Anda di halaman 1dari 2

Usaha-usaha untuk menggalakkan masyarakat membeli barangan buatan Malaysia

Barangan buatan Malaysia didefinisikan sebagai hasil produk yang dikeluarkan oleh air tangan
warga tempatan. Tidak dapat dinafikan bahawa negara Malaysia telah melangkah kea rah modenisasi.
Sehubungan dengan itu, pelbagai cetusan idea dan percubaan yang membanggakan telah
dilaksanakan. Hal ini telah mengakibatkan negara kita dapat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
dengan negara maju yang lain.Malaysia sebenarnya telah banyak menghasilkan dan mengeluarkan
pelbagau barangan serta produk sendiri dan produk buatan Malaysia kini telah standing dengan
produk luar yang berjenama. Namun begitu, statistik terkini telah menunjukkan rakyat tempatan lebih
gemar untuk membeli barangan import yang berjenama. Jadi, apakah usaha-usaha yang dapat
dilakukan oleh pelbagai pihak untuk menggalakkan masyarakat membeli baraghan buatan Malaysia?

Pada hemat saya, cara perdana ialah kita wajar mengubah mentaliti dan sikap rakyat untuk neralih
kepada barangan tempatan. Hal ini demikian kerana rakyat Malaysia terlalu mengagungkan jenama
dan barangan dari luar negara sehingga menafikan produk buatan tempatan . Sejajar dengan ini,
barangan luar dianggap lebih berkualiti dan berjenama, Oleh itu, pengguna dan rakyat perlu diberikan
maklumat tentang kelebihan barangan buatan Malaysia. Hal ini akan mengikis sikap prejudis
pengguna terhadap barangan tempatan. Contohnya, syarikat barangan buatan Malaysia boleh
mempromosikan barangan tempatan di pusat beli-beah terkemuka. Dengan ini, produk tempatan dapat
berkembang maju, Sementara itu, produk yang lebih berkualiti dan berdaya saing dapat dihasilkan
dalam Malaysia. Dengan ini, negara kita dapat mengrurangkan barangan import untuk mengelakkan
pengaliran keluar wang negara. Tegasnya, kita mestilah membeli barang buatan tempatan serta kurang
bergantung pada produk import.

Dalam konteks ini, pihak media juga perlu memperkenalkan kelebihan barangan tempatan. Hal
ini demikian kerana media massa merupakan satu wahana yang signifikan dalam mempengaruhi
pemikiran dan minda seseorang. Pihak media perlulah memberi sokongan kepada kerajaan dalam
usaha-usaha menerajui isu pembelian barangan buatan Malaysia. Sebagai contoh, kebaikan barangan
buatan Malaysia dapat diterangkan melalui media cetak seperti surat khabar dan majalah. Dalam hal
ini media cetak boleh mengadakan halaman khas untuk mengiklankan barangan buatan Malaysia.
Pelbagai iklan, dokumentari, rancangan dan wawancara tentang kebaikan barangan buatan Malaysia.
Kesannya, minat orang ramai terutamanya golongan remaja dapat ditarik dan menyokong barangan
buatan Malaysia kerana mata pena lebih tajam daripada mata pedang. Konklusinya, media massa
merupakan elemen yang penting lagi dominan dalam usaha meggalakkan orang ramai untuk membeli
barangan buatan Malaysia.

Di samping itu, pihak swasta juga berperanan untuk mempromosikan barangan buatan Malaysia.
Hal ini dikatakan demikian kerana barangan buatan Malaysia belum cukup dikenali oleh masyarakat
Malaysia. Usaha untuk mempromosikan barangan buatan Malaysia bukan sahaja perlu dilakukan ole
pihak kerajaan, tetapi juga pihak swasta kerana tepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Misalnya,
pihak swasta seperti syarikat beli-belah dan kedai-kedai perlulah memperkenalkan barangan buatan
tempatan kepada para pengguna dengan memberikan sampel-sampel produk dan memberikan diskaun.
Dengan cara ini, hasil buatan Malaysia yang bermutu tinggi dan berharga murah dapat diperkenalkan
kepada pihak masyarakat. Tegasnya, pihak swasta perlulah memberikan komitmen bagai genggam
bara api biarlah sampai jadi orang dalam usaha mempromosikan barangan buatan Malaysia.

Selain itu, pihak sekolah juga memainkan peranan yang penting dan dominan dalam usaha untuk
menggalakkan masyarakat membeli barangan buatan Malaysia. Hal ini demikian kerana sekolah
merupakan tempat untuk memberikan dan menyebarkan ilmu pengetahuan dan informasi yang benar
lagi penting kepada remaja dan pelajar. Pihak sekolah perlulah menggalakkan pelajar-pelajar supaya
menyokong barangan buatan tempatan sejak bangku sekolah. Dalam hal ini, pelajar-pelajar juga dapat
memupuk sikap berjimat-cermat dengan menggunakan barangan buatan Malaysia. yang murah tetapi
bukannya membazirkan wang untuk megejar kemewahan sejak kecil-kecil lagi. Oleh itu, tegasnya
pihak sekolah bertanggungjawap untuk mendidik golongan remaja supaya membeli barangan buatan
Malaysia kerana remaja yang barulah berumur setahun jagung tidak bijak membezakan yang mana
kaca yang man permata.

Kesimpilannya, semua lapisan masyarakat perlulah berganding bahu dan bekerjasama bagai aur
dengan tebing untuk memperkanalkan barangan buatan Malaysia kepada orang ramai khususnya
rakyat Malaysia. Semua pihak masyarakat perlulah memberi perhatian yang serius kepada tugas
mereka dan bukan sekadar bekerja seperti melepaskan batuk di tangga. Rakyat Malaysia juga patut
memperkasakan satu perubahan sikap dengan membeli barangan buatan Malaysia yang bermutu
tinggi.

Anda mungkin juga menyukai