Anda di halaman 1dari 6

(b) Kepentingan perpaduan kaum

Perpaduan dalam kalangan pelbagai etnik di negara kita haruslah dikekalkan untuk menjamin
keselamatan negara agar kemerdekaan yang kita kecapi sekarang ini berkekalan .Hal ini adalah
untuk mengelakkan berulangnya perkara yang tidak diingini seperti rusuhan kaum pada 13 mei
1969 yang telah berlaku di negara kita. Kesan daripada rusuhan ini kita dapat lihat betapa ramai
masyarakat negara kita yang mati dalam peristiwa berdarah ini. Oleh itu, perpaduan penting agar
kejadian yang sama tidak akan berulang. Dalam nada yang sama kita akan dapat mengekalkan
kestabilan politik jika kejadian rusuhan kaum ini dapat dielakkan oleh semua anggota masyarakat
yang memiliki semangat nasionalisme dan patriotik yang tinggi.

Selain itu, keharmonian ini juga mestilah dikekalkan untuk melahirkan perasaan cintakan tanah
air dan sanggup berkorban untuk negara kita. Perpaduan dalam kalangan etnik di negara ini juga akan
dapat mengukuhkan lagi keselamatan negara daripada ancaman luar dan dalam negara. Warganegara
yang memiliki semangat nasionalisme akan melahirkan kekuatan dalam mempertahankan negara ini
daripada campurtangan kuasa luar seterusnya memelihara kedaulatan negara ini dan mengekalkan
kemerdekaan negara ini seterusnya.

Perpaduan negara yang jitu juga dapat membina sebuah masyarakat yang saling
menghormati antara satu sama lain disebabkan faktor rasa bersama dan kekitaan yang lahir dalam
jiwa seluruh anggota masyarakat. Sifat dengki dan khianat akan terlebur begitu sahaja jika semua
anggota masyarakat memiliki sifat saling menghormati yang dipupuk sejak kita kecil lagi.

(c) Faktor yang menyumbang kepada pengukuhan perpaduan kaum ( pilih 3 sahaja )

Peristiwa 13 Mei telah menjadi catatan sejarah yang suram di negara ini. Hal ini demikian kerana
peristiwa ini memperlihatkan bahawa hubungan kaum akan menjadi rapuh jika ada tindakan luar
batasan dilakukan dan tindakan mencegah tidak dilakukan dengan secukupnya. Peristiwa berdarah ini
menjadi iktibar bahawa perpaduan kaum boleh menjadi bom jangka yang boleh meletup pada bila-bila
masa memandangkan terdapat sebahagian anggota masyarakat yang gemar menjaja isu sensitif bagi
meraih sokongan politik mudah untuk bangsa mereka. Selepas kejadian ini lahir kesedaran untuk
menyatupadukan kaum di negara ini dengan terbentuknya Rukun Negara yang menjadi satu identiti
bagi semua anggota masyarakat. Dalam masa yang sama kekurangan orang Melayu dalam bidang
ekonomi cuba diselesaikan dengan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru yang dilancarkan pada 1970.

Rentetan peristiwa tersebut juga telah terbentuknya MAGERAN pada 17 Mei 1969 yang berfungsi
sebagai pengembali keamanan dan undang-undang negara; penentu pentadbiran yang licin dan
sempurna; dan pengembali keharmonian dan kepercayaan antara kaum. MAGERAN didapati berjaya
mengembalikan keamanan kepada negara selepas dua tahun ditubuhkan. Seterusnya, pada tahun 1969
juga, Jabatan Perpaduan Negara(JPN) dan Majlis Muhibah Negara(MMN) telah dibentuk. JPN yang
diketuai Tan Sri Mohd Ghazali Shafie telah ditubuhkan untuk membantu kerajaan menggerakkan dan
membimbing rakyat ke arah perpaduan negara. MMN pula ditubuhkan pada 18 Julai 1969 bertujuan
memulihkan kepercayaan dan keyakinan antara kaum, mengkaji dan mengatasi masalah untuk
menghapuskan perselisihan faham, membantu dan menyusun kerja-kerja sukarela. MMN dan JPN
telah digabungkan pada 1Januari 1972 menjadi Kementerian Perpaduan Negara yang kini bergelar
Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat yang ditugaskan untuk mengendalikan
aktiviti-aktiviti bercorak muhibah untuk masyarakat yang berbilang kaum

Penubuhan parti politik di negara kita sebenarnya bermula pada 1940 apabila kesedaran politik mula
melonjak hasil pengenalan Malayan Union oleh Inggeris di negara ini. Penubuhan UMNO , MCA
dan MIC pada awalnya bermaksud untuk membela masyarakat atau kaum masing-masing dalam
bidang politik, ekonomi dan sosial. Perpaduan kaum mula dibentuk apabila Parti Perikatan mula
ditubuhkan hasil gabungan UMNO,MCA dan MIC yang merapatkan hubungan antara orang Melayu,
Cina dan India dalam bidang politik dalam usaha memuju kerjasama kaum ke arah mencapai
kemerdekaan. Proses ini dilakkukan mulai 1948 hinggalah 1956 . Dapat dilihat pada masa ini
kesedaran pentingnya perpaduan kaum dibentuk bagi menjamin keadaan negara yang aman dan damai
dengan penduduknya dapat bekerjasama antara satu sama lain.

Kerajaan telah merangka Dasar Pendidikan Kebangsaan sebagai landasan mewujudkan masyarakat
yang bersatu padu. Penyata Razak dan Ordinan Pelajaran yang telah termaktub sebelum merdeka
telah disemak semula menghasilkan Laporan Rahman Talib dan seterusnya dimaktubkan dalam Akta
Pelajaran, 1961 merupakan antara usaha awal kerajaan dalam sektor Pendidikan. Matlamat Dasar
Pendidikan Kebangsaan diharapkan dapat memenuhi keperluan tenaga rakyat negara ini dalam jangka
pendek dan panjang demi melahirkan masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan terlatih. Antara
strategi yang dirancang untuk mencapai matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan ialah menjadikan
Bahasa Kebangsaan bahasa pengantar yang utama, mengadakan kurikulum yang sama dan
berorientasikan Malaysia bagi semua jenis sekolah, mewujudkan sistem peperiksaan yang sama dan
sebagainya.

(d) Cabaran untuk mengekalkan perpaduan kaum ( pilih 3 sahaja )

Cabaran kepentingan etnik dari aspek politik iaitu politik perkauman boleh menimbulkan perasaan
kurang senang hati dan mengukuhkan semangat perkauman jika sesuatu tindakan diambil tanpa
mendapat kata sepakat oleh semua pihak. Isu-isu perkauman seperti bahasa, kebudayaan, pendidikan,
agama, kerakyatan, dan ekonomi jika dipergunakan untuk tujuan berpolitik, pastinya, ia tidak akan
menyumbang ke arah masyarakat yang bersatu padu.Ianya ditambah lagi dengan usaha parti tertentu
yang mengemukakan ideologi Malaysian Malaysia bagi mendapatkan hak yang sama rata dalam
kalangan penduduk di negara ini.Sekali pandang ianya merupakan suatu isu yang kecil tetapi
sebenarnya isu ini berlawanan dengan kontrak sosial yang dibuat sebelum negara ini mencapai
kemerdekaan.

Sejak zaman penjajahan lagi, masalah integrasi telah wujud terutamanya semasa penjajahan British.
Mereka menjalankan dasar divide and rule iatu dasar pecah dan perintah agar dapat memerintah dan
mengeksploitasi ekonomi negara. Dasar ini jugalah yang memisahkan kaum-kaum utama negara ini
mengikut bidang ekonomi yang dijalankan. Masyarakat melayu mengendalikan pertanian dan
ditempatkan di kawasan luar Bandar iaitu di kampong-kampung. Masyarakat Cina ditempatkan
dilombong-lombong bijih timah dan bandar-bandar kerana aktiviti perlombongan dan perdagangan
yang dijalankan mereka. Manakala masyarakat India pula ditempatkan di lading-ladang getah.
Perubahan fungsi ini telah menyebabkan ketiga-tiga kaum ini terpisah dan hubungan semakin terhada
dan menjadi bertambah renggang.

Cabaran dari segi ekonomi yang paling nyata ialah perbezaan dari segi pekerjaan di mana perbezaan
ini diwujudkan oleh pihak British melalui pecah dan perintah sepertimana dinyatakan sebelum ini.
Masalah ini telah mewujudkan perasaan curiga dan telah mewujudkan jurang ekonomi antara kaum-
kaum terbabit. Akibat daripada dasar yang dicipta oleh British itu, kesannya masih lagi dapat dilihat
sampailah sekarang di mana sektor perniagaan masih lagi didominasi oleh orang Cina dan
kebanyakkan orang India masih lagi tinggal di lading-ladang. Perbezaan pekerjaan ini telah
membataskan interaksi sosial antara mereka kerana masa banyak diluangkan ditempat kerja dan
sekiranya rakan sekerja terdiri daripada kaum atau etnik yang sama maka interaksi dan komunikasi
hanya berlaku dan berada dalam lingkungan kaum yang sama sahaja. Kesannya adalah di mana
perasaan prasangka dan perkauman akan menjadi semakin kuat dan menebal di antara sesama kaum
terbabit.

Sistem persekolahan yang wujud di negara ini, pada dasarnya berpandukan sistem Barat yang
diperkenalkan oleh pentadbiran British mulai abad ke 19, Pelajaran Cina telah memberi kesedaran
kebangaaan pemuda pemuda Cina. Sekolah Cina bukan hanya menggunakah bahasa Cina sebagai
bahasa pengantar, gurunya datang dari negara China, buku teks diimport dari negara China dan
berkiblatkan China.

Sekolah Tamil pula menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar yang tunggal. Kebanyakan
sekolah Tamil terletak di kawasan ladang dan sebahagian besarnya dibiayai oleh syarikat-syarikat
yang memiliki ladang-ladang berkenaan. Kerajaan sebelum merdeka menganggap sekolah Inggeris
sebagai sistem persekolahan yang unggul. Kelulusan sekolah Inggeris terdedah kepada pemikiran
Barat. Perbezaan di antara sekolah Inggeris dengan sekolah-sekolah lain bukan dari segi bahasa
pengantar sahaja, sukatan pelajaran juga tidak sama dan sekolah Inggeris juga memberi kesan kepada
perpecahan yang berlaku di dalam masyarakat. Jelas sekali, sistem persekolahan sebelum merdeka
memainkan peranan penting mengekalkan keperibadian satu-satu golongan etnik dan, di samping itu,
mewujudkan dua golongan terdidik berpelajaran Inggeris dan berpelajaran vernakular yang tidak
mempunyai pandangan dunia (world view) yang sama. Pihak Inggeris tidak memberatkan objektif
perpaduan dalam sistem pelajarannya. Tidak ada satu dasar pendidikan kebangsaan sepertimana yang
kita lihat hari ini. Yang penting bagi mereka ialah memberi pelajaran kepada segolongan rakyat untuk
membolehkan sebahagian mereka memenuhi keperluan tenaga dan ekonomi.

Penyalahgunaan media sosial telah mula menular sejak akhir-akhir ini. Media sosial seperti web dan
blog serta face book menyebabkan timbulnya kerenggangan kaum kerana banyak menimbulkan isu
sensitif . Beberapa laman web yang bebas bergerak telah memperkatakan begitu banyak isu bersifat
sensiti di samping menaburkan fitnah serta berita palsu menyebabkan wujudnya keresahan dalam
masyarakat di negara ini. Beberapa kenyataan bersifat rasis dan berunsur perkauman begitu berleluasa
pada masa sekarang. Keadaan ini pula tidak diambil tindakan oleh pihak berkuasa kerana pertindihan
tugas dan bidang kuasa antara badan penguatkuasa dan badan pengawal komunikasi. Penyebaran
berita palsu dan tohmahan juga menjadi punca perbalahan dan persengketaan terhadap anggota
masyarakat di negara ini. Isu kalimah Allah dalam bible yang diterbitkan dalam Bahasa Melayu
contohnya menyebabkan berlaku pertentangan pendapat dalam kalangan rakyat di negara ini. Ianya
bakal menyebabkan wujudnya rasa benci dan dendam dalam masyarakat yang mampu mengguggat
keamanan negara.

Campurtangan kuasa luar juga boleh menlunturkan perpaduan di negara ini.Beberapa individu yang
dikenalpasti sedang berusaha mendapatkan kerjasama daripada Amerika Syarikat dan Australia dalam
usaha mendapatkan sokongan dan dokongan terhadap permasalahan yang mereka hadapi. Kehadiran
beberapa pemimpin dari luar ini boleh dianggap cuba mencampuri urusan negara ini kerana cuba
mempertikaikan isu hubungan sesama jenis dan hak golongan lesbian, gay dan transgender di negara
ini.Segelintir anggota masyarakat juga mengaitkan isu di atas sebagai isu hak asasi manusia di negara
ini. Dengan menjadikan isu ini sebagai isu hak asasi maka ianya mendapat sokongan sebahagian
daripada anggota masyarakat.

(e) langkah-langkah untuk mengekal dan memantapkan perpaduan kaum di Malaysia ( pilih 3
sahaja )

Beberapa kempen dan program yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan mampu mengekal dan
memantapkan perpaduan kaum di negara ini. Pelan Tindakan Perpaduan & Integrasi Nasional telah
dirancang oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Ia merupakan rancangan lima tahun
iaitu dari 2005-2010 yang merancang pelbagai usaha untuk memupuk dan mempertingkatkan
perpaduan dan integrasi nasional. Pelan ini mengandungi pelbagai strategi yang dirancang dari
pelabagai aspek seperti strategi politik, ekonomi, pendidikan, penggunaan Bahasa Kebangsaan,
Agama, Kebudayaan, Integrasi Wilayah, Keselamatan, Pembangunan Kawasan, Penggunaan Tenaga
Manusia, Media Massa, Kesukanan, Pemasyarakatan Perpaduan, Pertubuhan Sukarela, Penyelidikan
Dan Penerbitan Bahan Bacaan, Pemantauan Isu-isu Semasa dan Konflik, Penubuhan Panel Penasihat
Perpaduan Negara (PANEL) dan Jawatankuasa Penasihat Perpaduan Peringkat Negeri (JKPPN),
program dan aktiviti perpaduan, Sekolah Wawasan dan Program Latihan Khidmat Negara. Kesemua
program, pelan dan aktiviti yang dirancang telah dijalankan dengan bertujuan supaya masyarakat
dapat melibatkan diri dan memupuk hubungan etnik yang erat antara rakyat di negara ini.

Kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memperkenalkan program Rancangan


Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) sejak tahun 1986. Program ini pada awalnya telah
dilaksanakan di peringkat sekolah rendah dan kini diperluaskan ke semua sekolah rendah dan
menengah pada tahun 2005. KPM memandang berat akan pentingnya dijalin hubungan yang rapat
antara murid pelbagai kaum di sekolah supaya wujud kesefahaman dan perpaduan antara mereka.
Dengan adanya persefahaman dan berbaik sangka maka akan timbul suasana hormat-menghormati
terhadap agama, budaya dan adapt resam sesuatu kaum dengan kaum yang lain. KPM menyediakan
peluang kepada murid pelbagai kaum untuk bergaul mesra secara sedar dan terancang. Proses
perpaduan ini dapat dipupuk dan dibina agar semangat tersebut dapat diamalkan dalam masyarakat.
Usaha ini dijana semula kea rah merealisasikan hasrat kerajaan untuk menjadikan rakyat Malaysia
hidup bersatu padu dan harmoni.Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah lawatan sambil belajar,
kursus motivasi, kem perpaduan , sambutan hari perayaan , pameran kebudyaan dan persembahan
pentas.

Sekiranya isu ini diperinci secara mendalam, kerajaan telah mewajibkan remaja yang berumur 17
tahun ke atas menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Modul kenegaraan PLKN
sememangnya bertujuan untuk melahirkan semangat perpaduan dalam sanubari remaja daripada
masyarakat majmuk yang merupakan bakal pemimpin negara. Selaras dengan modul kenegaraan, para
remaja berbilang kaum berpeluang untuk bekerjasama bagai aur dengan tebing dan seterusnya
perpaduan dapat disemai melalui aktiviti-aktiviti berkumpulan yang dilaksanakan dalam PLKN.
Sesungguhnya, tidak dapat disangkal bahawa PLKN turut memainkan peranan dominan dalam iltizam
membentuk perpaduan kaum.

Perpaduan kaum juga dapat dipupuk melalui aktiviti kemasyarakatan yang memerlukan setiap kaum
mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Cara ini dapat memupuk semangat
kerjasama dan saling membantu antara satu sama lain dengan menghapuskan sikap mementingkan
diri yang tertanam di dalam jiwa masyarakat kini. Namun, sikap negative masyarakat terutamanya
masyarakat yang duduk di bandar yang hanya bekerja tidak tentu masa dan melakukan kerja sendiri
menyebabkan usaha memupuk semangat perpaduan sukar untuk diterapkan. Aktiviti memperteguh
jalinan kemesraan harus dijalinkan seperti aktiviti gotong royong yang memerlukan sumbangan setiap
pihak untuk menjayakan aktiviti tersebut supaya perpaduan secara maksimum dapat dilahirkan.
Pendek kata, aktiviti kemasyarakatan dapat menjadi wadah yang terbaik bagi memupuk semangat
perpaduan yang perlu ada dalam diri setiap rakyat seiring dengan hasrat negara untuk mewujudkan
masyarakat yang bersatu padu walaupun berlainan bangsa mahupun agama

Satu daripada cara mencapai perpaduan di antara kaum ialah menjaga budi bahasa serta akhlak dalam
pergaulan. Perbezaan agama serta kepercayaan tidak mengurangkan kepentingan pemupukan budi
bahasa. Adat istiadat adalah peraturan yang sentiasa dlpatuhi dan diamalkan dalam masyarakat
Malaysia terutamanya pada hari perayaan. Adat istiadat ini mencirikan Kebudayaan Kebangsaan.
Antara hari-hari perayaan yang sama-sama dihormati ialah Hari Kebangsaan Malaysia pada 31 Ogos,
Hari Deepavali, Tahun Baru Cina, Hari Raya, Sambutan Maulud Nabi Muhammad s.a.w,

Slogan 1Malaysia atau 'Satu Malaysia' adalah satu gagasan peribadi yang diperkenalkan
oleh Perdana Menteri Malaysia keenam, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2 April 2009. Intipati
gagasan ini idea satu bangsa tanpa mengira kepelbagaian etnik, sub-etnik dan kebudayaan. Semua
pihak mestilah bersama-sama menjayakannya. Pelaksanaannya bukan dibuat semalaman tetapi secara
evolusi.Ia adalah ramuan serta formula pentadbiran dalam proses negara menuju Wawasan 2020 serta
menjadi cemerlang, gemilang dan terbilang seperti yang diperjuangkan perdana menteri keempat dan
kelima iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi

Aspek utama ialah sikap saling hormat menghormati dan bersikap menerima di antara satu sama
lain.Masyarakat majmuk di Malaysia perlu disatukan melalui '1Malaysia'. Hubungan kaum
dipereratkan bagi jangka masa panjang. Prinsip utama yang mendasari 1Malaysia adalah kebersamaan
dan kekitaan dalam satu keluarga besar. Oleh yang demikian slogan ini sudah tentu menjadi satu
pemangkin kepada perpaduan rakyat di negara ini.

Cara paling penting untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di Malaysia ialah
melalui penggunaan bahasa kebangsaan. Penggunaan satu bahasa perhubungan dan persefahaman di
antara satu kaum dengan yang lain dapat diwujudkan tanpa menimbulkan rasa curiga. Langkah ini
mempercepatkan lagi perpaduan dan rasa hormoni antara kaum di negara ini.

Anda mungkin juga menyukai