekalkan
manusia dengan pengalaman dan ilmu yang mencukupi supaya manusia itu
tahu siapa dirinya serta peranan dan tanggung jawabnya sebagai suruhan
Tuhan dan sebagai khalifah (pemimpin) untuk memelihara dan memajukan
dunia ini.

Matlamat pendidikan Islam adalah untuk membentuk manusia supaya


menjadi orang yang cintakan Allah dan Rasul-rasulNya dan boleh
menjalankan tanggung jawabnya sebagai khalifah di dunia ini. Secara
ringkasnya, tujuan Pendidikan Islam adalah untuk mendidik murid supaya :
bertingkah laku baik
mencapai kesempurnaan rohani
melakukan kebajikan
mengamalkan budaya yang betul
membiasakan diri dengan kebersihan, keikhlasan dan amalan baik.
(BPG 2002)

22
2.5.4. Falsafah Pendidikan Islam

Sesiapa yang belajar tentang anatomi akan meningkatkan lagi kesetiaannya


kepada keagungan dan keunggulan Tuhan yang maha kuasa. Ibn Rushd
dalam Ead, 1998.

Petikan di atas mengimbas kembali pemikiran di sebalik falsafah pendidikan


Islam. Seseorang itu dianggap berpendidikan apabila apa yang dipelajarinya
memperkukuhkan kesetiaannya terhadap Penciptanya.

Falsafah pendidikan adalah berdasarkan kepada pengajaran Islam


atau wahyu. Menurut Ibn Rushd, minda adalah alat muktamad untuk
mendapatkan ilmu. Allah telah mencipta minda yang membolehkan individu
membuat penaakulan tentang kewujudanNya dan menaakul tentang perkara-
perkara di dunia ini. (Raslan, 1997). Beliau juga menyatakan bahawa
kesempurnaan mental dan emosi akan hanya dicapai apabila manusia cinta
dan patuh kepada Allah. (Ead, 1998)

Bincang mengapa kita perlu mengambil kira semua falsafah pendidikan


dalam membentuk Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

2.6. Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) telah dirangka berdasarkan ideologi


dan falsafah yang terkandung dalam Laporan Pendidikan dan Akta
Pendidikan, Rukun Negara, serta ideologi dan budaya masyarakat Malaysia.

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah


memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggung jawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
(FPK, 1988)

23
2.6.1. Analisis FPK
Setelah berbincang secara menyeluruh mengenai FPK, marilah kita cuba
menganalisis elemen-elemen yang terkandung di dalamnya dengan lebih
terperinci. Jadual 1 seterusnya menerangkan elemen-elemen tersebut
dengan mengupas maksudnya..

Elemen dalam FPK Analisis


Usaha yang Manusia perlu menyesuaikan diri dengan pelbagai
berterusan perubahan seperti perkembangan
Perubahan membawa kepada pengurusan pengetahuan
dengan penekanan kepada kemahiran dan pengetahuan
yang terkini
Dikaitkan dengan pendidikan seumur hidup
Seterusnya Setiap individu mempunyai kebolehan dan potensi
mengembangkan semula jadi anugerah daripada Tuhan yang mungkin
potensi individu tidak ditetahui secara sedar
Potensi dan kebolehan ini perlu sentiasa
diperkembangkan dan dipertingkatkan melalui interaksi
dengan persekitaran dan pendidikan yang berkualiti
Menyeluruh dan Potensi dan kebolehan domain-domain berikut perlu di
bersepadu pupuk secara bersepadu dan menyeluruh
Intelektual
o Pengetahuan sebenar, pemikiran kritikal dan
kreatif
o Gunakan pengetahuan untuk diri dan orang lain
sebarkan pengetahuan
Rohani
o Percaya kepada Tuhan, memeluk agama, nilai
moral dan norma masyarakat, tingkah laku baik,
setia, rela berkorban untuk pembangunan
negara
Emosi
o Berdikari, tenang, tingkah laku baik, penyayang,
semangat setiakawan
o Menghargai kecantikan dan seni
Fizikal
o Tangkas dan sihat
o Memperkembangkan bakat dan kemahiran
teknikal serta manipulatif
Seimbang dan Menghargai pengetahuan, perwatakan yang baik,
harmoni ketahanan menghadapi cabaran
Rasional, sihat, bekerja sama, sentiasa cuba menyelesai
masalah
Kepercayaan teguh Saling berhubung dengan diri sendiri, persekitaran dan
serta bertaqwa Tuhan
kepada Tuhan Mengakui Tuhan sebagai Pencipta
Warganegara Budaya ilmu, cintakan ilmu, membacxa untuk diri sendiri
Malaysia yang dan orang lain berfikiran terbuka
berpengetahuan Menyebarkan maklumat
dan Cekap mempunyai pengetahuan kemahiran dan faham
berketerampilan prosedur kerja

24
Mempunyai tahap Sopan dan berdisiplin
moral yang tinggi Boleh membezakan antara buruk dan baik, mempunyai
nilai mulia
Menghargai kemanusiaan, kewarganegaraan dan aspek
kerohanian
Mampu mencapai Daya tahan yang kuat untuk menghadapi percanggahan,
kesejahteraan diri stabil, tenang
di tahap tinggi Badan yang sihat
Boleh menwujudkan pertalian yang baik dengan orang
lain
Boleh Melalui kerjasama, timbang rasa dan hormat
menyumbangkan Memupuk persefahaman dalam keluarga
kepada Semangat kenegaraan dan cintakan tanah air
keharmonian dan Menghargai dan mengamalkan rukun negara
kesejahteraan Patuh dan memelihara perlembagaan
dalam keluarga, Membangunkan ekonomi melalui pelbagai cara
masyarakat dan
negara

Jadual 1 : Analisis Elemen-elemen FPK


1. Bagaimanakah anda sebagai seorang guru boleh membantu
Membina diri dalam aspek yang dimanifestasikan dalam FPK?
2. Terangkan dengan ringkas kenyataan berikut berkaitan dengan FPK:
a. Pendidikan adalah usaha yang berterusan
b. Manusia yang seimbang dan harmoni
c. Menyediakan tenaga manusia untuk memenuhi keperluan
pembangunan Negara.

2.7. Falsafah Pendidikan Guru

Falsafah Pendidikan Guru (FPG) telah digubal sebagai panduan


dalam pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan )FPK). FPG
menggariskan jenis guru yang diperlukan oleh Negara bagi merealisasikan
kandungan FPK yang ideal. Pernyataan FPG adalah seperti berikut:
Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik,
bersedia menjungjung aspirasi Negara serta menyanjung warisan
kebudayaan Negara, menjamin perkembangan individu dan memelihara
suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin
Falsafah Pendidikan Guru

25
Rujuk Jadual 2 untuk analisis FPG:
Elemen FPG Analisis
Perwatakan yang Sopan dan berdisiplin
mulia Boleh membezaakn antara buruk dan baik,
mempunyai nilai mulia
Menghargai kemanusiaan, kewarganegaraan
dan aspek rohani
Berkembang maju dan Pengetahuan mempunyai pertalian dengan
berpandangan saintifik pembangunan, oleh itu seorang guru perlulah
berpengetahuan serta berkemahiran
Mempunyai kemahiran professional dalam
mengguna dan menghasilkan bahan pengajaran
dan pembelajaran untuk meningkatkan mutu
pengajaran dan pembelajaran
Berkomited Cekap, jujur, boleh dipercayai, patuh kepada
menegakkan aspirasi undang-undang negara
Negara Sentiasa memperbaiki diri, keluarga,
masyarakat, agama, bangsa dan negara
Mengekalkan warisan Menegakkan amalan dan mempromosi budaya
budaya kebangsaan Malaysia dan cara hidupnya
Mengamalkan nilai murni, penyayang dan
berempati, inovatif dankreatif
Patuh kepada etika profesion perguruan
Pembangunan individu Guru sebagai agen perubahan
dan pengekalan Menegakkan dan mempromosi rasa hormat
masyarakat yang antara budaya dan kehidupan yang harmoni
bersatu, demokratik, Cintakan ilmu pengetahuan dan pembelajaran
progresif dan seumur hidup
berdisiplin
Jadual 2: Analisis FPG

a. Analisis dan terjemahkan elemen-elemen yang terkandung dalam FPG.


b. Apakah matlamat Pendidikan Guru?

26
2.7.1. Matlamat Falsafah Pendidikan Guru

Seperti yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Guru, matlamat utama


pendidikan guru adalah untuk melahirkan guru yang professional, tinggi daya
tahan, beretika, berfikiran kreatif, mengamalkan nilai murni, mempunyai
kemahiran yang diperlukan, dan berpengetahuan dalam teknologi. Guru-guru
ini mampu hidup dan menegakkan warisan negara seperti demokrasi,
integrasi dan antara budaya yang harmoni. Mereka akan menghasilkan murid
yang sesuai dengan pembinaan Negara.

Pendidikan guru meliputi aspek seperti membina kemahiran dalam mata


pelajaran utama, pedagogi serta pengurusan pembelajaran.

Buat rujukan berkenaan kemahiran yang perlu ada pada guru-guru


di sekolah.

2.8. Amalan profesionalisme guru dalam pembentukan modal insan


berlandaskan Falsafah Pendidikan Guru

Falsafah yang didokumentasikan ini menggalakkan kita sebagai guru


memahami sistem pendidikan selain daripada membimbing kita
melaksanakan fungsi pendidikan. Ia boleh diperolehi di mana sahaja dan
pada bila-bila masa yang diperlukan. Oleh itu, guru perlu kerap membuat
rujukan, banyak membaca dan membuat refleksi.

Guru boleh menjadi ejen perubaan untuk mendidik dan melahirkan generasi
yang bertanggung jawab membantu merealisasikan matlamat dan aspirasi
FPK dan Visi yang dihasratkan oleh Negara. Sebagai guru, kita perlu
meningkatkan pengetahuan dan kemahiran terutamanya dalam TMK supaya
boleh mengikuti perubahan sistem penyampaian.

Guru perlu bertanggung jawab sepenuhnya dan mempunyai akauntabiliti dan


sentiasa berusaha untuk memperoleh dan mengamalkan apa yang telah
dipelajari bagi memenuhi matlamat dan aspirasi falsafah ini. Pada masa yang
sama guru harus boleh bertindak sebagai pengawal kepada aktiviti negatif.

27
Sebagai seorang yang saintifik, inovatif dan progresif, guru perlu sentiasa
mengikuti perkembangan trenda pendidikan terkini serta dapat membina dan
memperkayakan pendidikan melalui perkembangan kurikulum bilik darjah,
seperti menjalankan aktiviti dan penilaian yang diusahakan oleh guru
berdasarkan kesesuaian tahap kebolehan murid.

Bandingkan FPK dan FPG.

TUGASAN TERARAH

Bincangkan aktiviti yang anda perlu jalankan di dalam bilik darjah untuk
membentuk modal insan berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
dan Falsafah Pendidikan Guru.

LAMAN WEB
upu.mohe.gov.my/portal/arkib/fpk.php
www.moe,gov,my
mymalaysiainfo.com/education/falsafah.pendidikan

PORTFOLIO
Dokumen atau tugasan perlu disimpan dalam portfolio dan
diserahkan kepada pensyarah dalam bentuk soft dan hard copy.

RUJUKAN

Ead, H.A. (1998) Averroes As A Physician.


http://www.frcu.uim.eg/www/universities/html/hamed2.htm

Armstrong, D.G., Henson, K.T. & Savage, T.V. *(1995) Education:An


Introduction. New York:Macmillan.

Eisner, E.W. (1994) The Educational Imagination. New York: Macmillan


College Pub.

28
IKON

Rehat

Perbincangan

Bahan Bacaan

Buku Rujukan

Latihan

Membuat Nota

Senarai Semakan

Layari Internet

Panduan Pengguna

Mengumpul Maklumat

Tutorial

Memikir

Tamat

29

Anda mungkin juga menyukai