Anda di halaman 1dari 22

MARI BELAJAR CASHFLOW | www.pakdi.

my

MUKADDIMAH

Assalamualaikum dan salam Sejahtera,

Terima kasih kerana anda telah memuat turun ebook Mari Belajar Cashflow
yang diberikan secara percuma untuk anda.

Dalam ebook Mari Belajar Cashflow ini, anda akan belajar SATU perkara
asas yang paling penting dalam pengurusan kewangan iaitu bagaimana untuk
menjaga aliran tunai duit anda.

Ramai orang keliru apakah yang paling penting dalam menguruskan duit
sehari-hati. Banyak yang hanya menumpukan sama ada :

Untuk mempunyai net worth yang tinggi


Menghapuskan hutang secepat mungkin
Mempunyai savings yang banyak
Membeli terlalu banyak saham amanah sehingga menjadi
overdiversification
Buy low sell high
Buy high sell higher
Dan seterusnya.

Tetapi ramai yang tidak menjaga aliran tunai dengan baik. Sedangkan kunci
utama untuk bebas dari pelbagai masalah kewangan adalah menjaga aliran
tunai.

Apabila anda telah menjaga aliran tunai anda dengan baik, banyak benda
berkait pengurusan kewangan boleh anda selesaikan dengan lebih mudah
dan lebih berkesan.

Contohnya, seperti masalah hutang. Hutang yang banyak itu sebenarnya


bukan satu masalah, ia menjadi masalah apabila anda tidak dapat mengurus
hutang-hutang tersebut. Apa yang penting, anda boleh membayar hutang-
hutang tersebut mengikut jadual tanpa menjejaskan perbelanjaan anda yang
lain.

Dalam ebook Mari Belajar Cashflow ini, anda akan :

Mendapat satu penyata kewangan yang kosong untuk kegunaan diri


anda. Anda boleh print penyata kewangan tersebut untuk digunakan
Kajian kes seorang eksekutif muda yang bernama Fasola
Panduan step by step yang mudah untuk anda mengisi penyata
kewangan anda sendiri

Anda perlu berlaku jujur kepada diri anda sendiri semasa mengisi penyata
kewangan tersebut. Kalau anda tidak berlaku jujur, saya tidak rugi apa-apa.
Saya cuma ingin membantu anda.

Pakdi 2009 | Ebook Mari Belajar Cashflow ini adalah edaran PERCUMA 1
MARI BELAJAR CASHFLOW | www.pakdi.my

Penyata kewangan ini adalah ibarat pemeriksaan kesihatan diri anda. Cuma
ini adalah pemeriksaan kesihatan kewangan anda. Ia mungkin membawa
kepada satu penemuan yang menakutkan, tetapi kalau anda berusaha
mencegahnya dengan lebih awal, ia boleh diubati dan seterusnya anda boleh
mencegah diri anda dari terkena kanser kewangan yang sangat-sangat
berbahaya pada masa hadapan nanti.

Apabila anda sudah mengetahui tahap dan keadaan kewangan anda, dari situ
barulah anda boleh merancang dengan lebih baik untuk masa depan
kewangan anda.

Setelah anda mengisi penyata kewangan tersebut, anda mungkin mendapati :

Anda mempunyai savings dalam akaun bank yang sangat banyak


tetapi anda tidak tahu apa yang anda patut buat dengan wang tunai
tersebut
Anda langsung tidak mempunyai apa-apa aset kerana selama ini anda
menganggap kereta anda itu merupakan satu aset!
Anda telah membeli pelbagai jenis produk pelaburan, tetapi kenapa
anda masih tetap kekurangan duit pada setiap bulan ?
Anda berpendapatan gaji yang besar semata-mata boleh membuatkan
anda hidup selesa, tetapi sampai sekarang anda masih tidak boleh
berhenti kerja.
Dan seterusnya.

Ini sudah tentu satu pengalaman baru bagi anda.

Saya ucapkan selamat membaca dan sekiranya anda mempunyai sebarang


permasalahan setelah membaca ebook Mari Belajar Cashflow ini, anda boleh
mula membaca blog saya di http://pakdi.my kerana di situ saya telah menulis
banyak artikel mengenai pengurusan kewangan, atau anda boleh terus
hubungi saya di admin[at]pakdi.net

Salam hormat dari saya.

Suzardi b Maulan a.k.a Pakdi


admin[at]pakdi.net
http://pakdi.my

Pakdi 2009 | Ebook Mari Belajar Cashflow ini adalah edaran PERCUMA 2
MARI BELAJAR CASHFLOW | www.pakdi.my

Hak Cipta Terpelihara


Terbitan Pertama Mac 2009 - SM World Resources

Ebook Mari Belajar Cashflow ini TIDAK boleh diedarkan kembali, dijual
semula, diterbitkan semula, dijadikan sebagai bonus untuk produk / servis
anda.

Sekiranya anda berminat untuk membuat sebarang urusan pengedaran atau


penerbitan semula, sila hubungi Pakdi di admin[at]pakdi.net

Ebook ini adalah PERCUMA dan anda tidak seharusnya membayar satu sen
pun untuk mendapatkannya.

Sekiranya anda telah membayar untuk mendapatkan ebook ini, pihak kami
tidak boleh dituntut untuk sebarang ganti rugi.

Ebook Mari Belajar Cashflow ini adalah untuk tujuan pendidikan semata-
mata. Ia diedarkan dengan kefahaman penulis dan pihak penerbit tidak
terlibat dalam sebarang urusan berkaitan khidmat nasihat yang professional.

Pakdi 2009 | Ebook Mari Belajar Cashflow ini adalah edaran PERCUMA 3
MARI BELAJAR CASHFLOW | www.pakdi.my

ISI KANDUNGAN

Mukaddimah 1

Kajian Kes Fasola .. 5

Panduan Mengisi Penyata Kewangan .11

Penyata Kewangan ...... 22

Pakdi 2009 | Ebook Mari Belajar Cashflow ini adalah edaran PERCUMA 4
MARI BELAJAR CASHFLOW | www.pakdi.my

KAJIAN KES FASOLA

Biodata Diri

Nama : Fasola
Umur : 29 Tahun
Pekerjaan : Eksekutif di sebuah syarikat swasta
Pendapatan Bersih Sebulan : RM 3000
Status : Berkahwin dengan seorang isteri
Isteri Bekerja : Ya
Jumlah anak : 2 orang yang masih belum bersekolah
Pengetahuan Mengenai Pelaburan : Asas
Lokasi : Bandar Baru Bangi, Selangor

Inilah kajian kes kita.

Eksekutif muda ini Fasola namanya. Dia telah sudi untuk berkongsikan
maklumat kewangan dirinya untuk kebaikan kita semua. Mari kita lihat
penyata kewangan Fasola. (Rujuk rajah 1)

Maklumat asas mengenai Fasola sila lihat pada ruang biodata diri di atas.

Pakdi 2009 | Ebook Mari Belajar Cashflow ini adalah edaran PERCUMA 5
MARI BELAJAR CASHFLOW | www.pakdi.my

Rajah 1

Fasola mempunyai pendapatan bersih sebanyak RM 3000 sebulan. Satu-


satunya pendapatan bulanan Fasola adalah datang dari gaji.

Aset Fasola hanyalah wang tunai RM 1000 dalam akaun simpanan wadiah
dan KWSP sebanyak RM 18 000. Sebahagian wang KWSP telah digunakan
untuk membeli rumah yang didudukinya sekarang.

Manakala, perbelanjaan Fasola setiap bulan adalah sebanyak RM 3 925.

Memandangkan Fasola hanya mempunyai pendapatan sebanyak RM 3000,


maka setiap bulan aliran tunai Fasola sebenarnya adalah negatif. Fasola
memerlukan top-up dari sumber lain sebanyak RM 925 sebulan.

Memandangkan Fasola mempunyai isteri yang bekerja, maka kekurangan


duit sebanyak RM 925 setiap bulan itu akan ditanggung oleh isterinya pula
dan adakalanya Fasola menggunakan kad kredit.

Pakdi 2009 | Ebook Mari Belajar Cashflow ini adalah edaran PERCUMA 6
MARI BELAJAR CASHFLOW | www.pakdi.my

Mungkin isterinya yang buat belanja dapur, belikan susu dan lampin anak,
dan seterusnya.

Alhamdulillah, kalau tidak pening kepala, kata Fasola.

Sebagai ketua keluarga, Fasola tetap berhasrat agar satu hari nanti isterinya
tidak lah perlu mengeluarkan duitnya sendiri untuk menyara keluarga. Kalau
boleh, Fasola dapat memberi elaun bulanan pula untuk isterinya.

Tetapi sekarang Fasola masih belum mampu.

Fasola juga memikirkan sekiranya isteri Fasola berhasrat untuk berhenti kerja
untuk menumpukan kepada pendidikan anak-anak, maka di saat itu sudah
tentu Fasola tidak mempunyai masalah untuk membenarkan hasrat tersebut
kerana kini Fasola sudah mampu menyara keluarga sepenuhnya.

Fasola sedar dia perlu menambah pendapatan bulanannya. Maka, Fasola


perlu berfikir kreatif untuk mengatasi masalah ini.

Pertama, Fasola berhasrat untuk memulakan simpanan di Amanah Saham


Bumiputera. Fasola maklum KWSP adalah untuk simpanan hari tua, maka
adalah lebih baik duit tersebut tidak diusik.

Maka Fasola pun memulakan sedikit demi sedikit pelaburan di Amanah


Saham Bumiputera (ASB). Bonus tahunan yang diterima mula disimpan terus
ke dalam ASB.

Sedikit demi sedikit, simpanan ASB Fasola bertambah menjadi RM 4 500.


Dan memandangkan ASB memberikan pulangan pendapatan setiap tahun,
maka ASB adalah satu aset. (rujuk rajah 2)

Rajah 2

Walaupun aset Fasola bernilai RM 23 500 (ASB,KWSP, simpanan) tetapi


aset-aset tersebut tidak dapat memberikan pendapatan bulanan. Pendapatan
bulanan Fasola masih kekal RM 3000. (Rujuk rajah 3)

Fasola masih memerlukan aset yang boleh membantunya mengatasi


masalah tak cukup duit sebanyak RM 925 setiap bulan itu.

Pakdi 2009 | Ebook Mari Belajar Cashflow ini adalah edaran PERCUMA 7
MARI BELAJAR CASHFLOW | www.pakdi.my

Rajah 3

Maka sebagai langkah kedua, Fasola pun memberanikan diri untuk terlibat
dalam pelaburan hartanah. Fasola akhirnya dapat membeli sebuah apartment
kos rendah bernilai RM 75,000 tanpa sebarang down payment sebanyak
10%. (Fasola belajar dari otai pelaburan hartanah macam mana nak beli
rumah tanpa down payment). Dan sekarang di ruangan aset Fasola, listnya
bertambah lagi. Sudah ada hartanah pula. (Rujuk rajah 4)

Rajah 4
Rajah 4

Fasola hanya membayar RM 500 sebulan kepada bank untuk melangsaikan


hutang rumahnya dan di rumah tersebut disewakan sebanyak RM 550
sebulan. Jadi untung bersih adalah sebanyak RM 50 sebulan.

Jadi dengan ini, pendapatan Fasola sudah bertambah lagi sebanyak RM 50


setiap bulan. (Rujuk rajah 5)

Pendapatan Fasola tidak lagi berasaskan gaji dari pekerjaan tetapnya


semata-mata, tapi kini Fasola juga telah mula mempunyai pendapatan lain.

Rajah 5

Pakdi 2009 | Ebook Mari Belajar Cashflow ini adalah edaran PERCUMA 8
MARI BELAJAR CASHFLOW | www.pakdi.my

Walaupun untung bersih cuma RM 50, tetapi Fasola berharap itulah langkah
pertamanya untuk menambah pendapatan dirinya untuk kebaikan masa
depan keluarga dan anak-anak.

Fasola sekarang sedang berusaha untuk terlibat pula dengan pasaran saham
atau pun perniagaan kecil-kecilan bagi membolehkan pendapatan
bulanannya bertambah. Setakat ini, Fasola belum tahu cara-caranya.

Tetapi Fasola faham, kalau tidak tahu maka dia perlu berusaha lebih, seperti :

Membaca buku, ebook, blog, majalah berkaitan bisnes dan pelaburan


Hadir ke kelas-kelas berkaitan bisnes & pelaburan
Berkawan dan belajar dari orang yang berpengalaman

Ilmu tidak akan datang bergolek seperti bola. Ia perlu dicari. Ada yang
percuma. Ada yang berbayar. Tapi pendidikan mengenai kewangan, bisnes
dan pelaburan adalah aset yang paling penting untuk masa depan
kewangannya.

Itu adalah pelaburan yang paling utama untuk dirinya buat masa ini.

Sekiranya ada orang lain boleh buat mengapa dia tidak ? Itulah yang selalu
berada dalam fikiran Fasola.

Setelah menilai kembali penyata kewangan dirinya sendiri, Fasola menanam


tekad dan azam yang teguh untuk menambah keseluruhan pendapatan
bulanannya menjadi RM 4000 dalam tempoh satu tahun.

RM 3000 dari gaji dan RM 1000 lagi dari pendapatan lain selain gaji.

Justeru, setahun selepas itu Fasola mahu melihat aliran tunai bulanannya
mempunyai lebihan sebanyak RM 75 pula.

Hutang Fasola adalah terkawal setakat ini. Jadi, Fasola tidak perlu tergesa-
gesa untuk menggunakan duit tunai yang ada untuk membayar segala hutang
piutangnya terlebih dahulu.

Fasola ada keutamaan lain dengan duit tunai yang sedia ada itu.

Maka, hari ini setelah melihat dirinya perlu bergantung kepada sumber lain
sebanyak RM 875, Fasola berazam untuk melihat angka itu berubah pada
tahun hadapan dengan menjadikannya satu aliran tunai yang positif.

Sila lihat penyata kewangan terbaru Fasola pada rajah 6 dan bandingkan
dengan penyata kewangan sebelum ini pada rajah 1.

Pakdi 2009 | Ebook Mari Belajar Cashflow ini adalah edaran PERCUMA 9
MARI BELAJAR CASHFLOW | www.pakdi.my

Rajah 6

When planning for a year, plant corn. When planning for a decade, plant
trees. When planning for life, train and educate people.

(Chinese Proverb)

Pakdi 2009 | Ebook Mari Belajar Cashflow ini adalah edaran PERCUMA 10
MARI BELAJAR CASHFLOW | www.pakdi.my

PANDUAN MENGISI PENYATA KEWANGAN

1. Apa itu Penyata Kewangan (Financial Statement) ?

Penyata kewangan peribadi adalah satu laporan untuk melihat sejauh mana
keadaan kewangan anda.

Sihatkah ia atau sakitkah ia.

Ia mengandungi (i) income statement (ii) balance sheet, dan (iii) cashflow
statement (aliran tunai)

(Rujuk rajah 7)

Rajah 7

Pakdi 2009 | Ebook Mari Belajar Cashflow ini adalah edaran PERCUMA 11
MARI BELAJAR CASHFLOW | www.pakdi.my

2. Apa itu Income Statement ?

Income statement adalah penyata pendapatan dan penyata perbelanjaan


anda.

Pendapatan tersebut boleh datang dalam bentuk gaji, dividen, sewa, royalti
dan juga bisnes.

Perbelanjaan pula adalah duit yang anda habiskan untuk kegunaan anda
setiap bulan seperti bil-bil, jual beli rumah, jual beli kereta, kad kredit,
pinjaman pelajaran, cukai dan seterusnya.

3. Apa itu balance sheet ?

Balance sheet adalah penyata bagi aset dan liabiliti yang anda ada.

Aset adalah sesuatu yang mendatangkan pendapatan (income)


(rujuk rajah 8)

Rajah 8

Pakdi 2009 | Ebook Mari Belajar Cashflow ini adalah edaran PERCUMA 12
MARI BELAJAR CASHFLOW | www.pakdi.my

Liabiliti pula adalah sesuatu yang menyebabkan perbelanjaan


(expense)

(Rujuk rajah 9)

Rajah 9

4. Apa itu Aliran Tunai ?

Aliran tunai adalah penyata yang melengkapkan income statement dan


balance sheet.

Contoh 1:

Sekiranya anda mempunyai simpanan sebanyak RM 50,000 di dalam


Tabung Haji, maka sekiranya pihak Tabung Haji mengumumkan
dividen sebanyak 5%, maka anda akan memperolehi RM 2,500 dalam
tempoh setahun.

Memandangkan tiada kos untuk memasukkan dan mengeluarkan duit


di tabung haji, maka aliran tunai untuk simpanan di Tabung Haji adalah
kekal RM 2,500.

Pakdi 2009 | Ebook Mari Belajar Cashflow ini adalah edaran PERCUMA 13
MARI BELAJAR CASHFLOW | www.pakdi.my

Ini adalah satu contoh, bagaimana aset boleh menjana pendapatan


dan seterusnya membolehkan anda untuk mendapatkan aliran tunai
positif.

Sila lihat gambarajah di bawah (Rajah 10)

Rajah 10

Contoh 2:

Manakala, sekiranya anda mempunyai sebuah rumah yang dibeli untuk


diduduki yang bernilai RM 150,000. Maka liabiliti (tanggungan) anda
adalah sebanyak RM 150,000 dan setiap bulan anda mengeluarkan
lagi RM 700 untuk tujuan installment.

Dalam hal ini, rumah kediaman anda merupakan satu liabiliti kerana
setiap bulan anda perlu mengeluarkan duit untuk membuat
pembayaran kepada pihak bank.

Ini menunjukkan bagaimana liabiliti menyebabkan anda perlu


berbelanja dan seterusnya menyebabkan aliran tunai yang negatif.

Sila lihat gambar rajah dibawah (Rajah 11):

Pakdi 2009 | Ebook Mari Belajar Cashflow ini adalah edaran PERCUMA 14
MARI BELAJAR CASHFLOW | www.pakdi.my

Rajah 11

5. Bagaimanakah cara untuk mengisi penyata kewangan untuk


kegunaan saya ?

Anda boleh menggunakan penyata kewangan ini (sila print penyata


kewangan anda terlebih dahulu di m/s 22 untuk tujuan bulanan, quarterly (3
bulan), tahun atau tahunan. Untuk panduan ini, saya gunakan untuk
kegunaan bulanan.

Terpulang kepada keselesaan anda untuk track belanjawan anda sendiri.

Sekarang, ambil pensil, kalkulator dan mari sama-sama mengisi penyata


kewangan anda sendiri melalui panduan ringkas berikut:

Pakdi 2009 | Ebook Mari Belajar Cashflow ini adalah edaran PERCUMA 15
MARI BELAJAR CASHFLOW | www.pakdi.my

a. Mulakan dengan mengisi di bahagian income statement >


pendapatan (Rujuk rajah 12)

Isikan segala sumber pendapatan anda.

Rajah 12

b. Kemudian, anda isi pula balance sheet > aset & liabiliti (rajah 13)

Unit adalah unit saham yang anda beli.

DP bermaksud down payment

Rajah 13

Pakdi 2009 | Ebook Mari Belajar Cashflow ini adalah edaran PERCUMA 16
MARI BELAJAR CASHFLOW | www.pakdi.my

c. Anda kembali ke bahagian income statement > pendapatan dan isi


semula pendapatan yang anda dapat secara bulanan (sekiranya anda
menggunakan penyata ini digunakan secara bulanan) berdasarkan
aset yang anda ada. (Rajah 14)

Dan dalam perbincangan ini, hartanah A mempunyai untung bersih


sebanyak RM 75, manakala ASB, Tabung Haji dan saham A tidak diisi
dengan sebarang angka kerana pendapatannya tidak bersifat bulanan.

Rajah 14

d. Seterusnya anda isi pula ruang income statement > perbelanjaan

Anda perlu mengisi semua komitmen perbelanjaan bulanan yang anda


keluarkan secara purata. (Rujuk Rajah 15)

Rajah 15

Pakdi 2009 | Ebook Mari Belajar Cashflow ini adalah edaran PERCUMA 17
MARI BELAJAR CASHFLOW | www.pakdi.my

e. Isikan semua data yang berkaitan dalam balance sheet > liabiliti

Sila rujuk rajah 16.

Rajah 16

Maka sekarang ini Income Statement dan Balance Sheet dalam penyata
kewangan anda telah siap diisi.

Untuk melihat tahap kesihatan kewangan anda, maka anda perlu mengira
aliran tunai pula.

f. Kira jumlah keseluruhan pendapatan dan perbelanjaan anda di


income statement seperti yang ditunjukkan dalam rajah 17.

Rajah 17

g. Untuk mendapatkan jumlah aliran tunai bulanan, maka anda perlu


menolak (jumlah pendapatan jumlah perbelanjaan)

Sila rujuk rajah 18.

Pakdi 2009 | Ebook Mari Belajar Cashflow ini adalah edaran PERCUMA 18
MARI BELAJAR CASHFLOW | www.pakdi.my

Rajah 18

Maka dalam perbincangan ini anda akan dapati individu ini berhutang
sebanyak RM 575 sebulan. Rujuk Rajah 19 untuk melihat penyata kewangan
yang lengkap diisi.

Pakdi 2009 | Ebook Mari Belajar Cashflow ini adalah edaran PERCUMA 19
MARI BELAJAR CASHFLOW | www.pakdi.my

Rajah 19

Sekiranya anda telah berjaya mengisi penyata kewangan anda sendiri


dengan lengkap, maka di sini anda boleh melihat:

Adakah anda selama ini mengumpul aset atau liabiliti ?


Adakah anda mempunyai lebih dari satu sumber pendapatan ?
Di manakah anda banyak menghabiskan pendapatan bulanan anda ?
Adakah aliran tunai anda positif atau negatif ?
Adakah anda terlalu banyak savings sehingga takut untuk membeli
aset yang boleh memberikan anda pendapatan tambahan ?
Adakah anda langsung tidak mempunyai simpanan ?
Dan seterusnya.

6. Apakah tindakan seterusnya sekiranya saya mempunyai aliran tunai


yang positif ?

Tahniah.

Anda perlu memikirkan bagaimana anda boleh mendapatkan lebih aliran tunai
yang positif kerana dengan lebihan duit tersebut, anda boleh membeli lebih
banyak aset untuk menjana lebih banyak pendapatan anda.

Pakdi 2009 | Ebook Mari Belajar Cashflow ini adalah edaran PERCUMA 20
MARI BELAJAR CASHFLOW | www.pakdi.my

Pastikan anda membeli dan terlibat dalam pelaburan yang sesuai dengan
matlamat kewangan anda.

Ingat, aset adalah sesuatu yang memberikan anda duit, dan bukan
sebaliknya.

7. Apakah tindakan yang patut saya buat sekiranya saya mempunyai


aliran tunai yang negatif ?

Sekiranya anda terpaksa top-up duit anda setiap bulan dari pinjaman, kad
kredit dan sebagainya, maka anda ada 2 pilihan:

i. memotong perbelanjaan, atau


ii. menambah pendapatan

Anda perlu bertanya kepada diri anda perkara-perkara seperti :

Apakah perbelanjaan tidak perlu dan tidak penting yang boleh


dipotong dalam ruangan perbelanjaan ?

Apakah bisnes-bisnes part-time yang anda boleh buat untuk


menambah pendapatan ?

Apakah pembaziran duit yang anda boleh hentikan sekarang juga ?

Bagaimanakah untuk menghapuskan hutang-hutang lapuk seperti


hutang kredit kad ?

Bagaimana saya boleh memperolehi lebih banyak pengetahuan


mengenai menjana pendapatan melalui bisnes, saham dan hartanah ?

Adakah saya mahu untuk mengubah kedudukan kewangan saya dan


bersedia belajar dari bawah untuk mengatasinya ?

NOTA PENTING
Walaupun saya menggalakkan anda
mencari pendapatan part-time, jangan
sesekali terpedaya dan menyertai skim
cepat kaya.

TAMAT

Pakdi 2009 | Ebook Mari Belajar Cashflow ini adalah edaran PERCUMA 21
MARI BELAJAR CASHFLOW | www.pakdi.my

PENYATA KEWANGAN

Income Statement
Pendapatan
Perkara RM
Gaji

Jumlah Pendapatan

Perbelanjaan
Perkara RM
Cukai
Rumah
Kereta
Pinjaman Pelajaran
Kad Kredit
Utiliti
Pinjaman Peribadi
Anak-anak
Belanja runcit

Jumlah Perbelanjaan

Jumlah Aliran Tunai Bulanan : RM


(Jumlah Pendapatan Jumlah Perbelanjaan)

Balance Sheet
Aset Liabiliti
Perkara Unit / DP RM Perkara RM
Rumah
Kereta
Pinjaman Pelajaran
Kad Kredit
Pinjaman Peribadi

Pakdi 2009 | Ebook Mari Belajar Cashflow ini adalah edaran PERCUMA 22

Anda mungkin juga menyukai