Anda di halaman 1dari 2

Perlu. Ini kerana beberapa sebab.

Antaranya ialah pihak sekolah memainkan


peranan penting untuk membentuk kanak-kanak supaya mereka boleh berdikari dan
menguruskan diri. Pihak sekolah haruslah menyediakan satu bangunan atau bilik khas untuk
murid-murid berkeperluan khas. Menyediakan infrastruktur yang serba lengkap adalah salah
satu tanggungjawab pihak sekolah untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran
melalui kaedah-kaedah khusus dapat berjalan dengan lancar. Pengetua atau guru besar
juga harus memberi kerjasama dan sokongan penuh kepada program pendidikan khas.
Program pendidikan khas akan berkembang dengan adanya sokongan guru besar atau
pengetua. Mereka perlu mengambil tahu keperluan program pendidikan khas dan murid-
murid berkeperluan khas.
Bagi sekolah yang mempunyai program integrasi sepatut tidak mengasingkan
murid-murid berkeperluan khas dengan murid-murid biasa melalui. Aktiviti-aktiviti yang
menggalakkan pergaulan antara murid-murid khas dengan murid-murid biasa harus
diperbanyakan. Ini adalah untuk membolehkan murid-murid khas berinteraksi secara normal
dengan semua glongan dan tidak akan mengasingkan diri. Langkah sebegini akan
membantu murid-murid khas untuk menghadapi masyarakat luar secara normal. Guru
pendidikan khas berperanan penting dalam keberkesanan program pendidikan khas. Guru
pendidikan khas harus memberi komitmen yang sepenuhnya kepada murid-murid
berkeperluan khas dan program pendidkan khas. Mereka seharusnya menjiwai karier
mereka sebagai seorang guru pendidikan khas. Hanya guru pendidikan khas sahaja dilatih
dengan pelbagai kemahiran untuk mengajar murid-murid keperluan khas. Guru khas perlu
memiliki kriteria sebagai seorang guru khas supaya program pendikan khas dapat berjalan
lancar.
Seorang guru khas harus berfikiran secara kreatif, inovatif dan imagenatif supaya
dapat menarik minat murid-murid berkeperluan khas untuk belajar dan menumpukan
perhatian.Guru khas juga harus tahu mengekalkan suasana kelas yang ceria dan mesra
supaya murid dapat menganggap sekolah sebagai rumah kedua mereka. Sikap simpati dan
juga empati perlu ada ada pada seorang guru pendidikan khas. Guru khas harus berupaya
memberikan ujian saringan kepada pelajar untuk mengenalpasti tahap pencapaian dan
masalah pelajar. Guru khas perlu mengenali setiap anak muridnya secara terperinci supaya
mereka dapat melayan murid-murid mengikut kepeluan tertentu. Guru pendidikan khas juga
perlu menyediakan Rancangan Pendidikan Individu mengikut kategori dan kesesuaian murid
supaya mereka dapat menguasai satu kemahiran dengan baik. Program dan aktiviti
dirancang oleh guru tidak seharusnya tertumpu di kawasan sekolah sahaja. Sebaliknya guru
khas perlu membawa murid-murid ke kawasan luar agar murid-murid dapat terdedah
kepada masyarakat luar. Mereka juga boleh meluaskan pengetahuan dan pengalaman
melalui program lawatan. Guru khas juga harus berbincang dengan ibubapa tentang
masalah kesihatan dan tingkahlaku murid-murid khas agar mereka dapat mencari jalan
penyelesaian dengan mudah kepada suatu masalah dengan adanya kerjasama yang baik
antara guru khas dan ibubapa. Guru khas juga boleh mengubah strategi pengajaran dengan
mendengar nasihat dan idea ibubapa jika bersesuain dengan kuri-kulum.
Selain itu, kerjasama guru khas dengan program pendidikan arus perdana juga
penting untuk melancarkan perkembangan program pendidikan khas. Guru biasa (arus
perdana) perlu berkongsi pendapat dan tanggungjawab bersama guru pendidikan khas
supaya objektif pendidikan khas dapat dicapai. Guru khas dan guru biasa boleh tukar-
menukar bahan bantu mengajar supaya dapat menjimatkan masa dan tenaga. Guru biasa
perlu membantu dan memberi tumpuan lebih kepada murid-murid khas dalam program
inklusif supaya mereka dapat kekal dalam kekal biasa. Guru khas juga membantu guru
biasa dengan mengajar pelajar-pelajar lemah dalam kelas biasa. Guru biasa boleh
mengunakan kemahiran dan idea untuk membolehkan murid murid mengembangkan bakat
dan kemahiran yang pada mereka. Guru biasa perlu mengambil bahagian dalam aktiviti
dianjurkan untuk murid-murid khas supaya guru dapat mengenal dan memahami keperluan
dan ciri mereka supaya mereka tidak menghadapi masalah semasa mengajar mereka dalam
program inklusif. Kolaborasi semua staf sekolah kepada program pendidikan khas penting
untuk merealisikan aspirasi pendidikan khas.

Anda mungkin juga menyukai