Anda di halaman 1dari 17

KONSEP-KONSEP DAN PRINSIP SYARIAH DALAM PERBANKAN

DAN KEWANGAN ISLAM

Ustaz Mohd Bakir Haji Mansor

PENGENALAN

Konsep-konsep dan prinsip-prinsip syariah dalam perbankan


dan kewangan Islam telah ditukar namanya kepada Kontrak-
kontrak Dalam Perbankan dan Kewangan Islam. Ia ditukar
setelah menerima kritikan dari OIC. Menurut OIC, konsep
dan prinsip tidak wujud, yang ada hanyalah kontrak. OIC
menegaskan lagi, istilah konsep dan prinsip tidak konkrit
tetapi yang konkritnya adalah kontrak.

Kesemua kontrak-kontrak dalam perbankan dan kewangan


Islam terdapat dalam kitab-kitab feqah dan telah
dipersetujui oleh para ulamak. Ini berdasarkan pada firman
Allah SWT di dalam surah al-Baqarah ayat 275 yang
bermaksud:
Allah telah menghalalkan jualbeli dan mengharamkan riba.

Ayat tersebut menunjukkan bahawa urusan jualbeli pada


umumnya adalah harus. Terdapat juga beberapa hadis lain
yang menunjukkan jualbeli ini harus tetapi di dalam
muamalat Islam terdapat banyak kontrak. Kebanyakan
kontrak-kontrak yang diamalkan sebelum kedatangan
Rasulullah s.a.w., terlibat dengan perkara-perkara yang tidak
direstui oleh Islam. Oleh itu kebanyakan akad-akad pada
masa itu dibatalkan. Lebih kurang 15 hingga 20 akad sahaja
kemudiannya telah dikenal pasti akadnya sah, harus dan
halal untuk diamalkan. Walau bagaimanapun akad yang
harus diamalkan ini tidak menjadi sah secara automatik.

Oleh itu, untuk memastikan akad-akad yang harus ini


menjadi sah, akad-akad ini mestilah cukup rukun-rukun dan
syarat-syaratnya. Maka adalah menjadi suatu kewajipan bagi
umat Islam untuk memastikan kontrak-kontrak ini halal
untuk diamalkan iaitu dengan membuang akad-akad yang
diamalkan oleh masyarakat Arab Jahiliyah. Pada umumya,
dalam muamalat perkara yang perlu dihindarkan adalah
seperti penipuan, penindasan, khianat dan aktiviti jualbeli
pada waktu yang sepatutnya beribadat.

PERKARA-PERKARA YANG DILARANG DALAM ISLAM

Untuk mengamalkan kontrak-kontrak dalam Islam, maka apa


yang perlu dilakukan adalah dengan membuang lima
perkara yang membatalkan sesuatu akad terlebih dahulu.
Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut:

a) Membuat dan menjual barang-barang yang najis.


Contoh: bangkai, babi, anjing, arak, tahi, kencing.
Perkara yang najis jika terlibat dengan perniagaan maka
hukumnya haram dan tidak sah.

b) Membuat barang-barang yang tidak bermanfaat dalam


Islam.

Perkara-perkara yang tidak memberi manfaat kepada Islam,


amalannya adalah tidak sah. Di dalam Islam barang ini tidak
najis tetapi tidak bermanfaat.
Contoh: terdapat barang tertentu yang dibuat untuk
menyembah selain dari Allah s.w.t. atau yang mendatangkan
kelalaian hingga menyebabkan seseorang individu itu lupa
untuk beribadat.

c) Gharar.

Gharar adalah suatu perkara yang tidak jelas. Perkara yang


tidak jelas akan
membatalkan akad. Kesemua ulamak bersepakat bahawa di
dalam semua akad jualbeli yang diamalkan dalam kehidupan
harian, terdapatnya unsur gharar. Oleh itu para ulamak
berusaha untuk menentukan apakah jenis gharar yang
membatalkan akad.
Selepas kajian dilaksanakan, gharar terbahagi kepada dua,
iaitu;

1) Gharar Fahish
Gharar fahish adalah gharar yang serius. Gharar ini
membatalkan akad. Ia timbul dari tiga perkara yang
disenaraikan di bawah:

i) Barang tidak ada


Ini berlaku sama ada penjual menipu atau pembeli tidak
mengetahui sama ada barang tersebut ada atau sebaliknya.
Contoh: Barang cagaran dijual kepada orang lain sedangkan
ia masih dimiliki oleh pemilik barang atau pemilik barang
menjualkan barang kepada pembeli tetapi barang tersebut
tidak dapat diserahkan kerana masih disimpan oleh
pemegang cagar, maka hukumnya adalah tidak sah.

ii) Barangnya ada tetapi tidak dapat diserahkan; Atau

iii) Barang boleh diserah tetapi tidak sama spesifikasinya


seperti yang dijanjikan. Pembeli berhak menolak dari
menerima barang tersebut. Sekiranya pembeli menerima
juga maka jualbeli tersebut adalah tidak sah.

2) Gharar Yasir
Gharar yasir tidak membatalkan akad. Jika terdapat gharar
ini dalam muamalat maka muamalat tersebut adalah sah di
sisi Islam.
Contoh: Peniaga menjual pisang embun kepada pembeli.
Pembeli tidak tahu sama ada pisang yang dibeli itu elok atau
tidak dan tekstur pisang-pisang tersebut juga tidak sama
antara sebiji dengan sebiji yang lain. Maka ini adalah gharar
yasir yang sah dalam Islam.
d) Riba
Riba bermaksud lebihan. Riba terbahagi kepada dua, iaitu;

1) Riba Duyun
Iaitu riba pinjam-meminjam yang timbul dari pinjaman wang.
Riba duyun ini pula terbahagi kepada dua iaitu:
i) Riba Qardh (Riba pinjaman)
Riba Qardh timbul apabila faedah bagi pinjaman wang telah
ditetapkan daripada mula lagi oleh pemiutang (creditor).
Apabila pinjaman diberi, pemiutang mensyaratkan supaya
penghutang (debtor) membayar lebih dari pinjaman pokok.
Riba ini juga wujud sekiranya, semasa akad dibuat
penghutang berjanji untuk membayar dengan jumlah yang
lebih semasa dia menjelaskan hutang tersebut. Hukumnya
adalah haram dan tidak sah.

ii) Riba Jahiliyah


Tidak ada janji atau syarat yang dibuat oleh pemiutang
mahupun penghutang tetapi apabila penghutang gagal
menjelaskan pinjaman pada waktu yang ditetapkan maka
pemiutang akan mensyaratkan supaya menjelaskan suatu
jumlah tambahan bagi pinjaman pokok yang telah diberi.
Pada ketika ini riba ini disamakan dengan kad kredit.

2) Riba Buyu
Riba ini timbul apabila berlakunya pertukaran antara dua
bahan ribawi dalam kategori yang sama jika tidak mengikut
peraturan yang ditetapkan. Riba buyu khusus untuk bahan-
bahan tertentu sahaja. Dalam istilah feqah bahan-bahan ini
disebut bahan ribawi.
Bahan ribawi terbahagi kepada dua, iaitu medium
pertukaran di mana dalam Islamnya yang asal mengikut
jenis barang ialah emas dan perak termasuk matawang.
Kedua,semua jenis makanan mengikut klasifikasi seperti
gandum, beras, sekoi, sayuran, buah-buahan, daging, garam
juga termasuk gula dan ubat-ubatan.
Riba buyu terbahagi dua, iaitu;
i) Riba Fadhl
ii) Riba Nasiaah

Kedua-dua jenis riba ini terlibat dengan bahan-bahan ribawi.


Jika ditukar bahan ribawi ini sesama sendiri tanpa mengikut
peraturan yang ditetapkan maka ia akan menjadi riba.
Sekiranya bahan-bahan ini ditukar dengan bahan selainnya
maka tidak menjadi riba.

Misalnya, beras ditukar dengan beras dan ayam dengan


ayam. Maka adalah haram dan tidak sah hukumnya. Jika
tukaran hendak dilakukan sesama sendiri maka timbangan
atau jumlahnya mestilah sama dan penyerahan juga perlu
berlaku serentak iaitu pada masa yang sama.

Bagaimana riba fadhl berlaku dapat dilihat melalui contoh


berikutnya. Apabila 10 kilogram beras Basmathi ditukar
dengan 15 kilogram beras A1 maka perbezaan yang 5
kilogram itulah riba Fadhl. Sekiranya sama pada timbangan
tetapi penyerahannya tidak serentak maka ini adalah riba
Nasiaah.

Contoh berikutnya; wang dan emas berada dalam kategori


yang sama tetapi berlainan jenis. Maka boleh ditukarkan 10
mayam emas dengan RM340, RM380 atau RM400, dengan
syarat penyerahannya mesti berlaku serentak. Jika serahan
dibuat pada waktu yang lain maka akan menjadi riba
Nasiaah. Hukumnya haram dan berdosa.

Di dalam sistem perbankan, jualbeli secara tangguh boleh


diamalkan. Misalnya dalam aktiviti eksport dan import.
Pengimport membeli daging dari Australia maka bank boleh
membiayai dengan bayarannya dibuat secara tangguh.
Kesimpulannya, apa saja bahan makanan jika dibayar
dengan wang maka tiada lagi larangan dalam Islam.
d) Perjudian

Perjudian bukannya spekulasi. Spekulasi tidak haram kerana


tiada barang sebagai taruhan. Perjudian ialah apabila
ditetapkan aset sebagai sekuriti untuk mendapatkan sesuatu
dan sekiranya apa yang dikehendaki itu tidak berjaya
diperolehi maka aset yang diletakkan sebagai sekuriti itu
akan hilang. Hukumnya adalah haram serta membatalkan
akad.

MUAMALAT DALAM ISLAM

Setelah dibuang semua perkara-perkara yang dilarang iaitu


yang lima di atas maka berikut adalah tiga kategori
muamalat yang sah dan halal untuk diamalkan.

a) Akad-akad jualbeli (Trading Contracts)


b) Akad-akad pembentukan modal (Contracts of Profit
Sharing)
c) Akad-akad sokongan (Supporting Contracts)

a) Akad-akad jualbeli

Berikut adalah beberapa transaksi biasa yang digunakan


secara menyeluruh;

1) Jualan tunai (cash sales)


i) Jualan tunai
ii) Tukaran wang asing
iii) Tukaran antara bahan ribawi dari klasifikasi yang berbeza
tapi dalam
yang sama, contohnya emas dengan wang, gandum dengan
minyak sawit.

2) Jualan harga tangguh (deffered payment sales)


i) Bai al-Murabahah (cost plus)
ii) Bai al-salam
iii) Bai al-Istisna (sale by order)
iv) Al-Bai Bithaman Ajil (deferred payment sale)
v) Bai al-Istijrar (supply or whole sale financing)
vi) Bai al-Inah
vii) Bai al-Dayn (debt trading)
viii) Al-Ijarah (leasing)
ix) Al-kiraa wal-Iqtinaa (leasing then purchase)
x) Al-Qardh al-Hasan (benevolent loan)

b) Akad-akad pembentukan modal

1) Al-Musyarakah (joint venture profit sharing)


2) Al-Mudharabah (trustee profit sharing)
3) Al-Muzaraah (leasing of land for agriculture)
4) Al-Musaqat (watering of orchard)

Al-Musyarakah dan Al-Mudharabah boleh diaplikasikan untuk


semua jenis perniagaan. Manakala Al-Muzaraah dan Al-
Musaqat tidak diamalkan kerana ada banyak khilaf dari para
ulamak.

c) Akad-akad sokongan

Syariah juga membenarkan akad-akad sokongan bagi


memudahkan urusan perniagaan dan pergerakan modal.
Akad-akad tersebut adalah:
1) Al-Rahnu (mortgage)
2) Al-Kafalah (guarantee)
3) Al-Wakalah (agency)
4) Al-Wadiah (safe custody)
5) Al-Hiwalah (transfer of debt)
6) Al-Ibraa (rebate)

RUKUN-RUKUN DAN SYARATSYARAT

Untuk menjadikan suatu kontrak itu sah maka suatu kontrak


itu perlu cukup rukun-rukunnya dan setiap rukun itu perlu
memenuhi syarat-syaratnya.

Rukun-rukun jualbeli:
a) Akad
b) Barang
c) Harga
d) Dua pihak yang berakad

Rukun-rukun dan syarat-syarat di bawah berdasarkan pada


Majelle code of Islamic Law following the Hanafite school :

a) Akad Jualan
1) Akad : Penerimaan dan penawaran.

i) In definite and decisive language and absolute.


Art. 169 : For the offer and acceptance the past tense is
generally used.

Art. 170 : By aourist tense like Alirim and Satarim if the


present tense is meant, the sale is concluded, and if the
future is meant, the sale is not completed.

Art. 171 : A sale is not concluded by words in the future


tense, such as I will take, I will sell which mean merely a
promise.

Art. 172 : A sale is also not concluded by words in the


imperatives tense, such as sell, buy. But a sale is concluded
by an imperative which of necessity indicates the present.

ii) The acceptance must agree with the offer.


Mjl. Art. 177 : If one of the contracting parties make an offer
for something in any manner whatsoever, the other party
must make the acceptance of it, so as exactly to correspond
with the offer. He has no right to separate either the price or
the subject matter of the sale.

iii) The contract must be made at the one and the same
meeting.
(Mjl. Art. 183 : After the offer and before the acceptance, if
one of the two parties gives an indication of dissent, whether
by word or act, the offer becomes void, and there is no
longer room for an acceptance.

Art. 185 : On new offer being made before acceptance, the


fist offer becomes void, and consideration is paid to the
second offer).

2) Barang
i) It must exist
(Mjl. Art. 177 : The existence of the thing sold is necessary).

ii) The thing sold must be capable of being delivered.


(Mjl. Art. 198 : It is necessary that the delivery of the thing
sold be possible).

iii) The thing sold must be of value, and

iv) It must be of pure substance.


(Mjl. Art. 199 : It is necessary that the thing sold should be :
mal mutaqawwim.

Art. 126 : Mal is a thing which naturally is desired by man,


and can be stored for times of necessity.

Art. 127 : Mal mutaqawwim is a thing the benefit of which is


permissible by law to enjoy).

v) The thing sold must be known.


(Mjl. Art.200 ; It is necessary that the thing sold should be
known to the buyer.

Art. 201 : The thing sold becomes known by a description of


its qualities and state, which will distinguish it from other
things).

vi) The thing sold must be owned by the seller.


(Mjl. Art. 365 : In order that a sale may be nafiz, it is a
condition that the seller should be the owner of the property
sold, or agent, or natural or appointed guardian of the owner
of the property, and that there should be no right in any one
else).

3) Harga
It must be known in currency and the absolute amount.
(Mjl. Art. 237 : It is necessary that the price should be named
at the time of the sale.
Art. 238 : It is necessary that the price should be known.

Art. 239 : The knowledge of the price comes by a statement


of its description and amount if it does not come by seeing it
when it is shown).

4) Dua pihak yang berakad

i) The two parties to the contract must be capable of taking


responsibility.
(Mjl. Art. 361 : In the making of the sale, there is a condition,
that the essence of the contract, should emanate from
intelligent persons, that is to say, from reasonable persons,
who possess judgement, and that they should attach to a
subject of sale, which admits of the consequences of a sale.

Art. 957 : Infants, madman and people of unsound mind are


of themselves prohibited from dealing with their property).

ii) The two parties to the contract must not be prohibited


from dealing with their property ie, they must not be
bankrupts and prodigals (safih).
(Mjl. Art. 958 : A person who is prodigal can be prohibited by
the judge.

Art. 959 : A debtor also, on the application of his creditors,


can be prohibited from dealing with his property by the
judge).
iii) There is no coercion or compulsion exerted on either of
the two parties
to the contract.
(Mjl. Art. 949 : Ikrah is of two sorts. The first sort is Ikrah
mulgi. It leads to destruction of life in loss of a limb or one of
them. It is the compulsion, which is by a hard blow. The
second sort is Ikrah ghair mulgi. This causes only grief and
pain. It is compulsion which is by things like a blow or
imprisonment.

Art. 1006 : When they (transactions) take place in


consequence of compulsion which is taken into
consideration, an exchange of property, and a purchase, and
a letting, and a conveyance, and a compromise about
property, and an admission, and a postponement of a debt
and causing of a right of preemption to cease, are not held
good, whether the compulsion be mulgi or ghair mulgi. But if
the person compelled give his consent after the compulsion
has ceased, in that case thay are held good).

b) Akad Sewaan

Rukun-rukun dan syarat-syarat bagi kontrak sewa seperti


berikut:
1) Pemberi sewa (lessor) - sama seperti penjual dan pembeli
2) Penyewa (lessee) - sama seperti penjual dan pembeli
3) Aset - milik pemberi sewa
4) Sewa - diketahui
5) Kegunaan - boleh dinilai
- pemberi sewa berkuasa untuk menggunakan dan menyewa
aset.
- jangkamasa sewaan diketahui. Jika kegunaan aset itu lebih
dari satu, maka jenis kegunaan perlu diketahui.
- Mendapat keizinan
- Bukan untuk menghasilkan barang.
6) Akad - Bahasa yang mudah dan boleh difahami.
- penerimaan mesti selari dengan tawaran.
- Penawaran dan penerimaan dilakukan serentak.

c) Bai Al-Inah

Perlu ada dua akad yang berbeza. Pertama, akad jualan dari
bank kepada pelanggan di atas terma bayaran tangguh.
Keduanya akad untuk membeli semula barang tersebut oleh
bank dari pelanggan secara tunai.

Aset mestilah bukan dari bahan ribawi kerana kesemua


bayaran dibuat dengan menggunakan wang.

Kedua akad tersebut perlu ada rukun-rukunnya dan setiap


rukun tersebut perlu memenuhi syarat-syarat yang
ditetapkan.

d) Bai Al-Dayn

Hutang yang wujud mestilah melalui akad jualan secara


tangguh sama ada jualan barang atau perkhidmatan.

Barang tersebut mesti diserahkan, jika perkhidmatan perlu


diberi.

Perniagaan hutang ini mestilah dalam bentuk tunai.

e) Al-Qardh al-Hasan

Dalam al-Qardh al-Hasan dua perkara berikut tidak boleh


dilanggar, iaitu;
1) Pemberi pinjaman tidak boleh mengenakan sebarang
bayaran tambahan di dalam akad yang dibuat.

2) Peminjam tidak boleh berjanji dalam akad yang dibuat


untuk membayar sebarang bayaran tambahan.

f) Al-Mudharabah
Rukun-rukun dan syarat-syarat al-Mudharabah adalah
seperti berikut:

1) Pemilik modal - (sama seperti pembeli dan penjual)


2) Pengusaha - (sama seperti pembeli dan penjual)
3) Modal - wang sahaja
- bukan hutang
- jumlah yang tepat
- dibayar kepada pengusaha
- dari pemilik modal sahaja
4) Perniagaan - mestilah halal
- diuruskan oleh pengusaha sahaja
5) Untung/Rugi - keuntungan mesti dibahagikan mengikut
perjanjian.
6) Akad - (sama seperti sewaan)

Ciri-ciri lain adalah berdasarkan kepercayaan pemilik modal


kepada pengusaha.
Modal tidak boleh digunakan untuk overhead dan
keuntungan kasar yang diperolehi dikongsi bersama.

g) Sekuriti

Syariah membenarkan pemilik hutang untuk meminta


sekuriti daripada penghutang.
Sekuriti tersebut dalam bentuk:
1) Al-Rahnu (Mortgage), dan
2) Al-Kafalah (guarantee)

Antara ciri-ciri Al-Rahnu adalah :


i) Penjualan harta cagaran adalah tidak sah.
ii) Harta cagaran boleh dijual dengan arahan dari mahkamah
untuk membayar
hutang yang telah dibuat. Jika terdapat baki dari jualan harta
cagaran tersebut, baki itu akan diserah kembali kepada
penggadai.
h) Al-Wakalah

Dalam al-Wakalah seseorang wakil itu perlu menyatakan


jumlah pokok di dalam transaksi-transaksi berikut:
1) Al-Hibah
2) Pinjaman
3) Jualan harga tangguh
4) Al-Wadiah
5) Al-Rahnu
6) Al-Musyarakah
7) Al-Mudharabah

i) Al-Wadiah
Terdapat 2 bentuk al-Wadiah:
1) Al-Wadiah Yad Amanah (Trustee Safe Custody)
2) Al-Wadiah Yad Dhamanah (Guaranteed Safe Custody)

Di bawah al-Wadiah Yad Amanah pemegang amanah perlu


menjaga barang tersebut dari:
i) Barang / wang tersebut tidak bercampur aduk.
ii) Tidak menggunakan barang tersebut.
iii) Tidak mengenakan sebarang yuran.

Jika pemegang amanah itu gagal menjalankan


tanggungjawabnya maka al-Wadiah Yad Amanah akan
bertukar menjadi al-Wadiah Yad Dhamanah di mana dia
perlu memulangkan barang tersebut kepada pemiliknya
sekiranya barang itu hilang atau musnah.

j) Al-Hiwalah

Dalam al-Hiwalah hutang perlu dipindahkan dalam jumlah


penuh dan pada tarikh matang

k) Al-Ibraa

Dua ciri penting al-Ibraa adalah:


1) Jumlah al-Ibraa mesti diketahui dan terperinci, dan
2) Apabila Ibraa diberi dan diterima adalah tidak sah dan
dilarang sama sekali bagi pihak yang memberi untuk
memintanya kembali.
ISU BERBANGKIT DALAM PERLAKSANAAN PERBANKAN ISLAM
DARI ASPEK SYARIAH

1. Memberi pinjaman kepada peminjam tanpa mengambil


sebarang bayaran tambahan terutamanya kepada usahawan
amat menguntungkan mereka. Terdapat beberapa kriteria
yang membolehkan pinjaman seumpama ini terutamanya
kepada usahawan melalui benevolent fund iaitu Al-Qardhu
al-Hasan. Menurut kontrak al-Qardhu al-Hasan, bank tidak
mengambil sebarang pulangan terhadap pinjaman tersebut.
Sebagai contoh, jika peminjam meminjam RM 5000, maka
dia hanya perlu membayar sebanyak RM 5000 juga.

Namun begitu, bank terpaksa mengambil sedikit caj


perkhidmatan daripada pelanggan di atas khidmat yang
diberikan dan kadar yang dikenakan adalah berpatutan.
Contohnya, caj yang dikenakan adalah sebanyak RM53,
namun bayaran yang perlu dibayar ialah RM50 sahaja. Pihak
bank bercadang menggunakan kadar tetap (flat rate)
berbanding menggunakan peratus kerana nilai komisen
yang lebih rendah dan sama walaupun pinjamannya satu
juta sekalipun.

2. Setelah membuat beberapa kajian di Bank Islam, ternyata


terdapat beberapa perkhidmatan Bank Islam yang dijalankan
menggunakan kontrak Al- Qardul Hasan walaupun tidak
banyak. Seminar yang diadakan di London menunjukkan Al-
Qardul Hasan bukanlah merupakan produk jualan tetapi
lebih kepada kebajikan masyarakat sosial dan merupakan
tanggungjawab sebagai sesama Islam. Tidak ada bank yang
menjalankan perniagaan yang tidak mendatangkan untung
kepadanya tetapi Al- Qardul Hasan merupakan salah satu
cara bank membuat kebajikan kepada umat Islam yang
benar-benar memerlukan.

3. Bank Islam tidak mengenakan sebarang tindakan


terhadap peminjam yang tidak membayar hutang pinjaman
kecuali membawa kes tersebut ke mahkamah, untuk tempoh
kegagalan membuat bayaran yang melebihi 3 bulan, 6 bulan
dan 12 bulan. Oleh itu, bank mengambil beberapa langkah
bagi menangani masalah ini. Antara langkah yang diambil
termasuklah mengambil deposit daripada peminjam sebagai
jaminan. Jika peminjam tidak membayar bayaran bulanan
selama 1 atau 2 atau 3 bulan, bank boleh mengambil duit
deposit peminjam tersebut. Langkah lain ialah bank
menaikkan lagi (mark up) supaya harga jualan menjadi lebih
tinggi. Langkah ini diambil bertujuan untuk mengelakkan
kegagalan membuat bayaran, dan cara ini diterima dan
tidak melebihi industri perbankan walaupun kosnya tinggi.

4. Menurut Imam Syafie, najis tidak boleh diurusniagakan.


Namun begitu, muamalat Islam merupakan hukum yang
lebih ringan berbanding dengan perkara-perkara ibadat dan
rukun nikah. Oleh itu pandangan mazhab Hanafi boleh
diambil kira dengan syarat tidak boleh berbalik lagi kepada
pandangan Imam Syafie khususnya mengenai urusniaga
najis ini. Dalam teknologi sains hari ini, najis tidak dijual
begitu sahaja sebaliknya diproses dan dijadikan amonia.
Amonia merupakan campuran bersama dengan bahan kimia
maka ia tidak lagi dikira sebagai najis.

5. Di dalam sebuah hadis ada menyatakan bahawa emas


yang hendak ditukar mestilah sama banyak dengan nilai
emas yang akan ditukarkan dengan kadar dan jumlah yang
sama. Ini kerana terdapat 3 jenis emas yang berlainan iaitu
emas 10 atau emas 916, emas 9 atau emas 835 dan emas
paun atau emas 780 di mana masing-masing berharga RM
39, 35 dan 32. Islam tidak mengiktiraf penukaran emas
mengikut penukaran emas yang dilakukan oleh orang-orang
Islam dahulu yang kembali dari Mekah menukar emas 750
dalam 10 mayam dengan 10 mayam emas 916 adalah sah
kerana sama kadar dan jumlahnya. Namun begitu, tidak
ramai yang menerima cara tersebut. Untuk mengelakkan
sebarang masalah, emas tersebut dijual dahulu dan wang
daripada jualan emas tersebut boleh digunakan untuk
membeli emas 916.