Anda di halaman 1dari 19

ISI KANDUNGAN

PENGENALAN

DEFINISI

KADAR DAN UNJURAN INFLASI

BAGAIMANA KADAR INFLASI DITENTUKAN

FAKTOR PENYUMBANG INFLASI

PENYEBAB INFLASI

KETOGORI INFLASI

INDEKS HARGA PENGGUNA (IHP) / CONSUMER PRICE INDEX (CPI)

JANGKAAN PENGUNA INFLASI

KESAN-KESAN INFLASI

LANGKAH-LANGKAR MEMBENDUNG INFLASI

KEPERLUAN INFLASI

MASALAH INFLASI

INFLASI SEMASA DIMALAYSIA

ISLAM DAN INFLASI

RUMUSAN

RUJUKAN
PENGENALAN

Kadar pertumbuhan ekonomi Malaysia yang tinggi, pada paras lebih 8 peratus setahun

sejak lapan tahun berturut-turut kebelakangan ini menimbulkan tekanan yang tinggi kepada

inflasi di Malaysia. Kadar inflasi telah meningkat dari 0.4 peratus dalarn tahun 1985, ketika

Malaysia mengalami kernelesetan ekonomi terus kepada 4.7 peratus dalam tahun 1992. Walau

bagaimanapun, kadar inflasi menurun kepada 3.5 peratus pada tahun 1995 dan 3.6 peratus

bagi sembilan bulan pertama tahun 1996. Setakat ini kadar inflasi di Malaysia masih boleh

dikatakan rendah dan adalah terendah jika dibandingkan dengan negara-negara membangun

yang lain.
DEFINISI

Inflasi seperti yang kita faham secara umumnya adalah kenaikan harga barang. Inflasi

menyebabkan kuasa membeli pengguna berkurang akibat dari kenaikan harga barang. RM10

pada masa akan tidak dapat membeli jumlah barang yang sama dengan RM10 pada hari ini atau

pada zaman 90-an bila ibu-bapa kita membeli-belah di supermarket, RM50 sudah cukup untuk

memenuhkan troli dengan barangan dapur dan rumah tetapi pada hari ini RM50 pun belum

tentu dapat memenuhkan bakul di kedai runcit. Jika anda faham contoh di atas maka anda

sudah pun memahami konsep inflasi secara umumnya.

Inflasi adalah suatu proses berlakunya peningkatan harga secara umum dan ianya

berlaku secara berterusan. Kadar inflasi di kawasan bandar seperti Kuala Lumpur lebih tinggi

daripada angka yang diumumkan oleh kerajaan. Sesetengah pakar perancang kewangan

menganggarkan kadar inflasi negara berada pada paras 6% ke atas, namun keadaannya

mungkin lebih parah.

Kenapa ianya lebih daripada 6%?

Sekiranya dirujuk kepada fakta perbandingan:

30 tahun dahulu, harga sebungkus nasi lemak biasa hanyalah RM0.20 , kandungan yang sama.

Sekarang RM1.20 untuk sebungkus nasi lemak biasa. Kenaikan sebanyak 20% setahun.

Perbandingan ini boleh dirujuk kepada perbandingan tahun 1973 vs 2010.


KADAR DAN UNJURAN INFLASI

Kadar dan unjuran Inflasi 2012 yang dikeluarkan oleh kerajaan adalah seperti berikut:

2010 : 1.65%

2011 : 3.18%

2012 : 1.4%

BAGAIMANA KADAR INFLASI DITENTUKAN

Kadar Inflasi ditentukan melalui Indeks Harga Pengguna (IHP) merupakan kaedah yang

digunakan untuk mengukur atau menentulkan kadar inflasi. IHP mengukur harga purata

barang-barang dan perkhidmatan yang biasanya digunakan oleh pengguna. IHP diukur dengan

membandinglkan purata harga barangan dan perkhidmatan pada tahun asas dengan purata

harga bagi tahun semasa. Sementara itu kadar inflasi pula adalah peratus perubahan paras

harga barangan dan perkhidmatan tahun semasa berbanding tahun asas. IHP mengambilkira

lebih kurang 430 item barangan dan perkhidmatan yang digunakan oleh seunit isi rumah secara

am (average household expenditure). Harga purata barangan pengguna perlu disemak kerana

penentuan barangan tersebut sebahagiannya adalah barangan yang tidak digunapakai oleh

rakyat. Oleh sebab itu kadar inflasi kelihatan cantik sedangkan rakyat jelata keperitan dengan

peningkatan yang melampau.


FAKTOR PENYUMBANG INFLASI

Umumnya, inflasi boleh disebabkan oleh mana-mana satu dari faktor-faktor berikut atau

kombinasi faktor-faktor ini:

1. INFLASI TOLAKAN KOS

Inflasi tolakan kos adalah disebabkan oleh kenaikan kos pengeluaran yang tinggi.

Kenaikan kos pengeluaran ini disebabkan oleh kenaikan harga bagi faktor-faktor pengeluaran

seperti tingkat upah. Sebagai contoh, jika kadar upah meningkat dengan tinggi, maka kos

pengeluaran akan meningkat. Apabila kos pengeluaran meningkat, maka pengeluar yang

sentiasa mahu memaksimumkan keuntungan akan mengenakan harga yang tinggi kepada

pengguna. Selepas merasakan kesan kenaikan harga ini (penurunan dalam tingkat pendapatan

benar), pengguna yang juga bekerja (dianggap sebagai buruh) akan meminta kenaikan gaji yang

baru dan lebih tinggi bagi menampung peningkatan harga ini. Jika permohonan mereka berjaya,

kos pengeluaran akan meningkat dan seterusnya pengeluar pula akan meningkatkan harga

mereka. Tingkat harga umum akan meningkat sekali lagi.

2. INFLASI TARIKAN PERMINTAAN

Inflasi tarikan permintaan berpunca daripada ketidakseimbangan antara jumlah

permintaan dengan jumlah penawaran barangan dan perkhidmatan dalam sesebuah negara

pada sesuatu masa tertentu. Jika berlaku peningkatan jumlah permintaan yang tinggi

berbanding dengan jumlah penawaran, maka inflasi akan wujud. Keadaan ini wujud apabila
peningkatan permintaan berlaku pada masa ekonomi negara berada pada tingkat gunatenaga

penuh. Apabila sesebuah ekonomi mencapai gunatenaga penuh seperti yang Malaysia alami

pada masa ini tingkat pengeluaran sukar dinaikkan dengan cepat untuk menampung

permintaan yang melambung ini.

PENYEBAB INFLASI

Penyebab inflasi masih menjadi perdebatan antara ahli-ahli ekonomi mengikut teori ekonomi

masing-masing. Sekolah Ekonomi Keynesian berteori bahawa penyebab inflasi adalah akibat

bekalan dan permintaan barangan dan perkhidmatan pada suatu masa manakala pada

pendapat Monetarist, inflasi adalah disebabkan oleh perubahan pada bekalan wang (money

supply) pada suatu masa. Dibawah saya senaraikan penyebab inflasi secara umum:

1. Kenaikan Bekalan Wang (Money Supply)

Wang dalam edaran meningkat akibat pertumbuhan aktiviti ekonomi negara

Bekalan wang yang meningkat untuk barang dan perkhidmatan yang sama

meningkatkan harga barang dan perkhidmatan tersebut

2. Pengurangan Permintaan Wang (Money Demand)

Pengurangan permintaan wang akibat kelembapan aktiviti ekonomi.

Wang dalam edaran meningkat akibat kekurangan permintaan wang.

Lebihan wang dalam edaran menyebabkan inflasi.


3. Inflasi Tolakan Kos (Cost Push Inflation)

Peningkatan kos pengeluaran seperti kenaikan harga input untuk menghasilkan barang

Contohnya kenaikan kos buruh; gaji pekerja meningkat, kenaikan kos bahan mentah dan

sebagainya.

Kenaikan kos input ini menyebabkan pengeluar menaikkan harga barang dan

melepaskan kos kepada pengguna/pembeli untuk mengekalkan margin keuntungan yang sama.

4. Inflasi Tarikan Permintaan (Demand Pull Inflation)

Permintaan terhadap barangan dan permintaan oleh semua sektor seperti kerajaan,

swasta, isi rumah dan pembeli luar negara.

Permintaan yang tinggi melebihi kemampuan membekalkan barangan dan

perkhidmatan tersebut menyebabkan kenaikan harga.

Terlalu banyak permintaan untuk barangan dan perkhidmatan menyebabkan persaingan

untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan tersebut, maka inflasi terjadi.


INFLASI DIIMPORT:

Inflasi diimport boleh disebabkan oleh dua faktor:

Peningkatan harga barangan dan perkhidmatan yang diimport dan penurunan kadar

pertukaran asing.

Peningkatan Harga di Luar Negara Inflasi boleh menyerap dalam sesebuah negara

melalui import. Ini terutamanya benar bagi sesebuah ekonomi terbuka seperti Malaysia

yang banyak mengimport barangan dan perkhidmatan dari luar negara. Jika harga import

ini meningkat, maka ia akan memberi kesan kepada harga dalam negara.

Penurunan Kadar Pertukaran Wang Inflasi import ini juga dipengaruhi oleh kadar

pertukaran wang di antara Malaysia dengan negara luar. Umpamanya, jika kadar pertukaran

wang Malaysia dengan Amerika jatuh (bermakna semakin banyak RM diperlukan untuk

membeli satu dollar Amerika), maka dengan secara langsung Malaysia terpaksa membelanjakan

banyak wang untuk mendapat sejumlah barangan dan membayar dengan harga yang tinggi.

Tentunya harga yang tinggi ini akan dikenakan ke atas pengguna dalam negara.

KATEGORI INFLASI

Inflasi diukur atau dikira mengikut kumpulan harga tertentu. Contoh yang lebih dekat

dengan kita sebagai pengguna adalah Indeks Harga Pengguna (Consumer Price Index, CPI). CPI

mengukur perubahan harga dalam kumpulan-kumpulan barangan dan perkhidmatan tertentu

seperti harga makanan, utiliti, pengangkutan, pendidikan dan lain-lain yang berkaitan dengan
pengguna biasa seperti kita. Selain daripada CPI terdapat juga Indeks Harga Pengeluar

(Producer Price Index, PPI) yang mengukur perubahan harga input (contoh: bahan mentah)

untuk pengeluar yang menghasilkan barangan. PPI ini berkait rapat dan memberi kesan kepada

CPI kerana perubahan harga input untuk menghasilkan barangan akan mengubah harga akhir

barangan yang dijual kepada pengguna. PPI juga dipanggil sebagai Indeks Harga Runcit

(Wholesale Price Index, WPI) di sesetengah negara seperti India. Inflasi juga diukur sebagai

penurun KDNK (GDP deflator) yang mengukur perubahan semua harga barang dan

perkhidmatan di dalam aktiviti ekonomi sesebuah negara tanpa mengira apa jenis barangan

dan perkhidmatan yang digunakan pengguna atau pengeluar. GDP deflator berperanan

menurunkan jumlah KDNK nominal (GDP nominal) yang disukat pada harga semasa untuk

memberikan angka KDNK sebenar yang disukat pada harga malar (tahun asas=2010). Mengapa

KDNK dikira pada harga tahun 2010 (harga malar)? Kerana sukatan aktiviti ekonomi sebenar

perlu membuang faktor inflasi atau kenaikan harga barang untuk melambangkan nilai sebenar

aktiviti ekonomi pada tahun tersebut.


INDEKS HARGA PENGGUNA (IHP) / CONSUMER PRICE INDEX (CPI)

Kembali kepada Consumer Price Indeks atau CPI yang lebih memberi kesan kepada kita sebagai

pengguna. Jabatan Perangkaan negara menyukat CPI berpandukan kumpulan harga barang

berikut:

1. Makanan dan minuman bukan beralkohol.

2. Minuman beralkohol dan tembakau.

3. Pakaian dan kasut.

4. Perumahan, Air, Elektrik, Gas dan bahan api lain.

5. Hiasan, perkakasan dan penyelenggaraan isi rumah.

6. Kesihatan.

7. Pengangkutan.

8. Komunikasi.

9. Perkhidmatan rekreasi dan kebudayaan.

10. Pendidikan.

11. Restoran dan hotel.

12. Pelbagai barang dan perkhidmatan lain.


Setiap kategori barangan dan perkhidmatan di atas memberi kesan yang berbeza kepada indeks

di dalam CPI. Peratusan kategori barangan dan perkhidmatan di atas melambangkan corak atau

pola perubahan perbelanjaan pengguna. Setiap kategori juga memberi wajaran/pemberat

berbeza kepada CPI seperti dibawah:

Kategori Makanan dan Minuman Bukan Beralkohol (wajaran: 30.3%) dan Perumahan, Air,

Elektrik, Gas dan Bahan Api Lain (wajaran: 22.6) mempunyai wajaran atau pemberat terbesar

di dalam CPI bermakna perubahan harga di dalam kategori tersebut memberi kesan lebih besar

kepada CPI berbanding kategori lain. Contohnya jika harga makanan banyak naik dan harga

petrol juga naik maka CPI akan meningkat dengan lebih cepat. Jabatan Perangkaan Negara juga

mengeluarkan peratusan perubahan harga mengikut indeks bagi kumpulan-kumpulan di atas

secara individu contohnya perubahan indeks Makanan, Minuman Bukan Alkohol dan indeks

Bukan Makanan seperti di bawah:


Indeks Harga Pengguna atau CPI sering dipengaruhi kejutan harga daripada kumpulan

makanan seperti harga sayur segar dan makanan laut segar yang naik mengejut akibat cuaca.

CPI juga dipengaruhi oleh kumpulan bahan api seperti petrol, diesel dan LPG. Kerana perubahan

harga pada kumpulan tersebut seringkali mendadak, terdapat cara pengiraan kadar inflasi

dengan mengecualikan kumpulan makanan dan bahan api dari pengiraan kadar inflasi. Indeks

Harga Pengguna atau CPI tanpa mengambil kira perubahan harga makanan dan bahan api

dipanggil Inflasi Teras atau Core Inflation. CPI dibandingkan dari bulan ke bulan (Month on

Month, MoM) untuk membandingkan perubahan harga pada bulan ini daripada bulan lepas

contohnya CPI pada Januari 2014 dibandingkan dengan CPI pada Disember 2013. CPI juga

dibandingkan dari tahun ke tahun (Year on Year, YoY) untuk membandingkan perubahan harga
pada tahun ini daripada tahun lepas bulan yang sama contohnya CPI pada Januari 2014 dikira

daripada Januari 2013. Kebiasaanya yang diberi perhatian untuk mengukur perubahan harga

adalah pengiraan CPI YoY atau tahun ke tahun kerana pengiraan CPI MoM atau bulan ke bulan

tidak menolak faktor kejutan permintaan dan bekalan pada jangka masa pendek. Jabatan

Perangkaan Negara juga mengeluarkan Indeks Harga Pengguna untuk kawasan bandar dan luar

bandar sebagai rujukan perubahan harga mengikut kawasan. Terdapat juga Indeks Harga

Pengguna untuk mereka yang berpendapatan di bawah RM3,000 sebagai rujukan inflasi

mengikut kumpulan pendapatan.

JANGKAAN PENGGUNA INFLASI

Jika pengguna membuat jangkaan yang harga akan naik pada masa hadapan, mereka

akan berbelanja sekarang dan ini akan menambah jumlah permintaan dalam sesuatu ekonomi.

Seterusnya, ini akan memberi peluang kepada pengeluar untuk mengambil kesempatan untuk

meningkatkan harga.

KESAN-KESAN INFLASI

Kadar inflasi yang tinggi akan meningkatkan kos hidup rakyat dan ini akan

mengurangkan kualiti hidup mereka. Seperti terpaksa kerja lebih masa, membuat kerja

sampingan dan banyak lagi. Tekanan keperluan hidup mendedahkan rakyat kepada masalah

sosial seperti rasuah, penyelewangan, penipuan dan pengabaian tangungjawab. Agihan faktor-
faktor pengeluaran juga tidak cekap dan akan merugikan ekonomi berkenaan. Bagi individu,

inflasi akan mengurangkan pendapatan benar mereka. Keadaan ini menjadi serius jika kadar

kenaikan harga atau kadar inflasi jauh lebih tinggi daripada kadar kenaikan pendapatan wang

individu berkenaan. Pengurangan pendapatan benarakan berlaku dengan ketara kepada

pekerjapekerja yang berpendapatan tetap. Bagi mereka yang menabung, yang menerima

pencen, yang memiliki bon dan polisi insuran, nilai sebenar (dalarn ertikata kuasabeli wang)

tabungan, nilai pencen, nilai bon atau polisi insuran mereka merosot. Ini kerana sewaktu inflasi,

kadar faedah benar adalah rendah dan mungkin negatif berbanding dengan keadaan tanpa

inflasi. Bagi mereka yang berhutang dan yang memberi hutang agihan semula pendapatan juga

akan berlaku. Bagi yang berhutang, mereka beruntung kerana nilai benar wang bayaran hutang

yang dijelaskan sudah menurun berbanding keadaan sebelumnya. Yang memberi hutang pula

akan rugi kerana nilai benar bayaran hutang yang diterima menjadi rendah daripada keadaan

tanpa inflasi. Inflasi juga akan memberi kesan kepada pelaburan dalam negara. Dengan

meningkatnya paras harga, pengeluaran barangan dan perkhidmatan yang dieksport boleh

kehilangan daya saing. Dengan kehilangan daya saing ini, pendapatan eksport akan menurun

dan ini akan mengurangkan pelaburan dalam industri-industri berkenaan.


LANGKAH-LANGKAH UNTUK MEMBENDUNG INFLASI

Dasar Kewangan Kerajaan mengamalkan dasar kewangan yang ketat untuk

mengurangkan pertumbuhan penawaran wang di pasaran termasuk juga menetapkan kadar

faedah pinjaman yang tinggi untuk mengelakkan perbelanjaan awam yang banyak melalui

pinjaman serta mengetatkan syarat-syarat pengeluaran kad kredit. Dasar Fiskal (Fiscal Policy) Ini

termasuk pengawalan cukai bagi barangan termasuk makanan, barang-barang isi rumah,

barang-barang elektrik, elektronik dan sebagainya. Pentadbiran, tidak Monopoli Persaingan

yang lebih sihat antara industri untuk menghasilkan produktiviti yang tinggi, permodenan

teknologi dan daya saing industri dari segi harga produk. Memperbalki Sistem Pengangkutan

Sistem pengangkutan awam. (Rancangan gabungan sistem pengangkutan yang teratur &

diurustadbir oleh Kerajaan seperti dikebanyakan negara Eropah). Mengenai makanan, kerajaan

menggalakkan peningkatan kapasiti pengeluaran. ( Sistem percukaian yang mesra). Kapasiti

Pengeluaran Makanan Agensi-agensi kerajaan yang lain seperti Kementerian Pertanian,

Kerajaan-Kerajaan Negeri, Lembaga Kemajuan lkan Malaysia (LKIM), Lembaga Pemasaran

Pertanian Persekutuan (FAMA) dan badan-badan berkaitan diberi galakan untuk meningkatkan

kapasiti pengeluaran makanan.

KEPERLUAN INFLASI

Inflasi seringkali dianggap sebagai suatu yang tidak elok pada pandangan umum kerana

kenaikan harga barang akan menyempitkan poket kita. Walaubagaimanapun kita harus faham

bahawa inflasi adalah suatu keperluan kerana ia melambangkan pertumbuhan aktiviti ekonomi
negara kita. Yang lebih berbahaya kepada ekonomi negara adalah deflasi (deflation) yang

melambangkan penurunan aktiviti ekonomi, permintaan yang semakin mengurang yang akan

menyebabkan krisis ekonomi seperti di Jepun sejak awal tahun 90-an di mana tiada lagi inflasi

berlaku dan Jepun mengalami deflasi sejak dari itu. Inflasi adalah berguna asalkan ianya rendah

dan terkawal. Inflasi juga meningkatkan aktiviti ekonomi kerana pendapat bahawa harga akan

meningkat pada masa akan datang menyebabkan pengguna membeli barangan sekarang

berbanding deflasi yang akan menangguhkan pembelian kerana menganggap harga akan

semakin jatuh pada masa akan datang.

MASALAH INFLASI

Inflasi yang berlebihan (hyperinflation) berlaku akibat bekalan wang yang terlalu

berlebihan seperti yang berlaku di Zimbabwe apabila kerajaan mencetak wang kertas secara

berlebihan tetapi penghasilan barangan tetap sama, kuasa membeli pengguna berkurang dan

wang yang diedarkan semakin kurang nilainya akibat inflasi yang berlebihan. Contoh pada

gambar di sebelah apabila berlaku hiperinflasi, wang kertas semakin tidak bernilai dan

peningkatan denominasi wang kertas pada kadar yang tidak terkawal. 100 billion Zimbabwe

Dollar bersamaan 5 sen US sahaja pada suatu masa. Tambang bas untuk rakyat Zimbabwe ke

tempat kerja dikatakan pernah mencecah ZWD 1 trillion iaitu 50 sen US. Inflasi yang berlebihan

juga boleh menyebabkan penyorokan barangan (hoarding) oleh peniaga yang ingin mengambil

untung dengan menjual barangan yang disorok pada masa akan datang dengan harga yang

lebih tinggi. Inflasi yang tinggi menandakan ketidakcekapan pengurusan ekonomi bukan sahaja
oleh kerajaan termasuk juga ketidakcekapan pasaran untuk memenuhi permintaan dan

menyediakan bekalan.

INFLASI SEMASA DI MALAYSIA

Perubahan Indeks Harga Pengguna Tahun ke Tahun Malaysia

Akibat daripada pemansuhan subsidi gula, pengurangan subsidi petrol, diesel, kenaikan

tarif elektrik di antara akhir tahun lepas hingga awal tahun ini, trend harga pengguna mula

mencatatkan kenaikan yang agak mendadak. Pada bulan Januari 2014, CPI mencatatkan

kenaikan sebanyak 3.4% berbanding Januari 2013. Secara teorinya pemansuhan subsidi akan

menaikkan harga secara one-off sahaja dan bukannya berterusan tetapi ada kesan berantai

akibat pengurangan subsidi petrol, diesel dan elektrik yang akan meningkatkan kos pengeluaran

seterusnya meningkatkan harga barang. Peniaga pula akan melepaskan kos kepada pengguna

untuk mengekalkan margin keuntungan dan pengguna akan terbeban akibat kenaikan harga

semua jenis barangan. Trend CPI dijangka meningkat sepanjang 2014 akibat daripada

rasionalisasi subsidi yang dijalankan kerajaan selain daripada aktiviti ekonomi yang semakin

meningkat kesan daripada pemulihan ekonomi negara luar seperti US dan Eropah.
ISLAM DAN INFLASI

Menurut ekonomi Islam, Inflasi tidak akan berlaku kerana Islam melaksanakan sistem

keseimbangan dalam ekonomi dan tidak mengamalkan monopoli. Keseimbangan dalam

melaksanakan system ekonomi akan menghasilkan suasana ekonomi yang sihat dan terhindar

daripada unsur-unsur penindasan dan ketidakadilan. Kunci kejayaan ekonomi Islam dalam

membendung inflasi adalah melalui kebebasan dalam perniagaan dan transaksi di dalam

negara. Secara kesimpulannya aktiviti ekonomi yang mampu mewujudkan keseimbangan dalam

sistem sosio-ekonomi akan menghindarkan inflasi berlaku dalam negara. Masyarakat Islam

tidak semata-mata melayani kehendak-kehendak manusia yang tidak terbatas, namun

mengseimbangkan kehendak material dan spritiual manusia secara adil dengan menunaikan

kewajiban yang ditetapkan oleh Syariat seperti berzakat dengan kadar yang ditetapkan oleh

Allah S.W.T. Ia akan meningkatkan ekonomi ummah itu sendiri. Sekiranya berlaku kemelesetan

ekonomi,masyarakat Islam tetap diwajibkan berzakat dengan tidak dikurangi sedikitpun

kadarnya. Ini akan dapat mengukuhkan kembali kedudukan ekonomi negara. Langkah

mengutamakan keperluan dan perkhidmatan asas dalam pengeluaran dan pengagihan terlebih

dahulu kepada semua lapisan masyarakat adalah prktikal dan akan menjamin keseimbangan

dalam ekonomi. Rakyat akan dapat meneruskan kehidupan dengan sempurna. Islam tetap

membenarkan aspek keselesaan dan kualiti menerusi penggunaan barangan tahsiniyyat dan

kamaliyyat. Ianya dibenarkan setelah keperluan asas dapat diselesaikan. Inilah bentuk

kesederhanaan Islam dalam aktiviti penggunaan tanpa cenderung kepada permintaan golongan

kaya semata-mata tetapi juga golongan miskin yang memiliki kuasa beli yang rendah.
RUMUSAN

Ramai diantara kita mempertikaikan angka inflasi seperti Indeks Harga Pengguna yang

dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Negara kerana contohnya, harga barangan naik lebih

tinggi dari kadar CPI 3.4% pada bulan Januari 2014. Benar, memang banyak barangan yang naik

lebih banyak daripada perubahan peratusan Indeks Harga Pengguna tetapi harus kita ingat

bahawa pengiraan CPI ini adalah pengiraan kumpulan barangan yang banyak (512 barangan)

yang dikira secara purata seluruh negara termasuk kawasan luar bandar. Jadi peratusan

perubahan yang tampak rendah ini melambangkan purata perubahan harga dan bukan

perubahan harga yang spesifik mengikut sesuatu tempat. Saya tidak menyangkal bahawa

banyak lagi yang perlu diusahakan kerajaan untuk mengurangkan kenaikan kos sara hidup

seperti membuka pasaran dengan menghapuskan permit khas, menghapuskan monopoli dan

sebagainya. Ketidakcekapan dan campurtangan berlebihan kerajaan dalam menentukan harga

pasaran menyebabkan ketidakcekapan pasaran dan mengganggu pola permintaan dan bekalan

barangan yang akan menyebabkan inflasi berlebihan.

Anda mungkin juga menyukai